Tuesday, July 31, 2012

Pentingkah kerja aku?

1 comments
 
Salam...

Cuaca sekarang ini agak panas. Pernah mencecah suhu 41 darjah celcius beberapa hari lalu. Inilah di antara cabaran berpuasa kali ini. Diharap, berkat kesabaran kita dan dengan keredhaan Yang Maha Esa, mudah-mudahan berlipat-kali gandalah pahala kita...amin.

Apa-apapun, jangan lupa pula perbanyakkan minum air...


Err..maksud aku, semasa berbuka atau selepas berbuka... (jangan fikir nak ponteng puasa pulak yer?)

Apa kena mengena cerita panas dan perlu minum air banyak-banyak di bulan Puasa ni dengan topik aku?

Well...jika kita kekurangan air di dalam badan, banyak mudaratnya seperti demam panas, batuk-batuk, lemah-lemah badan, pening kepala dan sebagainya. Jadi, air adalah penting untuk tubuh kita. Jika kita telah tahu bahawa air itu penting, kenapa tidak mahu minum banyak-banyak?


Berbalik kepada topik, aku sentiasa menganggap setiap tugasan yang diarahkan untuk dilakukan oleh setiap pekerja adalah penting. Begitu juga dengan kerja-kerja aku. Bagi aku, untuk menceburkan diri ke dalam Perniagaan Pengurusan Tunai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Jika matlamat utama hanyalah sekadar ingin menjana untung berganda tetapi tidak membuat persediaan rapi mungkin bukan untung yang diperolehi tetapi kehilangan yang berlipat ganda pula yang menjelma.

Mungkin kerja-kerja aku umpama sekadar menambah jumlah air di dalam badan sepertimana kata-kata beberapa orang pekerja senior di sini tetapi bagi aku, masih ada impak jikalau kerja-kerja aku tersebut tidak dibuat. Syarikat bukan ingin berniaga sekadar suka-suka dan bukan juga ingin berniaga untuk tempoh singkat. Sepertimana air di dalam badan, walaupun kekurangan air tidak memberikan impak secara mengejut tetapi lama-kelamaan tubuh semakin kurang bermaya dan bermacam penyakit mungkin menyinggah.

Apa kerja aku sebenarnya?

Well...pada awal bertugas di sini, aku cuma menulis SOP (Standard Operating Procedures), Manual, melakarkan Pelan Pengurusan termasuklah memberikan penerangan kepada pihak Pengurusan Atasan syarikat (Board Member).


Aku akui, semasa mula-mula bekerja di syarikat baru ni, bermacam-macam cabaran yang aku terima. Dari tekanan untuk mencapai target jualan (yang sememangnya belum bermula) hinggalah melayan kerenah pekerja-pekerja yang lebih suka bercerita keburukan pekerja lain dan tidak lupa wujud juga pekerja yang suka "tikam belakang".

Aku tidak pedulikan semua itu kerana ianya merupakan perkara-perkara yang lumrah berlaku di sesebuah organisasi. Walaupun ada rasa kesakitan tetapi aku tahankan juga kerana bagi aku mereka masih tidak faham. Aku dilabel Pengurus "Duduk Sesaja", "Datang Kerja Tak Buat Apa" dan ada juga yang kata aku ni "Makan Gaji Buta"...tapi...aku hanya membalas dengan senyuman (walaupun adakalanya darjah ke"kambing"an itu wujud..hehehe).


Lagipun, takkan aku nak balas dengan mengatakan mereka tu "bodoh" pula? Mereka sekadar tidak tahu atau tidak faham. Mana ada orang buat SOP melilau ke hulu dan ke hilir. Begitu juga membuat Pelan Pengurusan atau Presentation, tak pernah aku melihat orang membuatnya sambil berdiri (kecuali semasa pembentangan sahaja)...so, aku duduk sesaje lah...huhu.

Jika perlu sahaja aku akan keluar untuk melawat tapak projek untuk memantau kerja-kerja kontraktor dan termasuklah mencari pekerja.

Apabila perniagaan mula berjalan dan SOP dan Pelan Pengurusan aku diguna-pakai, barulah kedengaran ada yang berkata "Ohhh...ini la hasil kerja En Wan tu selama ni. Ingatkan dia duduk sesaje makan gaji buta".

Well...tak kisahlah macamana bunyinya komen mereka tu..

Lagipun, mereka masih kurang tahu atau kurang faham...

Dan...mereka juga tidak tahu bahawa di dalam Pelan Pengurusan yang telah aku buat, nama-nama mereka tersenarai untuk diberikan VSS...hehehe



Sekian.

One Response so far.

  1. Jahirah says:

    lama xnyinggah sini...ye la mmg cuaca panas sgt sekrang.
    pnh dgr SOP tp xbape amek tahu apa dia...heheh

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com