Sunday, January 9, 2011

Unlock iPhone 3G/3GS

1 comments
 
Salam,

Anda pengguna iPhone 3G/3GS? Pernahkah anda mengalami masalah bilamana iPhone anda itu tidak boleh digunakan kerana tanpa sedar anda telah menaik-taraf softwarenya? Jika pernah, kita sebenarnya senasib. Akibat tidak memahami cara-cara softwarenya berfungsi, aku telah menaik-taraf software iPhone aku itu semasa melakukan "Sync" dengan iTunes.



Berapakah pula kos yang anda perlu tanggung untuk memulihkan kembali iPhone anda itu? Beratus?...ish..ish..ish.

Aku pula tidak mengeluarkan belanja sesenpun untuk itu tetapi terpaksa menunggu seminggu untuk membuat pembetulan. Ini kerana pada ketika itu, software yang diperlukan untuk membuat "unlock" masih belum lengkap programnya.

Semuanya berpunca akibat dari perasaan ingin tahu yang meluap-luap tanpa  mengkaji kesan dan akibatnya terlebih dahulu. Aku telah melakukan kesilapan dengan melakukan upgrade menggunakan iTunes, dan menyebabkan software iPhone aku di "upgrade" ke version 4.1 dan "base band software" telah bertukar ke 05.14.02 (sila lihat gambar di bawah).


Akibatnya, iPhone aku hanya boleh digunakan untuk bermain game (selepas di "jailbreak")..adoi ai.. Setelah seminggu menunggu Redsn0w versi terbaru dilancarkan, akhirnya aku berjaya juga "unlock" iPhone aku itu.

Sebagai satu cara untuk aku menyimpan maklumat berguna ini dan membantu rakan-rakan yang masih terkial-kial mencari jalan penyelesaian terhadap iPhone mereka yang telah di "lock", aku paparkan di sini langkah-langkah dan software yang diperlukan untuk "unlock" kembali Iphone yang bermasalah tersebut. Mungkin maklumat ini berguna atau mengelakkan anda dari terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan tersebut.

Perlu diingat bahawa, tutorial ini hanya berguna kepada mereka yang menghadapi masalah iPhone yang di "lock" dan kepada anda yang memiliki iPhone 3G/3GS yang sememangnya telah di "unlock", jangan sesekali mencuba atau menggunanya.

Perkara paling asas sebelum anda boleh membuat iPhone 3G/3GS anda di "unlock" adalah untuk melakukan "jailbreak" kepada software iPhone tersebut. Mungkin ada di kalangan pengguna yang keliru apa bezanya "jailbreak" dengan "unlock". "Jailbreak" bermaksud "tweak" ke atas software iPhone agar berupaya untuk menerima update atau dilakukan pengubahsuaian tanpa halangan oleh software iPhone tersebut termasuklah untuk download program-program "third party" (bukan dari apple). "Unlock" pula bermaksud memberi kebenaran kepada iPhone anda untuk menggunakan apa jua jenis mobile operator (Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain lagi).

Kita bermula dengan "Jailbreak" terlebih dahulu dengan menggunakan "Redsn0w". Ini penting kerana software ini bukan sahaja berupaya untuk melakukan "jailbreak" tetapi juga akan mengubah base-band software iPhone anda ke version 6.15.00 (base-band yang diguna-pakai oleh Ipad).


Langkah 1

Download IOS version 4.2.1 (IPSW file) samada menggunakan iTunes 10.1 atau download melalui laman web yang berkaitan. (Contohnya di SINI). Save file IOS tersebut di folder yang berkaitan serta mudah untuk anda mencarinya nanti.


Langkah 2

Download Redsn0w version 0.9.6b5 di SINI (untuk pengguna Windows). Mungkin juga pada ketika ini versi terbaru Redsn0w telah wujud tetapi versi 0.9.6b5 ini merupakan yang paling asas untuk melakukan "unlock" iPhone anda.


Langkah 3

Upgrade software iPhone anda ke version 4.2.1 menggunakan file IPSW yang anda telah download tadi.


Langkah 4

Activate/launch program Redsn0w 0.9.6b5. Click butang "browse" dan cari file IPSW yang anda telah download di Langkah 1 di atas.



Langkah 5

Selepas Redsn0w berjaya mencari dan "tweak" file IPSW tadi, pilihan berikut akan dipaparkan.



Pastikan anda pilih (tick) Install Cydia dan Install iPad baseband atau ikut sahaja pilihan yang dipaparkan di atas.

Kenapa perlu memilih baseband iPad?

Ini maklumat yang disampaikan oleh Blog iPhone Dev Team:
It turns out that the very first iPad firmware 3.2.2 has baseband version 06.15.00 still vulnerable to AT+XAPP.  The iPad baseband is built for the exact same baseband chip as the iPhone3G/3GS — they’re fully compatible!

Langkah 6

Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan usb dan pastikan ianya dipadamkan (off). Pastikan aturan ini dipatuhi sebelum anda click "next".




Langkah 7

Membuat iPhone anda ke mode DFU dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Tekan butang "power" selama 3 saat.

  • Tanpa melepaskan butang "power", tekan butang "Home" selama 5 saat.

  • Tanpa melepaskan butang "Home", lepaskan butang "Power" dan teruskan menekan butang "Home" selama 13 saat.

Jangan khuatir samada masa yang anda ambil untuk mengubah mode tersebut terlebih atau terkurang kerana program Redsn0w itu akan membantu anda. Sekiranya, anda tersilap, program tersebut akan memaklumkan kepada anda dan meminta anda melakukan semula aturan di atas.

Setelah berjaya, Redsn0w akan melakukan transfer files ke iPhone anda. Selebihnya, akan dilakukan oleh iPhone anda sendiri. Tunggu dan lihat sahaja sehingga segalanya selesai.

Sekarang, iPhone 3G/3GS anda telahpun di "Jailbreak" dan program yang penting untuk melakukan "unlock" telah di install ke iPhone anda..iaitu CYDIA.

Untuk pengesahan, pergi ke settings iPhone anda dan pilih "General" dan lepas tu "About" dan sahkan bahawa "Modem Firmware" ialah 06.15.00



Langkah 8

Aku cadangkan anda pergi ke tempat yang menyediakan "Wi-Fi", kerana anda perlu memuat-turun program "Ultrasn0w version 1.2" menggunakan Cydia.

Dengan menggunakan iPhone anda yang telah di "jailbreak", click untuk launch Cydia.

Langkah 9

Click butang "Manage" yang terletak di bahagian bawah screen program Cydia tersebut dan pilih menu "Sources".


Langkah 10

Tekan butang "Edit" diikuti dengan menekan butang "Add". Anda akan diminta untuk memasukkan URL khas untuk memuat-turun "Ultrasn0w". Sila masukkan URL berikut http://repo666.ultrasn0w.com dan tekan butang "Add Source". Pastikan bahawa ejaan ultras0w adalah betul, bukan "o" tetapi "0" iattu nombor "kosong".

Setelah itu, tekan butang "Return to Cydia" dan pilih butang "Done".


Langkah 11

Kembali semula ke Menu "Sources" dan pilih "repo666.ultrasn0w.com". Pilih "Ultrasn0w" dan istall aplikasi tersebut.



Langkah 12

Pilih atau tekan butang "Reboot Device" untuk reset iPhone anda.




Nah! Sekarang anda telah berjaya untuk "unlock" iPhone 3G/3GS anda.

Tahniah!

Oleh kerana anda melakukannya di sebuah kedai kopitiam, aku cadangkan anda hadiahkan diri anda dengan secawan kopi putih yang "kaw" punya...hahaha.


Sekian.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    It's really a great and useful piece of info. I'm happу thаt you ϳust shared thіs helρful information wіth us.
    Ρlеase κeеp us up to date
    like this. Thanκ you fοr sharing.



    Feеl free to ѕurf to mу blog pοst: ipad screen repair petaling jaya

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com