Wednesday, November 2, 2011

Jangan ambil mudah hal keselamatan

3 comments
 
Salam...

Mungkin anda semua telah tahu tentang kes rompakan yang berlaku kelmarin (31-Oktober-2011). 3 penjenayah bermotosikal merompak beberapa pengawal keselamatan (dalam sebuah kenderaan pickup, Toyota Hilux) yang baru selesai mengutip sejumlah wang tunai dari PPUM untuk didepositkan ke sebuah bank. Salah seorang dari pengawal keselamatan tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana terkena 2 das tembakan perompak terbabit.

Sedih dan simpati terhadap mangsa dan ahli keluarga beliau. Dengar ceritanya, beliau baru sahaja bertugas dengan syarikat kawalan keselamatan tersebut selama 3 hari sebelum kejadian yang meragut nyawa beliau itu berlaku.


Terdapat beberapa persoalan yang berlegar di minda aku dan di antaranya ialah...

Kenapa mereka menggunakan sejenis kenderaan 4WD (pickup) Toyota Hilux? Kenapa tidak menggunakan kenderaan keselamatan yang mempunyai feature bullet resistence? Walaupun jumlah wang yang dikutip tidaklah terlalu banyak (sekadar berjumlah lebih kurang RM170,000), elemen risiko untuk menjadi mangsa rompakan adalah tetap tinggi.

Di manakah menghilangnya tanggungjawab pihak syarikat yang mungkin memberikan kebenaran penggunaan kenderaan biasa untuk membuat kutipan wang tunai?

Adakah ianya semata-mata non-compliance (menyalahi atau melanggar peraturan)?

Atau, adakah syarikat mengalami kekurangan kenderaan keselamatan yang mempunyai features yang sesuai untuk tujuan tersebut hingga sanggup memberi kebenaran penggunaan kenderaan biasa?

Actually, penggunaan kenderaan biasa untuk membawa wang tunai dengan jumlah yang agak besar sudah biasa aku dengar. Cuma, inilah kali pertama aku mendengar kes rompakan yang melibatkan penggunaan kenderaan biasa sebegitu semasa pengutipan wang tunai oleh syarikat kawalan keselamatan..


Aku rasa, sekarang ini ramai pemilik-pemilik syarikat kawalan keselamatan dan staff-staff mereka mula terasa bahangnya. Sebelum ini, mungkin sering mengambil mudah soal-soal keselamatan, sudah mula terkial-kial dan tergesa-gesa untuk memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini, mungkin kerana tidak pernah terjadi, sering menganggap bahawa tidak mungkin kenderaan mereka dirompak kerana kebiasaannya orang akan tahu bahawa wang tunai hanya akan dibawa menggunakan kenderaan keselamatan yang kalis peluru. Selepas kejadian ini (jika mereka mendapat pengajaran berguna daripadanya), aspek-aspek keselamatan dan penggunaan kenderaan yang sepatutnya semasa membuat pungutan wang tunai mungkin akan dipertingkatkan dan garis panduan berkenaannya dipatuhi.

Mungkin wujud unsur-unsur penglibatan "orang dalam" tetapi aku tiada hak untuk memberi komen tentang itu, lebih-lebih lagi ianya di dalam siasatan pihak Polis.

Biasalah...kebanyakan manusia hanya mula akan bertindak jika sesuatu perkara itu telah berlaku. Sepatutnya, elemen-elemen risiko perlu dikenal-pasti dan tindakan mitigation perlulah diambil.

Aku harap, kepada syarikat kawalan keselamatan yang lainnya termasuklah syarikat aku juga mendapat iktibar daripada kejadian tersebut dan bertungkus-lumus memastikan elemen-elemen kawalan keselamatan serta risiko-risiko yang berkaitan dikaji dan diimplimentasikan.

Janganlah suka mengambil mudah soal-soal keselamatan. Bila berlakunya kehilangan nyawa barulah ingin bertindak.




Sekian.

3 Responses so far.

  1. Salam;
    Sepatutnya gaji pegawal keselamatan ni setimpal dgn kerja bahaya dipikul..aku dulu pernah kerja ni,gajinya kecik keistemawaannya kira tak ada langsung..syarikat selalunya ambil remeh hal2 keselamatah dan kebajikan pengawal keselamatan ni..

  2. Tertanya-tanya juga, bagaimana perompak tahu jadual perjalanan pegawai keselamatan yang membawa duit ya?

  3. Susah nak predict pihak-pihak terlibat :)

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com