Wednesday, January 5, 2011

Back to school

0 comments
 
Salam.

Aku percaya ramai di kalangan anda semua yang bercuti minggu ini untuk menguruskan hari pertama persekolahan anak-anak anda. Aku juga begitu. Seronok ada, penat pun ada. Seronok melihat keletah anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah (tidak kira samada ke darjah satu ataupun pra-sekolah).

Teringat aku semasa kecil dahulu, semasa mula-mula menjejakkan kaki kali pertama ke sekolah, berbagai-bagai perasaan wujud. Takut, sedih, seronok, gembira dan berbagai-bagai lagi perasaan yang berbaur-baur. Agaknya, begitu juga perasaan anak-anak kita itu. Ada yang menangis, ada yang tidak mahu berpisah dengan ibu, ada yang gembira berlebih-lebihan dan seronok bermain dengan kawan-kawan.

Bila aku perhatikan anak aku yang bongsu ni, feelnya agak berlainan sedikit berbanding aku.

Caranya seperti orang yang telah dewasa. Berkobar-kobar dan bersemangat untuk ke sekolah. Yang kelakarnya, dia tidak suka aku atau ibunya menemaninya di sekolah. Dengan selamba dia menegur ibunya agar tidak menjemputnya dengan alasan dia dah "besar"...ish..ish..ish.

Semalam, ketika pulang dari sekolah, ibunya menunggu di pintu pagar sekolah, dan akibatnya dia merajuk tidak mahu makan..adoi ai..

Berbeza sungguh budak-budak sekarang ini. Jarak di antara rumahku dengan sekolah tidaklah begitu jauh, dan kebiasaannya, anak-anakku hanya berjalan kaki ke sekolah.

Aku risau juga untuk membiarkan mereka walaupun mereka bergerak beramai-ramai (bersama-sama rakan sekolah di kejiranan yang sama).

Dahulu, jarak rumahku ke sekolah lebih kurang 2 kilometer dan kebiasaannya aku ke sekolah hanya berjalan kaki, berbasikal atau menumpang sesiapa yang lalu lalang. Tetapi itu di kampung. Jika di bandar KL aku rasa tiada seorangpun dari anda yang mengizinkan anak-anak untuk menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

Well, memang jauh bezanya dahulu dengan sekarang. Dahulu ibu cuma memberiku wang saku sebanyak 20 sen. Wang sebanyak itu sudah cukup untuk aku makan dan minum (5 sen untuk sebungkus mee hoon dan 5 sen lagi untuk secawan air). Sekarang ini, kalau kita berikan wang sebanyak itu, dengan selamba anak-anak akan menyebut "mana cukup"...ish..ish..ish.

Dahulu, aku membawa bekal makanan ke sekolah. Biasalah, nasi lauk ikan sepat masin, kicap dengan cili padi. Jadi boleh berjimat duit sedikit. Budak-budak sekarang, jarang membawa bekal. Mungkin ibu mereka tiada masa untuk memasak atau mungkin juga budak-budak tu yang tidak mahu membawa bekal dari rumah dengan alasan "malu", "leceh" sebab banyak sangat barang yang hendak dibawa, dan aku juga pernah dengar jawapan sebegini "Tak ROCK la bawa bekal dari rumah!"...ish..ish..ish

Apa-apa pun, walaupun agak penat, aku seronok melihat keletah anak-anak kembali ke sekolah dan lebih seronok bila melihat anakku yang bongsu mula memasuki alam persekolahan (Darjah Satu). Yang lebih penting, sekarang ini perlu bertungkus lumus mencari wang kerana nilainya yang semakin menyusut akibat inflasi.

Anda bagaimana?
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com