Wednesday, August 1, 2012

Handphone mana jadi pilihan?

0 comments
 
Salam...

Pepagi ni aku nak mengarut pasal handphone pulak. Banyak-banyak handphone di pasaran, handphone brand atau jenis yang mana menjadi pilihan anda?


Aku sekarang ini mengguna 2 handphone. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas dasar tuntutan kerja. Satu khas untuk kerja manakala satu lagi handphone personal yang kadang-kadang terpaksa aku gunakan untuk hal-hal kerja, lebih-lebih lagi jika handphone syarikat aku tu kena bar ...ish3.

Untuk urusan kerja, aku mengguna jenama Blackberry Curve 9360 pemberian syarikat aku. Brand Blackberry yang agak murah tetapi kira OK la berbanding handphone cap "ayam", manakala untuk personal, jenama iPhone 4s.


Canggih...

Handphone Blackberry tu banyak diguna untuk access e-mail syarikat dan BBM. Tak banyak aplikasi BB yang telah aku install sebab khuatir handphone tu bermasalah dan kerja-kerja aku terganggu. Lately, aku lebih banyak berada di luar pejabat, jadi, BB tu memang banyak manafaatnya.

Lain pula iPhone 4s aku tuh. Berlambak aplikasi yang telah aku download dan install khasnya aplikasi "social & communication" untuk berhubung dengan kengkawan secara percuma.


Berlambak juga games. Games? Aku main permainan handphone? Yer...kenapa? Tak percaya? Aku pun manusia jugak yang kadang-kadang merasa bosan, jadi, games kat handphone tu menjadi pengisi masa lapang dan mengurangkan darjah kebosanan aku...hehehe.

Aku memang suka gadget seperti handphone ni. Tengah terfikir juga untuk membeli iPad atau Galaxy Tab. Tapi iPad bukan handphone manakala Galaxy Tab besar bagak untuk dilekapkan di telinga untuk menjawab panggilan (malas nak guna handsfree).


Kalau guna Tab bersaiz 7 inci masih OK lagi, tapi kalau guna yang 10 inci nampak huduh betul! Tu belum masuk cover dia lagi...ish3.

Well...guna jer la apa yang dah sedia ada.

Walaubagaimanapun, selepas berbual-bual dengan seorang owner stesyen minyak yang pernah kena rompak di Nilai awal tahun ni, aku terkesima juga.


Beliau bercerita tentang kepayahan untuk beliau berhubung semasa dihambat perompak. Dalam situasi panik, handphone yang canggih menjadi seperti barang tak berguna (ujar beliau). Secara berseloroh (tetapi meninggalkan bekas di minda aku), beliau menambah, pada masa itulah handphone cap "ayam" menjadi pilihan...hmmm.

Well...bukanlah terniat untuk menukar handphone yang sedia ada kepada brand cap "ayam", tetapi bila ingat apa yang dikata oleh pemilik stesyen minyak tersebut terfikir untuk mendalami ilmu features yang terdapat di handphone aku tu. Kena cari atau create panic button. Kena ada auto dial bila kecemasan. Kena ada shortcut key untuk passcode (password). Kena install aplikasi yang boleh tahu aku di dalam kecemasan dan terus berhubung dengan pihak Polis secepat mungkin (hmmm...ada ke????)...

Errr...camner ek????



Sekian.
Readmore...
Tuesday, July 31, 2012

Pentingkah kerja aku?

1 comments
 
Salam...

Cuaca sekarang ini agak panas. Pernah mencecah suhu 41 darjah celcius beberapa hari lalu. Inilah di antara cabaran berpuasa kali ini. Diharap, berkat kesabaran kita dan dengan keredhaan Yang Maha Esa, mudah-mudahan berlipat-kali gandalah pahala kita...amin.

Apa-apapun, jangan lupa pula perbanyakkan minum air...


Err..maksud aku, semasa berbuka atau selepas berbuka... (jangan fikir nak ponteng puasa pulak yer?)

Apa kena mengena cerita panas dan perlu minum air banyak-banyak di bulan Puasa ni dengan topik aku?

Well...jika kita kekurangan air di dalam badan, banyak mudaratnya seperti demam panas, batuk-batuk, lemah-lemah badan, pening kepala dan sebagainya. Jadi, air adalah penting untuk tubuh kita. Jika kita telah tahu bahawa air itu penting, kenapa tidak mahu minum banyak-banyak?


Berbalik kepada topik, aku sentiasa menganggap setiap tugasan yang diarahkan untuk dilakukan oleh setiap pekerja adalah penting. Begitu juga dengan kerja-kerja aku. Bagi aku, untuk menceburkan diri ke dalam Perniagaan Pengurusan Tunai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Jika matlamat utama hanyalah sekadar ingin menjana untung berganda tetapi tidak membuat persediaan rapi mungkin bukan untung yang diperolehi tetapi kehilangan yang berlipat ganda pula yang menjelma.

Mungkin kerja-kerja aku umpama sekadar menambah jumlah air di dalam badan sepertimana kata-kata beberapa orang pekerja senior di sini tetapi bagi aku, masih ada impak jikalau kerja-kerja aku tersebut tidak dibuat. Syarikat bukan ingin berniaga sekadar suka-suka dan bukan juga ingin berniaga untuk tempoh singkat. Sepertimana air di dalam badan, walaupun kekurangan air tidak memberikan impak secara mengejut tetapi lama-kelamaan tubuh semakin kurang bermaya dan bermacam penyakit mungkin menyinggah.

Apa kerja aku sebenarnya?

Well...pada awal bertugas di sini, aku cuma menulis SOP (Standard Operating Procedures), Manual, melakarkan Pelan Pengurusan termasuklah memberikan penerangan kepada pihak Pengurusan Atasan syarikat (Board Member).


Aku akui, semasa mula-mula bekerja di syarikat baru ni, bermacam-macam cabaran yang aku terima. Dari tekanan untuk mencapai target jualan (yang sememangnya belum bermula) hinggalah melayan kerenah pekerja-pekerja yang lebih suka bercerita keburukan pekerja lain dan tidak lupa wujud juga pekerja yang suka "tikam belakang".

Aku tidak pedulikan semua itu kerana ianya merupakan perkara-perkara yang lumrah berlaku di sesebuah organisasi. Walaupun ada rasa kesakitan tetapi aku tahankan juga kerana bagi aku mereka masih tidak faham. Aku dilabel Pengurus "Duduk Sesaja", "Datang Kerja Tak Buat Apa" dan ada juga yang kata aku ni "Makan Gaji Buta"...tapi...aku hanya membalas dengan senyuman (walaupun adakalanya darjah ke"kambing"an itu wujud..hehehe).


Lagipun, takkan aku nak balas dengan mengatakan mereka tu "bodoh" pula? Mereka sekadar tidak tahu atau tidak faham. Mana ada orang buat SOP melilau ke hulu dan ke hilir. Begitu juga membuat Pelan Pengurusan atau Presentation, tak pernah aku melihat orang membuatnya sambil berdiri (kecuali semasa pembentangan sahaja)...so, aku duduk sesaje lah...huhu.

Jika perlu sahaja aku akan keluar untuk melawat tapak projek untuk memantau kerja-kerja kontraktor dan termasuklah mencari pekerja.

Apabila perniagaan mula berjalan dan SOP dan Pelan Pengurusan aku diguna-pakai, barulah kedengaran ada yang berkata "Ohhh...ini la hasil kerja En Wan tu selama ni. Ingatkan dia duduk sesaje makan gaji buta".

Well...tak kisahlah macamana bunyinya komen mereka tu..

Lagipun, mereka masih kurang tahu atau kurang faham...

Dan...mereka juga tidak tahu bahawa di dalam Pelan Pengurusan yang telah aku buat, nama-nama mereka tersenarai untuk diberikan VSS...hehehe



Sekian.
Readmore...
Monday, July 30, 2012

Cabaran Ramadhan

0 comments
 
Salam...

Lama giler aku tak update blog ni. Bukan setakat banyak sawang labah-labah, spiderman pun dah beranak-pinak kat sini gamaknyer...huhu. Well, memang salah aku. Memang la kerja aku tengah berlambak tapi alasan kerja banyak bukanlah excuse yang sesuai membiarkan blog ni bersawang. "Malas" mungkin lebih sesuai...hahaha.


Bercerita tentang "Malas", di bulan Ramadhan yang mulia, inilah perangai yang sering menjadi cabaran besar kepada aku. Malas nak bersukan, malas nak bekerja, malas nak memandu, malas nak bangun sahur, malas nak mengemas rumah...malas itu, malas ini , malas sana, malas sini, malas there...

Yang tak bestnyer...takde pulak malas nak berbuka, malas nak tengok TV sambil berlingkar, malas nak mandi (cuaca panas sekarang ni suka bebenor mandi banyak-banyak kali)...dan etc etc etc...

Aku harap anda semua tak macam aku...

Selain cabaran kemalasan yang melampau...nafsu melihat juadah juga memuncak..Naik juling biji mata memilih makanan untuk berbuka..merayap ke setiap gerai di Pasar Ramadhan, melihat dan menjamu mata tapi at last cuma beli kuih aji (kuih ketayap or kuih dadar gulung)..huh!


Seronok bila dapat berbuka di hotel-hotel secara buffet..amik semua jenis makanan yang ada..bila start makan (berbuka)..kuih aji dan air teh tarik..terus tersandar kenyang..huhu.. membazir betul!!!


Patutnya di bulan Ramadhan ni tambah-tambahkan pahala...tapi lain pulak jadinya..membazir pulak (membazir tu perbuatan setan!). Di bulan Ramadhan ni setan kena ikat...abis tu? Sape lak yang setan??? Astaghfirullah...


Semoga kita sama-sama jadi lebih baik dan mulia...


Selamat berpuasa.






Sekian.
Readmore...
Monday, March 19, 2012

Beri cadangan atau menghentam?

7 comments
 
Salam...

Pernahkah anda memberi pendapat atau cadangan tetapi anda pula yang dimarah? Pernah? Kadang-kadang kita rasa seperti tidak dihargai jika perkara tersebut berlaku, bukan begitu?


Pada masa yang sama, pernahkah anda terfikir pendapat atau cadangan anda itu juga boleh membangkitkan kemarahan kepada si penerima?

Katakan anda meminta pendapat atau cadangan daripada staff anda bagaimana untuk membuang sampah-sampah yang menimbun di pejabat anda. Lalu anda mendapat maklum-balas sebegini daripada rakan sekerja yang sejawatan dengan anda.

Apa susah, suruh sahaja setiap staff untuk mengangkut satu plastik sampah setiap seorang bila ingin pulang ke rumah. Takkan mencari jalan untuk membuang sampah perlu minta pendapat staff? Perkara remeh macam tu takkan seorang Pengurus tak boleh fikir?

Bagi sesetengah orang, itu biasa.

Ada juga yang buat tak tahu dan berterima kasih kerana diberi idea yang bernas.

Tapi...

Ada juga orang yang akan mendengus dan rasa ingin mencampakkan semua sampah-sampah tersebut ke muka si polan yang telah memberi cadangan tersebut.

Well, anda bagaimana?


Sekian.
Readmore...
Friday, March 9, 2012

Kalau dah salah, ubahlah

5 comments
 
Salam...

Lama bebenor aku tak update blog ni. Bukan setakat bersawang, sarang kelawar pun bersepah agaknya ish..ish..ish. Minta maaf banyak-banyak rakan-rakan sekalian. Bukan nak memberi alasan kesibukan bekerja menyebabkan aku tiada masa berblogging, cuma, aku rasa kematian idea untuk menulis. Kadang-kadang, aku rasa, aku terlalu banyak memperuntukkan masa menulis untuk syarikat aku ni. Ye lah, orang lain rasa macam payah (atau tak tau) nak buat, so, terpaksalah aku kayuh sorang-sorang.


Apa-apapun, itu semua tanggungjawab aku sebagai pekerja.

Cuma, kebelakangan ini aku agak pissed off dengan beberapa perkara yang berlaku di syarikat aku ini.

Aku ni dah berumur...pernah bekerja di Bank selama 16 tahun, pernah juga bekerja di syarikat Kawalan Keselamatan yang lain. Jadi, dari segi pengalaman, aku rasa banyak yang aku telah lalui dan banyak juga pengetahuan yang aku ada, tetapi agak sukar untuk berkongsi dengan beberapa pihak di sini yang sukar untuk menerima atau membuat perubahan.

Yang paling latest, aku menegur pihak HR untuk memperbetulkan clause di dalam surat perlantikan (employment letter) staff aku. Ada statement berikut...

Kontrak kerja anda adalah selama setahun...
Anda layak untuk mendapat Cuti Tahunan selama 10 hari...
Anda hanya layak untuk mengambil Cuti Tahunan setelah SETAHUN berkhidmat

Dalam kata lain, anda tidak layak untuk mengambil Cuti Tahunan. Jika ingin mengambil Cuti Tahunan, kena tunggu selepas SETAHUN. Jumlah hari untuk diambil ikut suka hati anda kerana kontrak pekerjaan anda telahpun tamat. Jumlah 10 hari yang dinyatakan tu cuma sekadar mengaburi mata sahaja....ish..ish..ish.

Bila aku ajukan perkara ini, aku pula ditegur agar tidak masuk campur urusan HR!

Bagi aku, kalau dah perkara tu salah, ubah dan perbetulkanlah. Janganlah bagi alasan, dah buat perkara tu sejak dulu lagi so tak perlu kepada perubahan.

Dilema juga.

Aku ditawarkan kerja untuk membuat perubahan dan menaik-taraf syarikat, tetapi kalau setiap perubahan yang aku ingin buat mendapat bantahan, berat juga cabaran tersebut.

Well....entahlah...hantam sajalah labuuuu....



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com