Bila bercerita tentang juadah berbuka di bulan Ramadhan, mungkin ramai yang bersetuju dengan aku bahawa jumlahnya dan jenis-jenisnya berlipat kali ganda berbanding ketika di luar bulan puasa. Adakah kerana di masa bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba ingin menunjukkan kemahiran masing-masing untuk membuat juadah? Adakah kerana di waktu berpuasa, nafsu makan kita berlipat kali ganda dan inginkan juadah yang pelbagai?
Apabila bercerita tentang juadah berbuka yang pelbagai ini, aku teringat sewaktu kecil dahulu di mana bertukar-tukar juadah sesama jiran-jiran menjadi suatu amalan yang sentiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, kerana aku akan dapat merasa juadah yang dibuat oleh jiran-jiran aku. Keduanya, ianya dapat mengurangkan beban emakku yang bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka dengan hanya fokus menyediakan satu jenis juadah sahaja. Ketiganya, untuk memperkenalkan diri kepada jiran-jiran sebab nanti masa Raya senang nak minta Duit Raya...hehe.
Amalan bertukar-tukar juadah adalah mulia bukan sahaja untuk merapatkan perhubungan sesama jiran bahkan juga membantu jiran-jiran yang mungkin tiada kesempatan untuk membuat juadah di atas sebab-sebab tertentu.
Malah, amalan memberi juadah kepada jiran menjadi salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sabda baginda yang lebih kurang bermaksud "Jika memasak lauk, lebihkanlah kuahnya (untuk diberikan sedikit kepada jiran-jiran terdekat)." Walaubagaimanapun, janganlah pula sekadar memberikan kuah sahaja kepada jiran, tetapi berilah sedikit isi yang ada.
Apabila memberi juadah kepada jiran-jiran, janganlah pula mengharapkan balasan menerima juadah daripada mereka. Janganlah menunggu "tupperware" anda kembali dengan "berisi". Memberilah dengan ikhlas dan niatkan ianya suatu ibadah kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah memberikan kita pahala dan keredhaanNya di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Cuma... lately, aku rasa, amalan memberi dan bertukar-tukar juadah sesama jiran di bulan Ramadhan sudah semakin berkurangan khasnya kepada golongan yang bermastautin di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur ini. Puncanya adalah kerana kebanyakan juadah tidak dibuat atau dimasak sendiri tetapi dibeli di gerai-gerai Pasar Ramadhan yang berlambak.
Mungkinkah kerana lauk-lauk berbuka dibeli maka tiadalah peluang untuk melebihkan kuahnya untuk dikongsi bersama-sama jiran tetangga? Mungkinkah kerana dahulu tujuan bertukar-tukar juadah supaya banyak jenis-jenisnya boleh dirasa ketika berbuka, tetapi sekarang ini hanya perlu memilihnya di gerai-gerai Pasar Ramadhan yang tertentu, maka, amalan bertukar-tukar juadah itu juga menjadi tidak relevan lagi?
Mungkinkah pemberian juadah itu menjadi tidak penting dan yang paling dikehendaki ialah pemberian DUIT?... sebab dengan duit, banyak jenis-jenis juadah boleh dibeli...
Sekian.
Salam Ramadhan;
benar..amalan bertukar juadah masih ada dikpg.di bandar kurang sedikit jer itupun kawan rapat/sepejabat sebelah rumah.
Assalam...
Amalan yg sering dilihat waktu kecik2 dulu & ia mmg baik utk merapatkan hubungan sesama jiran tapi skrg langsung x kelihatan lagi bkn hanya di bandar malah di kg pun sama
dekat bandar jrg2 bertukar juadah ni.. tapi kat kg syiela still amalkan bertukar juadah ni.. best! time berbuka je penuh meja :)
haha, kadang-kadang, kita yang kena mulakan dulu amalan ni.
kita mungkin perasan yg amalan ni dah makin kurang di bandar, tapi apa tindakan kita?
huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
hihi, paling best, budak kecik la...
mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013