Dah tukar duit baru kat bank? Ye la, nak bagi Duit Raya kat bebudak takkan nak guna duit yang dah renyuk-renyuk atau lunyai kan? Not RM bernilai berapakah yang paling banyak ditukar? RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100?
Sengaja aku mencoret entry pasal Duit Raya ni sebab teringat kisah-kisah lama semasa aku mengetuai Cash Center di Maybank dahulu. Masa inilah kami tersangat sibuk menguruskan penerimaan dan penghantaran duit-duit baru ke cawangan-cawangan yang telah membuat tempahan. Bukan sahaja penat mengira duit yang bertimbun dengan tangan dan mesin pengira, bahkan juga penat berguling-guling dan tidur di atas duit yang nilainya beratus juta...hehe.
Perkara yang paling menyeronokkan aku dan staff aku di ketika itu bukanlah kerana dapat bergelumang dengan duit yang banyak..ye la, duit orang, kalau duit sendiri memanglah seronok sesangat, tetapi seronok kerana ada sumber pendapatan lain yang bakal kami perolehi dengan duit baru tersebut.
Pernahkah anda terjumpa atau melihat duit baru yang dipotong tanpa mengikut spesifikasi (senget, pendek atau terlebih panjang/lebar dari duit yang lain)?
Pernahkah anda terjumpa atau melihat duit baru yang memiliki kesilapan cetak (tiada potret Yang DiPertuan Agong, hanya sebelah yang bercetak, cetakan yang senget atau tidak tepat)?
Kami pernah. Duit yang sedemikian rupa (pada ketika itu) memang dicari-cari oleh pengumpul "odd money" dan mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah, not RM1 yang memiliki kecacatan seperti itu boleh dijual hingga melebihi RM300 sekeping!
Lagi satu, jika anda perhatikan, setiap wang kertas (Ringgit) mempunyai nombor siri tertentu yang unik bagi setiap keping. Apa kata jika nombor siri itu seperti ini ABC88888888, XXX123456789, XYZ333333333 dan sebagainya? Sememangnya duit tersebut menjadi rebutan oleh pengumpul-pengumpul tersebut.
Jadi, tidak hairanlah jika tabung staff kami sentiasa banyak dan membolehkan kami sering pergi outing beramai-ramai termasuklah menginap di resort-resot yang menarik...hehe.
Tapi...itu dulu. Sekarang ini semua kerja pemprosesan wang tunai yang baru telah dilakukan oleh syarikat sekuriti (outsourced). Peluang untuk menikmati extra Duit Raya hasil jualan duit-duit pelik dan hot telah tiada lagi.
Bila teringatkan kisah-kisah kesibukan kami di Cash Center membuatkan aku rindu kepada semua bekas staff aku dahulu. Aku sering tersenyum bila mengenangkan ketika orang lain (di luar) sibuk bersiap menyambut Raya, kami pula sibuk membelek "Duit Raya" mencari extra income...hehe.
Kepada bekas staff aku yang membaca coretan ini, aku harap anda semua sentiasa sihat wal-afiat dan Selamat hari Raya.
Sekian.
wahhh kayo la abglong leh blanje buffet ni,. ape2 hal sy dtg singgah nak bw, nak kasitau kt para pembaca supaya datang singgah beraya di blog saye ade pelbagai informasi terkini dalam dan luar negara dengan design flash header harimau malaya,. aumm aummm
Salam Ramadhan;
bilakah agaknya aku dpt tidur lena berbantal,bertilam dan berselimut dgn duit.....eemmmm!
wah best pernah bertilam dan berbantalkan duit.. walau hak org dpt merasa pun jadilah :)
Salam Mcm Ni Lah...kayo amendenye? Duit orang tu.
Salam Yusuf Laili dan Syiela..sebenarnya nampak jer seronok tapi risau gak coz takut tetiba ada shortage, tak pasal2 kena bayar bank balik. Paling kurang satu BNM bundle ada RM10k utk duit seringgit. kalau duit RM100, lagi la RM1 juta.
supreme clothing
air max 90
adidas ultra boost
moncler coat
louboutin shoes
cheap jordan shoes
golden goose outlet
goyard
supreme clothing
birkin bag
replica bags joy joy replica bags review replica bags louis vuitton