Wednesday, September 14, 2011

Kenapa Menghina Pekerjaan Orang?

6 comments
 
Salam...

Anda pemilik sebuah syarikat? Anda seorang pengarah syarikat? Anda seorang CEO? Anda seorang pengurus besar? Anda seorang pengurus biasa? Anda seorang pengurus pemasaran?

Atau...adakah anda hanya seorang penjual burger di tepi jalan?


Tidak kiralah apa jua status anda, itu adalah pilihan anda sendiri dan rezeki yang telah diberikan Tuhan kepada anda.

Pilihan anda sebab anda sendiri yang berusaha untuk mencapai atau mendapat status anda itu. Jika anda inginkan status yang lebih baik dari seorang penjual burger kepada seorang pengarah sebuah syarikat, maka perlulah melipat-gandakan usaha untuk menuju ke arah itu. Tetapi, jika sekadar mampu untuk menjadi penjual burger, bersyukurlah kerana mungkin rezeki yang diterima mencukupi untuk keperluan hidup anda. Mungkin ada sebab-sebab mengapa menjual burger di tepi jalan menjadi sumber rezeki kepada anda di waktu ini.  Tuhan Maha Mengetahui apa yang hambanya perlukan.

Jika anda seorang "somebody" di sebuah syarikat tidak kiralah samada anda seorang pengarah, CEO, pengurus besar, pengurus biasa, pengurus pemasaran, eksekutif dan sebagainya, dari segi status pekerjaan, anda sememangnya lebih baik dari seorang penjual burger di tepi jalan.

Walaubagaimaanapun, adakah sebab status pekerjaan anda yang lebih baik itu, anda berhak untuk memandang rendah orang lain yang hanya berstatus sebagai penjual burger di tepi jalan?

Gambar hiasan dari pakatanblogger.com

Kenapakah anda perlu menghina pekerjaan orang lain?

Hebat sangatkah status pekerjaan anda?

Mulia sangatkah pekerjaan anda sebagai seorang pengurus pemasaran sebuah syarikat berbanding seorang penjual burger yang hanya tahu bercerita tentang burgernya?

Pernah juga aku terfikir, bagi aku, adalah lebih mulia seorang penjual burger yang petah berkata-kata mempromosi burgernya berbanding dengan sesetengah pengurus pemasaran yang pakar membelitkan kata-kata dan disulami pula dengan dusta.


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Seorang yang memiliki status pekerjaan yang tinggi mungkin menghadapi masalah yang lebih berat berbanding seorang penjual burger di tepi jalan. Seorang penjual burger yang hanya mampu untuk memiliki barang-barang asas yang diperlukan untuk kehidupannya mungkin lebih relax mindanya berbanding orang yang berjawatan tinggi yang berkemampuan untuk bermewah-mewah tetapi mindanya sentiasa di dalam kerisauan.

Sampai bilakah status pekerjaan seseorang itu akan bertahan?

Kemungkinan, orang yang sekarang ini hanya sebagai penjual burger di tepi jalan bakal menjadi lebih mewah suatu hari nanti manakala seorang yang berstatus tinggi itu pula tergelincir dan hidupnya berubah menjadi seperti si penjual burger atau lebih teruk dari itu.

Tiada siapa yang akan tahu nasib seseorang itu kecuali Tuhan.

Jadi, kenapa perlu menghina?




Sekian.

6 Responses so far.

  1. Salam;
    tak baik menghina rezeki org lain sedangkan dia tak meminta-minta dgn kita..kadang2 dlm satu jabatan org atas buli org bawah atau pelekeh kerja org bawah..

  2. Unknown says:

    Tak baik hina hina keja org..
    Tapi klu wat keja yg berdosa & salah dr segi agama cmna??

    http://fadthnwan.blogspot.com/

  3. dulu, sebelum dapat kerja baik, saya sanggup jadi kerani walau ada lulusan degree. Saya tidak kisah yang penting ada duit hujung bulan untuk tampung belanja bulan seterusnya. Tapi yang menyakitkan hati, bila balik kampung dan bila orang tanya kerja apa, ada yang akan terang-terang meyindir dan membanding-bandingkan kerja saya dengan anaknya yang jauh lebih baik. Padahal, saya tidak penah kisah apa kerja saya pun tapi orang lain pula yang kisah..

  4. <-- selalu dihina kerana sy tkg urut,.
    jom singgah ke blog sy ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
    antara info2 terhangat,
    filem hantu bonceng kutip rm8 juta.
    keputusan liga juara eropah,
    kenyataan media jakim tentang serbuan di kilang biskut munchys,
    dan pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi yang ada,
    jom terjah ramai2 ke blog sy

  5. jom terjah ke blog saya,
    ada pelbagai aneka info2 terkini yg ado,
    tajuk hangat hari ini,
    proton serah 8 kereta elektrik kpd kerajaan + gambar2 saga ev & exora reev,
    sony lancar playstation vita,
    hantu bonceng cecah kutipan rm8 juta,
    kenyataan jakim berkenaan penyebaran sms palsu ttg biskut Munchys,
    dan pelbagai info2 terkini dalam dan luar negara, jom ramai2 terjah ke blog saya.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com