Sunday, October 30, 2011

Mengimbau cerita lama?

4 comments
 
Salam...

Dua tiga hari ni, aku asyik ditemukan dengan beberapa ex-staff aku semasa bertugas di sebuah syarikat kawalan keselamatan beberapa tahun dahulu. Banyak yang kami bualkan dan khasnya berkisar tentang aku dan karangan (e-mail) yang aku telah hantar sebelum aku keluar dari syarikat tersebut. Memang aku emotional. sesuai dengan tajuk entry yang aku tulis memaparkan karangan (e-mail) tersebut di SINI.


Di antara banyak topik-topik yang kami bualkan, aku tertarik dengan satu statement yang dikeluarkan oleh salah seorang ex-staff aku tersebut iaitu...

"Selepas Encik Wan keluar, semakin galak mereka melakukan CBT menyalah-gunakan wang client untuk kepentingan peribadi. Kerap kali juga mereka melakukannya secara terang-terangan!"

Bulat mata aku!...

Aku telah lama mengesyaki perkara tersebut sebelum aku bekerja di syarikat itu lagi, cuma aku tiada bukti yang kukuh. Sekadar mengesyakinya melalui discrepancy yang wujud semasa melakukan reconciliation (semasa masih bekerja di bank) dan beberapa e-mail dari pekerja-pekerja yang telah berhenti (atau mungkin diberhentikan).


Well, tindakan aku untuk implement registers dan beberapa peraturan ketat khasnya yang melibatkan pergerakan wang tunai pelanggan, mungkin telah menimbulkan keresahan di kalangan mereka yang sebelum itu terlibat (mungkin) dalam CBT tersebut.

Ada kemungkinan (mungkin just perasaan aku), tindakan mereka mempersoalkan kredibiliti aku, menimbulkan isu-isu personal tentang aku serta menghasut pekerja-pekerja aku untuk membenci aku adalah bertujuan untuk memberi tekanan dan seterusnya memaksa aku berhenti dari syarikat tersebut...hmmmm.

Aku juga pernah menyentuh tentang perkara itu di SINI.

Apa-apa pun...itu dahulu. Sekarang ini syarikat tersebut dah terkulai dan hampir terkubur. Benarlah seperti kata-kata orang lama...jangan sesekali ambil wang atau harta yang diamanahkan kepada kita, kelak kita akan binasa.

Dan...sekarang ini aku cuma termenung dan sedikit tersentak apabila ex-staff aku tersebut menyebut beberapa nama orang yang terlibat samada membantu pihak yang satu lagi untuk melakukan CBT atau nama-nama tersebut sebenarnya yang melakukan CBT untuk diri sendiri tetapi telah menjual nama orang lain...

Janganlah pula ada yang menjual nama aku pula dengan tujuan untuk menganiaya aku.



Sekian.
Readmore...
Friday, October 28, 2011

Masak mee bandung lagi?

12 comments
 
Salam...

Anda suka memasak? Masakan apa yang anda paling suka masak? Masak gulai? Masak lemak cili padi? Masak kurma? Masak singgang? Masak asam pedas? Masak mee maggi? masak nasi? Atau just suka masak air jer? ataupun..just suka jerit...masaaaaaaaaaaakkkkk!!...ish3.


Terus terang cakap, semenjak dua tiga empat lima enam menjak ni, aku suka sangat masak. Tak tau la kenapa? Cuma menunya..mee bandung, mee hailam, mee rebus dan mee  num (minum...hehe).

"Aik? Asyik-asyik masak mee jer..tak ada menu lain lagi ke?"

Bukan tak ada, cuma tu jer yang aku tau...hehe.

Engkau ada? Menu apa yang engkau suka masak?

"Aku cuma tahu menu engkau yang last tuh...mee num (minum)..huahuahua."

Cheh!!

Bercerita pasal mee bandung ni, dulu aku ada post satu entry bertajuk "Abang Long masak mee bandung". Ada juga la yang tinggal komen kat situ sebab entry tu semacam mengarut dan lawak... hehehe.

Resepi yang aku paparkan di situ sebenarnya aku cilok dari salah sebuah blog yang aku temui khas bercerita tentang mee bandung Batu Pahat. Terus terang, aku ingin meminta maaf sebab resepi tersebut sebenarnya tak kena dengan tekak aku. Especially, bila ada dicampur sedikit santan kelapa. Instead of jadi mee bandung Batu Pahat, dah jadi macam mee kuah kacang. Sebijik macam rasa kuah kacang untuk cecah satay tuh...aduyai!!

So, kali ni, aku akan beri pula resepi yang betul-betul sebijik rasa macam mee bandung Batu Pahat.

Silakan baca...


Bahan-bahannya (untuk 5 orang mengkedarah):

  • 200 - 300 gram daging yang telah direbus dan dihiris nipis.
  • Air rebusan daging kat atas tu. Kalau guna air rebusan ketam lagi sedap dan manis.
  • 50 - 100 gram udang kering dikisar (aku suka kalau udang kering tu banyak)
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cawan kacang tanah yang telah disangai (goreng tanpa minyak) dan dikisar
  • 5 - 10 ekor udang basah (kalau ada yang hidup lagi best...)
  • 3 - 5 sudu besar cili giling (nak guna cili boh buleh)
  • Tauhu goreng yang dihiris nipis (ikut suka banyak mana)
  • Sayur sawi (ikut suka berapa banyak)
  • 3 - 5 bijiTelur
  • 1 kilo mee kuning (dicelur)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili hidup (dihiris nipis untuk hiasan)

Cara-cara memasaknya:

1. Mula-mula, alihkan kucing dari kuali/periuk memasak dan letakkan di tempat yang sesuai..hehehe


2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling. Biar cili tu sedikit garing.
3. Masukkan udang kering dan teruskan menumis hingga terbit bau.
4. Masukkan air rebusan daging (atau ketam) dan juga daging yang telah dihiris nipis. Biarkan mendidih dan daging jadi empuk.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Biarkan mendidih hingga pecah minyak. Kuantiti kacang tanah bergantung kepada anda (aku lebih suka jika kacang tanah banyak bagi memekatkan kuahnya).
6. Masukkan udang basah dan tauhu.
7. Pecahkan telur (jangan dikacau untuk mengelakkan kuningnya pecah)
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa (kebiasaannya telur akan menyerap garam dan gula, so, boleh la lebihkan sedikit jika mahu)
9. Masukkan sayur sawi

Cara-cara menghidangnya:

Curahkan kuah bandung ke atas mee yang telah dicelur dan hiaskan dengan potongan cili hidup yang dihiris nipis tadi. Jika suka, boleh juga taburkan sedikit bawang goreng.

So, siaplah mee bandung Batu Pahat. Enjoy lah makan bersama 3 orang rakan dan seekor kucing (yang anda telah alihkan tadi)...


Itulah resepi mee bandung Batu Pahat aku yang aku masak untuk menjamu family dan kawan-kawan yang datang berziarah di Hari Raya tempohari. Sampai kena masak 2 periuk sebab tak cukup! Dah tu, bukan setakat sehari...3 hari yang berlainan aku kena masak!

Alhamdulillah, ramai juga yang suka masakan aku tu...pas ni, leh la pi niaga...huhu.




Sekian.
Readmore...
Thursday, October 27, 2011

Cara-cara kempiskan perut yang berkesan?

1 comments
 
Salam...

Anda gemuk? Perut anda buncit atau boroi? Dah banyak kali berusaha tetapi masih gagal untuk mengempiskan perut anda?


Aku ingin share 2 cara yang mungkin sesuai dan berkesan untuk mengempiskan perut anda yang buncit atau boroi tersebut.

Pertamanya, jagalah pemakanan anda. Memang agak subjektif tetapi aku suggest anda cuba untuk berpuasa nasi selama sebulan. Makan makanan yang bukan berasaskan beras seperti nasi dan mee hun. Cuba untuk skip lunch tetapi anda mestilah mengambil breakfast. Jika berpuasa, hendaklah bersahur.

Keduanya dan yang paling penting, ketahuilah senaman untuk mengempiskan perut yang sesuai dan bersenamlah dengan cara yang betul serta berterusan (istiqamah). Melakukan sit-ups sebenarnya tidak begitu membantu dalam mengempiskan perut. Sit-ups hanya menegangkan otot-otot di bahagian paha.

Apakah senaman yang sesuai?

Meh..kita share..

Senaman Pertama
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian atas perut (abdomen) anda:


1. Mulakan dengan berbaring di mana belakang anda rata ke lantai.

2. Bengkokkan kaki untuk menaikkan lutut anda. Pastikan tapak kaki, punggung dan belakang anda rata di atas lantai. Kedudukan kaki anda hendaklah sentiasa begini untuk memastikan belakang anda mendapat sokongan semasa bersenam.

3. Letakkan kedua-dua tangan anda melintang di antara satu sama lain dan menyentuh bahagian dada anda. Sesetengah orang suka meletakkan tangan di bawah tengkuk tetapi sebenarnya salah dan mungkin menyebabkan kesakitan tengkuk. Ada juga kemungkinan, sekiranya anda penat, anda akan menarik tengkuk anda untuk menghabiskan senaman tersebut dan bukannya memberi tekanan terhadap perut (abdomen).

4. Dengan perlahan-lahan, naikkan kepala dan bahagian atas badan anda sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian perut dan pastikan bahagian belakang badan anda sentiasa rata di atas lantai. Semasa mengangkat badan, tarik nafas dalam-dalam.

5. Turunkan kepala dan bahagian atas badan anda seperti keadaan asal. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hembuskan nafas yang anda tarik tadi.

6. Ulangi proses di atas dalam 30 kali. Selepas itu berehat lebih kurang 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Senaman Kedua
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian bawah perut (abdomen) anda:


1. Berbaring rata di atas lantai.

2. Naikkan kaki anda dan pastikan lurus serta silangkan di bahagian tumit atau betis.

3. Pastikan tangan anda diletakkan rata ke lantai.

4. Perlahan-lahan, angkat punggung anda lebih kurang 2 inci dari lantai. Pastikan kaki anda tegak dan tidak bergerak.

5. Tahan kedudukan anda tersebut hingga anda merasakan tekanan di bahagian bawah perut (2 - 3 saat). Pastikan kepala dan bahu anda sentiasa rata di atas lantai. Tarik dan tahan nafas anda di waktu ini.

6. Perlahan-lahan, turunkan punggung anda dan hembuskan nafas (juga dengan perlahan-lahan).

7. Ulangi proses di atas hingga 30 kali. Berehat dalam 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Aku syorkan anda buat setakat 30 kali senaman pertama dan 30 kali untuk senaman kedua dalam sehari. Tak payah lebih-lebih kecuali anda memang tahan. Jika tidak anda mungkin menyiksa diri dan akhirnya senaman tersebut menjadi bebanan lalu anda akan bosan dan berhenti bersenam.

Kalau anda ada masa...lakukan brisk walking.


Harap info di atas bermanafaat dan kita sama-sama memiliki perut yang kempis.




Sekian.


Readmore...

The FACEBLOG?

2 comments
 
Salam...

Anda ada Facebook? Anda ada blog? Agaknya yang mana satukah yang lebih banyak memakan masa anda? Yang mana satu pula yang paling anda suka layari?

Well, aku pun ada kedua-duanya sekali. Dahulu...lebih banyak masa aku terbuang untuk Facebook.


Sekarang...banyak masa untuk berblog pula dan Facebook aku gunakan lebih kepada untuk "ping" entry-entry aku jer...

Errr...ada gak sket chatting.

Errr...sket tengok-tengok profile orang, gambar-gambar orang dan bermacam-macam gambar lagi..

Errr...gambar kucing pun banyaaaaaak...hehehe...




Bercerita tentang "ping" ni, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan "ping" dan yang baru aku temui ialah...FACEBLOG.


Kiranya...FACEBLOG tu berasal dari perkataan-perkataan "Facebook" + "Blog" la tuh..

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang  FACEBLOG, just klik jer banner kat atas tu. Banyak gak tutorial berguna yang boleh kita pelajari di SITU.

Orait!!...Itu jer iklan aku untuk hari ni...huhu.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, October 26, 2011

Pandai atau memandai-mandai?

4 comments
 
Salam...

Anda bijak? Anda pandai? Adakah kepandaian anda itu membantu di dalam membuat keputusan yang bijak? Atau..adakah kepandaian anda itu menjurus kepada tindakan "memandai-mandai"? Atau.. adakah sikap suka memandai-mandai itu suatu tindakan anda yang bijak?


Apahal pulak aku melalut ni? Dah la tu, cakap pulak berbelit-belit?...ish3.

Pada pendapat aku "bijak" dan "pandai" itu membawa maksud yang berbeza, manakala, "memandai-mandai" itu pula menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan ni?

Pada ketika ini, aku sedang di dalam proses untuk menaik-taraf syarikat aku dan salah satu cara untuk tujuan tersebut, aku memerlukan beberapa orang pekerja yang bijak, berpengalaman dan berupaya membantu aku untuk mencapai certain targets yang aku telahpun gariskan.

Aku telah bertemu beberapa orang candidates yang sesuai. Kami telah berbincang dan bersetuju khasnya tentang tawaran kerja yang melibatkan pakej seperti gaji dan benefits yang lainnya.

Salah seorang daripada candidate tersebut telah aku bawa dan temukan dengan Pengurus Sumber Manusia untuk formality dan penyiapan dokumen perlantikan kerja.

Hendak dijadikan cerita...rupa-rupanya, semasa sesi interview dengan Pengurus Sumber Manusia tersebut, pakej kerja, tangga gaji dan benefits lainnya telah diubah atau diolah semula. Aku hanya tahu perkara tersebut setelah diberitahu oleh candidate tersebut yang tidak berpuas hati beberapa hari selepas sesi interview tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, aku telah bertemu dengan Pengurus Sumber Manusia dan inilah perbualan kami...

Apa cerita? Apa yang awak dah buat sampai candidate kita tak puas hati?

"Tak puas hati? Tapi, semasa sesi interview tempohari, ok jer?"

Candidate tak puas hati pasal offer kita.

"Begini bos, candidate minta gaji yang agak tinggi malah lebih tinggi dari skala gaji pekerja kita yang sedia ada. So, semasa sesi interview tersebut, saya kurangkan la."

Takkan sampai 20% kurang daripada apa yang dia dapat di tempat kerja lamanya?

"Tapi, semasa sesi interview tu, tak ada pulak dia bangkang."

Mungkin dia malas nak panjang-panjangkan cerita dan sudah bosan dengan soalan-soalan awak?

"Niat saya cuma nak kurangkan kos syarikat, bos."

Saya faham. Saya pun tahu yang awak memang bijak dan pandai mengawal setiap sesi interview. Saya juga hargai niat awak untuk mengurangkan kos syarikat. Cuma, adakah awak tahu atau faham apa makna "pinching"?

"Maksud bos?"

Candidate tu sekarang ni masih lagi bekerja. Oleh kerana dia ada kepakaran yang kita perlukan, kita cuba "pinch" dia dari syarikat yang dia sedang bekerja. Oleh itu, kita perlu beri dia suatu tawaran yang lebih baik daripada apa yang dia terima sekarang dan bukannya memberi suatu tawaran yang kurang nilainya.

Memang, dari segi gaji, permintaannya agak tinggi sedikit daripada skala gaji pekerja kita yang sedia ada, tetapi, kepakaran yang dia miliki mungkin akan membantu kita melipat-gandakan business volume dan meninggikan margin keuntungan syarikat. Secara tak langsung, kos membayar gaji dia yang sedikit tinggi tertampung oleh keuntungan tersebut.

Bukan ke semasa sesi pembentangan perancangan saya tempohari, saya ada memberi penerangan yang panjang lebar tentang perkara ni?

"Maaf bos, saya tak teringat tentang tu."

Hmmmm...ok lah. Sekarang ni, saya mahu awak gunakan kebijaksanaan dan kepandaian awak tu untuk memujuk candidate tersebut agar bekerja dengan kita. Macamana awak nak buat, saya tak nak tahu. Dan...saya tahu awak tu pandai...tetapi tolong jangan memandai-mandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada saya atau pihak Pengurusan lainnya...


Biarlah kita pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kepandaian kita daripada menunjuk pandai atau memandai-mandai hingga menyusahkan orang lain.




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com