Wednesday, October 26, 2011

Pandai atau memandai-mandai?

4 comments
 
Salam...

Anda bijak? Anda pandai? Adakah kepandaian anda itu membantu di dalam membuat keputusan yang bijak? Atau..adakah kepandaian anda itu menjurus kepada tindakan "memandai-mandai"? Atau.. adakah sikap suka memandai-mandai itu suatu tindakan anda yang bijak?


Apahal pulak aku melalut ni? Dah la tu, cakap pulak berbelit-belit?...ish3.

Pada pendapat aku "bijak" dan "pandai" itu membawa maksud yang berbeza, manakala, "memandai-mandai" itu pula menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan ni?

Pada ketika ini, aku sedang di dalam proses untuk menaik-taraf syarikat aku dan salah satu cara untuk tujuan tersebut, aku memerlukan beberapa orang pekerja yang bijak, berpengalaman dan berupaya membantu aku untuk mencapai certain targets yang aku telahpun gariskan.

Aku telah bertemu beberapa orang candidates yang sesuai. Kami telah berbincang dan bersetuju khasnya tentang tawaran kerja yang melibatkan pakej seperti gaji dan benefits yang lainnya.

Salah seorang daripada candidate tersebut telah aku bawa dan temukan dengan Pengurus Sumber Manusia untuk formality dan penyiapan dokumen perlantikan kerja.

Hendak dijadikan cerita...rupa-rupanya, semasa sesi interview dengan Pengurus Sumber Manusia tersebut, pakej kerja, tangga gaji dan benefits lainnya telah diubah atau diolah semula. Aku hanya tahu perkara tersebut setelah diberitahu oleh candidate tersebut yang tidak berpuas hati beberapa hari selepas sesi interview tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, aku telah bertemu dengan Pengurus Sumber Manusia dan inilah perbualan kami...

Apa cerita? Apa yang awak dah buat sampai candidate kita tak puas hati?

"Tak puas hati? Tapi, semasa sesi interview tempohari, ok jer?"

Candidate tak puas hati pasal offer kita.

"Begini bos, candidate minta gaji yang agak tinggi malah lebih tinggi dari skala gaji pekerja kita yang sedia ada. So, semasa sesi interview tersebut, saya kurangkan la."

Takkan sampai 20% kurang daripada apa yang dia dapat di tempat kerja lamanya?

"Tapi, semasa sesi interview tu, tak ada pulak dia bangkang."

Mungkin dia malas nak panjang-panjangkan cerita dan sudah bosan dengan soalan-soalan awak?

"Niat saya cuma nak kurangkan kos syarikat, bos."

Saya faham. Saya pun tahu yang awak memang bijak dan pandai mengawal setiap sesi interview. Saya juga hargai niat awak untuk mengurangkan kos syarikat. Cuma, adakah awak tahu atau faham apa makna "pinching"?

"Maksud bos?"

Candidate tu sekarang ni masih lagi bekerja. Oleh kerana dia ada kepakaran yang kita perlukan, kita cuba "pinch" dia dari syarikat yang dia sedang bekerja. Oleh itu, kita perlu beri dia suatu tawaran yang lebih baik daripada apa yang dia terima sekarang dan bukannya memberi suatu tawaran yang kurang nilainya.

Memang, dari segi gaji, permintaannya agak tinggi sedikit daripada skala gaji pekerja kita yang sedia ada, tetapi, kepakaran yang dia miliki mungkin akan membantu kita melipat-gandakan business volume dan meninggikan margin keuntungan syarikat. Secara tak langsung, kos membayar gaji dia yang sedikit tinggi tertampung oleh keuntungan tersebut.

Bukan ke semasa sesi pembentangan perancangan saya tempohari, saya ada memberi penerangan yang panjang lebar tentang perkara ni?

"Maaf bos, saya tak teringat tentang tu."

Hmmmm...ok lah. Sekarang ni, saya mahu awak gunakan kebijaksanaan dan kepandaian awak tu untuk memujuk candidate tersebut agar bekerja dengan kita. Macamana awak nak buat, saya tak nak tahu. Dan...saya tahu awak tu pandai...tetapi tolong jangan memandai-mandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada saya atau pihak Pengurusan lainnya...


Biarlah kita pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kepandaian kita daripada menunjuk pandai atau memandai-mandai hingga menyusahkan orang lain.




Sekian.

4 Responses so far.

  1. salam;
    Habis macam mana Abang Long jumpa balik candidate tu..

    P/s..memang ada masalah sedikit andainya sesorang insan memiliki kebijaksanaan dan kepandaian secara serentak..

  2. Salam Yusuflaili...dah dapat pujuk dia utk kerja..alhamdulillah.

  3. Bagus laa dapat pujuk dia :)

  4. nasib baik dapat pujuk kan abglong.
    Oleh itu, janganlah memandai-mandai..:)

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com