Wednesday, September 28, 2011

Brisk walking untuk kurus?

6 comments
 
Salam...

Anda obes? Anda gempal? Anda ingin kurus tetapi dah give up? Kenapa ek? Salah teknik? Makanan untuk diet terlalu mahal? Penat bersenam tetapi tak kurus-kurus jugak?


"Elehhh! Mentang-mentang la Abang Long dah kurus, boleh la berlagak! Menyampah!!"

Laaa...bila masa pulak Abang Long berlagak? Abang Long just nak share apa yang Abang Long dah buat sampai susut berat badan macam ni. Dari 85kg dah jadi 61kg. Masa 10 hari Raya ituhari ada naik sket ke 65kg tapi sekarang ni dah turun balik.

"Saya pun berjogging gak Abang Long tapi berat badan masih maintain kat angka 95kg jer. Badan pulak sakit-sakit. Lutut kadang-kadang rasa ngilu sampai susah nak bersolat,"

Apa yang awak dah buat? Kalau berjogging bermati-matian lepas tu makan pun berkoyan-koyan, macamana berat badan nak turun? Tambah sakit badaan ada laaa.

"He he he..."

Ish, ish, ish...

"Camner Abang Long buat sampai leh kurus macam ni?"

Mesti tak baca entry kat blog Abang Long kan? kan? kan???

Klik gambar kat atas untuk baca entry tersebut

"Panjang sangat la entry tu."

Tak pe la baca lama sket. Tak payah bayar macam beli ubat untuk kuruskan badan tuh.

Sebenarnya, dari segi psychology, berjogging untuk kuruskan badan bagi orang yang berat macam awak dan Abang Long dulu tak berapa sesuai.

"Maksud Abang Long?"

Abang Long dah pernah buat camtu dulu tapi bukannya kurus malah badan jadi sakit-sakit dan kepala lutut rasa ngilu-ngilu macam awak tu la. Dulu, Abang Long siap beli kasut jogging, beli seluar trek yang 3/4 tu (paras lutut) dan start berjogging. Yang tak bestnyer cuma bertahan (berjogging) 5 kali jer (dalam 5 minggu). Lepas tu, kasut jogging tu cuma jadi perhiasan kat rak kasut. Seluar trek tu untuk Abang Long pakai masa nak tidur jer..huhu.

"Kenapa?"

Apa taknyer, lepas berjogging badan Abang Long jadi sakit-sakit dan lenguh sana sini. Kepala lutut rasa cam nak tercabut ngilu sangat-sangat. Terpaksa la Abang Long pergi berurut. Awak bukan tak tahu yang Abang Long ni tak tahan bila kena urut. Macam cacing kepanasan, terguling sana terguling sini menahan sakit dan geli. Nasib baik tukang urut tu tak pernah merasa sepakan kaki Abang Long nih..hehe.


Cuma, masa awal tahun hari tu Abang Long ada berjumpa kawan Abang Long yang jadi instructor dan advisor untuk orang yang ingin kuruskan badan. Dia tak bagi Abang Long berjogging. Dia suruh brisk walking jer.

"Berkesan?"

A ah. Dalam tempoh 1 bulan berat Abang Long turun dari 85kg ke 75kg. Masuk bulan ke-2 turun lagi ke angka 65kg. Lepas tu turun lagi ke 61kg. Sekarang ni maintain kat angka di antara 61kg ke 63kg.

"Camner leh jadi camtu?"

Tu yang Abang Long kata tadi psychology. Bila brisk walking, Abang Long tak pernah perah kudrat berlebih-lebihan. Badan terutamanya kaki tak sakit-sakit macam berjogging. Jadi, Abang Long mampu buat hari-hari. Mula-mula jalan kaki setakat 1 km sehari, lepas tu tambah sket-sket. Sampai satu ketika, Abang Long pernah brisk walking dari Bandar Baru Ampang ke Taman Keramat lepas tu berjalan balik ke Ampang semula.

"Biar betul bang. Tu lebih kurang 15 km!"

Tahu pun! Yang Abang Long paling suka sebab tak de rasa terlampau penat. Rasa macam nak buat camtu (brisk walking jauh-jauh) setiap hari! Tapi, kerja punya pasal, terpaksalah buat hujung minggu jer. Hari kerja setakat jalan keliling taman kat rumah.

"Ohhh...gitu."

Secara psychology kalau kita buat benda tu tak menyakitkan, kita akan selalu buat. Bila kita buat berterusan (istiqamah) hasilnya memang menakjubkan!

"Kalau camtu, saya nak cuba jugak lah."

Tak yah cuba-cuba, buat ajer. Lepas ni kita lumba siapa yang dapat perut 6 pax dulu...hehe.




Sekian.

6 Responses so far.

  1. salam..yui lau bab lari2 dah xmampu..

    dah xleh nak berjoging cm dlu..

    kesihatan tak megizinkan..

    tp bgus cara diet cmni kan..

  2. Novelgurl says:

    ha'ahlah,pndai ! haha..
    leh try nie ^^

  3. khabar;
    Kalau berat dah 95kg jgn kata nak berjogging nak berjalan pun lutut rasa ngilu seksa tau.
    Sebenarnya kalau berat dah tahap tu..buat senaman ringan je tanpa berlari yang penting buat hari,disamping tu mkn kena kontrol jugak kalau tempat kerja dekat jln kaki je lagi bagus dan lagi satu kalau tinggal rumah flat bagus guna tangga....

  4. jom terjah ke blog saya.
    hari ni ada berita tergempar di blog macamnilahkita.com ,
    ''letupan di pusat beli belah di subang jaya,4 org cedera setakat ini''
    jom ramai2 terjah ke blog saya,
    ada gambar2 di lokasi kejadian.

  5. Mama Gee says:

    sudah berabad2 lamanya tak berjogging...berlali sebab nk kejor bas ada...pastu rs nk pitam..gelap dunia...

    asek sumbat makanan...tp bersenanm takde...iskkk sungguh tak sihat....Bagus gak brist walking ni..leh terai nnti dr opis balik umah huhuhu....{nnti tu bilalah agaknya ek? hehe}

  6. Dah Hujan says:

    Brisk walking tuh jalan saja2 ker? boleh cuba nih..
    penat jogging tapi perut pon mengaum.. hehe..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com