Hari ni aku nak bercerita pasal landak.
"Landak?"
A ah...Kenal tak dengan landak? Alaaa...menatang yang ada banyak duri tuh..
Kalau tak kenal, meh aku tunjukkan gambar. Ni ha dia....
Eh? Silap! Tu Kucen!..
Ni dia..
"Ohhh...Tapi apesal engkau nak cerita pasal landak plak?"
Aku punya pasal la nak cerita apa pun..Ni kan blog aku! Engkau dengar dan baca aje laa!!
"Ok..Ok..Cer citer cer citer.."
Al-kisahnya pada masa dahulu, cuaca teramatlah sejuknya. Banyak binatang-binatang yang mati kesejukan. Situasi yang sama juga dialami oleh sekumpulan landak. Menyedari akan kesejukan yang melampau itu boleh menyebabkan mereka juga mati, kumpulan landak tersebut telah sepakat untuk duduk berdekatan berhimpit-himpit sesama mereka. Dengan berhimpit-himpit demikian, panas tubuh setiap dari mereka berjaya mengelakkan dari mati kesejukan.
Walaubagaimanapun, duri-duri di badan mereka telah mencederakan di antara satu sama lain akibat terlalu rapat. Oleh itu, mereka cuba untuk duduk berasingan dan lebih jauh di antara satu sama lain. Akibatnya, kebanyakan mereka mati akibat kesejukan.
Yang tinggal dan masih hidup terpaksa memilih samada untuk menerima sedikit kecederaan akibat tusukan dari duri masing-masing atau tiada kecederaan akibat tusukan duri tetapi mati kesejukan.
Akhirnya mereka memilih untuk duduk bersama berhimpit-himpit. Mereka belajar untuk menerima sedikit kesakitan asalkan kepanasan yang diperlukan dapat memastikan mereka tidak mati kesejukan.
"Errr...amende morale of the story nyer tuh?"
Morale of the story is terimalah kekurangan pasangan hidup kita. Perhubungan terbaik bukanlah wujud kerana kita membawa seseorang yang sentiasa perfect tetapi bagaimana kita mewujudkan persefahaman, belajar untuk hidup walaupun dengan seseorang yang serba kekurangan dan sentiasa menyanjung akan kebaikan yang ada pada pasangan walaupun ianya sedikit..
Adakalanya, kesakitan itu bukanlah sesuatu yang sentiasa memudaratkan tetapi mungkin sesuatu yang bakal mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar menerima kekurangan dan sedikit kesakitan tetapi pada masa yang sama berusaha dan berdoa untuk sesuatu yang lebih baik.
Sekian.
Terbaik abang long!! sangat best baca...ada pengajaran
ya !! betul3..POP setuju :D
betul tu;)
salam;
"Kalau landak tak boleh berdekatan..macam mana landak nak mengawan..Bang Long?"
Salam Cik Kamoo, POP dan Laskar Pelangi...thanx sudi komen. Harap njoy baca dan dapat manafaat.
Salam Yusuflaili...thanx sudi komen. Bab yg tu, pandai la dia camner nak elak kena duri..kalau sakit pun sakit sedap tu...huhu
nice ! boleh dijadikan pengajaran bila kawin nanti . hehe
Salam Athirah..thanx sudi komen. Bukan untuk pasangan suami isteri shj, mungkin sesuai digunakan untuk memantapkan lagi team work sesama pekerja atau rakan2 kuliah (bagi yg masih study). Harap ada manafaat.
aku INSAF bile bace cerite ni.. :) thanks AL
gua rasa bersemangat dan rasa ingin membela landak-landak selepas membaca entri ini.. hehe..
tumpang lalu abg long.. haha..
:D
entri yg sangat menarik....terima kasih .....
mohon share dlm FB. :D
Salam Hanaannais...boleh aje..just click ikon FB kat bawah entry tu and publish kat your FB...thanx
Wonԁегful goods from уou, man.
I have unԁerѕtand your stuff pгevious to and you
are juѕt еxtremely fantаstic. I аctually
liκe what уou hаve acquirеd here, certainly like what
you're stating and the way in which you say it. You make it entertaining and you still take care of to keep it wise. I can not wait to read far more from you. This is really a tremendous website.
Take a look at my blog: outlet haine