Monday, September 26, 2011

Berlagak Macam Tahu Segalanya

8 comments
 
Salam...

Aku memang meluat dan menyampah jika berjumpa, terjumpa, terpaksa atau dipaksa berurusan dengan orang yang berlagak macam terlalu pandai. Jika seorang expert sekalipun bukanlah bermakna orang lain yang kurang expert dianggap seperti si dungu yang perlu ditengking-tengking jika melakukan kesilapan atau dihina sesuka hati.


Perlukah memandang rendah orang lain yang dianggap kurang berpengetahuan?

Tidakkah mereka lupa bahawa walaupun mereka tahu tentang sesuatu perkara, ada lagi yang lebih tahu?

Bukankah lebih elok jika bersikap humble atau merendah diri walaupun lebih pandai dari orang lain? Mungkin hanya sekadar lebih pandai tetapi kurang bijak...

Jika lebih pandai serta lebih bijak sekalipun, tidak ada salahnya dan tidak akan rugi jika bersikap humble. Malah, mungkin akan mendapat ramai sahabat dan mudah mendapat sebarang bantuan jika kita memerlukan.

Dan...aku lebih pissed off jika orang tersebut hanya sekadar berlagak pandai tetapi sebenarnya lebih dungu dari orang yang dia anggap tidak pandai.

Biasalah...tong kosong jika diketuk memang lebih kuat bunyinya berbanding tong yang berisi. Tong yang berisi hampas juga lebih kuat bunyinya dari tong yang penuh berisi besi waja.



Sekian.

8 Responses so far.

  1. Jebon says:

    Aik! Macaam marah bunyinya tu Long. Relax la..engkau jentik je hidung dia tu supaya sedar....errr..dia yg engkau maksudkan tu bukan aku kan? kan? kan???

  2. Aku agak mesti kes kerja pejabat ni,kadang2 ada sesetengah org lama buat perangai mcm ni siap dengan membuli lagi.....

  3. Btul3x.... Sokong ngan Abang Long...

  4. relex sudah Abg Long.. haha.. kasi pukul je org cam tu..

  5. cik sakdi says:

    takot gak kalu org copkan kite ni bajet tau semua... :( hihi

  6. jom singgah blog sy ada pelbagai info2 terkini di blog sy,.
    info menarik hari ni,.
    ''buang al quran di bangsal lembu''
    ''bekalan darah jenis A berkurangan org ramai diminta tampil derma darah''
    ''safee sali akhiri latihan di cardiff city''
    dan pelbagai info2 gempak utk hari ni,. jom terjah ke blog sy, macamnilahkita.com

  7. ala konon pandai , padahal haprakkk~ pegii daaa orang ,macam tu..

  8. agak ramai orang yang bersikap begini ni abang long. Saya memang agak sakit hati bila jumpa orang sebegini. Meluat lah..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com