Wednesday, September 21, 2011

Gaji Ciput Tanggungjawab Macam CEO?

4 comments
 
Salam...

Sebelum ni aku ada mencoret tentang  ketidak-seimbangan gaji dengan nilai kerja yang diberikan di SINI. Rupa-rupanya ramai yang mengalami nasib seperti itu di mana gaji yang diberikan tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Walaubagaimanapun, mereka masih meneruskan tugasan kerana mungkin tiada pilihan lain.


Bukan berniat untuk mengapi-apikan atau menjadi batu api atau menjadi penghasut agar anda meminta gaji lebih berdasarkan keboleh-upayaan kerja dan pengetahuan anda, cuma ingin menjentik minda para entrepreneur yang mengerah tenaga pekerja-pekerja tetapi sekadar mampu dan mahu membayar sedikit ataupun tidak setimpal dengan hasil-kerja mereka.

In fact, coretan aku sebelum ini yang berkisar tentang hal yang hampir sama telah membuatkan beberapa entrepreneur melenting dan berkata...

"Mereka ada pilihan untuk berhenti kerja dan mencari kerja di syarikat lain. Oleh kerana mereka masih ingin bekerja di syarikat ini, itulah sahaja gaji yang mereka akan dapat."

"Memang syarikat bayar peanut, tetapi kami juga tak mahu monkey bekerja di sini."

"I lagi suka monkey bekerja dengan I coz senang untuk buli monkey-monkey tu."

"We all tak pernah bayar guna peanut. We all bayar duit masuk akaun diorang la."

"Tak pernah jumpa pulak monkey kerja kat sini.."

...atau berkata...

"Kerja lah dulu elok-elok. Bila dah lama bekerja kat sini, baru lah gaji akan naik.". "Tapi Bos, saya dah kerja kat sini hampir 15 tahun, gaji satu sen pun tak pernah naik." "Takpe lah, awak kerja lagi 15 tahun yer?"

"Bersyukurlah dengan apa yang ada. Ramai lagi orang kat luar tu yang menganggur. Kalau nak jadi macam mereka, cubalah mintak naik gaji.."

"Jangan memilih kerja sangat. Kalau setakat pengurus macam awak tu, RM1,500 cukuplah. Awak bukan guna sangat duit tu."

"Awak buat jer kerja awak tu. Jangan fikir pasal gaji. Tahu lah saya nak uruskan.".."Err..tapi saya dah kerja kat sini setahun. Macam-macam saya kena buat termasuklah ambil alih kerja-kerja CEO tapi takkan gaji saya setakat RM2,000 jer?".."Ohh...ye ke? Ok, esok awak berhenti kerja saja lah yer?"

Macam-macam senario atau insiden yang berkaitan dengan gaji ciput ni cuma kadang-kadang orang malas untuk membincangkannya. Buat apa dibincang  kalau sekadar menambahkan sakit di hati?

"Betul la bang, aku dah kerja di syarikat tu hampir 20 tahun. Gaji aku masih below par jika dibandingkan dengan current market. Hendak berhenti kerja, susah juga nanti sebab aku tak ada kelulusan tinggi. Setakat pengalaman jer luas. Lagipun, syarikat kat luar tu memandang kelulusan. Dengan umur aku yang semakin tua ni, elok jer lah aku teruskan bekerja kat sini."

"Tugas saya adalah untuk menguruskan satu cabang perniagaan syarikat. Saya perlu uruskan dari A hingga Z. Saya perlu jaga bahagian akaun (untuk gaji pekerja), saya perlu uruskan bahagian Admin, saya perlu uruskan bangunan dan prasarana, saya perlu cari business dengan pergi membuat marketing, saya perlu uruskan kenderaan-kenderaan syarikat dan lain-lain lagi. Tapi satu jer yang saya tak boleh uruskan sendiri..iaitu GAJI saya. Itu urusan pihak pengurusan atasan dan sememangnya ciputtttttt.."

Ish3...pening cerita pasal gaji nih.

Itulah kekurangannya bekerja makan gaji.

Kalau asyik mengeluh pasal gaji, elok sahaja bekerja sendiri atau berniaga...ada beran!!




Sekian.

4 Responses so far.

  1. Salam;
    Makan gaji memang tidak menyeronokan lebih2 lagi dengan pasaran yang tak menentu sekarang.memang banyak kita dengar isu ni..tak tahulah sampai bila isu ini akan selesai..

  2. xtaula smpai bila isu cmni..

    kalau bujang pon cukup2 mkn,inikan plak berkeluarga nanti..

  3. ku-cit says:

    kdg2 serba slah jugak dibuatnya kan...

  4. jom singgah ke blog saya,
    ade pelbagai aneka info2 terkini di blog macamnilahkita.com .
    tajuk hot hari ini,
    ''remaja perempuan dibunuh, dibakar gara2 tolak ajakan seks''
    ''pusat kebajikan zalim diserbu jkm''
    ''wanita berpurdah perancis bertanding pangkat presiden''
    ''pantai burka khusus untuk muslimah di albania''
    dan pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi, jom singgah ke blog macamnilahkita.com

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com