Thursday, November 17, 2011

RM100 punya pasal?

5 comments
 
Salam...

Aku rasa, rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sekarang ini sibuk bercerita tentang duit. Bukan kerana perlu berbelanja untuk persekolahan anak-anak mereka, tetapi khusus tentang pemberian wang tunai RM100 kepada setiap orang anak yang bersekolah oleh Kerajaan. Ramai yang ceria. Ramai yang merasa lega kerana beban perbelanjaan persekolahan tertampung sedikit.

Walaubagaimanapun, ada juga ibu bapa yang marah-marah atau mendengus tidak berpuas hati. Malah ada yang bertengkar pula dengan guru!...ish3.


Sejak kecil, aku memang dididik untuk sentiasa menghormati guru walaupun kadangkalanya aku agak terasa hati dengan tindakan atau perlakuan sebahagian guru-guru. Dalam kata lain, aku diajar agar menghormati mereka walaupun aku merasakan bahawa guru-guru tersebut melakukan kesilapan atau berbuat sesuatu yang pada pendapat aku tidak betul. Jadi, bila melihat terdapat segelintir ibu bapa yang bertengkar dengan guru, teringin juga untuk mengetahui apakah puncanya.

Dapat RM100 untuk seorang anak, sepatutnya menerbitkan kegembiraan kepada ibu bapa, mengapa pula ada yang tidak berpuas hati lalu bertengkar dengan guru?

"Macam ni bang, saya hargai niat Kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menghulurkan bantuan kewangan RM100 untuk setiap anak yang masih bersekolah. Tetapi, kenapa proses pemberian wang tersebut seolah-olah macam huru-hara dan kucar-kacir?"

Maksud awak?

"Mula-mula kata hanya akan diberi awal persekolahan tahun depan. Tiba-tiba dapat panggilan untuk datang ke sekolah bersama-sama anak untuk sesi taklimat dan mengambil wang bantuan tersebut. Kalau diberitahu seminggu sebelum tarikh pengambilan tak apa juga, ini tidak, esok sesi taklimat dan pengambilan wang, hari ini baru diberitahu samada melalui telefon atau surat yang diberi kepada anak. Saya ni bekerja makan gaji dan bukan senang untuk mengambil cuti atau time-off. Jika sesuka hati pergi ke sekolah anak, syarikat juga boleh dengan sesuka hati memberikan surat amaran atau mungkin memberikan surat tunjuk sebab. Lebih teruk lagi kalau diberikan cuti sampai bila-bila (diberhentikan)."

Mungkin perlu sedikit pengorbanan untuk anak-anak.

"Memang kita perlu berkorban sedikit untuk mereka tetapi bukanlah terkorban akibat proses yang kucar-kacir macam ni."

Marah betul nampaknya brader tu...

Giliran aku pula berurusan dengan pihak sekolah untuk mengambil wang bantuan Kerajaan milik anak-anakku.

"Encik perlu tandatangan borang ni sebagai pengesahan menerima atau menolak pemberian Kerajaan."

OK, terima kasih. Laaa...ada ke ibu bapa yang menolak?

"Duit RM100 akan kami beri selepas sesi taklimat nanti ye?"

Pukul berapa sesi taklimat tu akan bermula?

"Lebih kurang dalam 2 jam iaitu selepas kita selesai mendaftarkan kedatangan dan pengesahan ibu bapa."

Berapa lama sesi taklimat tu?

"Tak lama, dalam 1 jam sahaja. Selepas tu kami akan serahkan wang RM100 tu kepada encik."

Ehh? Sepatutnya RM200 sebab anak saya 2 orang?

"Oh..anak encik yang seorang lagi tu sebelah petang sebab kita dah bahagikan mengikut darjah mereka."

Laaa...berapa lama pulak saya perlu berurusan untuk sesi sebelah petang tu nanti?

"Lebih kurang macam ni jugak encik."

Sambil terkujat-kujat mendengar penjelasan tersebut aku pergi ke dewan untuk menunggu sesi taklimat. Hari ini terpaksalah aku mengambil cuti emergency dan tanpa gaji sebab cuti tahunan aku dah habis. Sehari ambil unpaid leave gaji aku dipotong RM545...memang tak berbaloi.

"Encik, ada perubahan jadual sedikit. Oleh sebab terlalu ramai, sesi taklimat dan pemberian wang untuk sesi kedua cuma akan dibuat pada esok hari..."

Aduyai!...terpaksa pulak aku ambil cuti tanpa gaji selama 2 hari!....ish3. No wonder brader tadi tu bising-bising.




Sekian.

5 Responses so far.

  1. ku-cit says:

    besar nya gaji abg long...sehari unpaid leave kene potong Rm545... dr kene potong rm545 better sedekahkan aje rm200 tu...

  2. Anonymous says:

    woa~ sehari x keje kena potong RM545?? gila banyak kene potong tu.. stuju dgn ku-cit, sedekah jer lah RM200 tu bang long.. kalau 2 ari x keje, x ker RM1000+ dah rugi.. hmm..

    BTW, keje ape agaknya Abg Long nih? Along kot.. heheh.. jgn mare abg long.. :)

  3. Salam Ku-cit & Miziey..keje biasa2 jer..dikira berdasarkan kerja 22 hari dlm sebulan. Nak sedekah tu boleh cuma anak2 berharap kita dtg ke sekolah menemankan mereka..pada mereka RM100 tu terlalu besar..biasalah budak2.

  4. hasny says:

    salam. tak sangka ye gara2 rm100 boleh menimbulkan byk masalah. Biasalah rm100 nampak sikit tapi bila melibatkan terlalu ramai pelajar dah jadi perkara besar. apa2 pun sy yakin ramai yang juga yang berpuashati.

  5. Salam Hasny...proses pemberian kelam kabut. Ada ibu bapa mengadu terpaksa beratur panjang-panjang dan menunggu lama. Tapi RM100 punya pasal, gagahkan juga...hmmmmm

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com