Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya

2 comments
 
Salam...

Aku rasa dan aku harap masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan semua walaupun hari ini merupakan hari ke-4 kita berada di bulan Syawal.

Apa khabar anda semua. Mudah-mudahan sihat wal-afiat. Apa? Terlebih makan? Al-maklumlah, masa bulan Ramadhan nafsu makan kita tertahan-tahan (atau ditahan-tahan), so, bila time Raya, kira membalas dendam la yer?...ish3.

Jangan ada yang sudah tergolong di dalam mereka yang obes sudah!..hehe.


Aku juga ingin meminta maaf kepada semua rakan-rakan serta pelawat-pelawat blog aku ini sebab tiada langsung update beberapa hari ini. Puncanya kerana ketiadaan sambungan internet streamyx di kampung aku tu. Broadband pun setakat GPRS dan sesekali EDGE yang menghalang aku untuk membuat sebarang entry. Walaupun ada entry yang sedang di dalam que, aku rasa tidak sesuai untuk dipaparkan ketika ini dan aku tangguhkan dahulu untuk publish.

Bila melihat statistics blog aku ini pula, jumlah hits atau visitors dan pageviews merudum jatuh. Sesuatu yang telah aku jangkakan juga sebab tiada update terkini dan kegagalan aku untuk berblogwalking...isk3.


Cuma, apabila melihat statistics Alexa, jumlah links in telah melonjak dari angka 14 ke angka 101! Ianya meningkat mendadak hanya dalam tempoh 4 hari! Entah macamana jadi macam tu, aku pun tak tahu.

Samada ianya bagus atau tidak, aku kena buat kajian dahulu.

Mungkin ada bagusnya kerana banyak website atau search engine yang link in ke blog aku ini dalam tempoh tersebut. Walaubagaimanapun, ranking Alexa aku tidaklah sebagus mana...hmmmm.

Kepada rakan-rakan blogger atau sesiapa sahaja yang menyinggah dan membaca entry merapu aku ini, jika anda tahu, tolonglah explain kat aku yer?

Buat masa ini, aku tangguhkan dahulu tentang hasrat aku untuk membuat kajian tersebut sebab...
ni kan Hari Raya???!!...huhu..

So,

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin




Sekian.

2 Responses so far.

  1. Salam;
    Raya,jangan tak raya..setaun sekali..aku dah mula kerja ari ni dah.

  2. wahhh meriah beraya sakan abg long,.
    sy dah blk ke kl dah,.
    jom terjah blog saya ada pelbagai informasi terkini,
    tajuk utama hari ini,
    singapura serah balik loji rawatan air kat johor,
    100 kedai rakyat 1malaysia bakal dibuka di seluruh negara,
    6buah motor dan 2 buah kereta terbakar di ampang,
    jom pakat ramai2 terjah blog sy,.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com