Thursday, August 30, 2012

Laki bini kerja tempat yang sama

3 comments
 
Salam... Mungkin ramai yang dapat pengalaman yang sama macam aku. Bukan hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi sekadar ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman aku sahaja. Pernahkah anda bekerja dengan pasangan anda (suami/isteri) di tempat yang sama? Atau bekerja bersama-sama staff lain yang mempunyai hubungan suami/isteri? OK?... Ada masalah?... Bergaduh?... Hah?? Bergaduh??? Berat kalau lagu tu... Aku juga ada pengalaman bertugas dengan pasangan suami/isteri yang bertugas di...
Readmore...
Wednesday, August 22, 2012

Banyak beraya di dalam kereta

2 comments
 
Salam... Selamat Hari Raya rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Harap masih dapat mengawal perut, maklumlah semasa Hari Raya ni ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang menjamu tetamu dengan makanan yang berat-berat...lemang, ketupat, lontong, nasi minyak pun ada..kuih Raya...ooo...yang tu kita tunggu di penghujung Syawal, mesti ramai yang mencari..hehe. Bagaimana Raya anda semua? Banyak rumah diziarah? Bagi aku, tahun ni yang paling sedikit rumah aku ziarah (di minggu pertama...
Readmore...
Sunday, August 19, 2012

Bertugas di Hari Raya

1 comments
 
Salam... 1 Syawal telahpun tiba..semua umat Islam bergembira menyambut Hari Raya yang mulia. Gembira kerana berjaya menahan lapar dan dahaga, berjaya mengawal gelora, berjaya mengelakkan membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa...sebulan lamanya...dan yang paling penting berjaya membuat syaitan menjerit sengsara... Ramai yang pulang ke kampung bertemu sanak saudara... Ramai mengimarahkan masjid dan surau bersolat dan mendengar khutbah Hari Raya... Bersama-sama keluarga menziarah pusara...
Readmore...
Thursday, August 16, 2012

Dapat Bonus Raya!!!

4 comments
 
Salam... Beberapa hari lagi nak Raya. Ramai warga Kuala Lumpur yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung, berpusu-pusu membeli belah untuk Hari Raya di saat-saat akhir, berpusu-pusu membeli kuih Raya, berpusu-pusu pergi ke Bank menukar duit Raya... cuma..bak keluhan seorang pakcik di surau berdekatan rumah aku.. "Kenapa la mereka tak berpusu-pusu ke masjid dan surau melipat-gandakan ibadah. Masa dah suntuk. Lepas ni kena tunggu setahun baru jumpa semula Ramadhan..." ...errr..hmmm...ish3 Dalam...
Readmore...
Wednesday, August 15, 2012

Mari mengemas rumah

5 comments
 
Salam... Jom, kita sama-sama mengemas rumah sempena menyambut ketibaan Syawal... Cuci dan lap tingkap... Basuh dan bersihkan bilik air... Tukar cadar dan kemas bilik... Bersihkan dan buang habuk... Habuk yang payah tanggal tu, kena lap la pulak... Basuh baju... Dah basuh...sidai laaa... Mana yang dah kering, kena la digosok... Basuh pinggan mangkuk... Siram pokok-pokok bunga... huh!...penat dah!...jom minum... Alamak! Lupa lak! Puasa laaa...so..tidur...
Readmore...
Tuesday, August 14, 2012

Berbaktilah kepada ibu dan bapa

3 comments
 
Salam... Apa khabar? Bagaimana persiapan anda untuk menyambut Hari Raya? Balik kampung? Eloklah tu, dapat menyambut Aidil fitri bersama-sama ibu dan bapa serta adik-beradik yang lain. Bagi yang telah kehilangan mereka (ibu dan bapa), elok juga menziarahi pusara mereka dan sedekahkan al-Fatihah sebanyak mungkin. Bagi mereka yang terpaksa bertugas di Hari Raya, janganlah terlalu bersedih. Kunjungilah mereka setelah selesai tugasan. Raya kan sebulan? Apa-apapun jangan lupa menghubungi mereka melalui...
Readmore...
Monday, August 13, 2012

Exchange Banner's Page had been deleted

2 comments
 
Salam... Apa khabar rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan Hari Raya pula bakal tiba. Di dalam kita bersabar menahan lapar dan dahaga serta mengelak melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa, kita masih lagi ingin bertungkus-lumus menyiapkan diri dan keluarga untuk menyambut ketibaan Syawal. Yang mampu, sibuk membeli pakaian baru, menukar perabot lama, menggantikan perhiasan-perhiasan rumah yang baru...yang kurang...
Readmore...
Saturday, August 11, 2012

Jemputan berbuka puasa

2 comments
 
Salam... Apa khabar? Puasa tak hari ni? Puasa? Alhamdulillah... Jangan jadi macam sorang kawanku tu, bila ditanya puasa ke tak, dia menjawab dengan lantang... "Tengok kaki la bro..aku berpuasa PENUH tau..puasa penuh nasi di mulut!!!"...cheh!!! Janganlah marah dia. Dia uzur. Tiap-tiap tahun bayar fidyah... Bulan puasa ni, perkara yang tidak sah kalau tidak disebut ialah jemputan berbuka. Ada yang buat di rumah. Ada yang buat di restoran. Ada yang buat di hotel...dan aku juga pernah dapat...
Readmore...
Wednesday, August 8, 2012

Fobia dengan presentation?

0 comments
 
Salam... Aku baru selesai membentangkan satu proposal kepada bakal client syarikat aku. Agak letih juga, berdiri dan bercakap selama 2 jam "non-stop". Pada masa tersebut, kalau dapat meneguk air teh o ais limau...fuhhh sure legaaaa.. Tapi, mesti ramai yang buntang mata melihat aku minum...Inikan bulan puasa!!! Cuaca hari ini agak panas. Walaupun berada di dalam dewan yang ada air-cond rasa dahaga agak membuak-buak khasnya apabila kita tak berhenti bercakap. Alhamdulillah...presentation...
Readmore...
Tuesday, August 7, 2012

Tak faham orang berkias?

1 comments
 
Salam... Masih berkisar tentang topik wirid atau zikir orang moden yang aku post semalam. Bagi anda yang belum membacanya dan ingin tahu tentang apa, boleh klik di SINI. Walaupun komen yang diterima di ruangan "komen" hanya 1 tetapi aku menerima beberapa e-mail berkenaannya. Mungkin mereka tidak mahu komen-komen mereka dibaca oleh orang lain selain aku. Aku tertarik dan asyik tersenyum apabila membaca salah satu dari e-mail yang aku telah terima di mana si penghantar seolah-olah tidak puas hati...
Readmore...
Monday, August 6, 2012

Wirid dan zikir orang moden?

2 comments
 
Salam... Apa khabar rakan-rakan semua. Sihat? Puasa tak? Alhamdulillah... Aku jangkakan beberapa hari ini ramai warga Malaysia akan berbual-bual mengenai sukan Olympics 2012. Subuh tadi acara 100 meter akhir telah berlangsung dan dimenangi oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.63 saat. Satu catatan masa yang entah bila orang Malaysia boleh mencecahnya. Tapi...aku rasa, ramai rakyat Malaysia lebih tertumpu berbicara tentang sukan Badminton. Ada yang menyuarakan kekesalan. Ada yang mengeluh kesedihan....
Readmore...
Saturday, August 4, 2012

Olympics menjadi alasan tidak berpuasa?

1 comments
 
Salam... Aku percaya ramai rakan-rakan semua termasuklah aku yang sering mengikuti perkembangan sukan Olympics 2012 sekarang ini. Tidak kiralah jenis sukan apa. Yang pasti apabila wakil Malaysia bertanding ramai yang akan tercongok di depan TV. Lebih-lebih lagi acara athletics baru sahaja bermula... "Mana ada Abang Long. Sekarang ni kan bulan Ramadhan, orang sibuk bertarawikh, bertadarus dan memperbanyakkan amal ibadah..." Habis tu, camner engkau boleh kata suspens tengok Datuk Lee Chong...
Readmore...
Friday, August 3, 2012

Jual nama aku?

1 comments
 
Salam... Apa khabar rakan-rakan semua? Camner puasa? Harap kita sama-sama banyakkan sabar dalam melakukan ibadah ini. Sabar mengawal nafsu. Sabar menahan amarah. Sabar dalam serba-serbi dugaan dan cabaran. Sabar itu dan sabar ini... Semakin ditahan-tahan kesabaran kadang-kadang semakin banyak dugaan yang mendatang. Dugaan apa pulak yang aku hadapi kali ini? Bukanlah dugaan yang berat sangat tetapi lebih kepada permainan emosi yang kadang-kadang menerbitkan sedikit elemen kemarahan atau...
Readmore...
Thursday, August 2, 2012

Sedih sambut Hari Raya?

35 comments
 
Salam... Baru nak masuk 2 minggu berpuasa aku dah kecoh pasal nak beraya! Tapi...mungkin elok sedikit dari sesetengah pasaraya yang dah kecoh berminggu sebelum puasa lagi. Tak kisah la kan...dah lumrah... Hari Raya memang sentiasa ditunggu-tunggu untuk disambut dengan penuh kegumbiraan bersama keluarga dan sanak saudara. Tetapi...ada juga yang rasa sayu atau bersedih semasa Hari Raya...! Kenapa? Sebab... Ada yang kena bertugas semasa Hari Raya.. Termasuk aku.... Uwaaaaaaaaaaaaa...
Readmore...
Wednesday, August 1, 2012

Handphone mana jadi pilihan?

0 comments
 
Salam... Pepagi ni aku nak mengarut pasal handphone pulak. Banyak-banyak handphone di pasaran, handphone brand atau jenis yang mana menjadi pilihan anda? Aku sekarang ini mengguna 2 handphone. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas dasar tuntutan kerja. Satu khas untuk kerja manakala satu lagi handphone personal yang kadang-kadang terpaksa aku gunakan untuk hal-hal kerja, lebih-lebih lagi jika handphone syarikat aku tu kena bar ...ish3. Untuk urusan kerja, aku mengguna jenama Blackberry...
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com