Thursday, September 22, 2011

Meminjam Duit Budaya Melayu?

10 comments
 
Salam...

Engkau ada duit lebih tak? Boleh pinjam sikit? Dalam RM2.5 juta jer, bukan banyak mana.. Nanti bila aku dah kaya raya, aku bayarlah balik. Kalau aku tak bayar-bayar jugak tu maknanya aku masih tak kaya-kaya lagi, so, engkau kenalah halalkan jer duit yang aku pinjam tu... Bolehhhh??

Ada sesiapa yang berani jawab? Atau...setakat membulatkan biji mata?


or...just terngangaaaaa... hehe.


Benarkah meminjam duit itu budaya orang Melayu?

Semasa aku bertugas di bank dahulu, aku pernah menjadi guarantor kepada seseorang (juga bekas pegawai bank) untuk meminjam wang (personal loan) di Bank Rakyat bernilai RM10,000. Selepas dia menerima tawaran VSS dan tidak lagi bekerja di bank, pinjaman tersebut langsung tidak dibayar dan mengakibatkan namanya disenarai-hitamkan (blacklisted) dan dimasukkan ke dalam database CTOS.

Yang lebih mengharukan, nama aku juga terbabit sama (walaupun hanya sebagai guarantor) dan pihak bank telah memanggil aku untuk bertanyakan hal tersebut. Di bawah polisi HR bank, jika nama pekerja disenarai-hitamkan (dimasukkan ke dalam senarai bankruptcy), pekerja tersebut boleh diberhentikan dengan serta-merta atas kesalahan "pecuniary harassment".

Bos Industrial Relations (IR) yang memanggil aku untuk sessi interview dan siasatan dalaman tersebut adalah seorang Chinese. Bila aku memberikan keterangan tentang punca masalah tersebut, dengan lancangnya dia berkata, "Typical orang Melayu, suka berhutang!"

Mula-mula tu, aku memang terasa hati sangat-sangat. Then, aku realized, mungkin ada benarnya juga statement dia tu.

Memang ramai orang Melayu yang berhutang apabila membeli barangan tidak kiralah barangan kelengkapan rumah seperti set sofa, set kelengkapan bilik tidur, TV, mesin basuh, peti ais dan lain-lainnya. Hatta, kadang-kadang barangan dapur seperti beras, minyak masak, daging, ikan dan sayur juga dibeli dengan berhutang atau dibayar hanya pada hujung bulan (bila dapat gaji).

Maaf, ini bukan gambar orang Melayu - sekadar gambar hiasan

Pernah juga aku membaca statistiks peminjam yang disenarai-hitamkan oleh Courts Mammoth, AEON Credit, CCM dan sebagainya, majoritinya adalah dari golongan orang Melayu. Malah senarai nama-nama orang yang berhutang kad kredit juga begitu. Majoritinya orang Melayu juga.


Kalau membeli rumah atau kenderaan (lori, kereta dan motor) dengan meminjam (loan) di bank memang sudah terlalu biasa. Tidak mengapalah sebab harganya agak mahal jika ingin membeli secara tunai.

Kenapa ek?

Adakah ekonomi orang Melayu itu begitu teruk hingga terpaksa berhutang hampir untuk setiap pembelian? Atau, adakah orang Melayu itu sememangnya suka berhutang walaupun berduit?

Aku pernah mendengar statement sebegini dari kawan-kawanku yang berbangsa Melayu...

"Dengan membayar sikit-sikit setiap bulan, kita boleh beli banyak barang-barang keperluan tanpa membebankan poket."

"Itu kira pengurusan tunai la tuh (Cash Flow)."

"Biar papa asal bergaya."

Entahlah....ada sesiapa sudi bagi komen?

Orait! Aku chow dulu. Tengah nak cari bank untuk buat pinjaman beli kapal terbang nih...hehe.




Sekian.

10 Responses so far.

  1. phee ungu says:

    : RM 2.5 juta jeee ??? haha . ta , org ta suka pinjam duit org lain . tp lau desperate , baru laa tebalkan muka pinjam org lain duit ..

  2. Salam;
    Tak semestinya bergitu.org cina lagi kuat berhutang sanggup bertetak sesama sendiri hingga tertubuhlah kongsi2 gelap, pendek kata semua bangsa suka berhutang..
    oleh sebab Di malaysia tanah melayu, maka org melayulah byk berhutang..Di negara China nun org cina saja yang berhutang mana ada org melayu..

  3. Salam Phee Ungu...cukup la RM2.5 juta tu...ada ke?..hehe

    Salam Yusuflaili...engkau memang absolutely right bro...tambahan, kalau kat India plak ramai orang India yg berhutang...hmmmm

  4. waalllaa! says:

    biasala tu..bukan takat bank jadi mangsa..saya pun jadi mangsa..dijadikan banker oleh kawan sendiri..suka berlakon takde duit,,berlakon lupa bawak purse la..pastu suruh saya bayar dulu.. nak tunggu dia bayar..berbulan2 la baru dpt..masa nak pinjam laju jer..masa nak bayar balik bukan main liat..masa pinjam nk banyak2..masa suruh bayar..bayar sikit2.. memang sakitnya hati tak terkira.. bila kite tegur tak nak terima kenyataan..siap maki hamun kita balik..memang dasar org tak sedar diri la cam tu.. smpai sekarang saya tak boleh terima dia panggil saya macam2 sedangkan saya anya tegur dia suruh berubah drpd menjadi org yg suka berhutang..

  5. erm..alhamdulillah,stakat ni sy hanya wat pnjmn PTPTN aje..heheh..

    itulah hutang sy wat masa ni.heheh..

  6. hehee! pinjaman MARA dan PTPTN sahaja..tp jenuh pikirr bila nak settle nim...aduyaiii


    salam singgah!

    ▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬
    ♫♪ GOOD MORNING ♫♪
    ▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬

    *happy blogging*

    ╔══╗
    ╚╗╔╝
    ╔╝(¯`v´¯)
    ╚══`.¸.BLOGGING

    From ♥ weiyda!

  7. Mungkin juga kerana sikap orang melayu dan juga bumiputera yang agak suka bergaya dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Dalam organisasi saya bekerja, 100% golongan Melayu adalah penghutang tetapi orang Cina semuanya bebas dari hutang selain dari hutang kereta dan rumah. Orang Melayu berhutang bukan untuk tambah aset tetapi lebih kepada harta kebendaan seperti sofa baru atau benda2 yang tidak dikategorikan kepada aset.

  8. jom singgah ke blog saya,
    ade pelbagai aneka info2 terkini di blog macamnilahkita.com .
    tajuk hot hari ini,
    ''remaja perempuan dibunuh, dibakar gara2 tolak ajakan seks''
    ''pusat kebajikan zalim diserbu jkm''
    ''wanita berpurdah perancis bertanding pangkat presiden''
    ''pantai burka khusus untuk muslimah di albania''
    dan pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi, jom singgah ke blog macamnilahkita.com

  9. ozzy says:

    Ayat biasa yang saya selalu dengar " tak ada hutang tak ada harta " & memang hutang itu kebiasannya akan membebankan.Tak salah kalau berhutang tapi biarlah atas sebab-sebab yang positif spt beli rumah atau kereta.
    Paling penting jgn sesekali berhutang dgn along & ia juga menjadi satu persolan kenapa kes org Melayu berhutang dgn Along semakin meningkat?.

  10. Kamsiah says:

    masa nak pinjam bkn main lembut lagi...masa nak bayar buat2 tak nampak kita...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com