Tuesday, October 25, 2011

Haramkah gaji kita?

9 comments
 
Salam...

Dahulu, aku sering diberi peringatan oleh ibu dan bapaku, orang tua-tua yang lainnya, guru-guru, ustaz dan ustazah serta rakan-rakan agar menjauhkan diri dari bekerja di syarikat yang menjual barangan haram seperti kilang membuat arak, kedai menjual binatang haram (babi dan binatang yang disembelih tanpa mengikut hukum syara'), kedai-kedai berasaskan perjudian dan lain-lain lagi syarikat seumpamanya kerana gaji yang diperolehi itu haram!


Malah, mungkin atas faktor yang sama, ada juga rakan-rakan aku yang berhenti bekerja di bank kerana menganggap gaji yang diterima adalah haram. Puncanya, menurut mereka, kebanyakan bank mengamalkan unsur-unsur riba' di dalam perniagaannya!

Sebenarnya, aku tidak berniat untuk mengupas tentang isu halal atau haramnya pendapatan kita dari penggajian. Aku sendiri tidak layak untuk berbuat demikian memandangkan ilmu agama aku, aku akui amatlah cetek.

Aku sekadar ingin menegur segelintir rakan-rakanku (Melayu dan muslim) yang kadang-kadang terlalu taksub bercerita dan berhujah tentang haramnya pendapatan penggajian orang lain tanpa mengambil kira sentimen perasaan orang yang terbabit.

Contohnya, salah seorang rakanku beria-ia menyuruh seorang rakan yang lain supaya berhenti bekerja di sebuah syarikat guaman dengan alasan para peguam membantu penjenayah terlepas dari hukuman dan hukumnya adalah haram! Aku tidak tahu dari mana dia mendapat maklumat tersebut tetapi melihatkan cara dia berhujah, seolah-olah hukum tersebut termaktub di dalam al-Quran!


Akibatnya, mereka sudah tidak lagi bertegur sapa, khasnya apabila rakan yang terbabit tersebut berkata "Kalau macam tu, tolong aku untuk mendapatkan suatu kerja yang gaji dan manafaatnya sama dengan apa yang aku dapat sekarang dan pastikan kerja tersebut 100% halal. Ataupun, engkau bagi sahaja gaji engkau kat aku sebanyak gaji aku sekarang ni dan aku akan berhenti bekerja di situ."

Entahlah...terlalu banyak perkara-perkara subjektif apabila bercerita tentang pendapatan penggajian. Jika diikutkan, kalau kita sering mengular sewaktu kerja, gaji kita itu juga bukanlah 100% halal kerana ada unsur-unsur menipu. Walaupun kita bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang sepatutnya tidak timbul gaji yang diterima itu haram, tetapi jika kontrak yang syarikat perolehi adalah melalui sogokan (atau rasuah), maka, ada kemungkinan duit hasil kontrak yang digunakan untuk membayar gaji kita itu juga tidak 100% halal.


Apa-apa pun marilah kita berdoa agar perkara-perkara atau benda-benda haram tidak akan menjadi darah dan daging kita...amin.




Sekian.
Readmore...
Monday, October 24, 2011

Gambar lucah di blog?

1 comments
 
Salam...

Siapa yang letakkan gambar lucah ke dalam blog mereka tu? Apa la nak jadi kat mereka tu? Tak beretika langsung. Takkan inginkan visitor yang beribu-riban sanggup berbuat apa sahaja untuk itu? Tak tahu dan tak kenal dosa ke? Gambar lucah siapa yang dipaparkan? Nampak semuanya ke?


Apa nama blog tu? Apa address dia?

Bukan apa...nak jugak aku tengok gambar-gambar tuh. Aku just nak pastikan betul atau tidak cerita tu?...ish3

hehehe...

Oppsss! Maaf, aku tak boleh beritahu blog siapa, apa nama blog tu atau apa address dia.. sebabnya.. akupun tak tahu..huhu.

Aku just terpanggil untuk mencoret tentang ni sebab pernah terbaca entry atau beberapa entry yang mengutuk blogger lain yang suka bercerita atau memaparkan elemen-elemen 18sx ke dalam blog mereka untuk menarik visitor.

Aku bukanlah ingin memberi nasihat sebab aku tidak layak untuk berbuat demikian. Aku cuma ingin memberi sedikit pendapat yang tak seberapa nilainya (atau mungkin tiada nilai langsung) yang asyik berlegar-legar di dalam minda aku ni.

Pada pandangan aku, jika ingin menegur biarlah kena dengan caranya dan berhemah. Bukan dengan menghentam atau mengutuk secara keterlaluan. Bukan apa, tindakan mengutuk atau menghentam tersebut juga sebenarnya salah. Memang benar, kita berkewajipan untuk mencegah perkara mungkar dan selemah-lemah iman ialah membenci perbuatan mungkar tersebut di dalam hati tetapi adakah tindakan kita tersebut dibuat selepas berfikir natijahnya? Kita juga perlu sentiasa ingat "Matlamat tidak pernah menghalalkan cara". Mungkin, tindakan kita secara sembrono bakal menerbitkan elemen-elemen dosa yang lainnya. Mungkin juga, tindakan kita tersebut akan membuka aib kita sendiri.

Then, apa perlu kita buat?

Pada pendapat aku. jika kita berkelayakan untuk memberi nasihat sekalipun, berilah nasihat dengan cara yang elok, berhemah serta berilmu. Otherwise, serahkan sahaja kepada pihak tertentu atau pihak berwajib untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Janganlah kita terlalu taksub menghentam, mengutuk, menghina tindakan orang lain yang memaparkan sesuatu yang pada pandangan kita ada "double meaning" atau meletakkan gambar-gambar yang membangkitkan ghairah nafsu, sedangkan kita sendiri sering memaparkan gambar-gambar tak kira gambar sendiri atau orang lain yang mendedahkan aurat.

Aku juga sering mengingatkan diriku agar sentiasa fokus kepada tujuan asal kenapa ingin berblogging. Tiada tujuan untuk memberi nasihat atau membuat teguran terhadap kesilapan cara orang lain berblogging khasnya kerana diri sendiri masih cetek ilmu di dalam hal-hal sedemikian. Malah. tiada juga niat untuk membenteras anasir-anasir yang mungkin boleh menyebabkan terpesongnya akidah, elemen-elemen yang menjatuhkan maruah, unsur-unsur lucah atau memaparkan tindakan-tindakan melampaui batas, kerana aku memang tidak diberi hak untuk itu.

Jadi, bila ramai blogger bercerita tentang si polan yang memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya dihebah-hebahkan (khasnya yang berbaur lucah), aku just ignore dan pastikan blog-blog sedemikian tidak dilawati oleh anak-anak aku.

Anda pula bagaimana?




Sekian.
Readmore...
Saturday, October 22, 2011

Siapa kata siput berjalan perlahan?

6 comments
 
Salam...

Pernah lihat siput babi? Aku ulangi...siput babi..dan bukannya babi! Macamana bentuknya yer?.. dan.. sekali lagi...memang jauh benar bentuknya dengan babi!

Tak pernah tengok? Meh, aku tunjukkan..Ni haaa..dia...



Eh? Apesal lain macam jer bentuknya tuh?

Cuba yang ni pulak.


Errr...

Yang ni kut?


Haaa...barulah betuiiiii!!

Ada orang kata siput babi tu berjalan perlahan. Betul ke?

Yang pasti betul adalah yang berkata tersebut sememangnya "orang". Kalau siput babi tu sendiri yang berkata-kata, nampak sangat temberangnya.

Siapa "orang" yang berkata siput babi berjalan perlahan?

Aku baru jer terjumpa bukti yang siput babi berjalan laju, malah lebih laju dari orang yang sedang berjalan...

Tak percaya?

Ni haa buktinya...


Sekarang, anda percaya?

Aku memang percaya...sebab tu aku kena tidur sekarang coz minda aku dah mula melalut akibat tak cukup tidur...ish3.





Sekian.
Readmore...
Thursday, October 20, 2011

Tak hormat suami kerana tidak berduit?

4 comments
 
Salam...

Anda seorang wanita yang sudah berkahwin? Bagaimanakah layanan anda terhadap suami? Baik? Syukur alhamdulillah. Bagaimana pula jika suami anda itu seorang yang miskin dan tidak berduit? Adakah hormat anda masih tetap sama atau berkurangan? Semakin hormat dan semakin sayang? Syukur alhamdulillah...mudah-mudahan anda digolongkan ke dalam umat yang dijanjikan syurga, amin...


Apesal pulak aku menyibuk tentang hormat kepada suami ni?

Aku telah didatangi seorang staff aku untuk meminta nasihat kerana dia berniat untuk bercerai akibat kegagalan suaminya untuk memberi nafkah (berbentuk duit).

Menurutnya, si suami telah menganggur lebih setahun dan baru sahaja mendapat pekerjaan dengan gaji yang tidak seberapa. Manakala dia pula bekerja (dan berjawatan sedikit) dengan gaji yang bagi aku boleh tahan juga. All the while (semasa si suami menganggur), dialah yang menyara hidup keluarga.

"Salahkah saya menuntut cerai kerana tidak mahu suami terus-terusan menanggung dosa akibat kemiskinannya?"

Salah dan berdosa!

"Habis tu, bagaimana dengan kehidupan kami? Anak-anak perlukan makanan dan pakaian. Saya juga perlukan duit untuk pergi bekerja. Suami juga kadang-kadang meminjam duit saya untuk pergi bekerja. Siapa yang sepatutnya memberi nafkah, suami atau saya?"

Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan serta menjaga keselamatan keluarga.

"Kenapa pula saya yang berdosa?"

Suami awak tak pernah keluar duit langsung ke untuk keluarga?

"Ada. Dia bayar installment rumah."

Berapa sebulan dia bayar?

"Sebulan RM1,500. Tapi masa dia menganggur, dia keluarkan duit KWSP untuk bayar advance selama 3 tahun."

Banyak juga yer? Tidak kiralah duit tu dapat dari KWSP sekalipun tetap duit dia juga.

"Takkan setakat bayar rumah jer? Makan minum, pakaian, bayar kereta dan keperluan rumah yang lain-lain tu takkan dia tak perlu ambil kisah?"

Dari segi hukum memanglah kewajipan dia, cuma, adakah dia  mampu?

"Semasa dia menganggur tu sudah tentulah dia tak mampu. Sekarang ni dia dah bekerja, dia kena usaha berlipat kali ganda untuk lunaskan tanggungjawab dia tu."

Kalau dia tak mampu juga?

"Sebab tu sekarang ni saya nak mintak cerai!"

Atas alasan apa?

"Walaupun dia dah bekerja, duit yang dia dapat bulan-bulan masih tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga. Nasib baiklah, installment rumah tak perlu bayar lagi selama 3 tahun. Sekarang ni saya masih lagi perlu hulur duit untuk perbelanjaan keluarga, walhal itu semua tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah kepada anak-anak tu."

Apa salahnya membantu suami buat sementara waktu ni?

"Saya dah penat asyik nak bantu dia sahaja. Sekarang ni semua perbelanjaan yang saya bayar dikira hutang."

Suami setuju?

"Setuju atau tidak dia kena ikut jugak."

Kenapa tak niatkan sedekah jer?

"Saya kena ajar dia supaya berubah. Dia kena cari duit banyak-banyak untuk bagi nafkah kepada saya dan anak-anak."

Sebagai isteri awak tak boleh menyombong kepada suami dan bertindak seolah-olah dia tu macam budak-budak yang perlu diajar walaupun mungkin awak lagi pandai dari dia. Sekadar berkongsi maklumat dan menyampaikannya secara berhemah memang baik cuma sebagai seorang isteri hendaklah menuruti batas-batas yang tertentu.


Rezeki tu di tangan Tuhan. Kita sebagai hambanya tidak boleh pula memaksa Tuhan untuk memberikan kita rezeki tersebut. Sebagai seorang hamba, kita tiada hak untuk memaksa.

Kalau rezeki suami dari segi duit (gaji) setakat itu sahaja macamana?

"Sebab tu saya nak tuntut fasakh atau perintah mahkamah untuk kami bercerai. Hidup saya dengan dia tak pernah senang. Saya pun ada hati juga untuk merasa hidup mewah."

Awak pasti ke bila bercerai dengan dia nanti hidup awak akan jadi senang atau mewah?

Kita kena selalu ingat "langit tak selalunya mendung" manakala bagi orang kaya sekarang ini "ingatlah langit pun tak selalunya cerah".

"Sekurang-kurangnya saya tak sakit hati macam ni."

Bersyukur dan bersabarlah. Awak kena faham, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, banyak ranjau dan durinya atau banyak dugaannya. Sepertimana kita ingin mendapatkan segulung ijazah, kita perlu belajar dan mengharungi peperiksaan atau ujian-ujian tertentu sebelum memperolehinya. Mustahil untuk mendapatnya dengan hanya memetik jari.

Kalau nak masuk syurga pun ada ujiannya!

Allah ada berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214.

"Saya rasa dah tak sanggup lagi membantu dia dari segi kewangan."

Cubalah bersikap lebih positif dan janganlah terlalu berkira khasnya tentang sumbangan atau bantuan kepada suami. Jangan sampai Tuhan pula berkira tentang rezeki yang sepatutnya kita perolehi atau dalam kata lain, rezeki kita ditahan-tahan.

Memanglah suami berkewajipan untuk menyediakan hampir segala-galanya. Tetapi bukanlah suatu kesalahan atau memberi kehinaan kepada seorang isteri jika bersedekah kepada keluarganya.

Allah berfirman..

”Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215.

Bukankah suami juga KAUM KERABAT dan kalau miskin pula masuk dalam golongan "orang miskin" sepertimana disebut di dalam surah tu?

Di dalam hidup berkeluarga perlu ada sikap bertolak ansur dan saling membantu dengan ikhlas kerana segalanya adalah kepunyaan Allah. Kita pula perlu berkongsi dan masing-masing tidak mempunyai hak mutlak ke atas sesuatu benda atau perkara.

"Ye lah tu. Encik lelaki, so, mestilah menyokong orang lelaki kan?"

Minta maaf. Saya bukan menyokong suami awak. Saya cuma berkongsi maklumat yang saya tahu tentang kehidupan suami isteri mengikut ajaran Islam. Malah, saya tak menganggap perbualan kita ini merupakan suatu nasihat dari saya kepada awak sebab saya tak layak untuk memberi nasihat.

Kalau awak rasa kata-kata saya tadi hanya berat sebelah dan menyokong suami awak sahaja, lebih elok awak dan suami mendapatkan bimbingan di mana-mana pejabat agama. Mereka ada pakar yang lebih tahu untuk memberikan bimbingan dan nasihat.

Saya cuma berharap, krisis rumahtangga awak yang berlaku ini tidak mengganggu tugasan awak seharian.


Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan staff aku tersebut. Aku berharap agar dia cepat-cepat menyelesaikan krisis tersebut supaya kerja-kerjanya di pejabat tidak terganggu dan mendatangkan masalah kepada kakitangan lain.

Samada dia menerima kata-kata aku itu, aku tidak pasti.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, October 18, 2011

Meniru biarlah bijak dan berpada-pada

1 comments
 
Salam...

Dulu semasa aku belajar di universiti, aku sering disogokkan dengan perkataan "Toyol". Bila sekali dengar bunyinya semacam menyeramkan. Apa taknya...toyol tu kan hantu!!!! eeee..takut!!!...hehe.


Sebenarnya perkataan tersebut bukan menggambarkan atau menceritakan pasal hantu tu, tetapi lebih kepada sesuatu yang menggelikan hati...toyol yang digunakan untuk membawa maklumat-maklumat tertentu yang bakal membantu para pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan...ish3.

Itu dulu...sekarang ni, bila dah bekerja (lama dah), orang tak guna toyol untuk meniru atau melakukan plagiarism tetapi dengan menggunakan kaedah yang lebih canggih...meniru dengan membuat "copy & paste" hasil kerja orang lain.

Bagi aku, budaya suka meniru atau mengambil @ mencuri hasil kerja orang lain sebegitu memang agak sukar untuk dibendung lebih-lebih lagi jika apa yang ditiru itu merupakan sesuatu yang "standard" seperti agreement, SOP, Business Plan, Business Proposals dan sebagainya. Malah, artikel-artikel atau entry di dalam sesebuah blog juga sering ditiru...hmmmm.

Cuma, aku ingin berpesan (kepada diriku juga), jika ingin meniru hasil kerja orang lain, janganlah sekadar "copy & paste". Buatlah atau olahlah sedikit perubahan kepada karya asal. Janganlah meniru bulat-bulat hinggakan kesalahan ejaan atau kesalahan grammar (jika di dalam bahasa Inggeris) juga diikuti.

Biarlah bijak apabila ingin melakukan plagiarism sekalipun!

Jika ketandusan idea untuk mengolah semula karya asal atau memang tidak tahu apa-apa untuk ditulis dan bergantung harap sepenuhnya kepada karya asal orang lain tersebut, maka, berilah "credit" kepada si pencipta karya tersebut.

Biarlah kita dikata bijak meniru daripada dikata melampau bodohnya kerana meniru hinggakan kesilapan ejaanpun tidak dibetulkan.

Apa komen anda?



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com