Saturday, August 20, 2011

Rezeki Di Bulan Ramadhan Lebih Murah?

2 comments
 
Salam...

Ramai orang kita (Melayu) yang mencari extra income semasa di bulan Ramadhan. Yang jarang berniaga ataupun mungkin tak pernah berniaga, menceburkan diri menjual sesuatu semasa di bulan Ramadhan tidak kiralah samada menjual kuih muih juadah berbuka, kuih raya, menjual pakaian-pakaian dan termasuklah menjual bunga api dan mercun (yang dibenarkan dan juga yang diharamkan...hehe). Dalam kata lain, ramai orang kita menjadi salesman.


Jika di bulan-bulan yang lain mereka malu untuk menjadi penjual (termasuklah menjadi agent Direct Selling atau MLM), tetapi di bulan Ramadhan, perasaan malu itu hilang dan mereka (mungkin) menjadi penjual yang berjaya. Jika di bulan-bulan yang lain, mereka malu untuk berucap di khalayak ramai termasuklah malu untuk berucap (public speaking) semasa membentangkan kertas kerja di pejabat atau di Institusi Pengajian Tinggi, tetapi lain pula jadinya di bulan Ramadhan. Mereka seronok dan tidak malu untuk mempromosikan barangan jualan mereka walaupun terpaksa menjerit-jerit di Bazaar Ramadhan dengan keadaan tekak yang perit kerana kekurangan air (berpuasa).

Kenapa ek?

Mungkinkah kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rezeki mudah datang melimpah-ruah walau dengan sedikit sahaja usaha?

Mungkinkah kerana di bulan Ramadhan, nafsu orang untuk membeli amat tinggi dan ini menjadi pemangkin kepada hasil jualan yang juga tinggi, oleh itu berniaga di bulan tersebut amat berbaloi?

Mungkinkah kerana desakan untuk mendapat lebihan wang untuk menyambut Hari Raya (termasuklah memberi Duit Raya), maka ramai yang mencari extra income dengan berniaga?


Apa-apapun alasan-alasan atau sebab-sebab yang mendorong seseorang untuk berniaga semasa di bulan Ramadhan, alangkah baiknya jika perkara-perkara yang menjadi pendorong tersebut berkekalan hingga ke bulan-bulan yang lainnya.

Bukan apa, aku rasa ramai di kalangan orang Melayu kita ini yang kurang gemar untuk berniaga sedangkan sumber utama kewangan datangnya dari perniagaan. Mereka (termasuklah aku) lebih suka untuk makan gaji kerana beranggapan dengan makan gaji sumber kewangan adalah lebih terjamin. Walhal, sekarang ini jaminan tersebut bila-bila masa sahaja akan ditarik balik atau kehilangan gaji akibat diberhentikan kerja.

Oleh kerana sumber kewangan daripada perniagaan bergantung penuh kepada hasil jualan, maka ramai yang kurang gemar bergantung-harap kepadanya lebih-lebih lagi jika hasilnya tidak tetap. Mungkin juga ada di antara mereka yang seperti aku yang telah banyak berhabis duit menceburkan diri dalam perniagaan Multi-level Marketing (MLM) tetapi hasilnya masih hampeh. Tidak kiralah samada cara perlaksanaannya yang salah atau sistem plan pemasaran yang tidak baik yang menjadi punca, pengalaman yang tidak menggembirakan tersebut sedikit sebanyak akan menjadi pelemah semangat untuk terus berniaga.

Mungkinkah kerana gagal untuk mengaut keuntungan yang cepat dan bermodalkan wang yang sedikit menyebabkan ramai yang hilang minat untuk berniaga?...mungkin..tetapi kenapa boleh pula bertahan atau boleh berniaga semasa di bulan Ramadhan?

Mungkin semasa di bulan Ramadhan, tahap kesabaran adalah lebih tinggi untuk menahan keinginan cepat kaya atau mengaut keuntungan dengan kadar yang segera. Kesabaran juga dapat membendung sifat marah kerana jualan yang tidak berapa tinggi.

Mungkin kerana tempohnya yang singkat (hanya sebulan).

Apa-apapun, aku tetap dapat merasakan bahawa rezeki aku bertambah-tambah semasa bulan Ramadhan ini...syukur alhamdulillah...dapatlah aku makan daging ayam Raya nanti...isk3.



Sekian.

2 Responses so far.

  1. Salam ramadhan;
    pemerhatian kita dlm bulan ramadhan ni sama Abang long,..aku ada juga buat entry bertajuk "mana perginya bazaar ramadhan"..mengenai peniaga melayu ni..

  2. Salam Yusuf Laili...a ah, aku pun pernah komen kat blog engkau tu. Orang kita ni sebenarnya boleh atau pandai berniaga cuma selalu ikut musim termasuklah aku. Tu yg kadang2 buat aku rasa pelik apa puncanya. Aku masih tercari2 formula terbaik utk teruskan shj berniaga sambil2 makan gaji.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com