Saturday, December 24, 2011

Orang Lain seronok bercuti, aku sibuk bekerja

8 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Apa plan anda cuti sempena Hari Krismas ni? Balik kampung? Jalan-jalan? Duduk rumah jer? Apa-apapun, selamat bercuti. Tentu seronok bukan?


Dalam anda berseronok-seronok bercuti tu, ingat-ingatlah orang yang bekerja macam aku ni...isk3.

"Kenapa? Abang Long tak bercuti ke? Tak dapat cuti?"

Well, kerja tengah berlambak ni. Lagi pula aku tengah monitor kerja-kerja ubahsuai pejabat aku di Shah Alam tu. Kerja-kerja ubahsuai dah menghampiri 80% dan ramai pula para pekerja kontrak (bos-bos mereka laaa) yang bertanya aku itu dan ini.

Kalau aku tak monitor, takut pula jadi lain yang diubahsuai.

So, buat masa ni, biarlah aku berkorban dahulu...

Yang penting, pejabat aku akan jadi lebih cantik berseri-seri.


Aku dan staf-staf aku nanti tentu saja akan seronok bekerja dalam suasana yang serba baru.

Lepas tu...

Aku pulak yang akan bercuti...yeaaaahoooooo!!!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, December 20, 2011

Boleh sentuh macam-macam hal kecuali gaji

6 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Aku harap tiada sesiapa dari kalian yang marah-marah kat aku sebab lama tak update blog ni. Sekurang-kurangnya, aku memberi peluang kepada rakan-rakan semua untuk membaca entry-entry aku yang terdahulu termasuklah memberi komen-komen yang membina (...alasan..hehehe).

Alasan busy mungkin dah basi, tetapi aku sememangnya busy lately. Kerja yang bertimbun ditambah pula dengan kerja-kerja yang baru membuatkan aku kadang-kadang tercungap mencari nafas... apa-apapun, aku amat menghargai kunjungan rakan-rakan semua ke blog aku ini...thank you..thank you.


Actually, banyak perkara yang terpaksa dan dipaksa untuk aku handle sendiri. Bermacam-macam perkara berkaitan syarikat yang aku sentuh kecuali gaji, gaji, gaji dan gaji lagi...

Aku tahu dan aku juga faham bahawa hal-hal berkaitan dengan gaji adalah sentisif..eh silap..sensitif. Aku sekadar ingin menegur akan beberapa kesilapan di dalam pengiraan gaji kerana bagi aku, sepatutnya, kesilapan sedemikian tidak boleh berlaku. Oleh kerana hal gaji adalah sensitif, sudah tentu isu berkaitan kesilapan di dalam pengiraan gaji juga bakal menerbitkan elemen-elemen sensitif ataupun menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang sensitif.

Walaubagaimanapun, aku telah ditegur agar tidak campur tangan di dalam menangani isu tersebut dan akupun back-off bagi menjaga sensitiviti pihak pengurusan yang berkaitan.

Elok juga aku back-off agar tidak semakin mengeruhkan suasana. Lagipun, ianya berpunca akibat kesilapan pengiraan dan bukannya melewat-lewatkan pembayaran sepertimana sesetengah syarikat lain termasuklah syarikat di mana aku pernah bekerja dahulu. Apalah salahnya terkurang dapat dari mendapatnya lewat sebulan dan lagi pula jumlah yang terkurang tersebut akan dipulangkan juga nanti.

Back-off bukan bermakna aku just mengaku kalah dari ingin memperjuangkan nasib para pekerja aku yang gaji mereka terkurang bayar. Aku just ingin memberi ruang kesilapan yang berlaku diperbetulkan dengan segera oleh pihak yang terlibat.

Aku masih lagi menyusun strategi agar kesilapan sedemikian tidak berulang dan menjejaskan Jabatan di bawah kelolaan aku.

Seperti permainan catur juga, kadang-kadang kita menjangkakan peluang dan dengan segera menggerakkan Queen untuk menamatkan permainan dengan segera sedangkan mungkin perangkap sedang menunggu. Apalah salahnya untuk menyusun pawn dan positioning kuda dan bishop di kedudukan yang strategik agar serangan kita bakal membuahkan kemenangan mutlak.



Sekian.
Readmore...
Thursday, December 8, 2011

Blog aku hilang???

9 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kerana lama bebenor tak update blog aku ni. Kesibukan menguruskan hal-hal pejabat ditambah pula dengan tugasan penulisan, aku hampir tiada idea untuk mencoret apa-apa di blog ni.

Baru sebentar tadi aku buka untuk sesaja melihat kalau-kalau ada mesej-mesej penting yang disampaikan rakan-rakan.

Mata aku buntang...darah aku berderau...aku terkezzzzut...aku panik...aku sedih!!


Blog aku dah kena removed!

Google bagi mesej "suspicious activities".


Panik juga. Then aku contact Google.

Terpaksa minta verification code untuk reinstate Google account aku.

Kenapa jadi macam tu?

Ada beberapa andaian...

Mungkin ada orang yang tahu password Google aku dan masuk ke akaun dari tempat lain.

Mungkin ada orang cuba masuk atau hack akaun Google aku dan beberapa kali mengguna password yang salah.

Mungkin terlalu banyak backlinks yang cuba dihantar oleh SPLOG ke blog aku ini.

Mungkin sebab lama tak update...dan inilah caranya Google bagi warning kat aku supaya update selalu...

Entahlah...

Nasib baik masih boleh reinstate...

Kalau tak, terpaksalah buka akaun baru dan buat blog baru...mungkin namanya kena tukar...
...Abang Long Offline... atau
...Abang Long Takde Line...

Ish3...




Sekian.
Readmore...
Wednesday, November 30, 2011

Muka ketat, ketat dan ketat lagi

8 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda jika seseorang menegur anda agar bersikap lebih ceria? atau..menyuruh anda membuang tabiat bermuka ketat (masam)? Menasihati anda demikian minggu demi minggu demi minggu demi minggu?. Minggu lepas cerita pasal muka ketat, minggu ni pasal muka ketat lagi, minggu depan pasal muka ketat juga, minggu-minggu berikutnya pun cakap pasal muka ketat, ketat, ketat dan ketat lagi.... Apa nih?


Niatnya baik untuk menggalakkan semua staff agar bersikap ceria khasnya dipermulaan minggu, tetapi kalau setiap minggu asyik bercerita hal muka ketat jer, harus staff yang mendengarnya akan terus-terusan bermuka ketat (akibat kebosanan yang melampau). Kalau tak ketat, terpaksa mengguna screw driver, spanar atau apa-apa gadget yang terfikir bagi memperketatkan lagi muka masing-masing...heeee.

Pada pendapat aku nasihat sebegitu cuma membazirkan masa dan menimbulkan rasa kureng bukan sahaja kepada orang yang mendengarnya bahkan juga kepada diri sendiri. Kalau telah memberi nasihat sekali dua dan masih tidak berjaya, sudah-sudahlah. Gunalah approach yang lain. Bukan mudah untuk menceriakan orang lain. Agak mustahil untuk mengubah sikap orang lain. So, buat apalah membuang masa berceramah dan berpidato tentang benda yang sama kecualilah berceramah hal-hal agama yang sememangnya dituntut untuk kita sama-sama berpesan-pesan tetapi secara berhemah dan penuh kesabaran.

Janganlah berharap dan beranggapan bahawa orang lain perlu mematuhi arahan agar sentiasa ceria atau mengelakkan bermuka ketat. Kita tidak tahu masalah orang. Kita tidak faham kenapa mereka bermuka ketat. Kita tiada hak untuk memarahi orang yang bermuka ketat. Kita tidak tahu ada kemungkinan muka seseorang itu sejak azali memang sedemikian ketat...(ada ke?).

"Habis tu?"

Setiap orang staff mempunyai perasaan yang tersendiri. Menyuap mereka dengan teguran-teguran atas perkara-perkara yang remeh-temeh membuatkan mereka bosan. Memperingatkan mereka tentang peraturan-peraturan ketat syarikat juga mungkin membuatkan mereka risau dan perasaan jadi berbaur-baur yang sudah tentu boleh memperketatkan muka mereka (hehehe...betul ke ayat aku tu?). Melaksanakan undang-undang secara syok sendiri juga boleh mewujudkan situasi yang sama.

Memanglah undang-undang syarikat perlu dipatuhi, tetapi memberikan kefahaman tentang undang-undang tersebut juga amat penting. Bukanlah dengan cara yang menimbulkan keresahan atau rasa tidak puas hati kepada staff seperti mengugut serta menyampaikan amaran secara keras atau dengan suara yang kuat seperti memberikan arahan kawad kepada segerombolan askar.

Apa kata bertindak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan keceriaan tetapi bukanlah dengan keterlaluan. Galakkan kerjasama (team work). Bangkitkan semangat dan bukannya berikan ugutan. Sebarkan khabar gembira progress syarikat atau vision MD yang inginkan syarikat untuk berjaya. Khabarkan misi-misi yang akan dibuat. Hebahkan bahawa semua orang di dalam syarikat adalah penting.

"Kalau muka diorang masih ketat?"

Biarkan. Senyum sahaja kepada mereka. Mungkin mereka ada masalah yang terlalu berat yang sedang dipikul. Tahulah mereka bagaimana untuk menceriakan diri sendiri. Mana ada orang yang ingin bermuka ketat seumur hidup.

"Ohh..jadi, cara saya tu salahlah yer?"

Bukan salah. Niatnya betul. Caranya boleh diperbaiki. Cuma janganlah memanjang-manjangkan perkara yang remeh-temeh hingga kelihatan tindakan tersebut seperti tiada added value sewaktu morning talk.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, November 29, 2011

Iklankan bahan lucah?

7 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda apabila disogokkan dengan bahan-bahan berunsur lucah khasnya gambar-gambar dan klip-klip video? Malu? Marah? Atau suka dan kembang-kempis lubang hidung menahan gelora?

Mungkinkah ada yang akan menjawab, kalau tengok sorang-sorang OK la @ suka dan kembang-kempis lubang hidung tu? Kalau ada orang lain, malu atau buat-buat marah...ish3.


Biar apapun jawapannya, aku pasti gambar-gambar atau klip-klip video tak senonoh sebegitu akan menimbulkan kemarahan sesetengah ibubapa apabila ianya diperlihat atau dipertontonkan kepada anak-anak mereka yang masih kecil (belum akil baligh).

Begitu juga dengan aku...

Ada 2 atau 3 kali (yang aku perasan) blog aku ini dipaparkan iklan-iklan atau promosi-promosi blog lain samada melalui backlinks atau pings yang memaparkan entry-entry berbaur lucah dan pernah juga memaparkan dengan terang-terangan entry sinopsis video yang sememangnya lucah.

Jika sekadar gambar-gambar seksis yang masih lagi terkawal, tidak mengapa juga, tetapi kalau dah tunjuk gambar aksi-aksi seks dengan tubuh badan perempuan yang berbogel dengan jelas, bagi aku itu sudah keterlaluan.

Yang lagi haru...bila anak-anakku yang suka membelek-belek blog aku ini tiba-tiba berkata.."Abah, ada iklan video..pompuan tu tunjuk tetek!!!".

Sudah!!!!...Kelam-kabut aku masuk campur dan dengan segera menutup blog aku tersebut!

Kalau begini berterusan, terpaksalah aku ubah klasifikasi blog aku ini menjadi bahan bacaan untuk 18 tahun ke atas semata-mata untuk mengelakkan anak-anak aku melawat dan membaca blog aku ini.

Aduyai...!




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com