Anda sihat? Jika sihat, syukur alhamdulillah. Aku pula sekejap demam sekejap ok dah nak masuk seminggu. Kepala pening. Perut rasa tak selesa, kadang-kadang rasa memulas dan kadang-kadang diarrhoea.
Mungkin sebab banyak makan. Ye lah, kita kan masih di dalam bulan Raya. Ziarah sana kita makan, ziarah sini kita makan dan bila ada open house kita makan juga. Tak habis-habis dengan makan, makan dan makan lagi. Dari makan makanan yang berat-berat seperti nasi impit, lemang, ketupat, nasi minyak, nasi beriani, lontong hinggalah ke kuih dan biskut raya.
Seperti kebiasaan menyambut Hari Raya, ramai yang akan makan "daging merah" (daging lembu, kambing, kerbau dan sebagainya), diikuti dengan daging ayam. Rasanya kita agak kurang untuk makan ikan kecualilah jika menu makanan tersebut sememangnya berasaskan kepada ikan seperti laksa dan laksam.
Malangnya. kita sering terlupa peri pentingnya air. Bukan air yang manis-manis seperti teh tarik, kopi ataupun air berkarbonat dan bergas. Bukanlah juga air yang bercampur ais ataupun ice blended tetapi air suam atau air masak mati. Akibatnya, kita mengalami masalah "panas dalam" dan mungkin demam.
Sebelumnya, anak aku yang demam dahulu, kemudiannya diikuti pula oleh orang rumahku, emakku, ayahku dan sekarang ini aku pula. Seperti dirancang-rancang, setiap seorang ahli keluargaku mengambil giliran untuk demam. Mujur juga tidak demam serentak satu keluarga.
Apabila pergi ke klinik, penuh dengan orang sakit dan demam yang sedang menunggu giliran beraya dengan doktor. Terpaksalah menunggu lama untuk sampai giliran aku.
Di dalam rasa kebosanan aku menunggu giliran, terfikir juga, apa kata kalau kita rancang dan ambil giliran untuk demam, so, tak perlulah kita berpusu-pusu di klinik dan membuang banyak masa menunggu untuk diperiksa doktor...hmmmm...orang demam berfikir..ish3.
Selepas ini ramailah yang mula cuba mengurangkan makan "daging merah" dan mencari pula ikan masin sebagai lauk.
Harap-harap, janganlah penyakit yang berpunca dari kandungan garam yang tinggi di dalam darah seperti darah tinggi pula yang menyinggah.
Yang itu, aku tak mahu ambil giliran!
Sekian.
angin raye tu, ape kate gi ngurut jer buang angin,
jom singgah ke blog sy ade pelbagai aneka info terkini lg sengsasi,
info utaman hari ini,
ajaran sesat hassan jonit kembali aktif,
asyraf haziq terima bantuan rm110,000.
penerjun JPJ cedera jatuh longkang.
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi utk hari ini,
jom ramai2 terjah ke blog sy.
Salam sejahtera;
Biasalah Bang Long lepas raya semua didalam badan memberontak.aku masa raya pertama dah terkena sakit perut terberak 2-4 kali dlm sejam berlarutan hingga raya ke 6.sekarang giliran sakit perut aku dah tamat...penangan raya.
Salam Mcm Ni Lah...urut? Tu yg aku ngeri tuh...geliiiii!!!!!
Salam Yusuflaili...terlebih makan masa Raya ni. Nak mengelak nanti kena sindir kawan2 atau sedara mara kata aku tak sudi makan kat rumah diorang...terpaksa gak telan..Baik demam kang kena start balik brisk walking dan jogging
jangan lupa makan ubat..:)
kena ambil giliran la erk..hehe