Tuesday, August 24, 2010

Coffee can fight diseases?

10 comments
 
Salam,


Telah bertahun kopi seringkali dianggap sebagai bahan minuman yang tidak menyihatkan, menyukarkan peminumnya untuk tidur serta berkait rapat dengan ketagihan merokok. Walaubagaimanapun, kini para saintis telah menemui sesuatu fakta menarik tentang kopi. Kopi dikatakan (berdasarkan fakta dan kajian) memiliki atau mengandungi ejen anti-oksidan yang berupaya membantu melawan berbagai-bagai jenis penyakit termasuklah sakit jantung dan kencing manis.


Mungkin anda telahpun mengetahui atau pernah membaca artikel yang hampir serupa, so, tidak mengapa jika anda ingin abaikan sahaja post ini. Aku hanya ingin berkongsi maklumat yang sama dengan anda yang masih tidak tahu ataupun mungkin kepada anda yang ingin mengingat kembali artikel yang anda telah baca tentang kebaikan kopi.




Jenis-jenis penyakit

Aku paparkan di sini sebahagian dari jenis-jenis penyakit yang boleh dilawan oleh kopi:


Dementia

Dementia ialah tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh ketidak-aturan yang melibatkan bahagian otak manusia. Ia bukanlah satu jenis penyakit yang spesifik. Orang yang mengalami dementia mungkin tidak dapat berfikir dengan waras atau lambat berfikir ketika melakukan aktiviti kebiasaannya seperti memakai pakaian dan juga makan. Mereka juga mungkin menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah serta gagal untuk mengawal emosi. Personaliti mereka mungkin berubah termasuk gelisah tidak keruan atau melihat sesuatu yang sebenarnya tiada di situ.

Kehilangan memori merupakan perkara lumrah bagi pesakit Dementia. Walaubagaimanapun, kehilangan memori sahaja bukanlah bermaksud pesakit mengalami dementia. Dementia selalunya memberi masalah kritikal kepada dua fungsi utama otak iaitu memori dan menterjemah bahasa.

Menurut kajian saintis dari Sweden dan Finland (2009), meminum sejumlah kopi (bagi mereka di pertengahan umur), 3 hingga 5 cawan sehari, dapat mengurangkan risiko menghidap Dementia sebanyak 65%.


Penyakit Hati

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang minum minuman keras secara berlebihan dan kemudiannya mengamalkan meminum kopi melebihi 4 cawan setiap hari telah berjaya mengurangkan risiko pembentukan sirosis sebanyak 80%. Sirosis (cirrhosis) adalah komplikasi melibatkan hati di mana sel-sel hati kehilangan fungsi utamanya atau mati.


Penyakit Jantung

Kajian saintis juga menunjukkan bahawa wanita-wanita yang minum kopi 2 hingga 3 cawan sehari dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan penyakit jantung sebanyak 25%. Menurut kajian ahli-ahli saintis Sepanyol lelaki-lelaki yang minum kopi melebihi 5 cawan sehari dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sebanyak 44%, manakala wanita-wanita yang minum 4 hingga 5 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko yang sama sebanyak 34%.


Kanser Prostat

Satu kajian terkini oleh Harvard Medical School mendapati bahawa lelaki yang minum banyak air kopi berupaya mengurangkan risiko penyakit Kanser Prostat sebanyak 50% berbanding lelaki-lelaki yang tidak minum kopi.


Penyakit Gout

Menurut kajian ahli-ahli sains Amerika Syarikat dan Kanada, meminum kopi melebihi 4 cawan sehari secara dramatik berupaya mengurangkan insiden-insiden penyakit Gout. Lelaki-lelaki yang minum 4 ke 5 cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan gout sebanyak 40%, manakala mereka yang minum 6 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan Gout sebanyak 59% berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Kanser Buah Dada

Menurut kajian saintis Sweden, kopi berupaya mengurangkan risiko serangan Kanser Buah Dada atau melewatkan proses tumbesaran barah tersebut. Kajian tersebut mendapati kopi berupaya mengubah metabolisme wanita dengan menghasilkan estrogen yang selamat dan mencukupi. Wanita yang minum 2 ke 3 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko barah sebanyak 75%, bergantung kepada tahap dan jenis Kanser Buah Dada yang dihidapi.


Penyakit Kencing Manis

Menikmati 6 atau lebih cawan kopi setiap hari menghindar serangan Penyakit Kencing Manis jenis 2 sebanyak 54% bagi lelaki dan 30% bagi wanita berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Penyakit Parkinson

Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum kopi mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80% (bagi lelaki) dan risiko tersebut lebih banyak dapat dikurangkan jika minum lebih kopi.


Kanser Usus Besar

Satu laporan dari saintis Jepun mendapati bahawa wanita yang minum 3 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko menghidap barah tersebut sebanyak 50%.


Kajian berterusan tentang kopi

Apakah unsur-unsur yang menjadikan kopi berupaya melawan penyakit? Kebanyakan penyelidik dan saintis percaya bahawa ianya berpunca dari unsur-unsur anti-oksidan polyphenols atau flavonoids yang wujud di dalam kopi. Walaubagaimanapun, terdapat beratus lagi unsur-unsur atau bahan yang terkandung di dalam kopi yang mungkin menyumbang kepada kebolehupayaannya melawan penyakit.
 
 
 
Sebenarnya artikel ini aku tujukan khas kepada isteri aku yang sering melarang aku minum kopi setiap pagi. Selepas membaca artikel ini, aku berharap dia akan berubah fikiran...hehehe.
 
 
 
Sekian.

10 Responses so far.

  1. Unknown says:

    kopi minuman kesukaan Rasulullah.. semstinya byk khasiat :)

  2. noreed says:

    minum kopi nanti cun mcm duta nescafe, maya karin. hehehe

  3. theufo says:

    slm...
    aku pengemar kopi...
    tetapi kopi sekarang sudah dicampur bermcm2..tongkat ali, tongkat abu, tongkat motosikal ..dan bermcm2 lagi...better minum kopi original..buatan sendiri kan..kan..kan..

  4. Salam miszTERRA, noreed & theufo. Thanx sudi komen. Aku suka minum kopi masa breakfast tp org rumah xbagi coz katanya xbaik utk kesihatan tp kajian sains tunjuk sebaliknya. That's why aku post artikel ni...hehehe. Nak cari kopi buatan s'diri agak payah skunk ni kecuali kat kampung2. So, cara mudah beli jer kopi 3 in 1. Yang paling aku suka kopi "gao" kat Old Town

  5. theufo says:

    hehehheh..kalu kopi buat sendiri .nk kene ader ladang kopi lak...nak tumbuk and mcm2 pulak..
    aku selalu minum kopi cap kapal api...kaw - kaw....
    abg long,ckp mcm nih kat wife nanti "minum kopi meningkat tenaga tenaga dalaman, ayang nk abng lemah ke?" comfirm dia lak tanya...nak sy bancuh kopi utk abg...hehehheheh..

  6. Ann says:

    my faveret jugak kopi ni....bulan pose ni xdpt kopi, mcm cacing kepanasan..asyik mgantuk jer

  7. Ridhuan says:

    bau kopi pagi2.. owh nikmat..

  8. Salam Ann & Armouris. Thanx.

  9. Salam Ridhuan. Thanx sudi komen. Betul laa..skunk ni mata asyik layu jer xkena kopi...hehehe

  10. Anonymous says:

    Tengah pekena kopi ni.....jemput minum!!!

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com