Sana sini orang bercerita tentang kenaikan gaji penjawat awam. Sana sini peniaga-peniaga bercerita untuk menaikkan harga barangan kerana gaji penjawat awam dah naik. Sana sini pemilik-pemilik gerai makanan bercerita untuk menaikkan harga makanan kerana barang-barang akan naik berpunca dari kenaikan gaji penjawat awam. Yang tak berapa bestnya, sana sini juga aku mendengar keluhan pekerja-pekerja swasta tentang gaji mereka yang tidak naik-naik tetapi harga barangan dan makanan semakin meningkat.
Apabila pekerja swasta mengadu kepada penjawat awam, si penjawat awam berkata..."tu la..kenapa dulu tak nak kerja sebagai penjawat awam?". Lalu si pekerja swasta mengomel, "dah mintak dah, tapi tak dapat-dapat. Lagipun, takkan semua orang akan diterima bekerja sebagai kakitangan awam. Bukannya banyak kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan."
Keluhan demi keluhan aku dengar walaupun kebanyakan mereka yang mengeluh itu orang Melayu kita dan beragama Islam. Memang pernah diajar dan diberi peringatan agar tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, tetapi hakikatnya, ramai yang mengeluh juga. Gaji ciput dan tak pernah naik-naik walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya.
Pernah juga aku bersuara, kenapa syarikat tidak mencontohi syarikat swasta lain yang memberikan kenaikan gaji tahunan?
Jawapan balasan yang aku terima agak sinis juga.
"Kita ni syarikat yang kecil dan pendapatan kita amat bergantung kepada bayaran invois dari pelanggan kita. Janganlah bandingkan syarikat kita dengan bank yang awak pernah bekerja dahulu. Bank memang boleh la bagi kenaikan gaji setiap tahun. Mereka dapat untung banyak hingga berbilion-bilion."
Lalu aku menambah...bukanlah meminta kenaikan sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Jika ada kenaikan RM20 ke RM50 pun mungkin sudah memberikan impak positif kepada para pekerja.
"Senang la awak cakap. Untung kita bukan la banyak. Lepas tu, ada juga pelanggan yang gagal untuk membuat bayaran atau melewat-lewatkan pembayaran selama berbulan-bulan. Credit Note dan penalty pun berlambak-lambak. Modal pusingan kita jadi tersangkut-sangkut, inikan pula hendak beri kenaikan gaji."
Kenapa pelanggan melewatkan pembayaran invois?
"Mungkin sebab kesilapan di dalam invois. Mungkin sebab mereka ingin mengira semula harga invois untuk memasukkan jumlah Credit Note dan penalty."
Kenapa banyak Credit Note atau penalty?
"Sebab pekerja kita kadang-kadang tidak datang atau datang lambat. Kadang-kadang kita kekurangan pekerja sebab ramai yang berhenti."
Kenapa pekerja-pekerja kadang-kadang tidak datang?
"Tu lah, disiplin kurang. Tak ada semangat untuk datang bekerja."
Kenapa pula ramai yang berhenti?
"Mungkin mereka dapat tawaran bekerja di tempat lain."
Kenapa mereka terima tawaran syarikat lain?
"Mungkin gaji yang ditawarkan lagi tinggi."
Hmmmm...memang perkara asasnya ialah...GAJI.. bukan begitu? Kenapa tak tawarkan gaji sama seperti syarikat lain?
"Macamana nak naikkan gaji? Pelanggan tak nak naikkan fees. Lepas tu asyik lewat-lewatkan pembayaran."
Mungkin pelanggan tak berpuas hati dengan servis yang kita berikan. Ye la..kalau saya jadi pelanggan pun mungkin saya rasa tak puas hati bila ada pekerja yang datang lambat atau langsung tak datang.
"Habis tu, apa syarikat perlu buat?"
Cuba layan staff macam suatu aset yang berharga. Jaga kebajikan mereka. Berikan gaji yang lebih baik.
"Senang la awak cakap. Nak bayar gaji tinggi macamana sedangkan payment dari pelanggan selalu lewat, banyak Credit Note dan penalty?"
Invest la dahulu. Keluarkan modal untuk pembayaran gaji yang sedikit menarik dan pastikan gaji tidak dibayar lewat. Mungkin jika hal-hal gaji ini selesai, syarikat akan mendapat pekerja yang baik, berdisiplin dan loyal dengan syarikat. Mungkin masalah disiplin dan peratusan pekerja yang berhenti akan berkurangan...
"Takkan kita asyik nak invest sahaja? Entah bila pula pulangan yang kita akan dapat? Syarikat bukannya sentiasa ada duit untuk buat investment."
Buatlah belanjawan (budgeting). Struktur semula oraganisasi. Kaji semula semua perbelanjaan. Analisa cara-cara untuk membaik pulih prestasi dan yang lagi penting pastikan para pekerja dijaga kebajikan mereka.
"Balik-balik kebajikan pekerja. Kalau mereka tak puas hati pasal kebajikan, kalau mereka tak suka jumlah gaji yang mereka terima sekarang ini, kalau mereka tak puas hati kepada syarikat, mereka boleh berhenti dan cari kerja lain!"
Hmmmm...confirmed! Gaji pekerja tak akan naik. Servis tak akan bertambah baik. Pelanggan tak berpuas hati. Silap-silap syarikat akan semakin lemah kerana margin keuntungan menyusut akibat banyak Credit Note dan penalty...
Sekian.
tu lah masalah kat m'sia nie...
gaji penjawat awam naik.... harga barang pun naik sama..
kami yg kerja swasta nie...gaji tak naik pun...masih ditakuk lama
penindasan dalam senyap namanya....
salam;
Memang ada pro dan kontranya setiap perubahan lebih2 lagi pasal kenaikan gaji penjawat awam atu gomen..Banyak yang akan menjadi mangsa dan sensara..kalau nak dikira rakyat malaysia yg kerja penjawat awan dengan tak penjawat awam mana yang lebih banyak?..takkan semua rakyat malaysia nak kerja penjawat awam... ya tak Bang Long?.
Sama cam kat tempat aku. kata budak2 operator; 5 tahun dah x de adjustment langsung jangan cakap naik gaji. Dalam 5 tahun ni semua benda dah naik...
Salam
Btul tu...meh join SCORE A PROGRAME penjana perubahan ekonomi..Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka:
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!
Boleh contact:ejadmaroc at gmail dot com
Salam Remyhazza, Yusuflaili, EmpayarUtama dan Anonymous...actually entry ni serampang 2 mata. Pertamanya tentang kenaikan gaji penjawat awam yg membuatkan ramai pekerja swasta mengeluh. Keduanya tentang sikap sesetengah syarikat yg enggan menjaga kebajikan staff dgn bermacam2 alasan..
dulu sebelum dapat kerja kat government, saya kerja swasta. Tapi mungkin tempat saya kerja itu baik, cukup probation 3 bulan, naik gaji, bonus bagi, naik tahun gaji naik...tapi saya tahu bukan semua syrkt swasta mampu buat mcm tu..
sy suka entry ini. gaji naik atau tidak, yang penting syukur. berapa ramai antara kita yg bersyukur bila gaji naik. Ada juga orang kerja gomen, merungut walau gaji naik ... sikit katanya! Pasal gaji fikir sikit bila naik, tapi bila bab buat kerja banyak merungut. Kata nak gaji banyak so, kerja kena lebih.
Kebanyakan kita suka mengeluh itu ini. samalah mcm majikan yg tak bagi kenaikan gaji kepada staff ... asyik merungut pasal "tidak untung!". maka mcm mana nk buat untung kalau asyik cakap tak untung! Awal2 lagi dah fikir negetif ... memang tak untung sampai bila2lah! Kalau tak pandai jaga kebajikan staff, mcm mana dia org nak [erform lebih baik ... ye tak??