Thursday, September 20, 2012

Kerana duit sanggup membunuh kawan?

32 comments
 
Salam...

Mungkin anda semua telahpun tahu. Sana sini orang bercerita. Akhbar-akhbar dan media elektronik memaparkan berita yang sama iaitu seorang pemandu van sekuriti ditembak mati dan sejumlah wang tunai (dianggarkan sebanyak RM1.2 juta) dilarikan.


Yang tidak sedap didengar, suspek (mungkin si pembunuh) adalah rakan sekerja si mangsa!

Jika begitu, betul la kata orang...duit boleh merubah sifat seseorang. Malah dalam Islam ada juga perumpamaan "kefakiran (kemiskinan) boleh menyebabkan kekufuran"...

Aku tidak tahu samada si mangsa dibunuh rakan sendiri cuma agak terkejut juga dengan sifat si pembunuh yang berhati kering (tidak berhati-perut) sanggup menembak dalam jarak dekat! Yang dtembak pula bukanlah binatang buruan tetapi manusia!

Gambar dicilok dari Utusan online

Untuk beberapa hari ini, setiap pagi aku perlu memberi peringatan kepada staff aku agar sentiasa mematuhi Akta Senjatapi dan mengikut prosedur yang telah sedia ada. Mungkin perkara yang sama tidak dapat dielak tetapi sekurang-kurangnya berusaha agar ianya tidak berlaku.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, September 12, 2012

Cukup cukup sudah...

5 comments
 
Salam...

Bila baca tajuk entry ni, jangan fikir aku sedang seronok berkaraoke pula yer? memang la aku suka karaoke tapi tajuk entry ni sebenarnya bukanlah menjurus ke arah itu...tetapi lebih kepada permasalahan gaji, gaji dan gaji lagi... hmmmm...bila la nak selesai isu ni..cukup-cukup la tu...


Gaji rendah sangat ke?

"Bukan...tetapi bayar gaji ikut sesedap rasa!"

Maksudnya?

"Kitaorang terpaksa bekerja di Hari Raya dan sewaktu cuti umum Merdeka tetapi gaji kami dikira macam hari biasa. Tiada penambahan kadar gaji walhal cuti umum sepatutnya dibayar 2 kali ganda. Overtime pun dikira pada kadar yang biasa..."

Kenapa jadi macam tu? Sepatutnya syarikat lebih prihatin dan berterima kasih kepada para pekerja yang sanggup berkorban masa bertugas khasnya sewaktu Hari Raya. Nak untung sangat ke hingga kebajikan staff  tak diambil kira???

"Entah la bang..."

"Cuma...sekarang ni, kami nak hiburkan hati nyanyi lagu ni..."
...Sudah cukup cukup sudah...Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa... Lebih baik ku pergi saja...

Sedap gak lagu tu...

Ada makna tu....!!





Sekian.
Readmore...
Tuesday, September 11, 2012

Tak sudah-sudah cerita pasal gaji

9 comments
 
Salam...

Kabare wak? Wes mangan urong?.... sejak bila aku jadi jawa ni?

Macamana Hari Raya. Masih sibuk ziarah menziarahi? Ada yang sedang berkira-kira nak berjogging? Al-maklumlah, banyak makan semasa open house Raya...hehehe.


"Aku tak ke mana-mana bang...setakat beraya kat rumah jiran sebelah jer..."

Apesal lak?

"Gaji tak dapat-dapat lagi..."

Laaa...dah masuk 10 hb gaji tak dapat lagi???

"Yer..."

Kenapa?

"Syarikat silap kira. Ramai staff operasi yang dapat kurang dari sepatutnya...so, dorang mogok..."

Bukan ke engkau staff pengurusan?

"Yer...sebab gaji staff operasi ada problem, semua staff pengurusan gaji kena tahan..."

Salah kira?

"Ada yang kerja public holiday tapi dikira gaji hari biasa. Ada yang kerja lebih masa tapi tak masuk dalam gaji. Ada yang gaji negatif..."

Negatif??? Berhutang pada syarikat pulak?

"A ah bang...salah kira. Tak pasal-pasal staff tu tak dapat gaji, malah berhutang pulak..."

Kenapa jadi macam tu?

"Entah lah bang...semuanya sebab bos nak bayar gaji ikut jumlah hari bekerja...mesti 26 hari sebulan. Kalau kurang dari 26 kena tolak gaji ikut hari yang kurang..."

Kalau bulan Februari??

"Bulan Februari cuma boleh ambil cuti atau off 2 hari jer...kalau lebih kena tolak..."

Kalau bulan Mac?

"Kena kerja ngam-ngam 26 hari sebab kalau lebih, syarikat tak bayar apa-apapun..."

Akta Buruh mana yang diikut tu?

"Entah la bang..."

So, apa engkau nak buat tu?

"Tengah baca-baca iklan kat surat khabar ni...cari kerja kosong..."

Aduyai...kesian!




Sekian.
Readmore...
Friday, September 7, 2012

Satu berhenti, beberapa orang hilang

6 comments
 
Salam...

Semasa menulis pos ni, aku sedang minum-minum di sebuah warung kopi yang ber"wifi" sambil menunggu masa untuk menjalankan tugas memantau operasi.


Sepatutnya tugasan tersebut dibuat oleh Operations Manager aku tetapi oleh kerana ketiadaan beliau, aku terpaksa mengambil alih. Aku bukanlah ingin berkira tentang kerja aku tetapi lebih cenderung berfikir bahawa hal-hal operasi perlukan perancangan dan bukanlah dilakukan secara ad-hoc khasnya apabila menyentuh hal-hal berkaitan kawalan keselamatan. Kesilapan atau kelalaian kecil mungkin boleh membawa padah.

Apa puncanya? Kenapa perlu aku turun padang?

Punca utama adalah akibat kekurangan staff.

Kenapa staff kurang?

Sebab ramai yang tetiba resign atau cabut.

Kenapa pula?

Well...kalau kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik, itulah akibatnya.

Kebajikan macamana?

Kebanyakan syarikat selalunya mengalami masalah yang sama apabila gaji pekerja dibayar lambat, EPF dipotong tetapi tidak dicarum, Overtime kena cincang, atau mungkin juga gaji langsung tidak dibayar oleh Supervisor yang diamanahkan (berlaku kerana gaji dibayar secara tunai dan Supervisor pula pecah amanah) serta lain-lain isu.

Bagi syarikat aku pula bukanlah berkaitan dengan duit tetapi lebih kepada sikap berpuak-puak atau mengikut seseorang. Apabila seorang Supervisor itu resign, orang dia akan turut mengikut jejak. Bermakna, bukan seorang yang berhenti tetapi menjadi beberapa orang. Yang lebih haru apabila mereka berhenti tanpa memberi notis dan Jabatan HR langsung tidak tahu. Pihak Pengurusan cuma tahu apabila Client membuat aduan.

Habis tu, macamana hendak selesaikan masalah ni?

Aku rasa, eloklah gaji minima untuk syarikat Kawalan Keselamatan dilaksanakan dengan segera supaya syarikat dipaksa mencari pekerja yang benar-benar berkelayakan dan berpelajaran. Pekerja yang boleh berfikir dengan matang. Pekerja yang bukan jenis pak turut. Pekerja yang lebih mementingkan masa depan. Pekerja yang mementingkan pengorbanan dan kesetiaan kepada syarikat.

Bukanlah pekerja yang akan berhenti mengejut setelah mendapat tawaran syarikat lain dengan penambahan gaji sebanyak RM10 (sepuluh ringgit)!!!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, September 4, 2012

Suka sangat suruh staff resign

6 comments
 
Salam...

Dah 17 hari menyambut Syawal, mood Raya masih tak hilang-hilang. Sana-sini orang beraya... sana-sini open house... sana-sini traffic jammed!... (errkk!).


Yang tak best didengar dan disebut...ada syarikat Kawalan keselamatan tu yang sana-sini staff berhenti (resign)... sana-sini pos lompong... sana-sini pelanggan marah atau mengamuk!!

Apa dah jadi?

"Tu laa masalahnya bang...MD aku tu jenis orang yang panas baran. Kalau marah tu tak peduli bahasa walaupun yang dimarah tu orang berumur atau lagi tua dari dia."

Apa yang berlaku?

"Dia suka sangat memaki hamun staff. Yang lagi teruk, selalu suka cakap atau suruh staff yang kena marah tu berhenti kerja."

Then?

"Yang tahan dan faham perangai dia je yang kekal bekerja. Yang lain-lain semua cabut."

Apa puncanya?

"Macam-macam bang. Tak kira la masalah apa sekalipun, sebagai MD dia kena kawal emosi. Perkara-perkara remeh biarlah diurus oleh pengurus. Ini tidak, dia sendiri yang hendak turun padang. Bila ada isu terus melenting dan memaki hamun staff."

Jadi, bila kekurangan staff, apa yang dia buat?

"Sekarang ni sibuk menyuruh pengurus untuk memujuk staff yang dah berhenti tu untuk bekerja semula."

"Tapi...ada yang lagi best..."

Apa tu?

"Pengurus pun dah berhenti!...hahaha"

Adoyai!




Sekian.


Readmore...
Monday, September 3, 2012

Bank amalkan Double Standard???

2 comments
 
Salam...

At first, malas juga nak mencoret hal ni tetapi kecil hati punya pasal aku postkan juga. Mungkin ramai kawan-kawan aku yang masih bekerja di Bank itu akan berkecil hati pula dengan aku. Silap-silap ramai yang merajuk dengan coretan aku ni...takpe la...kang aku pujuk la balik...minta maaf...kan masih Raya lagi ni? hehe...


Apsal lak aku melalut pepagi ni?

Actually, aku terkilan dengan beberapa cawangan Bank yang staff aku berurusan. Sebelumnya apabila pelanggan aku melakukan urusan deposit (bank in) sendirian, tak pernah pula reject duit mereka tu, tapi, bila urusan mendepositkan tunai tersebut diambil-alih oleh syarikat aku (CIT) tetiba pihak Bank reject dengan alasan yang berbagai-bagai. Yang paling utama dan selalu digunakan ialah akaun pelanggan aku itu tidak dibuka di situ (dengan kata lainnya on-line branch). Oleh itu, staff aku diminta untuk menghantar wang tunai yang dikutip ke cawangan Bank di mana akaun pelanggan tersebut dibuka.

Bila aku bertanya untuk kepastian, dengan garangnya pegawai Bank tersebut berkata "Kaunter dan staff cawangan ini hanya untuk pelanggan yang membuka akaun di sini!".


Akibat kena reject, melilau staff aku mencari cawangan Bank yang sudi menerima dan hasilnya akaun pelanggan hanya dapat dikreditkan selepas tempoh yang telah ditetapkan...dan yang tak bestnya, syarikat aku pula yang dipersalahkan kerana gagal!

Aku hubungi Ibu Pejabat Bank tersebut dan biasalah mereka tu pun kengkawan aku juga... aku ajukan komplen aku.. Walaubagaimanapun, masih tiada penyelesaian...kebanyakan cawangan-cawangan masih enggan menerima... Dan, aku terpaksa menghubungi pula Ibu Pejabat pelanggan aku... Satu official complain telah dikeluarkan. Pelanggan-pelanggan aku itu adalah dealer kepada salah satu syarikat korporat yang besar yang memiliki akaun di Bank tersebut, jadi apabila menerima komplen sedemikian, pihak atasan Bank jadi menggelabah!

Salah seorang bekas rakan sekerja aku yang bertugas di Ibu Pejabat Bank tersebut telah menghubungi aku. Agak marah juga suaranya...dan dengan tegas menyuruh aku mendepositkan wang tunai yang dikutip ke cawangan di mana akaun pelanggan-pelanggan aku dibuka. Lalu aku menjawab...beberapa pelanggan yang aku berikan khidmat CIT membuka akaun mereka di luar Kuala Lumpur seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru...Logik ke untuk aku hantar ke sana dari KL? Statement yang membuatkan dia terkedu.

Persoalannya, kenapa perlu reject wang tunai yang staff aku bawa? Jika sebelumnya pelanggan membuat deposit sendiri di cawangan yang sama tidak pernah pula kena reject. Adakah kerana staff aku bekerja di syarikat Kawalan Keselamatan maka mereka tidak harus dilayan elok-elok?


Ini sudah "DOUBLE STANDARD"!

Bukankah Bank telah memiliki sistem yang canggih di mana pelanggan boleh melakukan transaksi deposit di on-line branch (tanpa perlu ke cawangan Bank di mana akaun mereka dibuka)?

Tambahan pula dalam AMLA (Anti Money Laundering Act), pihak Bank tidak dibenarkan untuk reject keinginan pelanggan untuk mendepositkan sejumlah wang tunai.

"Semua ni pasal kos bro...cawangan bank yang menerima wang tunai tersebut terpaksa menanggung kos untuk staff mengira, kos untuk CIT dan kos untuk mengurangkan risiko sedangkan cawangan tersebut tidak mendapat apa-apa pulangan dari deposit tersebut. Yang dapat ialah cawangan di mana akaun terbabit dibuka. Sebab itu kami galakkan untuk menghantar wang tunai yang dikutip ke home branch."

Lalu aku menjawab...Setiap tahun Bank mendapat keuntungan berbillion-billion ringgit walaupun sebelumnya pelanggan membuat transaksi deposit tunai di on-line branch. Oleh sebab kami ini dari syarikat Kawalan Keselamatan, maka dengan sesuka hati reject dan beri alasan kos yang mungkin mengakibatkan Bank menanggung kerugian.. Yang pasti, you all telah mengamalkan "DOUBLE STANDARD".

Kata-kata terakhir itu mungkin menyebabkan bekas rakan sekerja aku itu merajuk...hmmmm




Sekian.


Readmore...
Saturday, September 1, 2012

Pistol palsu?

2 comments
 
Salam...

Apa khabar? Dah banyak rumah diziarah Raya ni? Selalunya kanak-kanak yang riang sakan. Suka kerana dapat bermain-main dengan kawan-kawan dan sanak-saudara sebaya. Yang lebih seronoknya kerana boleh mengumpul duit Raya. Boleh lah beli macam-macam permainan..robot, anak patung, bola, Lego, bunyi-bunyian, pistol...Pistol???


Anak-anak kami tak beli dah benda-benda macam tu..dorang lagi suka beli Iphone, Ipad, Tab dan bla bla bla... hmmmm...

Bercerita pasal pistol, aku teringat satu kes di mana seorang bodyguard seorang Dato' ditangkap pihak Polis kerana menggunakan pistol palsu...! Palsu? Ya...peluru dan magazine adalah tulen tetapi pistolnya dibuat daripada plastik...dan sememangnya langsung tidak boleh diguna untuk menembak! Baling anjing pun, anjing tu sekadar menyeringai mengejek!


Punca ditangkap kerana dia berlagak! Mentang-mentang la bodyguard, boleh gertak orang sambil menunjukkan pistol. Perbuatan yang salah di sisi Akta Senjatapi! Bila orang yang digertak membuat laporan Polis, dia diarah untuk ke Balai untuk diambil keterangan. Bila diperiksa pistol...tu dia!! Plastik!! Terus dihumban ke lokap dan direman dan seterusnya....biasa la...kurang-kurang 7 tahun menghuni penjara.

Yang aku ingin luahkan bukanlah tentang perangai berlagak si bodyguard tetapi tertanya-tanya kenapa mengguna pistol palsu sedangkan kerja dia memerlukan sepucuk pistol yang tulen??

Mungkin disebabkan syarikat security tempat dia bekerja telah kehabisan stok pistol? Mendapatkan permit membeli pistol bukanlah mudah dan mengambil masa berbulan-bulan. Tuntuan kerja dan keinginan untuk mengaut keuntungan, syarikat sanggup membekalkannya hanya dengan sepucuk pistol plastik buatan Thailand. Walaupun nampak tulen, ianya langsung tidak berguna!


Yang lebih membimbangkan, orang yang dijaga (pelanggan) sebenarnya yang berisiko tinggi. Sanggup membayar beribu ringgit mengharapkan diri dikawal seorang bodyguard tetapi sebenarnya dikawal seorang penipu berpistol plastik...atau satu syarikat penipu..

Macam-macam la sekarang ni!!!



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com