Sunday, September 18, 2011

Banyaknya Open House Raya?

3 comments
 
Salam...

Dah sampai ke mana anda beraya? Dah berapa buah rumah anda ziarahi? Dah berapa banyak anda makan? Dah berapa kilo berat badan anda naik?..hehe.


Terus terang, berat badanku juga telah meningkat dengan mendadak. Semasa hari terakhir berpuasa berat cuma 61kg tetapi kini sudah mencecah 66kg. Naik 5kg! Adoi ai!!


Jika dahulu bercadang untuk mendapatkan bentuk perut 6 pax...


Kini, terasa risau pula takut-takut menjadi hanya 1 pax...ish3...


Cadangnya ingin mengerah kudrat berjogging setiap petang, malangnya asyik hujan memanjang.

Berniat untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini, tetapi banyak pula godaan.

Sana sini ada jemputan perkahwinan. Sana sini ada Open House Raya. Sana sini ada makan-makan.

Ada Open House Raya di rumah saudara mara. Ada Open House Raya di rumah kawan-kawan. Ada Open Office Raya.

Hari ini sahaja aku ada 8 jemputan. 2 kenduri perkahwinan dan 6 Open House Raya.

Banyaknya jemputan?

Mana yang aku perlu dahulukan?

Mana yang aku perlu atau boleh ketepikan?

Adoi ai! Nak reject dah dijemput. Tak nak pergi saudara atau kawan rapat pula.

Jawabnya...pergi semua mana yang sempat tetapi makan setakat sesuap dua jer.

Harap tiada yang terasa.




Sekian.

3 Responses so far.

  1. jom singgah dan terjah ke blog sy,
    ade pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yg ado,
    paling hot hari ini di blog sy,..
    ''4 rakyat malaysia maut dalam serangan bom di golok,
    ''lelaki bertelanjang ganggu penduduk flat ditangkap,
    dan pelbagai aneka info2 terkini yg ado,.
    nak tau lebih lanjut jom terjah beramai2 ke blog sy,..

  2. jom singgah ke blog sy,
    ada pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,..
    tajuk2 hangat di blog saya hari ini
    '' safee sali terus cemerlang pikat jurulatih cardiff city,,
    ''kapal kargo korea utara ditahan gara2 pasang jalur gemilang terbalik''
    '' syarikat dari malaysia, mamee monster dan mister potato taja manchester united,,
    dan pelbagai lagi info2 terkini yg menanti anda,
    jgn segan silu terjah ke blog sy, macamnilahkita.com

  3. Unknown says:

    comeila gambo kucing kat blog ni

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com