Coretan aku sebelum ini yang ada mencuit sedikit tentang isu Criminal Breach of Trust (CBT) di SINI telah menimbulkan beberapa perasaan berbaur-baur oleh sesetengah pihak (khasnya kepada beberapa orang yang bekerja atau terlibat secara langsung dengan perniagaan Kawalan Keselamatan).
Ada yang marah, ada yang suka dan ada yang kata tak kisah. Yang marah berkata aku tiada concrete evidence untuk melemparkan tuduhan yang sedemikian berat. Dan...aku pula sekadar berkata, aku tidak menuduh tetapi ianya sekadar andaian dan jika perkara tersebut (CBT) tidak berlaku atau dilakukan, mengapa perlu marah-marah? Soalan yang membuatkan mereka senyap dan aku terbayang mereka menyembamkan muka kerana tersilap berkata dan malu...huhu.
Yang suka pula, menambah-nambah dan turut memberikan butir-butir lanjut beberapa insiden yang menyokong andaian di coretan aku tersebut.
Manakala yang tak kisah itu pula sekadar berkata "Aiman tak kisah, janji gaji Aiman dibayar!"...hmmmm.
Cuma...sekarang ini aku terfikir, jika andaian aku itu benar belaka, maka, gaji yang aku dan staff lainnya itu terima datangnya dari sumber yang haram....adoi ai!!
Dari duit gaji itulah aku memberi nafkah kepada isteriku, memberi makan kepada anak-anakku dan juga makan untuk diri aku sendiri beserta dengan membeli dan membayar barang-barang keperluan hidup yang lainnya.
Astaghfirullah...
Aku berdoa agar kekhilafan tersebut dimaafkan atas alasan tidak tahu dan juga berharap makanan yang aku sekeluarga telah telan mendapat berkat.
Aku juga berharap, jika perkara tersebut (CBT oleh pihak syarikat Kawalan Keselamatan) wujud, maka, hentikanlah. Bukan sahaja tindakan tersebut serupa dengan menganiaya pelanggan-pelanggan yang telah disalahgunakan duit mereka, malahan juga menganiaya pekerja-pekerja yang tidak tahu bahawa gaji yang mereka terima datangnya dari sumber yang haram.
Dan...aku percaya dan yakin dan banyak pula contoh-contohnya, jika wang atau kemewahan tersebut datangnya dari sumber-sumber penipuan dan penyelewengan atau sumber-sumber haram lainnya, maka, bersedialah untuk menerima pembalasanNya samada di dunia atau di akhirat dan samada diri sendiri atau kaum keluarganya dan keturunannya...
Sekian.
Assalam..
Zaman sekarang ramai yg x peduli lagi dari mana dtgnya sumber wang tersebut & bermacam alasan utk menghalalkannya walaupun dah terang2 haram.
Assalam;
betul kata ozzy tu..sekarang ni berapa kerat je org islam ambil kesah benda ni..yg penting dia kaya dosa belakang kira lambat lagi..
Kalau dah timbul ragu-ragu macam ni, ia dah jatuh syubhat ni.. kena selalu hati-hati dan kalau perlu berhijrah lah