Thursday, September 15, 2011

Hormatilah Orang Yang Lebih Tua

3 comments
 
Salam...

Aku terpanggil untuk release entry ini apabila melihat satu insiden di hadapan mata aku sendiri di mana seorang lelaki muda berpakaian kemas dan segak (mungkin seorang ahli korporat) sedang memarahi seorang lelaki berumur dan juga seorang pengawal keselamatan. Si lelaki muda kelihatan bengis mukanya dan nampak bongkak, manakala si lelaki tua tersebut hanya diam membisu.


Tanpa memperdulikan orang ramai yang berada di persekitaran tersebut, si lelaki muda itu terus-terusan memaki hamun mungkin kerana si lelaki tua tersebut telah melakukan kesalahan. Sesekali, dia cuba berkata-kata tetapi sering disanggah dan disergah oleh si muda dengan suara macam halilintar.

Kenapa sampai begitu sekali?

Tiadakah rasa hormat si muda tersebut terhadap dia?

Walau apa sekalipun kesalahan yang telah dilakukannya, jika ingin menegur, janganlah sampai lupa daratan dan memarahinya seolah-olah kesalahan tersebut telah menyebabkan perang dunia ke-3 atau mengakibatkan nyawa melayang. Jika benar sekalipun kesalahan yang dia telah lakukan menyebabkan kerugian yang amat besar terhadap si muda, adakah tiada cara yang lebih elok untuk menegur?

Ke manakah menghilangnya budaya orang kita yang lemah lembut dan hormat-menghormati?

Bukan sahaja budaya, bahkan agama juga menuntut kita untuk menghormati orang yang lebih tua tetapi mengapa perlu bersikap kurang ajar dan enggan menghormati golongan tersebut?

Mari kita lihat dan baca kisah sahabat Nabi s.a.w. ini...

Suatu hari Saiyidina Ali r.a. tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua (Nasrani) bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali r.a. mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali untuk turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidin Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Berbalik kepada insiden tadi, aku masih teringat betapa kasarnya layanan lelaki muda tersebut terhadap si lelaki tua. Aku masih lagi tertanya-tanya apakah sebenarnya kesalahan yang dia telah lakukan hingga si muda begitu biadap tak ingat dunia.

Aku berharap mudah-mudahan si lelaki muda tersebut akan sedar dan tidak terus-terusan bersikap sedemikian.




Sekian.

3 Responses so far.

  1. Mungkin dia lupa untuk bersikap hormat, kerana terlalu marah atau dia sengaja lupa sikap hormat pada golongan yg lebih tua sebab dia merasakan orang tua itu hanyalah pengawal keselamatan dan dirinya pula adalah golongan koporat

  2. ntah arr dak2 muda skrg ni byk yg mcm tu.
    jom singgah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini,
    tajuk info terhangat hari ini,
    ''sejarah penubuhan malaysia 16 september 1963''
    ''akta isa, buang negeri dan media cetak dimansuhkan - najib ''
    ''kolam kumbahan najis jadi buruan kaki pancing''
    dan pelbagai aneka info2 terkini yg di update,
    jom ramai2 singgah dan terjah ke blog sy.

  3. jemput singgah kawan2 ke blog saya macamnilahkita.com,
    blog pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi.
    tajuk2 utama hari ini,
    '' Safee Sali buktikan Malaysia boleh''
    '' planet punya 2 matahari seperti filem star wars ditemui''
    '' 2 Akta baru menyerupai akta ISA''
    dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yang ada,..
    jemput2 la singgah dan terjah ke blog saya yer,.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com