Firstly, aku minta maaf jika anda singgah atau menziarah blog aku ini mengharapkan ada entry baru tetapi hanya ada entry yang dah sejuk atau beku. Kesibukan aku menyiapkan Business Plans dan SOP telah membataskan masa untuk aku menulis..(alasan...hehe)
In fact, beberapa entry yang aku publish sebelum ini juga agak ringkas dan mungkin agak "kureng" contentnya walaupun ada entry yang disisipkan sedikit cili api..hehe.
Bagi anda yang pernah terlibat samada secara langsung atau secara "delay" (eh? ada ke?) dalam proses mengadaptasi ISO ke dalam kerja-kerja di Jabatan masing-masing, pastinya seringkali mendengar atau membaca perkataan "keramat" di dalam ISO iaitu Corrective Action. Atau dalam bahasa Melayu bermaksud melakukan tindakan-tindakan pembetulan agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali.
Berapa ramaikah yang sudi untuk melaksanakan Corrective Action?
So far, setakat pengalaman aku, kebanyakan orang atau pekerja yang aku temui lebih cenderung untuk mencari salah atau menuding jari menunjuk siapa yang salah berbanding melakukan tindakan-tindakan pembetulan atau sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah.
Kebiasaannya mencari salah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai personal differences dengan orang yang dituding jari tersebut atau dalam kata lain "tak sebulu".
Adakalanya, aku sendiri tidak faham akan tindakan sedemikian khasnya jika terdapat suatu masalah yang perlu diselesaikan dengan segera tetapi dilewat-lewatkan menyelesaikannya kerana ingin menuding jari dan memarahi orang lain yang melakukan kesalahan atau kesilapan tersebut. Yang lebih mengharukan ialah apabila orang yang dituding jari atau telah dipersalahkan sebenarnya tidak bersalah atau dia bukannya orang yang telah melakukan kesilapan tersebut.
Kadang-kadang timbul juga rasa meluat terhadap golongan orang yang suka bersikap demikian. Mungkin dia rasa seronok dapat memarahi orang lain. Mungkin baginya menyelesaikan masalah itu tidak penting tetapi menghentam orang, memaki hamun orang, menghukum orang atau menyusahkan orang lain yang tidak disukainya memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga.
Ada juga golongan yang sering berbuat demikian dengan alasan untuk memastikan para pekerjanya bersikap "taking ownership". Jadi, bila dia melakukan kesalahan atau kesilapan, dialah yang perlu menyelesaikannya. Tetapi sebelum itu si pesalah (orang yang dituduh melakukan kesalahan tersebut), mestilah menerima taklimat dan nasihat dalam bentuk kecaman dan kemarahan. Bila ditegur dia dengan cepat menjawab, "bukan marah...nasihat!!!".
Pada pendapat aku, sikap mencari salah orang lain inilah yang sering menyebabkan produktiviti menurun. Pekerja (khasnya orang yang dituduh melakukan kesalahan atau kesilapan tersebut) mudah ada rasa "demotivated", hilang keyakinan diri, kreativiti tersekat, memperlahankan kelajuan kerja kerana khuatir tersilap lalu dimarahi, dan biasanya enggan melakukan sesuatu "extra mile" kerana takut tersilap dan dilabel cuba memandai-mandai.
Bagi aku, bukankah lebih elok fokus untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul terlebih dahulu?
Jika tahu siapakah yang melakukan kesilapan tersebut sekalipun, tangani masalah hingga selesai. Kemudiannya , barulah bersua muka dengan si pesalah untuk mengetahui lebih lanjut apakah punca sebenar dia melakukan kesilapan atau kesalahan tersebut. Bukanlah untuk memarahi tetapi lebih kepada mencari punca-puncanya. Apabila punca-punca tersebut telah dikenal-pasti, perlu pula bertindak untuk mengatasi punca-puncanya agar masalah yang sama tidak berulang..ulang...ulang.. dan ulang lagi..
Berapa ramaikah orang yang sudi melaksanakan tindakan corrective action berbanding mencari pesalah?
Bagi aku juga, tindakan mencari salah orang lain itu adalah tindakan pengecut dan mementingkan diri sendiri. Malah, mungkin kerana meluat, aku melabel orang sedemikian sebagai "menjaga bontot sendiri" dan tidak sesuai menjadi seorang supervisor lebih-lebih lagi menjadi seorang pengurus.
Aku harap anda semua tidak bersikap demikian.
Sekian.
pekerja senior berpangkat pun ramai yang jenis mencari salah whereby mereka sepatutnya menunjuk ajar dan membimbing.... :(
Agak susah nak dapat keharmonian bekerja atau 'teamwork' apa lagi bila dah ada KPI yang lebih menjurus kepada prestasi individu.
salam;
Agak susah nak membendung gejala ni..kerana ia lebih kepada pakatan yang telah dirancang rapi..malah telah menjadi budaya manusia dimana2 saja.
oh, budaya di tempat kerja memang banyak dan tunding menunding agak biasa. lebih bermasalah jika ketua jabatan pula ada sikap biasnya yang agak ketara menyebelahi pihak-pihak tertentu.
Setakat ini, budaya kerja yang saya pernah alami tidak menampakkan corrective action tapi lebih kepada mencari salah pekerja..