Wednesday, September 7, 2011

Terfikir untuk beli kereta baru?

13 comments
 
Salam...

Mungkin ramai di antara rakan-rakan semua yang telah membeli kereta baru sempena menyambut Hari Raya dan Merdeka ini. Mungkin ada yang terfikir untuk membeli? Mungkin ada yang berfikir dan masih berfikir hingga sekarang untuk membeli juga. Begitu juga aku, pernah terfikir, pernah berfikir dan masih lagi berfikir walaupun hari Merdeka dah berlalu dan Raya sudah memasuki hari ke-9...hehe.


Kereta baru jenama apakah yang anda fikirkan untuk dibeli? Agak-agak, kereta baru apakah yang aku fikirkan untuk dibeli?

Terus terang...aku terfikir untuk membeli kereta keluaran Nissan yang terbaru iaitu Livina X-Gear.

Ni beberapa gambar yang aku ciluk dari paultan.org


Bentuk lebih kurang Nissan Grand Livina yang 7 seater tu tetapi telah dipancung bahagian belakang untuk jadi 5 seater sahaja.


Bila lihat sekali, dua kali, tiga kali, empat lima enam kali imbas, ada semacam bentuk SUV pulak...hmmmm.


Dan...aku rasa, design Livina X-Gear ni lagi cantek berbanding Grand Livina...hmmmm.

Mungkin tak perlu untuk make up atau tambah bodykit lebih-lebih.

Pernah dahulu aku terbaca komen owner di dalam satu forum tentang macamana untuk jadikan Grand Livina tu untuk nampak cantek atau nampak lagi macho, dan ini pula jawapan dari seorang pembaca..."nothing can make your grand livina look macho! its like putting lipstick on a pig!"..ish3.

Orait semua...it's time to go for the Test Drive...huhu...




Sekian.

P/s: Semua gambar-gambar kereta Nissan Livina X-Gear di atas adalah hakmilik paultan.org.

13 Responses so far.

  1. Salam;
    Nampak dah berkenan bunyinya..cubalah pandu uji sekali lepas tu baru buat keputusan...,

  2. hafiz says:

    design kete tu dah lebih kurang nissan murano..amik bro..livina puas hati..adik ipar dah pakai.

  3. ku-cit says:

    tengok dari depan macam nissan murano pon ada jugak

  4. admin says:

    SK pula baru bercadang nak beli myvi baru tue..
    yg kereta jenis mcm nie,tak mampu la monthly..hehehehe..

  5. beli abg long jgn tak beli saye sokong,.
    kalo mcm tu jom singgah ke blog sy,
    ada pelbagai info terkini lg sengsasi,
    tajuk utama hari ini,
    isteri parah terminum racun yg dibancuh suami,
    keputusan piala malaysia,
    rumah terbakar disyaki angkara janda.
    petknode aniaya kucing.
    dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yg ada,..
    jom ramai2 terjah ke blog saya.

  6. Unknown says:

    ooo cantik gak, cume xtahan statement last tu bab lipstik..siot je..ehehe
    ape pun azam sy tahun ni nk pakai harrier je..ade lg 3 bulan ..mm ntah sempat ke idak tak tahu lah..harap2nyer sempat la tunaikan azam tahun ni.insyaallah.huhu

  7. dalam hati memang suka sangat kat toyota harrier..tapi apakan daya, samapi bila2 pun saya x akan dapat ..kecualilah saya dapat suami orang jutawan...huhuhu

  8. peminat nissan says:

    mmg cantik dan sy pun berkenan dgn livina x-gear ni....x mcm grand livina ye...da mcm murano lak...
    bila launch?

  9. Salam Nuyui, Yusuflaili, Hafiz, Ku-cit, Admin SK, Mcm Ni Lah, CikLilyPutih, Harith Iskandar, Kay Masingan dan Peminat Nissan..thanx sudi tinggal komen.

    Model ni baru beberapa hari shj dilancarkan oleh Tan Chong Motor (Nissan Malaysia). Rasa memaandu lebih kurang mcm Grand Livina tapi rasa ada extra power sket coz mungkin body lebih ringan dan pendek.

    Harga OTR RM82,000 (bulan2 RM850).

    Design they all panggil Cross Over (campuran mini MPV, kereta dan SUV) tapi xleh la bawa mcm SUV utk off road sebab tinggi lantai sama jer mcm Grand Livina.

    Road handling kat bandar lg best dr GL coz pendek.

    Yg kurang bestnyer cuma brake belakang guna drum bukannya disc (sama mcm Sylphy) tapi ada ABD dan EBD.

    Stereng guna elektrik (ringan) lg ringan dr yg guna power stereng pakai fluid.

    Ish3...dah jatuh hati sangat2 nih...huhu

  10. As-Salam Abang Long..Kereta Grand Livina x-Gear Kuat Makan Minyak Tak??

  11. Salam Ainul Azwan Azmi...bukan Grand Livina tapi Livina (shj) X-Gear. Jimat minyak (teknologi Nissan) coz body lebih ringan dr Grand Livina dan cc cuma 1.6 jer

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com