Tuesday, January 11, 2011

How to improve your life

1 comments
 
Salam.

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah caranya untuk memperbaiki taraf kehidupan anda? Mungkin ada yang berfikir, memiliki kekayaan atau wang yang banyak merupakan syarat untuk kehidupan yang lebih baik. Well..aku juga pernah terfikir begitu. Kehidupan di Lembah Klang ini, jika kekurangan wang akan membuatkan kita merasa seperti hidup merempat. Walaupun wang bukanlah segala-galanya tetapi hampir kesemua perkara atau benda di sini memerlukan wang. Benarkah wang yang banyak akan menjamin kebahagiaan kita?

Semuanya kelihatan terlalu subjektif. Yang nyata, kedua-duanya perlukan keseimbangan dan saling berkait di antara satu sama lain.

Aku paparkan di sini beberapa points yang diutarakan oleh seorang professor Randy Pausch sebelum kematian beliau akibat barah pankreas melalui bukunya yang bertajuk "The Last Lecture". Marilah kita bersama-sama menilainya. Mungkin ada point-point yang berguna dan boleh diguna-pakai.
 
 


Personaliti


  1. Jangan bandingkan kehidupan peribadi anda dengan kehidupan orang lain. Anda semestinya tidak tahu bagaimanakah perjalanan kehidupan mereka itu.
  2. Jangan bazirkan tenaga anda dengan berfikiran negatif ke atas sesuatu yang anda tidak mampu untuk mengawalnya. Sebaliknya, berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku.
  3. Jangan berbuat sesuatu dengan berlebih-lebihan tetapi berbuatlah sesuatu mengikut kemampuan dan had-had yang tertentu.
  4. Jangan terlalu serius terhadap diri dan kehidupan anda.
  5. Jangan biarkan tenaga anda dihabiskan dengan hal-hal remeh-temeh dan gosip.
  6. Bermimpilah lebih banyak ketika anda sedang berjaga.
  7. Cemburu dan iri-hati hanya membazirkan masa anda. Anda sebenarnya telahpun memiliki apa yang anda perlukan.
  8. Lupakanlah isu-isu yang telah lalu. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesalahan-kesalahannya yang telah lalu. Ianya hanya akan merosakkan kebahagiaan anda berdua ketika ini.
  9. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk membenci seseorang, jadi, jangan ada sikap membenci.
  10. Fikirkan kebaikan masa lampau agar kebaikan berterusan di masa sekarang.
  11. Tiada sesiapa yang dapat mengurus kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.
  12. Fikirlah bahawa kehidupan ini seperti sekolah di mana anda sedang belajar di dalamnya. Semua masalah adalah sebahagian dari kurikulum pembelajaran. Ianya datang dan akan lenyap, tetapi manafaat yang anda pelajari darinya akan kekal sehingga akhir hayat anda.
  13. Senyum dan ketawalah selalu.
  14. Anda tidak perlu untuk sentiasa menang di dalam setiap perbalahan. Belajarlah menerima kekalahan.

Komuniti


  1. Hubungi keluarga anda selalu.
  2. Berikan satu kebaikan kepada orang lain setiap hari.
  3. Maafkan semua orang untuk apa jua kesalahan.
  4. Adakan masa untuk bersama-sama orang yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
  5. Cuba buatkan sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.
  6. Apa yang orang lain fikirkan tentang anda bukanlah urusan anda.
  7. Kerja anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit, tetapi keluarga dan rakan-rakanlah yang akan mengambil berat tentang kesihatan anda. Jadi, berhubunglah selalu.

Kehidupan


  1. Utamakan Tuhan di dalam apa jua perkara yang anda fikir, katakan dan buat.
  2. Tuhan penyembuh segalanya.
  3. Buatlah perkara-perkara yang betul.
  4. Walaubagaimana baik atau buruknya sesuatu perkara itu, ianya tetap akan berubah.
  5. Walau apapun yang anda fikir atau rasa, bangunlah, serlah dan tonjolkan diri anda.
  6. Yang terbaik masih belum lagi muncul dan pasti akan menjelma.
  7. Buangkan perkara-perkara yang tidak berguna dan tidak bermanafaat.
  8. Bila anda bangun pagi dan mendapati diri anda masih hidup, bersyukurlah kepada Tuhan.
  9. Jika anda kenal Tuhan, anda akan sentiasa ceria dan gembira. jadi, ceria dan bergembiralah.

Point-point di atas hanyalah pandangan peribadi professor Randy Pausch yang kemudiannya dibukukan dan menjadi hit. Walaubagaimanapun, aku berpendapat ada banyak juga point-pont yang aku sendiri perlu mempraktikkannya.

Sebagai tambahan, untuk memperbaiki taraf kehidupan seseorang itu adalah subjektif dan terpulang dengan cara penerimaan setiap individu. Bagi aku, perkara asas dan yang paling utama ialah ILMU. Belajarlah dengan orang yang pandai. Seperti permainan CATUR. Jika kita ingin menjadi pencatur yang baik, bermainlah dengan lawan yang lebih pandai.


Katakan anda adalah pemain catur yang handal dan seringkali menang, tetapi sampai suatu ketika lawan anda yang selalu anda kalahkan berjaya mengalahkan anda. Adakah kerana anda semakin bodoh? Semestinya tidak. Lawan anda itu sebenarnya telah meningkat kepandaiannya. Manakala kepandaian anda pula tidak berkembang.


Sekian.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Hi Abang Long,
    Tak terlambat rasenye nak ucap Selamat Tahun Baru 2011!!Apa pulak azam Abang Long tahun ni?Dah tercapai ke azam tahun2 lepas?Tak kisah dah tercapai atau tidak yang penting ada usaha dan gandakan usaha dari tahun ke tahun sehinggalah tercapai azam kiter itu....sekadar kata2 dari insan yang bernama manusia biasa...
    Satu artikel yang menarik dipaparkan di sini....semoga semakin banyak artikel2 sebegini dari Abang Long....dan semoga ianya memberi kebaikkan kepada kite semua!!
    Selamat menulis!!

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com