Sunday, August 7, 2011

Masih Berguna Walaupun Sudah Tiada?

9 comments
 
Salam...

Aku pernah mencoret entry serupa lamaa dahulu di SINI. Kali ini, aku mencoret kembali kerana ada insiden yang menyokong pendapat aku tersebut. Insiden yang boleh membuatkan aku tersenyum sinis.


Jika dahulu aku seringkali dipersalahkan, kerja tangan aku selalu diperlekehkan, masa yang aku ambil untuk membuat sesuatu tugasan menjadi ejekan kerana dikata terlalu lama (berjanggut dan berjambang sebelum kerja-kerja tersebut siap), manakala, kerja-kerja semborono dan tangkap muat menjadi aspirasi kerana kecepatannya siap, tetapi, sekarang ini, hasil kerja lama aku itu yang pernah menjadi ejekan serta cercaan itu pula yang menjadi sandaran dan digunakan.

Jika dahulu orang yang pandai membelit kata-kata menjadi pujaan dan sanjungan, manakala, aku pula disisihkan serta disejuk-bekukan, sekarang ini, orang yang telah dibelit mula bernafas semula kerana belitan sudah tidak sekuat dahulu dan tindakan pembetulan pula ingin dilaksanakan. Si pembelit itu juga telah membelit diri sendiri.

Aku bukan berniat untuk mengejek mereka walaupun dahulu pernah ada perasaan ingin membalas dendam cuma aku ingin sekali berpesan janganlah sesekali mencerca, mengejek, memperlekeh serta men"tong-sampah"kan hasil kerja orang lain tanpa menilai akan kepentingannya terlebih dahulu. Bukan apa, bila ingin menggunakan kembali hasil kerja tersebut perasaan malu memang patut wujud.

Untuk itu, aku rasa perumpamaan atau bidalan ciptaan aku ini mungkin amat sesuai diguna-pakai...
Dahulu hasil kerja aku diberak dan dikencing, sekarang sanggup menjilat najis-najis tersebut untuk menggunakannya kerana baru sedar ianya ada nilai..

Apa yang boleh aku katakan ialah...

Tak ada perasaan jijik ke?
Tak ada perasaan malu ke?


Hantam saja lah labu.....




Sekian.

9 Responses so far.

  1. aku paling tak suka kerja cepat siap tapi editing yg aku kena buat macam aku yang buat balik kerja tu. biar lambat sikit asal puas hati.

    p/s: tp kalau cepat dan berkualiti - itu memang lagi bagus. tp berapa ramai sangat lah boleh buat mcm tu.

  2. macam tu la manusia..pandai mengkritik je. diorang langsung tak menghargai titik peluh org lain. bila dah tiada baru la tercari2

  3. Salam Fyzal, thanx sudi komen. Setiap kerja yang ingin kita buat seeloknya dibuat perancangan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesilapan dan menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

  4. Salam Munira Hashim, thanx sudi komen. Walaupun tidak semua manusia macam tu tetapi akibat sikap segelintir orang yang macam tu lah yang kadang2 menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah kepada orang lain.

  5. Salam Ramadhan;
    org yg pandai kritik membabi buta sebenarnya tak pandai buat kerja..bila disuruh buat sendiri mcm ayam berak kapor...

  6. muka kucing dalam post ini macam ngam betul dengan isi post ini...

    begitulah manusia...tidak pandai menghargai. Abanglong sabar saja lah banyak2 ya.

  7. Salam Yusuf Laili..ada segelintir orang yg macam tu..kerjanya cuma mengkritik tapi dia sendiri tak tahu macamana nak buat.

  8. Salam Kay Masingan...hehe..memang saje tepek gambar kucing tu kat entry ni. nampak ngam. Memang tgh menahan sabar ni but this time rasa nak tergelak besar melihat tindak tanduk orang yg bodoh sombong.

  9. hamba allah says:

    As salam...

    saya seorang penjawat awam...ingin berkongsi pengalaman...

    tamat je belajar saya bekerja swasta...bermula dari bawah. dari org x tahu bekerja jadi org yg sangat disayangi bos sehingga percubaan saya berenti kerja sering kali gagal (bos merayu2 x bagi berenti)...bos saya seorang yang profesional dan teliti, kemas, sistematik, penuh perancangan dan tersusun. sedikit sebanyak saya belajar jadi seorang pekerja yang mengikut acuan beliau...

    saya berenti kerja setelah dapat tawaran kerja sebagai penjawat awam di putrajaya...selepas berkahwin suami tinggal berjauhan. di putrajaya (ibu pejabat) saya ok kerja dengan bos walaupun ada teguran tapi saya berbesar hati bekerja dengannya kerana dia seorang yang berilmu dengan kerjanya dan tidak mudah di kelentong oleh orang bawahan..bos pun suka cara saya bekerja..

    saya minta tukar ke negeri asal untuk mengikut suami. Sayang sekali, di tempat kerja baru semua kelam kabut...tidak tersusun dan banyak kerja2 yang tidak asli dan caca merba. daripada orang bawahan hinggalah atasan. Semua kelam kabut. bekerja ikut gerak hati tanpa perancangan. akibatnya orang luar selalu pertikaikan. saya cuba buat pembaharuan, cuba beri pandangan dan praktikkan ilmu dan kemahiran yang saya ada. Sayang sekali, rakan sekerja tidak boleh menerima. setiap kali susunan kerja dibuat, hanya dua tiga bulan bertahan kerja ikut format, selepas itu jadi caca merba kembali...orang ni ganyang kerja orang tu, orang tu pulak ganyang kerja orang ni...sudah nye asyik kelentong dalam mesyuarat. yang ni jawab ni, yang tu jawab lain...saya amat kecewa, pembaharuan yang saya buat dipersenda dan diperlekeh. bos pulak bukan main cincai kerjanya. sepuluh kali arahan sama di terima, sepuluh kali keluar data baru...x tahu langsung mengaplikasi sumber yang unik kepada informasi yang pelbagai...saya cuba bersuara tetapi sayang terlalu ramai kaki ampu dan bodek

    akibatnya, saya ditukarkan kembali ke ibu pejabat pada awal ramadhan yang lalu. dengan surat pertukaran dalam masa 2 hari. tidak boleh tangguh, rayuan pula ditolak. tiada keadilan dan tiada kebijaksanaan, baik ketua bahagian mahupun pengarah...walaupun saya susah kerana terpaksa tinggalkan kelas (saya sambung belajar separuh masa). terpaksa bawa anak2 dan menumpang rumah kawan di bulan ramadhan ini, tetapi saya tetap yakin....orang yang zalim akan terima balasannya dan doa orag yang dianiaya akan dimakbulkan...insyaAllah

    August 23, 2011 2:22 PM

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com