Anda pernah mengalami masalah di mana blog anda diklasifikasi sebagai Spam Blog dan dipadamkan dari server? Aku pernah, dan bukan sahaja blog aku yang kena delete, e-mail aku serta Google id aku juga dipadamkan dari database Google. Peristiwa yang membuatkan aku bersedih kerana bukan sahaja blog aku kena delete, item-item penting dalam e-mail aku juga tidak boleh aku retrieve semula.
Puncanya, kerana aku telah cuba untuk mempromosikan blog aku itu di sebuah website berbentuk forum. Pastinya, ahli-ahli forum tersebut merupakan anti-spammers yang begitu membenci spammer dan bertindak membuat laporan ke Google.
Aku terpanggil untuk mencoret entry ini setelah ditegur oleh blogger Terbelog di blog beliau http://terbelog.com/. Sebelum itu aku ada meninggalkan komen berserta link ke satu entry di blog aku ini. Mungkin kerana beliau risau blog beliau akan diban oleh Google sepertimana yang berlaku ke atas blog tutorial maribinablog (milik Nescafeais), maka, komen aku itu tidak dipaparkan (atau telah di delete) dan mesej disampaikan melalui ShoutMix aku.
Tidak mengapa. Aku tidak marah sebab komen aku kena delete. Malah aku berterima kasih kepada bro Terblog kerana sudi bagi link untuk aku membaca entry beliau tentang pengklasifikasian spam blog sesetengah blog oleh google akibat kononnya kerana link-link di dalam komen. Anda boleh baca entry beliau itu di SINI.
Aku bukanlah seorang yang expert di dalam hal-hal berblogging dan tidak pula mengaku atau akan mengaku sebagai otai. Aku juga tiada niat untuk mengajar sesiapa tentang hal-hal website dan berblogging. Cuma, aku memerlukan sesuatu yang lebih concrete apabila membicarakan tentang penghukuman termasuklah hukuman ke atas blog yang dianggap atau diklasifikasikan sebagai spam. Oleh itu, aku ada membuat sedikit kajian termasuklah menghubungi pihak (admin) Google bertanyakan hal ini.
Apakah rasional sesebuah blog diklasifikasikan sebagai spam blog atau ringkasnya Splog? Apakah sebenarnya spam blog atau Splog?
Splog adalah sebuah website atau blog yang digunakan oleh pemiliknya untuk mempromosikan laman web affiliate yang dia subscribe, sebuah website atau blog yang digunakan untuk meninggikan ranking di search engine sesebuah website atau blog lain yang dikaitkan dengannya ataupun juga sebuah website atau blog yang hanya bertujuan untuk memaparkan atau menjual pautan-pautan tertentu (links).
Kebiasaannya Splog tidak mempunyai manusia untuk menjaganya secara teratur dan tetap tetapi diuruskan oleh autobot (automatik atau robotik) menggunakan perisian tertentu. Dalam kata lain, Splog itu adalah sebuah dummy blog yang ditugaskan untuk menjadi transit atau perantara bagi sesebuah blog lain.
Oleh kerana pengurusan Splog dilakukan oleh autobot dan entry-entry di dalamnya juga dijana oleh perisian tertentu, sudah tentulah isikandungan entry-entry tersebut seperti mengarut dan ditulis (dijana) dengan bahasa Inggeris yang lintang pukang kerana ianya tidak penting kecuali pautan-pautan (links) yang dipaparkan.
Entry-entry di dalam Splog kemudiannya di"ping"kan ke search engine atau website-website tertentu secara "mass" atau dipanggil Spam Pings ringkasnya "Spings". Penggunaan perisian juga membolehkan Splog menghasilkan entry-entry yang banyak hingga mencecah ratusan entry dalam sehari. Dengan entry yang banyak berserta pautan-pautan yang terdapat di dalamnya dan status website atau blog yang "do follow", Search Engine dipaksa untuk crawl menjelajah ke setiap entry termasuklah pautan-pautan yang dipaparkan. Ini, sudah tentulah akan meninggikan ranking blog tersebut di search engine. Dengan ranking yang tinggi, Splog kebiasaannya akan terlepas dari diban dan dianggap seperti sebuah website atau blog normal yang popular walhal ianya hanyalah dummy.
Menyedari akan hal ini, Google telah melancarkan gerakan pembasmian Splog yang kebanyakannya menggunakan platform mereka kerana ianya masih percuma.
Di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh Google untuk mengenalpasti sesebuah Splog ialah:
- Membuat pemantauan jumlah entry-entry yang terlalu banyak dan tidak logik dilakukan oleh manusia dari sesebuah blog.
- Merekodkan dan menilai jumlah ping yang dilakukan oleh sesebuah blog.
- Melakukan lawatan secara manual ke atas blog yang mempunyai pautan-pautan dengan website atau blog lain yang terlalu banyak.
- Melakukan penyiasatan setelah menerima aduan daripada blogger dan pengguna-pengguna website berdasarkan platform Google atau pengguna-pengguna yang berdaftar dengan Google.
Jika, pada pandangan Google, elemen-elemen spam wujud pada sesebuah website atau blog berlandaskan platformnya, maka website atau blog tersebut akan diban dan seterusnya dipadam dari sistem Google kerana diklasifikasikan sebagai Splog.
Item ke-4 merupakan sesuatu yang lebih subjektif kerana ada kemungkinan pihak Admin Google menerima laporan yang tidak tepat dari ahli-ahlinya tentang sesebuah blog yang dilaporkan sebagai Splog, lalu, melakukan ban terhadap blog tersebut tanpa membuat penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh. Apabila tuan punya blog yang diban meminta penjelasan, Google akan hanya memberikan penjelasan yang sememangnya terlalu standard dan tidak akan melayan sebarang rayuan. Lebih mengharukan bila laporan itu dibuat hanya sekadar ingin bergurau ataupun mungkin juga kerana berdengki.
Berikut adalah nasihat 1 sen aku:
- Janganlah sesekali membuat laporan palsu ke pihak Admin Google tentang sesebuah blog dan mengatakan ianya adalah sebuah Splog.
- Jika suka join website-website berbentuk forum khasnya forum luar negara, jangan sesekali mempromosikan blog anda atau e-mail anda malah blog orang lain di situ kerana dikhuatiri anda atau blog anda atau blog orang lain itu akan dianggap sebagai spammer dan blog anda atau blog orang lain yang anda promosikan adalah Splog.
- Cuba elakkan untuk publish entry dengan jumlah yang terlalu banyak dalam sehari dan memaparkan pautan-pautan khas yang mengarah kepada satu website atau blog lain.
- Apabila ingin sharing entry di dalam sesebuah blog, pastikan untuk meminta izin terlebih dahulu dengan owner blog tersebut supaya dia boleh memantau jumlah sharing yang mungkin wujud bagi entry tersebut. Jika sharing yang terlalu banyak, ada kemungkinan Google membuat andaian entry tersebut atau blog tersebut adalah spam.
Itu sahaja yang dapat aku coretkan di sini. Aku harap entry ini ada manafaatnya. Jika ada kekhilafan atau kekurangannya, aku minta maaf. Aku faham dan mengaku bahawa aku juga masih tercari-cari maklumat tambahan yang lebih lengkap.
Sekian.
entri ni mmg terperinci.
kesimpulannya..adakah
meninggalkan url di entri/ruangan komen
atau sebagainya
tabiat yang tak baik..?
selain dinyatakan di atas..
(boleh reply di entri saya yg berkaitan)
Salam Terblog..meninggalkan link di comment section tidak akan membawa sebarang mudarat kepada blog. Jika ada orang yang melakukan komen spam, komen tsb akan diarah ke spam folder dan tidak akan dipublish. Google melakukan pemeriksaan terhadap spam comment bukan sekadar mengimbas link-link yang diletakkan shj, bahkan juga terhadap status tukang komen melalui IP address, link history dan kekerapan penggunaan perkataan yang serupa.
Meletakkan link ke dalam ruangan komen bukanlah satu tabiat yang tidak baik, otherwise, wordpress tidak akan membuat widget commentluv yang memaparkan latest entry (melalui RSS) si tukang komen jika dia memiliki blog.
SAlam ramadhan;
fuulamak,pening kepala aku..tak faham lansung....mintak2 blog aku bukan jenis spam.
pening baca lah abanglong...:(
Salam Yusuf Laili dan Kay Masingan. Mintak maaf kalau entry ni memeningkan kepala. Apa yg penting, cuba elakkan blog kita dilabel sbg Splog (spam blog) dgn follow nasihat 1 sen Abg Long kat atas tu yer..
nice..
first time here..
nice see you :D
salam abglong.. ifwat punya blog pun kena mark spam gak ni.. kat facebook.. skg ni langsung tak bleh nak share sebarang entry kat fb.. bengang gak kadang2 tu.. dalam fanpage sendirik pun tak bleh nak share..huhuhu.. n kalau bukak site ifwat kat opera, nanti dia ada cakap blog ifwat ni ada malware.. bnyk betul masalah.. ades
Salam Ifwat...nanti Abg Long cuba dptkan more info psl tu coz dulu Abg Long pun kena camtu juga. Blog kena ban dgn Opera coz dikata ada malware. Tag spam pun ada tp pastu hilang sendiri..entah ler..apa2 nanti Abg Long akan share kat entry yg lain..