Benarkah blog aku, blog orang tak matang? Blog yang kebudak-budakan? Blog yang hanya sesuai dilawati atau dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?
Matang sangatkah orang yang melabelkan blog orang lain khasnya blog aku ini sebagai suatu blog yang tidak matang?
Kenapa? cer citer...cer citer...
Aku just received an e-mail dari seseorang yang pernah melawat atau terlawat (secara tidak sengaja) blog aku ini dan itulah statement yang dia hantar melalui e-mail tersebut. Blog Abanglongonline hanya layak dibaca oleh budak-budak atau pelawat-pelawat yang tidak matang kerana memaparkan aksi-aksi kucing di setiap entry!
Aku telahpun menjawab e-mail tersebut dengan satu ayat yang simple... "Terima kasih di atas kesudian anda untuk datang menjenguk blog saya yang tidak matang ini walaupun anda adalah seorang yang matang!"...huhu.
Aku sekadar menjangkakan bahawa dia hanya singgah sebentar di blog aku ini dan melihat gambar-gambar di halaman utama. Sudah tentulah gambar-gambar kucing dengan berbagai aksi dan reaksi yang dipaparkan. Aku juga pasti bahawa dia tidak pernah membaca entry-entry aku secara keseluruhannya.
Persoalannya...adakah memaparkan hanya aksi-aksi dan reaksi kucing membuatkan blog aku ini menjadi suatu blog yang tidak matang dan hanya sesuai dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?
Tidak mengapalah...aku terima seadanya.
Sekian.
abg long, dia datang tgk gambar kucing je dah ckp tak matang. cuba baca isinya dulu ... baru boleh ckp macam2.
Manusia nie pelik, senang je nk ckp org matang ke tidak...."dia tu matang sungguh ke??? klu matang takkan nk nilai blog org berdasarkan gambar kucing je"
Tapi blog sy mmg tak matang ... ngeh ngeh
Salam;
Tak apa Bang Long..matang ke tak matang biarlah..Bagi aku org yang matang ialah org yang boleh masuk dimana2 saja,buat entri untuk budak boleh,utk remaja boleh,utk dewasa boleh pendek kata serba boleh..yg cam ni baru kira matang.
Tak pe Abg Long. memang cam tu le sikap manusia, kalau x tak dipanggil manusia. memang x patut siap hantar mesej lagi lainlah kalau entri tu direct hentam diri sipenghantar e-mel tu. Hati lain-lain kan? Sabar je lah
blog aku pun orang kata tak matang jugak...tapi apa aku peduli...sebenarnya orang yang suka melabel orang lain tak matang ni jeles sebab depa tak leh nak buat macam tu...dah depa perasan diri depa terlalu matang..
Salam Cik Kamoo...lama tak dengar citer. Salam Yusuflaili, EmpayarUtama dan Aman_arab...memang terasa gak hati tapi tak boleh nak halang atau elak jika ada orang yg suka beranggapan begitu lebih2 lg jenis yg suka jump to conclusion tanpa meneliti terlebih dulu. Apa2 pun Abg Long terima jer apa saja kritikan walaupun kadang2 tak membina.
Assalam..
Kalau paparkan gambar sex barulah matang kot hehe...
Persepsi pembaca berbeza2..ada yg nilaikan melalui penulisan & ada yg nilaikan melalui gambar.sebetulnya kita perlu nilai dari penulisan bukan melalui gambar sbb gambar cuma sebagai penyeri je
pandai juga orang tu bagi komen yang begitu ya..blog dia matang sangat ke abang long?
rasanya dia x seminit pun singgah di blog ni..
Salam Abg Long,
Yang emel tu bukan saya, ni pon 1st time jenguk blog ni. Yang emel abg long tu kira bagus la. Dia concern akan masa depan penulisan blog ni. Apa yang saya tengok dalam blog ni, ada la beberapa penulisan yang agak tidak matang.
Contohnya entri ni la. Untuk mematangkan fikiran, kita kene terima seluruh pendapat orang lain. Sebabnya kita tak mudah nak puaskan hati orang lain. Jangan cepat melenting dengan pendapat orang lain yang kita tak suka sampai kita kuarkan entri balas kepada orang tu. Malah, cuba dapatkan idea bernas dari orang lain juga. No body is perfect. So, terima apa yang orang cakap adalah jalan terbaik.