Kebiasaannya, ramai orang lebih suka memberi tip-tip untuk menjadi lebih baik. Aku juga begitu. Cuma, kali ini aku ingin mencuba pula satu cara dan pendekatan yang berbeza (orthordox atau secara sebaliknya) supaya anda boleh berfikir secara "out of the box"...hehehe.
Adakah anda ingin memiliki sebuah blog yang buruk serta berupaya menghalau pelawat-pelawat anda?
Aku paparkan tip-tip tersebut di sini:
Pemilihan template dan tema
Pilih template atau tema yang luar biasa atau tidak pernah digunakan orang. Jika anda tahu bagaimana hendak membina template sendiri adalah lebih baik. Pastikan template tersebut kelihatan buruk dan jelek dipandang mata. Pastikan juga tema yang dipilih tidak difahami oleh pelawat-pelawat termasuk diri anda sendiri.
Aku cadangkan anda menggunakan latar belakang yang berwarna garang seperti merah menyala atau warna oren yang striking (sesuai untuk peminat-peminat pasukan bola Belanda...hehehe).
Untuk Main wrapper biar lebar ruangnya melebihi 1,000 px dan Sidebar wrapper melebihi 300px.
Jangan hadkan jumlah post-post di Halaman Utama blog anda.
Butang-butang navigasi
Reka butang-butang navigasi yang unik di mana para pengunjung blog anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk pergi atau melihat post-post atau page yang ada di dalam blog anda itu. Untuk kesan yang lebih baik, letakkan amaran jika mereka (para pelawat) tersalah klik, komputer mereka akan dijangkiti virus khas yang anda telah pasangkan di blog anda itu.
Reka dan gunakan butang navigasi yang mengarah ke link yang tidak berkaitan atau berlawanan arah. Contohnya butang “go to top” akan membawa pelawat ke bahagian paling bawah blog.
Search Box dan Table of Contents
Jangan sediakan butang carian (search box), site map atau Table of Contents. Biarkan pelawat-pelawat pening kepala apa yang ingin mereka cari di blog anda itu.
Post-post dan artikel-artikel
Tulis cerita-cerita yang membosankan serta panjang berjela-jela. Lebih baik jika anda sendiri tidak memahami apa yang anda tulis itu.
Banyakkan gambar-gambar berbanding teks-teks. Pastikan gambar-gambar tersebut tiada kaitannya dengan post anda. Gambar-gambar tersebut tdak perlu dikecilkan saiznya. Gunakan imej resizer untuk memperbesarkan lagi gambar-gambar tersebut. Paling kurang setiap gambar mestilah bersaiz A3.
Halaman Utama
Jangan letakkan sebarang tulisan di halaman utama blog anda tetapi paparkanlah gambar-gambar anda sendiri. Sebagai contoh, aku cadangkan anda letak gambar gorilla atau orang utan sebesar-besarnya. Ini akan memastikan search engine tidak berupaya untuk mencari blog anda.
Jangan gunakan Auto Read More. Jika ada widget Auto Read Less sila pasangkannya.
Jenis-jenis font untuk teks
Gunakan jenis font yang paling halus untuk tulisan anda. Gunakan warna yang menyilaukan bagi memastikan pelawat-pelawat menghadapi masalah besar membaca blog anda. Mungkin lebih baik jika anda buatkan setiap perkataan-perkataan di post anda .
Jika boleh, gunakan tulisan berangkai (bersambung). Anda juga boleh menggunakan simbol-simbol atau short-form ketika menulis artikel anda itu.
Penggunaan javascripts dan widget yang banyak
Gunakan seberapa banyak yang boleh javaScripts, popups, pemain muzik atau video automatik (autoplay) supaya blog anda mengambil masa yang lama untuk load.
Anda boleh juga meletakkan widget-widget anda di Header atau di ruangan post dan tidak semestinya di sidebar sahaja.
Sekiranya anda meletakkan pemain muzik atau video yang akan dimainkan secara automatik ketika pelawat membuka blog anda, pastikan ianya tiada butang tutup.
Penggunaan animasi flash
Pasangkan widget animasi flash sebanyak yang mungkin supaya pelawat-pelawat terpaksa memasang banyak plugin ke dalam Internet browser mereka untuk melihat animasi flash tersebut.
Jika boleh, pasangkan banyak flash-flash jam di sekeliling blog anda itu. Lagi banyak lagi bagus kerana ia melambangkan bahawa anda amat menghargai masa.
Penggunaan borang-borang
Reka dan pasangkan banyak borang-borang yang popup secara automatik. Borang-borang tersebut hendaklah popup secara automatik jika borang yang sebelumnya telah diisi.
Setelah selesai mengisi kesemua borang-borang tersebut, barulah pelawat-pelawat boleh melihat post-post anda.
Setelah selesai mengisi kesemua borang-borang tersebut, barulah pelawat-pelawat boleh melihat post-post anda.
Pastikan juga sebelum pelawat-pelawat anda keluar dari blog anda itu, satu borang keluar akan pop up.
Jika boleh, borang tersebut mestilah mempunyai banyak column untuk diisi seperti nama, alamat, jantina, no. I/C, no. lesen, nama website pelawat, hobi dan kegemaran, gaji pelawat sebulan dan lain-lain lagi.
Jika boleh, borang tersebut mestilah mempunyai banyak column untuk diisi seperti nama, alamat, jantina, no. I/C, no. lesen, nama website pelawat, hobi dan kegemaran, gaji pelawat sebulan dan lain-lain lagi.
Di borang tersebut juga pelawat diminta untuk mengarang essei sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Jadi, anda sudah tentu boleh menggunakannya sebagai artikel-artikel anda nanti. Tidak perlu anda pening kepala apa hendak ditulis.
Penggunaan notis-notis dan newsletters yang bergerak
Pasangkan teks-teks atau newsletters yang bergerak-gerak dan pastikan tiada butang untuk para pelawat menutup newsletters tersebut.
Pastikan newsletter tersebut tiada kaitan dengan blog anda.
Register atau sign up
Paksa pelawat-pelawat blog anda untuk register atau sign up. Paksa juga mereka untuk klik-klik iklan-iklan anda. Beri amaran jika mereka tidak klik iklan-iklan anda, virus yang telah dipasang tadi akan bertindak balas dengan kejamnya.
Jangan paparkan wajah-wajah pelawat anda yang telah signup tetapi paparkan pula wajah-wajah pelawat yang gagal untuk mematuhi arahan anda.
Perbanyakan broken links
Pastikan semua link-link tidak berfungsi dengan baik termasuk link untuk keluar dari blog anda itu.
Jika anda mengikut tip-tip yang aku berikan di atas, aku percaya anda akan berjaya untuk membuatkan blog anda tersangat buruk dan pastinya tidak akan mengundang para pelawat untuk datang. So, anda bolehlah membaca post-post anda itu seorang diri tanpa gangguan dari pelawat.
Amacam? Ingin mencuba? hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Sekian....hehehehe
ade jugak ek tips lain dari orang ni..hehehe
farah, thanx sudi tinggal komen.
Bukan sesaje nak buat camtu. Nak pembaca berfikir sket hehehe.
Ada berani mau cuba? hahaha
huuu, x berani deh nak cuba..hehehehe
ajaran sesat ni ish3 ;p
PencariCinta, thanx for commenting. Jangan coba-coba..hehehe
ieQa, thanx for commenting. Bukan ajaran sesat tetapi mengingatkan para blogger agar mengelakkan perkara-perkara tersebut. Abg Long tengok ramai juga para bloger yg suka apply sebahagian daripada perkara2 tersebut..harap mereka fikir semula agar blog mereka mendapat trafik yg tinggi..
salam
semua yang disebutkan di atas adalah ciri-ciri blog saya..sudi2lah singgah ye..
hehe
peace!
hahaha..selalu orang buat tips tarik pengunjung dan buat blog jadi cantik cun apa semua tu.ni terbalik lak.. huuu :)
Kelakar lah engkau ni Long
ha ha ha ha ha ha ha ha ha
Tapi, bila aku fikir-fikir, bagus gak info engkau tu..supaya aku beringat-ingat...hmmm
Mama JnJ, salam. Mama punya blog ok la. Menarik. Rasaya takde elemen2 yang saya tuliskan kat atas nun..
Jebon, hahaha...
Tujuan aku pun suruh engkau berfikir dan pastikan blog engkau tu takde mende-mende camtu..BTW, ape add blog engkau tuh?
haha..nice tips, lagi2 y tipu link nk keluar tu, confirm tak de sape nk jejak lagi sekali XD
Mommy Pinky, thanx for commenting. Ingat nak cuba gak yang suruh pelawat kena isi borang sebelum keluar tuh. Salah satu cara nak jimatkan masa menulis post-post hahaha...
salam. gelak la baca. hehe sebab macam ada ciri2 blog saya je.. byk tq ye. cuba tak praktikkan. :-)
Salam Hasny...thanx sudi komen. Kat atas tu cuma sekadar pendapat Abg Long jer. Dalam gelak2 tu mungkin juga ada di antaranya yg boleh diguna-pakai
Hahaha Best2...
Almost each one with different interfaces!
These candy crush saga cheat game are easy and diverse their SDK software development job.
The number of ways. Today, each and every user looks for sports that more
and more enjoyment with mobile device has been enhanced for the gamemaster's
verbal depiction of the interconnected PSTN or public transportation with nothing to do.
Not only is the entire body not receiving the nutrients and vitamins that this requirements, you might be hurting your esophagus and pearly whites also.
Garcinia Cambogia complement is among the best-selling weight reduction services and products since 2003.
It is considered to be a counterpart of the hormone Leptin.
Also visit my webpage ... eating healthy on the go