Tuesday, October 25, 2011

Haramkah gaji kita?

9 comments
 
Salam...

Dahulu, aku sering diberi peringatan oleh ibu dan bapaku, orang tua-tua yang lainnya, guru-guru, ustaz dan ustazah serta rakan-rakan agar menjauhkan diri dari bekerja di syarikat yang menjual barangan haram seperti kilang membuat arak, kedai menjual binatang haram (babi dan binatang yang disembelih tanpa mengikut hukum syara'), kedai-kedai berasaskan perjudian dan lain-lain lagi syarikat seumpamanya kerana gaji yang diperolehi itu haram!


Malah, mungkin atas faktor yang sama, ada juga rakan-rakan aku yang berhenti bekerja di bank kerana menganggap gaji yang diterima adalah haram. Puncanya, menurut mereka, kebanyakan bank mengamalkan unsur-unsur riba' di dalam perniagaannya!

Sebenarnya, aku tidak berniat untuk mengupas tentang isu halal atau haramnya pendapatan kita dari penggajian. Aku sendiri tidak layak untuk berbuat demikian memandangkan ilmu agama aku, aku akui amatlah cetek.

Aku sekadar ingin menegur segelintir rakan-rakanku (Melayu dan muslim) yang kadang-kadang terlalu taksub bercerita dan berhujah tentang haramnya pendapatan penggajian orang lain tanpa mengambil kira sentimen perasaan orang yang terbabit.

Contohnya, salah seorang rakanku beria-ia menyuruh seorang rakan yang lain supaya berhenti bekerja di sebuah syarikat guaman dengan alasan para peguam membantu penjenayah terlepas dari hukuman dan hukumnya adalah haram! Aku tidak tahu dari mana dia mendapat maklumat tersebut tetapi melihatkan cara dia berhujah, seolah-olah hukum tersebut termaktub di dalam al-Quran!


Akibatnya, mereka sudah tidak lagi bertegur sapa, khasnya apabila rakan yang terbabit tersebut berkata "Kalau macam tu, tolong aku untuk mendapatkan suatu kerja yang gaji dan manafaatnya sama dengan apa yang aku dapat sekarang dan pastikan kerja tersebut 100% halal. Ataupun, engkau bagi sahaja gaji engkau kat aku sebanyak gaji aku sekarang ni dan aku akan berhenti bekerja di situ."

Entahlah...terlalu banyak perkara-perkara subjektif apabila bercerita tentang pendapatan penggajian. Jika diikutkan, kalau kita sering mengular sewaktu kerja, gaji kita itu juga bukanlah 100% halal kerana ada unsur-unsur menipu. Walaupun kita bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang sepatutnya tidak timbul gaji yang diterima itu haram, tetapi jika kontrak yang syarikat perolehi adalah melalui sogokan (atau rasuah), maka, ada kemungkinan duit hasil kontrak yang digunakan untuk membayar gaji kita itu juga tidak 100% halal.


Apa-apa pun marilah kita berdoa agar perkara-perkara atau benda-benda haram tidak akan menjadi darah dan daging kita...amin.




Sekian.

9 Responses so far.

  1. Shack says:

    perkaras yang subjektif..| kalau jelas haram hindarkan

  2. Salam Shack..lebih subjektif lg, bagaimana tahap "jelas" yg membolehkan kita menghindarkan diri dari pekerjaan tsb...

  3. Cik Ice says:

    Yup..jauhkan diri dari perkara yang dilarang..

  4. Salam;
    Nak kata wang gaji kita datang dari sumber 100% halal susah juga..sebab kita tak nampak.sedangkan negara kita terlibat dengan bermacam2 jenis perniagaan lebih2 lagi negara kita berbilang bangsa,agama dan budaya.Tapi kalau kita makan gaji buta/mengular sewaktu kerja memang sah haram duit tu..

    P/S..tapi kalau kita sendiri tahu,lihat dan ada bukti duit gaji kita disalurkan dari sumber haram harus kita berhenti kerja.

  5. Salam Cik Ice...setuju.

  6. Salam Yusuflaili...kita perlu bertindak berdasarkan nasihat orang yg berpengetahuan. Mengatakan pendapatan penggajian sesuatu pekerjaan itu haram atau tidak 100% halal juga amat subjektif dan perlu dirujuk kpd yg pakar. In fact, semasa zaman para sahabat Nabi s.a.w. juga pernah diriwayatkan bahawa pemerintah berhak utk mengambil sebahagian dari sumber pendapatan hasil perniagaan perjudian dan perniagaan barangan yg tidak halal utk kegunaan pemerintahan dan rakyat. Tidak pula timbul kekecohan (pada masa itu) kerana sumber pendapatan kerajaan islam sebahagiannya dari sumber yg haram. wallahua'lam.

  7. sentisa berdoa agar gaji selama ini adalah halal 100%..:)

  8. rebellion says:

    antara Hikmah Zakat Fitrah diwajibkan. Berbanyaklah derma dan sedekah kepada yang memerlukan, semoga rezeki kita di berkati

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com