Orang kata..duit bukanlah segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit. Itu orang kata. Bukan monyet yang kata coz monyet tak pandai berkata-kata kepada orang...hehe. Memang ada benarnya, cuma, yang sering menjadi persoalan ialah berapa banyakkah duit yang diinginkan? Berapakah pula jumlah duit yang diperlukan?
Kenapa pulak aku sibuk bertanya pasal duit ni?
Orait! straight to the point. Berapakah gaji anda sebulan? Adakah itu jumlah yang anda inginkan? Adakah itu jumlah yang anda perlukan?
"Saya mengaku agak berkira tentang gaji. Saya ada kelulusan dan pengalaman yang luas, jadi, saya amat berharap syarikat akan membayar gaji berlandaskan kelulusan dan pengalaman saya."
Awak memilih kerja ke?
"Saya memang memilih kerja dan inginkan gaji yang kena dengan kehendak saya."
Kalau syarikat enggan membayar gaji sepertimana yang awak inginkan?
"Saya tak akan bekerja di situ. Saya akan cari kerja di syarikat lain."
Awak suka lompat-lompat kerja ke?
"Tak jugak. Saya dah bekerja di syarikat ni lebih dari 10 tahun."
Habis tu?
"Ada satu syarikat yang offer saya untuk bekerja dengan mereka. Saya pun mintaklah macam-macam termasuklah gaji extra 50% dari gaji saya sekarang."
Bunyi macam too demanding aje.
"Bukan too demanding tetapi itulah harga yang syarikat tu perlu bayar untuk dapatkan khidmat saya. Kononnya syarikat tu hendak upgrade ke peringkat yang lebih tinggi dan saya merupakan calon yang paling sesuai untuk berbuat demikian."
Syarikat tu tak setuju?
"Bukan setakat tak setuju tapi sesuka-hati pula menghentam dan kata saya ni mata duitan, kerja belum nampak hasilnya dah mintak macam-macam."
Laaaa...
"Saya pun jawab la...kalau setakat berangan nak upgrade ke level yang lebih tinggi tetapi langsung tak nak berkorban untuk investment baik tak payah upgrade. Duduk je lah di takuk lama. Kalau bayar setakat peanut, janganlah berharap untuk mendapat pakar atau professional untuk membantu..silap-silap monyet pun menyampah nak terima."
Dalam maknanya tu...
"Saya bukanlah graduan yang baru habis belajar atau orang yang tengah desperate nak mintak kerja. Kalau saya dalam golongan tersebut sudah tentulah saya tak akan memilih atau terlalu berkira pasal gaji. Saya dah lama bekerja. Pengetahuan dan pengalaman saya membolehkan saya untuk membantu syarikat tersebut. Lagipun saya dah selesa bekerja di sini dan kalau saya ingin melompat kerja di syarikat lain, banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan. Itu semua duit!"
Ohhh...
"Mungkin bunyinya macam sombong tetapi saya tahu apa yang saya hendak dan saya juga ada wawasan saya sendiri. Buat apalah saya terima bekerja dengan gaji yang saya sendiri tidak puas-hati dengan jumlahnya? Nanti sure saya takkan lama bekerja di situ. Yang paling penting saya tahu apa yang perlu dibuat untuk membantu syarikat dan sebagai balasan di atas kebolehan saya tu, syarikat perlulah menjaga saya sebaik-baiknya. Jika tidak, ambil sahaja orang lain."
Errr...betul jugak..
Tengah terfikir, apa agaknya si monkey tu akan buat kalau dapat peanut?...hmmmm
Sekian.
Salam,
betul tu bang Long..pangkat dan sijil boleh dibeli..Tapi pengalaman serta kemahiran nak beli mana siapa yang ada jual..
selama ni saya bekerja sendiri bersumberkan kemahiran yg diwarisi,
jom singgah ke blog sy ade pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
info terkini panas dari ladang,
15,000 pekerja MAS bakal adakan piket,
kapal turki iringi kapal misi bantuan Gaza,
''saya pondan istimewa / Natasya .
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi di blog saya,
jom ramai2 terjah blog sy,
r0y10j2g89 y7k61q8e77 z1a60v2o93 c0t32d3e98 a7x22i6w09 p0j12t9y94