Monday, January 24, 2011

Tolong! Aku perokok tegar!

6 comments
 
Salam.

Anda seorang perokok? Berapa batang rokok anda hisap dalam sehari? Kenapa pula anda merokok? Suka-suka? Bersosial? Ketagih? Atau akibat tekanan perasaan?

Aku juga adalah seorang perokok malahan boleh dilabelkan sebagai perokok tegar. Secara purata aku menghisap rokok sebanyak sekotak (20 batang) dalam sehari. Kadang-kadang sehingga 2 kotak sehari!



Kenapa aku merokok?

Aku mula merokok ketika umur aku 19 tahun di mana ketika itu aku sedang belajar di sebuah Kolej Pengajian Persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akibat pelajaran aku yang mula goyah dan tekanan perasaan yang aku alami memikirkan bahawa aku mungkin gagal di dalam pelajaran aku di Kolej tersebut, aku mula terikut-ikut pengaruh kawan-kawan aku yang merokok. Secara jelasnya, aku mula merokok akibat tekanan perasaan.

Lama kelamaan, merokok menjadi satu ketagihan dan hingga satu peringkat menjadi ketagihan yang melampau di mana jika aku tidak dapat merokok aku akan menggigil.

Sekarang ini aku masih lagi merokok. Isteriku selalu sahaja menegur aku samada dengan cara lembut atau kadangkala "a bit sarcastic". Walaupun ada beberapa ketika aku merasakan bahawa isteriku agak kasar dengan aku tetapi aku tahu bahawa dia hanya mahu aku sihat agar aku terus dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah. jika aku tidak sihat sudah tentu aku tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab aku dengan sempurna.

Bukan setakat kesihatan sahaja yang menjadi point tetapi juga pembaziran wang yang aku laburkan dengan merokok. Seolah-olah aku sengaja membakar wang yang aku telah aku perolehi dengan bekerja bertungkus-lumus. Bayangkanlah, jika aku menghisap rokok 2 kotak sehari, dalam sebulan aku telah membakar wang sebanyak RM600 (sekotak rokok berharga RM10). Bayangkanlah jika aku hanya bekerja sebagai seorang kerani dengan gaji sebayak RM800, aku seolah-olah menjadikan rokok sebagai makanan dan minuman aku.

Aku sedar semua itu. Malah jika aku simpan wang yang aku bakar tersebut, dalam setahun aku akan dapat RM7,200. Suatu jumlah yang banyak. Dengan jumlah sebanyak itu aku boleh sahaja pergi melakukan "Umrah" ke Tanah Suci Mekah setiap tahun!

Apa yang telah aku lakukan?

Sebenarnya, aku pernah berhenti merokok selama 2 tahun sebelum ini tetapi akibat tekanan dan pengaruh kawan-kawan, aku kembali semula merokok. Aku tidak mahu menyalahkan kawan-kawan aku atau hal-hal persekitaran yang mungkin mempengaruhi aku ataupun tekanan perasaan yang aku alami sebagai punca kenapa aku merokok kembali. Ianya datang dari diri aku juga.

Aku perlu melakukan sesuatu untuk berhenti merokok!

Aku pernah makan lozenge untuk membantu berhenti merokok "Niquitin", tetapi ubat tersebut hanyalah membantu menghilangkan rasa ketagihan merokok dengan membekalkan sedikit "nikotin" terkawal. Pokok pangkalnya masih lagi aku.

Apa yang pasti, aku akan lebih banyak merokok apabila aku mengalami tekanan. Tidak kira samada tekanan akibat kerja, hal-hal persekitaran termasuklah juga tekanan perasaan yang wujud akibat hal-hal yang melibatkan family.

Jadi..aku rasa, aku mungkin boleh berhenti merokok dengan menangani semua tekanan dengan baik. Tapi, bagaimana pula cara-cara untuk menangani tekanan dengan baik...Adoi ai!..

So, kepada anda yang ada idea atau nasihat untuk aku berhenti merokok, tolonglah aku.



Sekian.

6 Responses so far.

  1. wow..!!lama tu bro terlibat dgn rokok...mesti susah tu nak buang tabiat yg dh sll lakukan...

    bro pernah x tgk iklan kt tv yg psl nak kurangkan rse ketagihan rokok.??try cari kt farmasi ada tu..n biasanya kalo lepas mkn msti cari rokok..btol x.??ape kate leps mkn bro g cari gula2 lak..

    hope bro dpt atasinya..caiyok..caiyok..!!^_^

  2. mie says:

    uihh!!
    banyak cara boleh dicuba untuk berhenti merokok

  3. usaha masss....pasti bisa ilangin ketagihab rorok tsb

  4. hhhmmm...cmno yo...bile rase teringin nk merokok tu...cepat2 tel bini....borak2...xpun...tgk pic satu family...tgk bini...tgk anak...pastu berpikir...set dalam otak...xnak rokok dah...


    hope dpt berhenti rokok ek...gud luck..

  5. Salam Yuni, Mie, ZuXuz dan kurekure comel...thanx sudi bagi nasihat.. Abang Long akan cuba juga utk brenti merokok.. mungkin perlahan sket tetapi kena juga brenti..

  6. Anonymous says:

    Abang Long,
    Pokok pangkal nye diri sendiri...mental kena kuat.nasihat isteri perlu diambil kira kerana dialah yg akn menanggung segala kesusahan sekiranya sesuatu berlaku kepada anda.Banyakkan membaca dan ingat Allah.....yg lebih baik berzikirla...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com