Pernahkah anda memberi pendapat atau cadangan tetapi anda pula yang dimarah? Pernah? Kadang-kadang kita rasa seperti tidak dihargai jika perkara tersebut berlaku, bukan begitu?
Pada masa yang sama, pernahkah anda terfikir pendapat atau cadangan anda itu juga boleh membangkitkan kemarahan kepada si penerima?
Katakan anda meminta pendapat atau cadangan daripada staff anda bagaimana untuk membuang sampah-sampah yang menimbun di pejabat anda. Lalu anda mendapat maklum-balas sebegini daripada rakan sekerja yang sejawatan dengan anda.
Apa susah, suruh sahaja setiap staff untuk mengangkut satu plastik sampah setiap seorang bila ingin pulang ke rumah. Takkan mencari jalan untuk membuang sampah perlu minta pendapat staff? Perkara remeh macam tu takkan seorang Pengurus tak boleh fikir?
Bagi sesetengah orang, itu biasa.
Ada juga yang buat tak tahu dan berterima kasih kerana diberi idea yang bernas.
Tapi...
Ada juga orang yang akan mendengus dan rasa ingin mencampakkan semua sampah-sampah tersebut ke muka si polan yang telah memberi cadangan tersebut.
Well, anda bagaimana?
Sekian.
Entahlah Bang Long,mungkin juga aku panas semacam kalau cadangan lebih berbau hentaman..kalau dalam mesyuarat meja bulat mungkin aku sabar...
mm bergantung kpd cadangan tu disampaikan.kalau menengking2..terjerit2 mmg susah la nk ikut.tp kalau dgn cara baik & senyuman..insyaallah ikut :)
Salam Yusuflaili dan Harith, thanks sudi komen. Terpulang kpd setiap individu utk menerimanya, tapi, apa salahnya kalau sekadar memberikan cadangan dan tidak menambah2 statement yg bakal membuatkan sipenerima panazz.
Apa kata kalau, anda didatangi bos dan berkata dengan senyuman "saya sebenarnya tak suka cara awak bekerja. Oleh itu saya syorkan awak berhenti sahaja."
Dan senyumannya meleret sampai ke telinga..... :)
Selalunya kalau bagi cadangan,orang yang bagi cadangan tu yang kena buat :)
Singgah Yaw..:)
Kadang-kadang saje2 nak tunjuk pandai!
Salam Abg Long,
Mengikut cerita Abg Long ni..cadangan officemate Abg Long tu mmg la tak bijak...klu nk bg cadangan tu biar lah yg x menyusahkan org lain.Ianya akn lebih dihargai..
Klu cadangan mcm ni....suruh dia buat sendiri aje...:)