Saturday, July 16, 2011

Bergurau Tak Kena Tempat?

4 comments
 
Salam...

Anda suka bergurau? Anda suka melawak? Bergurau dan melawak adalah sebahagian dari cara-cara untuk kita merapatkan perhubungan sesama rakan-rakan, ahli keluarga, orang tersayang, pekerja-pekerja dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, pernahkah anda terfikir samada gurauan atau lawak anda itu tidak kena masa dan tempatnya? Pernahkah terjadi, instead of gurauan atau lawak anda yang sepatutnya merapatkan hubungan, menjadi pemangkin kepada perbalahan atau perselisihan faham pula?

Aku ingin share 2 kejadian (kisah benar) gurauan yang mungkin menimbulkan berbagai-bagai andaian negatif kepada orang lain ataupun juga kepada orang yang secara direct terlibat dengan gurauan tersebut.

Pertama

Seorang kawan yang telah berhenti kerja di sebuah bank dan bekerja di sebuah syarikat lain terpaksa menganggur akibat syarikat tersebut gulung tikar telah berjumpa rakan lamanya yang masih bekerja di bank tersebut sebagai Pengurus Sumber Tenaga Manusia (HR). Semasa makan bersama-sama di sebuah restoran yang kebiasaannya ramai pelanggan, beliau meminta bantuan dari rakan lamanya itu untuk memberi beliau peluang bertugas di bank tersebut semula...

Dengan suara yang agak kuat, ini jawapan yang diberikan oleh rakan lama beliau yang memang suka bergurau tersebut...

"Padan muka engkau! Siapa suruh engkau resign dari bank dulu tu? Sekarang nak menyusahkan aku pulak."



Kedua

Seorang COO sebuah bank yang terkenal dengan sikap baran dan garangnya telah melihat sebuah ATM berstatus "out of service". ATM tersebut terletak di bahagian hadapan bangunan bank tersebut (foyer) yang juga berhampiran sebuah cafetaria yang kebiasaannya dipenuhi pelanggan.

Beliau telah menelefon Pengurus yang bertanggungjawab tentang hal ehwal ATM tersebut.

Setibanya si Pengurus ke kawasan ATM tersebut, COO itu telah menjerit dengan suaranya yang memang selalunya high pitch...

"Macamana engkau tak tahu ATM ni down? Bodoh! Tak tahu buat kerja! Makan gaji buta!!"

Staff-staff lain yang berada di persekitaran tersebut dan khasnya di cafeteria, samada dengan perlahan-lahan atau mencecet lari segera meninggalkan  kawasan tersebut.

Kemudiannya, COO dan pengurus tersebut bersama-sama pergi mengeteh di cafeteria itu sambil bergelak ketawa dan bergurau senda. Mereka berkawan baik rupanya.



Agak-agaknya gurauan yang manakah dari contoh-contoh kisah benar di atas yang anda rasa anda boleh terima?...hehe

Ok semua...aku nak sambung bergurau dengan kucing aku tu..




Sekian.

4 Responses so far.

  1. Jebon says:

    Salam Long... kau kutuk aku ey? Actually, tu taktik nak suruh diorang pergi dr cafe tu sebab kitaorang lak nak minum..kahkahkah

  2. salam;
    Saya rasa kedua2nya tak boleh diterima..tapi yang pertama paling tak masuk akal..

  3. selalu di tempat kerja saya, ada gurauan yang boleh menusuk hati, cuma terpaksa tahan walau sakit sebab tidak mahu mengeruhkan keadaan..

    gurauan yang pertama tu kira pedas juga kan

  4. cik aisha says:

    salam...
    kalau sy la..yg ke 2 tu blh dterima lg tp agak2 la dpn org tu..huhuu

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com