Sunday, November 13, 2011

Muda-muda lagi dah jadi bos?

3 comments
 
Salam...

Anda seorang Pengarah syarikat? Anda seorang CEO syarikat? Anda seorang COO syarikat? Anda seorang Pengurus Besar syarikat? Anda seorang Pengurus Kanan syarikat? Anda cuma Pengurus syarikat yang biasa-biasa aje? Jika ya, baguslah...anda adalah seorang bos di syarikat anda.


Berapakah usia anda?

40 tahun ke atas? hmmmm...dah cukup matang. 30 ke 40 tahun? Ok..range umur yang kebiasaannya aggressive untuk mencari business. 26 ke 30 tahun? Masih OK...kadang-kadang terlalu aggressive untuk ke puncak...perlu lebih banyak bersabar mengawal emosi. 20 ke 25 tahun? Masih boleh...tetapi perlukan bimbingan. Bawah 20 tahun? Bergantung kepada jenis perniagaan dan syarikat siapa yang dia bekerja. Seeloknya, umur sebegini adalah diperuntukkan untuk menimba ilmu.

Bolehkah umur muda untuk menjadi bos?

Memang subjektif. Mungkin boleh. Mungkin perlu lebih belajar sebelum menyandang jawatan yang tinggi-tinggi.

Kenapa pula aku menyibuk mempersoalkan faktor umur untuk menjadi bos?

Aku just teringat insiden-insiden yang berlaku akibat kekhilafan beberapa orang bos muda. Malah, insiden yang berlaku di depan mata aku pula melibatkan beberapa bos muda berumur 25 tahun dan ke bawah.

Banyak tindakan-tindakan yang dilakukan agak kurang bijak dan kurang berkesan khasnya apabila menangani permasalahan yang melibatkan para pekerja bawahan. Mungkin, disebabkan mereka (bos-bos muda tersebut) tiada pengalaman yang mencukupi.

Jika mereka tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, kenapa pula menjadi bos?

Biasalah...jika syarikat tersebut merupakan syarikat emak dan ayah mereka. Ataupun juga jika syarikat tersebut milik suami mereka.

Aku berharap tiada siapa yang terasa dengan coretan simple aku ini. Kepada bos-bos muda (atau yang terlalu muda) timbalah ilmu seberapa banyak yang mungkin. Aku berpendapat, sekiranya syarikat tersebut milik emak, ayah atau suami mereka sekalipun, apalah salahnya menjawat jawatan yang tidak seberapa (bukan pengurusan tinggi) agar mendapat pendedahan dan pengalaman yang secukupnya. Jika tidak mahu, cuba dapatkan penasihat yang baik dan berkaliber untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.

Tetapi...kalau ada penasihat yang bagus dan ada pekerja-pekerja yang bagus-bagus juga, tetapi enggan menerima nasihat orang lain khasnya kerana beranggapan diri sendiri itu bos yang wajib dihormati (sombonglah tu), maka, aku tidak terkejut jika syarikat mengalami banyak hiccups.

"Eh...ada ke bos muda yang macam tu?"

Sebab ada la aku tulis ni...hehe.

Baru habis belajar di university, dan bila keluar terus jadi bos sebab suaminya pemilik syarikat tersebut. Kerana beranggapan pelajarannya semasa di university sudah cukup bagus dan memadai untuk menjadi seorang bos, maka, keegoan pun menebal...sekarang ni, kelam kabut si suami untuk memperbetulkan keadaan...ish3.




Sekian.

3 Responses so far.

  1. Farid says:

    Biasalah, lumrah manusia... Ada peluang kalau tak berapa mahir pon, tak sedap juga... :D

  2. Anonymous says:

    Kadang2 kita jgn perlekehkan org.... Kadang2 org muda ni banyak Idea.. Saya sendiri pn telah diberi offer utk menjadi COO sebuah sykt kerana idea yg saya miliki dan networking saya.. Sy bukan anak org kaya, bukan org kenamaan..Hanya anak kampung, yg belajar ke Universiti dan melalui pengalaman susah hidup semasa kecil...

  3. Anonymous says:

    Lupa nk cakap, umur saya baru 28 tahun... Mcm2 kerja saya buat, involve dlm insurance, property, dealing project..Bnyk biz sy buat gagal kerana ditipu..tp teruskan lagi...Sy xsuka kerja dgn org dan amat minat biz..Akhirnya jumpa dgn seorang yg beri saya peluang ini dan menjadi rakan kongsi tanpa satu sen modal pun..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com