Monday, September 5, 2011

Iklan Tanpa Kebenaran?

5 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua? Sihat? Aku agak kurang sihat sedikit mungkin kerana terlalu banyak makan daging merah (daging lembu dan kobau balau). Mungkin juga kerana cuaca yang agak sedikit panas ketika ini membuatkan aku pening kepala.


Sudahlah aku pening akibat banyak makan dan cuaca yang sedikit panas, sekarang ini aku ditambahkan pening pula apabila melihat iklan-iklan yang tidak diundang menyelinap di paparan blog aku ini...adoi ai!!

Iklan tidak diundang?

A ah...ni ha dia...


Aku tak perasan bila iklan ni start popping up kat blog aku ini. Yang aku perasan, aku tak pernah beri kelulusan untuk syarikat/website terbabit meletakkan sebarang widget ke dalam blog aku ini.

Habis tu, kalau aku tak pernah beri kebenaran, siapa pula yang membenarkannya?

Macamana website tersebut berupaya untuk meletakkan iklan ke dalam blog aku?

Seperkara lagi, bukan setakat iklan sahaja, tetapi terdapat juga beberapa perkataan-perkataan yang dihighlightkan jika pembaca berminat ingin tahu makna perkataan-perkataan tersebut..


Website tersebut ada perjanjian dengan Blogger ke?

Adakah aku melakukan kesilapan dengan subscribed dengan website tersebut secara tidak sengaja?

Aku ingatkan cuma aku seorang, rupanya ramai lagi yang menerima nasib yang sama seperti aku.


Entahlah...apa perlu aku buat ni?

Pening..pening...




Sekian.

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    ehe pening sbb byk sgt mkn daging lembu kobau le tu.mkn daging kambing le bang insyaallah xsakit paler..lg2 dpt iklan free mcm tu..ehe :)

  2. cari sumber website tue, kasi warning sblm report kt skmm,..
    jom singgah ke blog saya, ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
    tajuk utama hari ni,
    pemuda disimbah asid gara2 berebut seorang pondan,
    pusat jagaan haiwan cuai dan zalim sebabkan kematian 16 ekor kucing dan lebih 200 ekor lagi kebuluran dan teraniaya,
    honda malaysia panggil semula lebih 40,000 kereta 2006 - 2008.
    dn pelbagai lagi info2 terkini lagi sengsasi, jom ramai2 terjah ke blog sy.

  3. Salam Harith Iskandar...makan kambing? woooo..silap2 lg pening tuh..hehe..

    Salam Mcm Ni Lah...dah tau website tu clicksor.com dan dah hantar message suruh remove ads tapi takde apa2 tindakan..skunk ni makin banyak iklan2 dari website tu yg popping up

  4. Salam;
    Buat perhitungan dengan tuan punya website tu..kalau boleh mintak ganti rugi..Heheeee!.

  5. Salam Yusuflaili...ni tgh cari idea mcm mana nak sue website tu...hehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com