Adakah Politik Pejabat wujud di syarikat anda? Apakah kesan-kesan Politik Pejabat terhadap anda? Benarkah Politik Pejabat boleh memusnahkan kerjaya?
Sesetengah orang menganggap Politik Pejabat sesuatu yang tidak elok. Ia merupakan sesuatu yang boleh menghuru-harakan syarikat. Benarkah begitu? Walaubagaimanapun, aku dapati banyak juga syarikat-syarikat besar yang di dalamnya wujud Politik Pejabat tetapi tidak pula merudum syarikat tersebut.
Apakah maksud Politik Pejabat?
Secara mudahnya, Politik Pejabat ialah tentang situasi-situasi perbezaan yang wujud di antara para pekerja syarikat termasuklah perbezaan dari segi pendapat, kewujudan konflik akibat percanggahan kepentingan, perbezaan cara-cara berkomunikasi serta perhubungan sesama pekerja.
Perlukah kita takut akan Politik Pejabat?
Terdapat banyak pendapat yang berbeza-beza tentang Politik Pejabat. Ada sesetengah pekerja menganggap ia hanyalah unsur-unsur yang pasti menimbulkan kesusahan kepada para pekerja. Bayangkanlah, anda seorang yang amat berdedikasi di dalam menjalankan tugas-tugas anda tetapi akibat anda masuk "Team" yang salah, anda telah disisihkan dan kerjaya anda mungkin terjejas.
Walaubagaimanapun, aku tertarik dengan luahan rakanku yang agak othordox dan selalu memberikan pendapat yang lain dari orang lain. Ironisnya, pendapat-pendapat beliau itulah yang sering membuka mindaku dan berfikir secara "Out of the box" untuk mencari kepastian bagi sesuatu perkara atau pendapat.
Menurut beliau, kita tidak perlu takut dengan Politik Pejabat. Kebanyakan pekerja-pekerja yang dilabelkan sebagai "Top Performers" kebanyakannya adalah mereka yang mahir dan memiliki skill-skill yang baik untuk memenangi pertandingan Politik Pejabat. Mendengar kata-kata rakanku itu, membuatkan aku begitu "eager" untuk mencari alasan-alasan atau mungkin juga bukti-bukti akan kebenaran pendapatnya itu.
Setelah membuat kajian melalui pembacaan (di Internet atau buku-buku ilmiah berkenaan pengurusan), aku coretkan di sini beberapa teknik atau tindakan yang perlu diambil oleh pekerja-pekerja yang mahu menghadapi situasi Politik Pejabat tanpa menjejaskan karier masing-masing.
Silalah baca:
- Buatlah pilihan yang bijak
Tindakan yang menjadi kebiasaan menghadapi Politik Pejabat ialah sama ada "mengikut" atau "menentang". Telah menjadi lumrah manusia bersikap mengikut naluri atau perasaan masing-masing untuk kepentingan diri. Walaubagaimanapun, untuk mengharungi malah memenangi pertandingan Politik Pejabat tindakan-tindakan yang perlu diambil bukan berdasarkan naluri semata-mata.
Naluri untuk membuat tentangan mungkin menyebabkan bebanan yang lebih berat terarah kepada anda, manakala naluri untuk mengikut membabi buta boleh menyebabkan anda dilabel sebagai "Lalang" dan menjadikan anda sasaran orang tertentu untuk mempergunakan anda. Secara jelasnya, kedua-dua pilihan naluri tersebut bukanlah pilihan yang baik untuk perkembangan kerjaya anda.
Untuk memastikan kemenangan anda di dalam Politik Pejabat, anda perlu lebih bersikap berhati-hati dan sedar ketika memilih tindakan yang anda perlu lakukan mengikut keadaan dan situasi pada ketika itu (bukan mengikut naluri semata-mata). Ingat, walau bagaimana buruk sekalipun situasi pada ketika itu, anda memiliki pilihan untuk menentukan tindakan anda.
Bagaimana anda membuat pilihan? Sila lihat item seterusnya...
- Ketahui apakah matlamat anda
Apabila berlakunya sesuatu konflik, dan anda pula terlalu fokus kepada perbezaan-perbezaan (pendapat, kepentingan dan lain-lainnya), anda akan dengan mudahnya terbabit secara total. Memberi tumpuan terhadap kewujudan perbezaan-perbezaan hanyalah suatu tindakan mengaku kalah kerana anda akan hanya mengundang lebih banyak tentangan.
Adalah lebih baik untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat. Ini bukan bermakna anda berkedudukan "atas pagar" tetapi anda sebenarnya berada di dalam acuan atau kawasan anda sendiri yang lebih baik.
Perbincangan-perbincangan mengenai cara-cara untuk mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat adalah lebih baik daripada berbincang atau berkonflik tentang "personal differences". Secara amnya, tiada pekerja (walau berada di dalam situasi Politik Pejabat yang kronik) yang mahu syarikat gulung tikar akibat gagal mencapai objektif-objektifnya. Setiap orang di dalam syarikat inginkan perniagaan yang dijalankan berhasil. Sekiranya perniagaan menghadapi kegagalan, mereka juga kesudahannya akan gagal.
Dengan mengarahkan setiap perbincangan berfokuskan matlamat perniagaan syarikat dan meminimakan sebarang konflik, anda berupaya untuk mengelakkan diri anda dari terlibat sama dengan konflik tersebut dan meletakkan diri anda sebagai orang yang hanya berminat untuk menyelesaikan kerja-kerja anda (result oriented).
Jika anda berjaya, pekerja lain malahan mungkin bos anda juga akan menghargai anda sebagai seorang yang lebih matang dan berwawasan.
- Fokus kepada memberi sumbangan
Ketika di tempat kerja, banyak perkara-perkara yang mungkin di luar kawalan anda. Bukanlah sesuatu yang tidak normal syarikat mempunyai polisi-polisi atau arahan-arahan pihak Pengurusan yang bercanggah dengan kehendak anda atau memberi impak kepada kehidupan anda.
Mengomel dan mengeluh merupakan reaksi lumrah para pekerja kepada polisi-polisi atau arahan-arahan sedemikian lebih-lebih lagi jika polisi-polisi atau arahan-arahan tersebut di luar kawalan mereka. Cuba anda fikirkan, selain dari rasa lega dapat meluahkan emosi, apakah ada manafaat yang diperolehi dengan membebel dan mengeluh? Aku rasa tidak.
Daripada merasa teraniaya dan marah kepada situasi, fokus atau tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawal situasi tersebut. Hilangkanlah rasa kecewa, berputus-asa atau rasa teraniaya. Percayalah, walau sekiranya anda gagal mengubah atau tidak dapat memenuhi keinginan asal anda, anda masih boleh berbangga kerana anda telah melakukan yang terbaik walaupun di dalam situasi yang tidak memihak kepada anda.
Gangguan atau halangan sentiasa wujud di tempat kerja, tetapi dengan "approach" sebegini aku percaya pihak pengurusan atasan akan menghargai anda sebagai seorang yang memahami dan berfikiran positif.
- Jangan memihak kepada sesiapa
Di dalam kancah Politik Pejabat, ada kemungkinan anda berada di tengah-tengah 2 orang yang berkuasa (bos) yang bercakaran sesama mereka. Anda dapati diri anda dilayan seperti "bola" di sepak ke sana ke sini ketika setiap orang dari boss-boss tersebut cuba untuk mengambil-alih kuasa atau mengekalkan kuasa-kuasa mereka sendiri. Masalahnya, situasi yang anda alami itu berlaku ketika anda sendiri bertungkus-lumus memastikan kerja anda dapat diselesaikan.
Jika anda bekerja dan terlibat dalam pengurusan projek misalannya, anda tidak dapat memastikan mereka (boss-boss yang tidak sebulu itu) memberikan keputusan atau persetujuan yang sama untuk projek tersebut. Malah, ada kemungkinan kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab ke atas sesuatu isu. Mereka takut akan ditikam dari belakang sekiranya keputusan yang dibuat ada khilafnya atau jika tersalah langkah.
Jika situasi seperti ini berlaku, tumpukan tindakan-tindakan ke arah pencapaian objektif-objektif perniagaan dan jangan sekali-kali memihak kepada salah seorang dari mereka walaupun anda mungkin lebih suka salah seorang dari mereka itu. Letakkan mereka di dalam satu sistem komunikasi yang lazim di mana mereka perlu berkomunikasi secara terbuka agar tiada yang berkata "Itu bukan arahan saya", "Saya tidak tahu pasal perkara tersebut" atau “I didn’t say that”.
Dengan mengelakkan diri memihak kepada sesiapa, anda berupaya untuk mengelakkan konflik kedua-dua pihak dari menjadi batu penghalang pencapaian objektif-objektif perniagaan syarikat. Malah, anda mungkin juga menyelesaikan konflik di antara mereka berdua. Yang penting, anda membuatkan mereka lebih mempercayai anda.
- Jangan anggap ianya terlalu peribadi
Di dalam kancah Politik Pejabat, anda akan mudah rasa marah, benci atau meluat terhadap orang lain terutamanya orang yang tidak sebulu dengan anda atau orang yang selalu tidak sependapat dengan anda. Perkara sedemikian seringkali berlaku. Kadang-kadang anda ingin sekali menggunakan paksaan atau kekerasan untuk itu. Jangan sekali-kali.
Manusia lebih mudah untuk mengingati saat-saat di mana mereka dimalukan atau dihina. Walaupun jika anda berjaya semasa perselisihan pendapat tersebut dan anda berasa sangat bagus kerananya, ianya mungkin hanya pada waktu tersebut sahaja. Anda mungkin akan mendapat pembalasan dikemudian hari sekiranya anda memerlukan bantuan orang itu pula. Ungkapan dalam bahasa Inggeris "What goes around comes around" mungkin berulang-ulang.
Untuk berjaya (di kancah Politik Pejabat), anda perlu membina pasukan atau network terdiri daripada pekerja-pekerja yang menyukai anda. Aku percaya, anda sudah tentu tidak mahu mengalami kegagalan akibat tindakan membalas dendam oleh orang yang sebelum ini anda malukan atau hina sedangkan anda hanya menikmati kejayaan emosi yang singkat pada ketika insiden tersebut berlaku.
Satu lagi faktor supaya anda mengawal sifat marah anda ialah untuk memastikan perkembangan kerjaya anda tiada penghalang. Bayangkan jika syarikat anda mengamalkan sistem "360 degree assessment" untuk setiap kenaikan pangkat.
Walaupun anda merupakan "star performer", boss anda mungkin perlu melawan arus pergolakan Politik Pejabat untuk menaikkan pangkat anda kerana sekiranya bos-bos lain atau pekerja-pekerja sejawatan dengan anda melihat anda sebagai seorang yang sukar diajak berunding, terlalu defensive dan sukar untuk bekerjasama. Akhirnya, anda juga yang membuat bos anda mendapat susah untuk menaikkan pangkat anda.
- Fahami orang lain sebelum anda difahami
Seseorang merasa teraniaya kerana orang lain tidak memahami dirinya. Secara nalurinya, kita lebih berminat bertindak agar orang lain memahami kita berbanding dari cuba memahami orang lain terlebih dahulu.
Sebenarnya, tindakan cuba memahami orang lain terlebih dahulu memberikan anda kelebihan yang tersembunyi. Setelah orang yang anda cuba fahami tersebut merasakan anda memahami situasinya, dia akan kurang bersikap "defensive" dan bersedia untuk memahami anda pula. Perkara ini memberi ruang yang luas bagi komunikasi dua hala dan lebih terbuka untuk hasil keputusan yang kedua-dua pihak saling menerima.
Mencuba membuat keputusan tanpa persefahaman kedua-dua pihak sudah tentulah sukar akibat terlalu nipisnya kepercayaan dan terlalu banyaknya andaian-andaian yang tidak benar.
- Fikir untuk sama-sama menang
Seperti yang aku jelaskan di atas, Politik Pejabat wujud akibat perbezaan atau konflik keinginan individu-individu tertentu. Masing-masing ingin menang dan mengecapi apa yang mereka inginkan. Oleh itu, untuk menang seseorang mesti kalah, dan, secara amnya, kita takut untuk kalah bagi memberi kemenangan kepada musuh kita.
Di dalam perniagaan dan pekerjaan di bawah bumbung syarikat yang sama sebenarnya perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.
Belajar dan berfikirlah bagaimana untuk sama-sama menikmati kemenangan. Ini memerlukan anda memahami perspektif atau pandangan orang lain atau juga elemen-elemen yang menjadi keinginan mereka. Kemudiannya, memahami perspektif serta elemen-elemen yang menjadi keinginan anda pula.
Berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan demikian semua orang (termasuk anda) akan lebih memberikan komitmen untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama-sama.
Berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan demikian semua orang (termasuk anda) akan lebih memberikan komitmen untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama-sama.
Manusia secara amnya tidak suka kalah. Anda mungkin terlepas dengan taktik "win-lose" sekali dua, walaubagaimanapun, lama-kelamaan anda akan tersisih jua dan bekerja tanpa rakan-rakan yang menyokong anda di pejabat. Berfikir ke arah "win-win situation" memerlukan strategi dan sedikit pengorbanan perasaan tetapi dapat membantu anda membina kumpulan sokongan yang anda perlukan di suatu hari nanti dan semestinya untuk jangka masa panjang.
Perkara-perkara di atas hanya sekadar pendapat aku yang aku kutip semasa membaca buku-buku serta menghadiri kursus-kursus pengurusan semasa bekerja di bank dahulu. Sekiranya ada kekhilafan, aku minta maaf. Jika ia memberi manafaat kepada anda syukur alhamdulillah...
Sekian.
Berkunjung abang long nak perkasakan minda dan kosakata malaysia
kerja di mana pun ada opis politik kan abg long. tak kiralah gov or private sector.
Salam HSB (panjang bebenor nama tu...hehehe) dan Noreed. Thanx sudi bagi komen. Abg long just nak share apa yg Abg Long tahu. Mungkin tulisan Abg Long agak berjela tetapi percayalah, maklumat ini berguna bila anda berdua memerlukannya kelak.
Good Info Abg Long
Terima kasih. Tapi kadang2 letih nak melayan kerenah politik pejabat ni Abg Long
Salam Ida (Suara Kalbu). Thanx sudi komen. Memang letih dan membosankan melayan kerenah Politik Pejabat, tetapi pada masa yg sama kita perlu juga mengharunginya. So, cari ilmu untuk menjamin karier.
Kat mana mana pun spesis lalang ni ada....cuma nk tau bnyk mana and tinggi mana je lalang ni...
Spesis lalang ni kita tak boleh nk under estimate and kene berhati hati...sebab spesis mcm ni la yg leh dok lama dlm satu satu company...
Politik pejabat memang tak lari...namanyer politik...hahaha...politik is good but what makes it doesnt look gud is human...
Cuma d tempat bekerja kita kene ati ati, buat sumer keje yg disuruh and just keep the 'lalang' as teman sekeje je...tak lebey tak kurang dari tu...be profesional kat diaorg ni and if possible..jgn citer bnyk sgt hal peribadi korang kat spesis lalang ni sebab salah satu sifat lalang ialah org mcm ni ada entena yg luas coverage nyer ...lebey meluas dari astro...bila dia menceritakan keburukan org untok menampakkan kebaikan sendiri...or depa boleh mengambil kesempatan untok menampakkan diri bekerja walhal lakonan semata mata yg mata keje main depa menjaga tepi kain org len...keje sendiri dia tai chi kat org len wat..
To those yg mengharung bende ni mcm saya...b strong, b confident and be truthful bila berdepan ngn org sebegini...b urself and ckp bende yg perlu sahaja..
Senang je saya bagi advise walhal kengkadang tu terdetik ati saya nk karate jek org mcm ni hahaha....
memang, politik pejabat atau tmpt kerja ini wujud di mana-mana tmpt kerja. x kira pejabat kecil atau besar yang penting pekerjanya lebih dari seorng.
kadang-kadang, dari politik yg diwujudkan ini boleh memotivasikan sesorng itu bekerja lebih gigih lagi tetapi x kurang jg yg memyebabkan seorng pekerja hilang minat datang kerja sebab tidak tahan dengan orang-orang yang tertentu (yg x sebulu). Hasil dari ini maka pekerja tersebut akan merancang utk berhenti dan pindah kerja.
apapun bagi saya, jangan memihak pada mana2 kumpulan politik pejabat. Yang penting sekali, kita buat kerja kita, siapkan kerja kita sebaik mungkin dan jangan bawa masalah kerja ke rumah. tinggalkan semuanya sebaik hendak keluar pejabat.
sekadar kongsian..:)
Salam anonymous, thanx sudi komen. Nampaknya isu lalang nih yg menjadi perhatian..hehehe. Well, kebanyakan Politik Pejabat menjadi kronik akibat terdapatnya lalang2 yg memang suka mengeruhkan suasana. So, berhati-hatilah dan fokuslah kpd kerja anda dari terlalu emosional terhadap si lalang yg menunggu masa untuk di"roundup"kan itu...hehehe
Salam Kay, thanx sudi komen. Apa yg Abang Long paparkan di sini cuma pandangan peribadi. Mungkin ada lg cara2 yg lebih sesuai menangani Politik Pejabat. Agak senang untuk berkata "jgn memihak kepada sesiapa" tetapi mungkin sukar dilakukan jika elemen2 ugutan menjadi senjata.
slm..long
kebiasaan dlm suasana opis ni, memang ader politik dan sekurang - kurang nyer akan berpecah 2 kumpulan...mcm aku, aku layan2 dua - dua tp urusan keje...kalu lepak tuh, aku berckp x memwakili mane2, aku ckp secara neutral....yg penting keje aku siap..bereh..
mcm kat tempat aku, geng pompuan lebih kuat lah,sebab aku sering dengar keluhan geng2 laki2...lagi pon bos aku byk pompuan..itu pasal geng pompuan kuat...
Salam theufo. Thanx sudi komen. Being neutral adalah diantara cara2 yg abg long syorkan. Cuma, kadang2 kita fikir kita neutral tp org lain anggap tidak pula. Ramai bos pompuan? Hmmm..lagi dasyat krisis politik klu camtu..hehehe
slm...
adik nak tau apakah kebaikan politik pejabat?
thanks...
Salam Anonymous...itu adalah soal kepimpinan dan ada pro & con. Mentadbir sebuah organisasi yg besar dan mempunyai ramai pekerja memerlukan kepakaran dan bakat kepimpinan agar matlamat organisasi dpt dicapai. Setiap staff mempunyai nilai2 peribadi tersendiri dan sudah tentulah mereka seringkali memilih apa yg mereka suka. Dengan wujudnya pemimpin yg tahu bagaimana untuk mengawal dan mencorak keperibadian staff dapat memastikan sokongan berterusan di dalm aspek mencapai matlamat organisasi sentiasa dikekalkan. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pemimpin yg lebih mementingkan diri sendiri dan mengawal staff hanya sebagai batu loncatan untuk dirinya membuatkan organisasi mungkin menghadapi masalah staff yg berpuak-puak.
Salam,
Congrats! Interesting entry Abang Long. Tapi, xtau samada apa yang berlaku di pejabat saya sekarang adalah perkara biasa atau sebaliknya.
Organisasi tidak besar, tetapi "responsibility" agak berat sbb bukan sahaja perlu menjalankan 'core business'tetapi juga perlu 'liase' dgn pihak lain yang adakalanya meminta respon secara "mengejut".
Kumpulan sokongan lebih ramai daripada pegawai sehingga menuntut masa tambahan (hujung minggu) untuk menyelesaikan tugasan. Situasi ini berlaku kepada pegawai sahaja kerana secara amnya, beberapa kerani (kumpulan sokongan - Team B)tidak mengendahkan arahan ketua (big boss) untuk perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Akibatnya, tugasan tersebut diberi kepada pegawai (Team A) yang telah mempunyai beban kerja sendiri.
Apa yang menyedihkan adalah tiada sebarang langkah diambil oleh Ketua. Walaupun saya pernah suarakan, perkara ini masih berterusan. Akibatnya, telah ramai pegawai bersilih ganti yang datang dan pergi... :'(
Apa lagi usaha yang boleh saya lakukan. Sehingga kini, ada 2 lagi pegawai yang mula mengaku kalah dan berat hati untuk bersua dengan Ketua untuk menyuarakan masalah yang dihadapi. Tanggapan mereka adalah "Bos xkan ambil ape2 tindakan & tiada apa yang akan berubah"
Saya juga pernah diberitahu oleh seorang staf bahawa 'kumpulan sokongan' ini ingin menjatuhkan Ketua (rasanya mcm cerita drama swasta jer). Adakah ini satu petanda buruk? Atau perlukah saya berpindah ke organisasi lain? Saya sebenarnya sukakan kerja ini walaupun gaji yang ditawarkan tidak selumayan pegawai di luar sana.
Please advise...
Salam Anonymous.
Saya hargai komen anda. Mungkin tidak berapa tepat untuk dijadikan contoh sebagai Politik Pejabat tetapi masih relevant utk diketengahkan.
Perkara seperti yg diceritakan adalah lumrah di dalam sesebuah oranisasi khasnya apabila wujud kelemahan di dalam pengurusan dan kepimpinan.
Antara faktor2 yg sering menjadi tunjang kekurangan harmoni di pejabat adalah seperti tiada ketegasan, lebih bersikap emosional berbanding professional, tiada fokus, kekurangan managerial skills, kurangnya interpersonal skills, tiada Management Plans, tiada ataupun kurang pengetahuan di dalam Performance management System serta kegagalan memahami dan bertindak untuk mencapai matlamat organisasi.
Kegagalan seseorang ketua memimpin para pekerjanya bukan sahaja akan mewujudkan elemen-elemen pilih kasih (nepostism dan favoritism) bahkan juga akan mewujudkan jurang di antara para pekerja yang terdiri dari pelbagai level (tiada persefahaman, kurang bekerjasama dan tiada team work).
Bertindak keterlaluan seperti ingin menggulingkan Ketua bukanlah suatu jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin pengganti Ketua yg ada sekarang bersikap/bersifat lebih teruk dpd yg sedia ada..siapa tahu?
Jalan terbaik adalah bersabar, menjalankan tugas seperti yg diamanahkan dengan penuh dedikasi dan ikhlas serta melakukannya dengan bijak. Fokus kepada pencapaian matlamat dan jauhkan dari beremosi yg keterlaluan.
Cadangkanlah untuk sesi TEAM BUILDING bagi memulihkan kembali atau mengurangkan jurang perhubungan sesama pekerja.
jordan 12
yeezy boost 350 v2
golden goose
nmd
air max 97
adidas flux
nike cortez
reebok outlet
curry shoes
huarache shoes
official website Fendi Dolabuy visit their website have a peek at this web-site click this over here now over here
p7z21g6y28 k5z21w4y58 b8z39g5e55 c9n29p8w08 s3b57r7w76 j3v39f6m64