Sunday, September 4, 2011

Berat Badan Naik dan Lemang

3 comments
 
Salam...

Masih dalam mood Hari Raya? Aku pun sama. Seronok beraya sakan menziarahi sanak saudara. Yang kurang bestnya (bagi aku la), asyik makan, makan dan makan sesaja. Dari Nasi impit, lontong, nasi minyak, ketupat hinggalah meratah berbagai kuih Raya dan tidak lupa juga dengan lemang. Akibatnya, berat badan aku dah naik mendadak...dari 61kg ke 65kg hanya dalam tempoh 5 hari beraya! Adoi ai! Lebih-lebih lagi dalam tempoh tersebut aku langsung tidak bersenam...ish3.


Jawabnya, selepas ni kenalah aku melakukan senaman brisk walking dan berjogging untuk memastikan berat badanku tidak terus-terusan mencanak naik. Bukan apa, aku tak mahu kelihatan seperti ular sawa yang obes kerana kekenyangan selepas melantak seekor kambing...hish! Atau seekor kucing yang kelihatannya lebih berat dan lebih besar dari tuannya...hish3.


Orang rumahku pula kata, biar aku maintain berat badanku di sekitar angka 65kg coz kalau bawah angka tu aku kelihatan semacam tua...ish3. Elehhh...agaknya dia jealous coz aku dah semakin hencem bila berat badanku menyusut? huahuahua...

Aku tidaklah risau sangat sebab aku dah tahu macamana hendak turunkan semula berat badanku ini ke angka sekitar 61kg...so, bolehlah aku melantak makanan yang dihidang semasa berziarah di Hari Raya ni khasnya lemang dan rendang...hehe.


Speaking of lemang, kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, aku suggest anda cuba beli lemang yang dijual berhampiran stesyen LRT Dato' Keramat. Nama gerai tu Lemang Pak Ayob. Sedaaaaaap! Lembut dan kena dengan cita rasa tekak aku ni.

Tapi, kalau anda semua serbu gerai lemang tu, jangan lupa tinggalkan untuk aku sedikit yer coz aku pun cadang nak beli lagi...huhu.

Aku pun berharap, kalau tuan punya gerai tu terbaca entry aku yang buat promosi gerai dia tu, bolehlah hadiah kat aku barang sebatang dua lemang-lemang tu...hehe.

Orait! Masa untuk meneruskan aktiviti menziarah-menziarahi...



Sekian.

3 Responses so far.

  1. Salam merdekaraya;
    makan jgn tak makan,takpe naik kejap je tu..nanti kerja balik menyusut lahtu..

  2. tak heran..banyak orang naik berat badan time raya ni...

  3. Hi great reeading your blog

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com