Semasa menulis pos ni, aku sedang minum-minum di sebuah warung kopi yang ber"wifi" sambil menunggu masa untuk menjalankan tugas memantau operasi.
Sepatutnya tugasan tersebut dibuat oleh Operations Manager aku tetapi oleh kerana ketiadaan beliau, aku terpaksa mengambil alih. Aku bukanlah ingin berkira tentang kerja aku tetapi lebih cenderung berfikir bahawa hal-hal operasi perlukan perancangan dan bukanlah dilakukan secara ad-hoc khasnya apabila menyentuh hal-hal berkaitan kawalan keselamatan. Kesilapan atau kelalaian kecil mungkin boleh membawa padah.
Apa puncanya? Kenapa perlu aku turun padang?
Punca utama adalah akibat kekurangan staff.
Kenapa staff kurang?
Sebab ramai yang tetiba resign atau cabut.
Kenapa pula?
Well...kalau kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik, itulah akibatnya.
Kebajikan macamana?
Kebanyakan syarikat selalunya mengalami masalah yang sama apabila gaji pekerja dibayar lambat, EPF dipotong tetapi tidak dicarum, Overtime kena cincang, atau mungkin juga gaji langsung tidak dibayar oleh Supervisor yang diamanahkan (berlaku kerana gaji dibayar secara tunai dan Supervisor pula pecah amanah) serta lain-lain isu.
Bagi syarikat aku pula bukanlah berkaitan dengan duit tetapi lebih kepada sikap berpuak-puak atau mengikut seseorang. Apabila seorang Supervisor itu resign, orang dia akan turut mengikut jejak. Bermakna, bukan seorang yang berhenti tetapi menjadi beberapa orang. Yang lebih haru apabila mereka berhenti tanpa memberi notis dan Jabatan HR langsung tidak tahu. Pihak Pengurusan cuma tahu apabila Client membuat aduan.
Habis tu, macamana hendak selesaikan masalah ni?
Aku rasa, eloklah gaji minima untuk syarikat Kawalan Keselamatan dilaksanakan dengan segera supaya syarikat dipaksa mencari pekerja yang benar-benar berkelayakan dan berpelajaran. Pekerja yang boleh berfikir dengan matang. Pekerja yang bukan jenis pak turut. Pekerja yang lebih mementingkan masa depan. Pekerja yang mementingkan pengorbanan dan kesetiaan kepada syarikat.
Bukanlah pekerja yang akan berhenti mengejut setelah mendapat tawaran syarikat lain dengan penambahan gaji sebanyak RM10 (sepuluh ringgit)!!!
Sekian.
aik dapat naik rm10 pn nk resign ker???
Salam Ku-Cit...
Itulah yg sering berlaku
salam..haa..biasa la..skrg sume berkepentingn sndiri..sush nk cri org y betul2 ikhls.huuu.
kalau environment keje tak sihat gaji banyak mana pun takde makna,hati tak tenang.kalau gaji sikit lg la...huhuu
Keluar Kota Tiga Hari
Menyedut Udara Illahi.