Thursday, January 27, 2011

The beauty of mathematics

25 comments
 
Salam.

Just to share and let's think.



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321


Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If  A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  Is represented as 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Then,

H-A-R-D-W-O- R- K is equal to  8+1+18+4+23 + 15+18+11 = 98%

And, K-N-O-W-L-E- D-G-E is equal to  11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But,  A-T-T-I-T-U- D-E is equal to 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E- O-F-G-O-D is equal to  12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that while Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!



Sekian.
Readmore...
Wednesday, January 26, 2011

Take stress seriously

1 comments
 
Salam.

Are you stressed?



Let's read an article about stress and it effects on our health.

The behavioral effects of an over-stressed lifestyle are easy to explain. When under pressure, some people are more likely to drink heavily or smoke, as a way of getting immediate chemical relief from stress. Others may have so much work to do that they do not exercise or eat properly. They may cut down on sleep, or may worry so much that they sleep badly. They may get so carried away with work and meeting daily pressures that they do not take time to see the doctor when they need to. All of these are likely to harm health.


The direct physiological effects of excessive stress are more complex. In some areas they are well understood, while in other areas, they are still subject to debate and further research.


Stress and heart disease


The link between stress and heart disease is well-established. If stress is intense, and stress hormones are not ‘used up’ by physical activity, our raised heart rate and high blood pressure put tension on arteries and cause damage to them. As the body heals this damage, artery walls scar and thicken, which can reduce the supply of blood and oxygen to the heart.


This is where a fight-or-flight response can become lethal: Stress hormones accelerate the heart to increase the blood supply to muscles; however, blood vessels in the heart may have become so narrow that not enough blood reaches the heart to meet these demands. This can cause a heart attack.


Other effects of stress


Stress has been also been found to damage the immune system, which explains why we catch more colds when we are stressed. It may intensify symptoms in diseases that have an autoimmune component, such as rheumatoid arthritis. It also seems to affect headaches and irritable bowel syndrome, and there are now suggestions of links between stress and cancer.


Stress is also associated with mental health problems and, in particular, anxiety and depression. Here the relationship is fairly clear: the negative thinking that is associated with stress also contributes to these.


The direct effects of stress in other areas of health are still under debate. In some areas (for example in the formation of stomach ulcers) diseases traditionally associated with stress are now attributed to other causes.


Regular exercise can reduce your physiological reaction to stress. It also strengthens your heart and increases the blood supply to it, directly affecting your vulnerability to heart disease.


Well..dah banyak artikel-artikel tentang stress dan cara-cara menanganinya yang telah aku baca. Kebanyakan perkara-perkara yang disebut hampir sama termasuklah cara-cara untuk mengawal dan mengurangkan stress tersebut. Yang paling biasa disebut ialah "EXCERCISE".

Semalam, aku telah pergi ke Langat, Selangor untuk mencuba pula teknik mengurangkan stress menggunakan kaedah mesin terapi elektrostatik.

Sebenarnya, aku banyak pilihan tentang teknik ini seperti Al-Jabbar (Dr. Jisim) dan sebagainya. Malah servis untuk menggunakan mesin tersebut juga percuma tetapi disebabkan percuma jugalah terlalu ramai pula pelanggan yang datang..itu yang membuatkan aku agak rimas. Mungkin itu strategy syarikat itu untuk menjual mesin terapi tersebut yang sememangnya agak mahal (dengarnya melebihi RM15 ribu.

Di Langat pula kedai yang menyediakan servis terapi tersebut menggunakan mesin yang dipanggil DR. HEALTH 9000. Setiap satu sesi (30 minit untuk setiap 1 sesi) dikenakan bayaran sebanyak RM5. Aku tidak kisah membayar (setakat RM5 sahaja) asalkan tempat tersebut tidak terlalu sesak. Yang lebih penting lagi aku tidak dipeningkan dengan promosi untuk menjual mesin tersebut yang berharga RM6,500 (selepas 50% discount). Aku datang ke tempat itu hanya untuk mencuba teknik terapi elektrostatik dan tidak berminat untuk membeli mesin tersebut. Owner kedai itu langsung tidak membuat promosi agar aku membeli mesin tersebut tetapi lebih banyak bercerita tentang kebaikan teknik terapi tersebut untuk kesihatan. Itulah yang aku suka!

So, apa hasilnya?

Kalau menurut owner kedai dan risalah-risalah serta testimonial yang diberikan, aku akan hanya mendapat atau merasa keberkesanan teknik terapi tersebut setelah selesai menjalani 7 sesi. Tetapi pada aku, teknik tersebut betul-betul berkesan mengurangkan stress aku hampir serta merta. Sakit tengkuk  aku akibat stress dan mungkin juga tekanan darah yang tinggi hilang selepas selesai sesi tersebut.

Jadi, hari ini aku akan pergi lagi ke sana untuk menjalani sesi terapi elektrostatik yang kedua.

Aku berharap agar teknik terapi ini dapat membantu aku mengawal stress serta mengurangkan ketagihan merokok aku yang semakin kritikal. Hanya perlu membayar RM5 untuk satu sesi, aku rasa amat berbaloi.


Sekian.
Readmore...
Tuesday, January 25, 2011

3 in 1 Nescafe is not good for our health?

1 comments
 
Salam.

Sebelum ini aku pernah post satu artikel tentang kebaikan kopi yang dikatakan boleh melawan beberapa jenis penyakit di http://abanglongonline.blogspot.com/2010/08/coffee-can-fight-diseases.html

Kali ini aku paparkan pula beberapa e-mail yang aku telah terima menyampaikan satu maklumat yang agak bertentangan dengan artikel aku terdahulu itu.


Nescafe3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang



E-mail no. 1


Zaman sekarang ini, banyak penyakit datang dari pemakanan...

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

  1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

  1. Elakkan dari meminum Nescafeyang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  7. Elakkan mandi selepas makan
  8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah
  9. kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  10. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  11. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  12. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


E-mail no.2 (menyokong e-mail no. 1)

Dear Friends,

I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

  1. Breakfast with Nescafe
  2. 10am break with Nescafe
  3. Lunch with Nescafeais
  4. Minum petang also with Nescafe.
  5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.


Sekarang...apa cerita? Mana satu yang betul ni? Adoi ai...risau juga sebab aku pun memang suka minum nescafe masa breakfast.


Apa pula komen anda?



Sekian.
Readmore...
Monday, January 24, 2011

Tolong! Aku perokok tegar!

6 comments
 
Salam.

Anda seorang perokok? Berapa batang rokok anda hisap dalam sehari? Kenapa pula anda merokok? Suka-suka? Bersosial? Ketagih? Atau akibat tekanan perasaan?

Aku juga adalah seorang perokok malahan boleh dilabelkan sebagai perokok tegar. Secara purata aku menghisap rokok sebanyak sekotak (20 batang) dalam sehari. Kadang-kadang sehingga 2 kotak sehari!



Kenapa aku merokok?

Aku mula merokok ketika umur aku 19 tahun di mana ketika itu aku sedang belajar di sebuah Kolej Pengajian Persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akibat pelajaran aku yang mula goyah dan tekanan perasaan yang aku alami memikirkan bahawa aku mungkin gagal di dalam pelajaran aku di Kolej tersebut, aku mula terikut-ikut pengaruh kawan-kawan aku yang merokok. Secara jelasnya, aku mula merokok akibat tekanan perasaan.

Lama kelamaan, merokok menjadi satu ketagihan dan hingga satu peringkat menjadi ketagihan yang melampau di mana jika aku tidak dapat merokok aku akan menggigil.

Sekarang ini aku masih lagi merokok. Isteriku selalu sahaja menegur aku samada dengan cara lembut atau kadangkala "a bit sarcastic". Walaupun ada beberapa ketika aku merasakan bahawa isteriku agak kasar dengan aku tetapi aku tahu bahawa dia hanya mahu aku sihat agar aku terus dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah. jika aku tidak sihat sudah tentu aku tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab aku dengan sempurna.

Bukan setakat kesihatan sahaja yang menjadi point tetapi juga pembaziran wang yang aku laburkan dengan merokok. Seolah-olah aku sengaja membakar wang yang aku telah aku perolehi dengan bekerja bertungkus-lumus. Bayangkanlah, jika aku menghisap rokok 2 kotak sehari, dalam sebulan aku telah membakar wang sebanyak RM600 (sekotak rokok berharga RM10). Bayangkanlah jika aku hanya bekerja sebagai seorang kerani dengan gaji sebayak RM800, aku seolah-olah menjadikan rokok sebagai makanan dan minuman aku.

Aku sedar semua itu. Malah jika aku simpan wang yang aku bakar tersebut, dalam setahun aku akan dapat RM7,200. Suatu jumlah yang banyak. Dengan jumlah sebanyak itu aku boleh sahaja pergi melakukan "Umrah" ke Tanah Suci Mekah setiap tahun!

Apa yang telah aku lakukan?

Sebenarnya, aku pernah berhenti merokok selama 2 tahun sebelum ini tetapi akibat tekanan dan pengaruh kawan-kawan, aku kembali semula merokok. Aku tidak mahu menyalahkan kawan-kawan aku atau hal-hal persekitaran yang mungkin mempengaruhi aku ataupun tekanan perasaan yang aku alami sebagai punca kenapa aku merokok kembali. Ianya datang dari diri aku juga.

Aku perlu melakukan sesuatu untuk berhenti merokok!

Aku pernah makan lozenge untuk membantu berhenti merokok "Niquitin", tetapi ubat tersebut hanyalah membantu menghilangkan rasa ketagihan merokok dengan membekalkan sedikit "nikotin" terkawal. Pokok pangkalnya masih lagi aku.

Apa yang pasti, aku akan lebih banyak merokok apabila aku mengalami tekanan. Tidak kira samada tekanan akibat kerja, hal-hal persekitaran termasuklah juga tekanan perasaan yang wujud akibat hal-hal yang melibatkan family.

Jadi..aku rasa, aku mungkin boleh berhenti merokok dengan menangani semua tekanan dengan baik. Tapi, bagaimana pula cara-cara untuk menangani tekanan dengan baik...Adoi ai!..

So, kepada anda yang ada idea atau nasihat untuk aku berhenti merokok, tolonglah aku.



Sekian.
Readmore...
Saturday, January 22, 2011

The irreplaceable void

0 comments
 
Salam.

Some people say, they have a lot of choices to choose in their lives. It's a matter of choosing the right one. I'm quite agreeable to the later but a bit skeptical to the first statement. If there are numbers of choices to be chosen, I would be spending too much time thinking of which one should I choose. What should I do then?

Well, if you'd followed my blog, you might have read my previous post titled "The beauty of positive thinking". Remember what Jerry said, "cut all the junk, then, every situation should only have 2 choices to be chosen either bad or good. So, pick up the good ones."

This post isn't really about positive thinking, but, it's a kind of reminder to me and my family to take care of our health.


I do understand that living in Kuala Lumpur requires us to double up our effort to gain more and more income. Money isn't everything but almost anything requires money. However, the most crucial element in our life is "health". To get more money, we definitely need good health. The worst part is, bad health will surely consumed the money that we have already gotten through our endless efforts.



Let's think about these...


For women with children:

Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem.

Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.

For the married men:

Drink less, smoke less, because nothing can replace your good health, not even business nor clients. Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.


Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.


For those singles out there:

Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.



Well...

It's a matter of choice...
Readmore...
Friday, January 21, 2011

Cash Management Business anybody?

2 comments
 
Salam.

Dua hari lepas aku telah dijemput untuk memberi taklimat atau "talk" tentang Cash Management Business oleh sebuah syarikat Kawalan Keselamatan di Kuala Lumpur. Syarikat berkenaan begitu berkobar-kobar ingin menceburi perniagaan Pengurusan Tunai (Cash Management) setelah melihat kejayaan beberapa syarikat Kawalan Keselamatan yang besar seperti Safeguards Securicor (G4S) dan Armour Security.



Aku telah diperkenalkan oleh rakanku di Maybank yang dihubungi oleh syarikat Kawalan Keselamatan tersebut untuk mencari seseorang yang "well-versed" dengan Cash Management and Outsourcing bagi tujuan memberi taklimat dan penerangan tentang perniagaan tersebut.

Aku tidaklah menganggap diriku sebagai seorang yang expert ataupun "well-versed" di dalam perniagaan ini. Kelebihan aku hanyalah memiliki sedikit pengetahuan tentang asas-asasnya dan pengalaman-pengalaman yang berkaitan kerana pernah bekerja di  bank (Maybank dan AmBank, ) serta 2 syarikat Kawalan Keselamatan (Mahmood Security dan Securiforce).

Aku dapati, banyak syarikat-syarikat Kawalan Keselamatan sejak akhir-akhir ini begitu bersungguh-sungguh ingin menceburi perniagaan Cash Management terutamanya tentang pengurusan ATM dan CDM bank-bank. Mungkin kerana mereka melihat perniagaan tersebut begitu menguntungkan.

Benarkah begitu?

Soalan yang sama aku utarakan kepada Pengarah Urusan syarikat Kawalan Keselamatan yang menjemput aku itu. Jawapan yang aku terima dari beliau agak merunsingkan aku kerana aku dapati beliau sebenarnya tidak berapa faham tentang Cash Management. Bagaimanakah syarikat tersebut boleh membuat andaian bahawa Cash Management Business itu sentiasa menguntungkan jika pekerja-pekerja yang bakal menguruskan perniagaan tersebut tidak faham atau tidak tahu selok belok perniagaan tersebut?

Seperti biasa, syarikat lebih fokus kepada mendapat keuntungan dari sesuatu perniagaan. Jadi, aku gambarkan keuntungan atau kerugian yang bakal dijelmakan oleh perniagaan tersebut. Sila lihat gambarajah di bawah.

Andaian-andaian "volume" untuk mengira untung rugi



Keuntungan atau kerugian berdasarkan andaian-andaian tersebut.


Bulat mata masing-masing bila aku terangkan dengan lebih jelas fakta-fakta beserta nombor-nombor keuntungan atau kerugian yang bakal syarikat alami dengan menceburi perniagaan tersebut. Selama ini rupanya mereka hanya mendapatkan gambaran kabur dan mungkin juga salah.

Sebagai menggulung taklimat aku, aku juga sempat memberi penerangan tentang Strategic Planning.

The essence of Cash Management Business excellence is the right solution architecture.


These 3 elements drive success. They are systemically interconnected: the failure of one element contaminates the effectiveness of the others.
Each element must exhibit best practices

Lebih kurang 3 jam tanpa henti aku memberi taklimat dan aku rasa bersyukur kerana Pengarah Urusan syarikat mengakui bahawa beliau baru mula memahami perniagaan tersebut. Aku hanya mampu tersenyum kerana apa yang aku bentangkan semasa taklimat tersebut hanyalah "surface" tetapi sekurang-kurangnya syarikat tersebut boleh mula memikirkan apakah tindakan-tindakan seterusnya yang perlu diambil jika ingin menceburi bidang perniagaan Cash Management.

Apa yang penting, sebelum menceburi sebarang bidang perniagaan, bekalkan diri dengan ilmu secukupnya terlebih dahulu bukan hanya mendengar cerita orang lain semata-mata.


Sekian.
Readmore...
Wednesday, January 19, 2011

It doesn't pay to be arrogant!

1 comments
 
Salam.

This story is actually as a reminder to me to be humble and more "down to earth". No matter how smart, how intelligent, how wealthy, how strong and some other "hows", I should not be arrogant!.


The story titled "The Power of the Badge"

A DEA officer stops at a ranch in South Texas, and talks with an old rancher mending a fence. He tells the rancher, "I need to inspect your ranch for illegally grown drugs."

The old Rancher says, "Okay, but don't go in that field over there", as he points out the location.

The DEA officer verbally explodes saying, " Mister, I have the authority of the Federal Government behind me." He reaches into his back pants pocket, removes his badge and proudly flashes it at the old Rancher. 

"Do you see this badge? It means I am allowed to go wherever I wish.... on any one's  land.  No questions asked or answers given. Have I made myself clear? Do you understand?"

The old rancher nods politely, apologizes, and goes about his chores.

A short time later, the old rancher hears loud screams and sees the DEA officer running for his life ... chased close behind by the rancher's 1,500 pound prize bull. With every step the bull is gaining ground on the officer, and it seems likely that he'll get "Horned" before he reaches safety.



The officer is clearly terrified. The Rancher drops his fence tools, runs to the fence and yells at the top of his lungs.....

"Your badge, your badge. Show him your damn BADGE !"



Moral dari cerita di atas

Walaubagaimana bagus atau hebat sekalipun kita, janganlah bersikap sombong dan bongkak.

Apa kaitannya dengan hal-hal kita di tempat kerja?

Well..aku dapati terdapat juga dari kalangan kita yang mudah berasa bongkak lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jawatan tinggi atau diberikan sedikit kuasa untuk membuat keputusan di dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Mudah benar memperlekehkan kepandaian atau keupayaan para pekerja bawahan. Enggan menerima pandangan mereka atau juga menabur elemen-elemen ugutan (bagi yang mempunyai kuasa) bagi memastikan para pekerja mengikut telunjuknya.

Apa salahnya merendah diri sedikit dan mendengar pendapat kakitangan bawahan. Mungkin idea-idea mereka boleh diguna-pakai untuk kebaikan bersama.

Janganlah suka menghina orang lain kerana kita tidak tahu akan nasib kita di masa akan datang.

Janganlah suka menunjukkan kuasa dengan memberi ugutan-ugutan atau menakut-nakutkan pekerja bawahan anda. Contohnya, dengan berkata "Awak ingat, dengan berhenti kerja di syarikat ini awak akan lebih berjaya di dalam karier awak? Saya kenal ramai bos-bos besar syarikat-syarikat di luar sana. Bila-bila masa sahaja saya boleh menjatuhkan awak!"

Janganlah juga suka menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Kita tidak tahu bagaimanakah rezeki kita dan rezeki orang itu di masa depan. Rezeki di tangan Tuhan.

Ingatlah! Walau berkuasa atau berpengaruh mana anda sekalipun, ada lagi yang lebih berkuasa atau berpengaruh.



Sekian.
Readmore...
Tuesday, January 18, 2011

Aku rindu pada emak

1 comments
 
Salam.

Entah kenapa hari ini aku rindu sangat pada emak aku di kampung. Walhal, baru 2 hari lepas aku telefon emak bertanya khabar. Harap tiada apa-apa yang tidak elok berlaku pada emak. Atau, mungkin juga dia risau akan aku. Kebiasaannya begitulah. Kalau emak risau tentang aku, aku akan teringat pada dia.



Oleh kerana rindu sangat pada emak, aku juga teringat tentang satu e-mail yang aku terima berkenaan emak dan aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama.

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan orang kata...memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Hari ini kalau mak mahu lima ratus sebulan pun mungkin kita mampu..Kita boleh kirimkan. Tapi kalau mak sudah tiada.....Mungkin kita tidak berkesempatan lagi..bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat kita kirimkan!

Makkkkkk!!!!...


Buat semua….jika inginkan keberkatan hari ini dan selamanya,

Hubungilah emak anda sekarang. Aku juga akan telefon emak aku sekarang. Hendak berbual-bual dengan emak lama-lama. Hendak mengubati rasa rindu di hati.

Jika yang telah tiada emak…sedekahkanlah Al~Fatihah.....Amin



Sekian.
Readmore...
Monday, January 17, 2011

Appreciate what you have

2 comments
 
Salam.

This post is actually meant for myself. It keeps reminding me of who I am, what I have and how lucky I was so far. I've kept this article in my notebook and diary. When I'm feeling down, I will read it again and again. To some extend, it helps me regain my confidence as well as makes me remember of GOD.



**********

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend , "If I could only see the world , I will marry you."

One day , someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything including her boyfriend.

He asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"

The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind too. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life, led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears.

Days later wrote a note to her saying,
"Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine."

************************

This is how the human brain often works. When our status changes, Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.


Remember these phrases:

  • Life Is a Gift  of  GOD

  • Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.

  • Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

  • Today before you complain about life - Think of someone who went too early to heaven.

  • Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.

  • And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

  • And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and thank's  GOD


Well..these phrases do have some impact on me.
How about you?


Sekian.
Readmore...
Sunday, January 16, 2011

Learn to appreciate

3 comments
 
Salam.

Aku paparkan di sini satu cerita tentang menghargai jasa dan pengorbanan orang lain untuk kita sama-sama renungkan. Asalnya cerita tersebut dikarang di dalam Bahasa Inggeris tetapi aku telah terjemahkan dan buat sedikit penambahan agar lebih mudah difahami khasnya kepada anak-anak aku yang sedang membesar.



Begini ceritanya...

**********

Seorang pemuda yang memiliki keputusan akademik yang amat baik telah pergi memohon pekerjaan sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat besar.

Dia lulus pada sesi temuduga yang pertama dan temuduga yang kedua pula dilakukan sendiri oleh Pengarah syarikat tersebut di mana beliaulah yang bakal membuat keputusan samada pemuda tersebut layak diambil bekerja.

Pengarah mendapati (daripada resume pemuda tersebut) bahawa keputusan akademik pemuda tersebut amat cemerlang, daripada sekolah rendah sehinggalah ke tahap ijazah yang diperolehinya. Tidak pernah sekalipun pemuda tersebut gagal dan setiap matapelajaran dia memperoleh keputusan yang amat baik.

Pengarah tersebut bertanya, "Pernahkah awak mendapat apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan semasa bersekolah?" dan pemuda itu menjawab "Tidak pernah".

"Adakah bapa awak yang membayar kesemua yuran-yuran sekolah?" Pemuda itu berkata, "Bapa saya telahpun meninggal dunia semasa umur saya 1 tahun lagi. Emak sayalah yang membayar kesemua yuran-yuran tersebut."

Pengarah bertanya, "Di mana emak kamu bekerja?" Pemuda menjawab, "Emak saya bekerja sebagai pencuci pakaian."
Pengarah tersebut kemudiannya meminta pemuda tersebut menunjukkan kedua-dua tangannya dan seperti yang dipinta, pemuda tersebut menghulurkan tangan untuk dilihat oleh pengarah tersebut yang pada amatan beliau tangan-tangan tersebut lembut dan elok.

Kemudiannya beliau bertanya, "Pernahkah awak membantu emak awak membasuh pakaian sebelum ini?" Pemuda itu menjawab, "Tidak pernah. Emak saya sentiasa mahukan saya untuk fokus belajar dan membaca lebih banyak buku, Lagi pula, emak saya membasuh pakaian lebih pantas berbanding saya."

Pengarah berkata, "Saya ada satu permintaan, bila awak balik ke rumah hari ini, cuci dan bersihkan tangan emak awak selepas itu jumpa saya kembali pagi esok."

Pemuda itu merasakan bahawa peluang untuk mendapat pekerjaan tersebut sangat cerah. Apabila dia pulang ke rumah, dengan perasaan yang gembira dan berkobar-kobar, dia meminta untuk mencuci tangan ibunya. Ibu pemuda tersebut merasa aneh dan dengan perasaan berbaur-baur dia menghulurkan tangannya untuk dicuci oleh si anak.

Pemuda tersebut mencuci tangan ibunya dengan perlahan dan cermat.
Air mata bergenang dan berlinangan ketika melakukan perkara tersebut. Inilah kali pertama dia melihat tangan ibunya yang penuh dengan kedutan dan kasar. Terdapat juga luka-luka kecil yang membuatkan ibu pemuda tersebut merasa pedih ketika dicuci.

Inilah pertama kali pemuda tersebut sedar bahawa tangan ibunya yang kasar, berkedut dan terdapat luka-luka kecil yang memedihkan itulah yang membasuh pakaian setiap hari untuk mencari wang bagi membayar yuran-yuran sekolahnya. Luka-luka kecil di tangan ibunya itu merupakan harga yang dibayar untuk pencapaian akademiknya yang cemerlang dan mungkin juga masa depannya.

Selepas selesai mencuci tangan ibunya, pemuda tersebut secara diam-diam membasuh kesemua pakaian yang sepatutnya dan kebiasaannya dibasuh oleh ibunya.

Malam itu, kedua-dua ibu dan anak berbual-bual untuk jangkamasa yang lama.
Keesokan paginya, pemuda itu pergi semula ke pejabat Pengarah seperti yang dipinta.

Pengarah perasan terdapat kesan-kesan menangis di mata pemuda tersebut dan bertanya "Boleh ceritakan kepada saya apa yang telah anda buat dan belajar semalam semasa di rumah?". Pemuda itu menjawab, "Saya cuci tangan emak saya dan membasuh kesemua pakaian yang kebiasaannya dicuci oleh emak saya."

"Tolong ceritakan apakah perasaan awak."

Pemuda berkata, "Pertamanya, saya telah faham apa itu penghargaan. Tanpa emak saya, mungkin saya tidaklah secemerlang hari ini. Keduanya, Saya buat kerja emak saya, barulah saya sedar betapa sukarnya untuk menyiapkan sesuatu perkara atau pekerjaan.  Ketiganya, saya telah tahu betapa pentingnya perhubungan kekeluargaan."

Pengarah berkata, "Inilah yang saya inginkan. Saya mahu pekerja yang saya ambil bekerja adalah seorang yang boleh menghargai bantuan dan sumbangan orang lain, seseorang yang faham kesusahan malah penderitaan orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugasan, seseorang yang tidak meletakkan wang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidupnya. Saya akan ambil awak menjadi salah seorang pengurus saya."

Kemudiannya, pemuda tersebut bekerja dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Beliau dihormati oleh para pekerjanya. Kesemua para pekerjanya bekerja bersungguh-sungguh, bersama-sama secara satu pasukan dan Syarikat tersebut telah semakin berjaya.
**********


Moral dari cerita

Kaitannya dengan si pemuda

Seseorang kanak-kanak yang dimanja dan sentiasa sahaja diberikan apa yang dimahukannya berkemungkinan besar akan membentuk peribadi "entitlement mentality" dan senantiasa meletakkan matlamat dirinya yang paling diutamakan. Dia mungkin lupa akan pengorbanan kedua ibubapanya. Apabila mula bekerja, berkemungkinan dia bersikap bahawa semua orang mesti mendengar kata-katanya. Apabila dia menjadi seorang pengurus, dia mungkin tidak tahu bagaimana kesusahan pekerja bawahannya dan suka pula menuding kesalahan ke arah orang lain.  Pengurus sedemikian, mungkin akan mendapat hasil yang baik serta mungkin berjaya untuk seketika, tetapi, lambat laun akan merasa tidak puas dengan pencapaian yang diperolehi. Dia mungkin mengeluh dan timbul perasaan suka membenci serta berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih tinggi atau baik bagi dirinya sahaja.

Jika kita merupakan ibu dan bapa yang besikap suka memanjakan dan memberikan apa jua yang diminta oleh anak kita, adakah kita benar-benar menyayangi anak-anak kita ataukah kita sebenarnya merosakkan mereka?

Kita mampu menyediakan sebuah rumah yang besar untuk didiami, memberikan makanan yang lazat-lazat setiap hari, membelikan permainan komputer (PS 3 umpamanya), dan juga menyediakan TV berskrin besar, tetapi apabila kita melakukan kerja-kerja kasar dan mengotorkan misalannya memotong rumput atau membersihkan longkang sekeliling rumah, adakah kita menggalakkan anak-anak kita turut sama membantu?

Kenapa tidak biarkan sahaja mereka merasainya.

Selepas makan contohnya, galakkan mereka membasuh pinggan mangkuk yang digunakan. Galakkan mereka sesama adik beradik merasai pengalaman membasuh pinggan bersama-sama. Bukan kerana kita tidak mampu mengupah pembantu rumah melakukan kerja-kerja tersebut tetapi sebab kita ingin menyayangi mereka dengan cara yang betul. Yang paling utama ialah mengajar mereka untuk menghargai kesusahan dan pengorbanan orang lain dengan merasai sendiri aktiviti-aktiviti yang dilakukan di samping keupayaan bekerjasama dengan orang lain untuk melaksanakan sesuatu kerja.

Kaitannya dengan si Pengarah syarikat

Aku tertarik dengan cara Pengarah tersebut berfikir. Memberi pengajaran kepada si pemuda dengan memberi peluang pemuda itu sendiri yang merasai dan berfikir sendiri tentang pengalamannya. Itu merupakan salah satu cara mendidik yang kebiasaannya akan memberi kesan yang mendalam kepada para pekerja.

Memberi nasihat dengan hanya menghamburkan kata-kata terutamanya dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat atau berbaur ugutan tidak memungkinkan orang yang dinasihati menerima nasihat tersebut . Mungkin pula menimbulkan rasa tidak puas hati malahan membenci.

Sebagai seorang ketua, pengurus atau pengarah di sesebuah syarikat, anda harus tahu matlamat utama syarikat yang perlu dicapai. Bertindak dengan hanya menyuruh atau memerintah para pekerja melakukan tugas tanpa memberikan bimbiingan sepatutnya boleh membawa kepada tidak tercapainya matlamat syarikat.

Bimbinglah pekerja anda, pimpinlah mereka untuk sama-sama bekerja mencapai matlamat yang disasarkan. Dengarlah rintihan atau keluhan mereka yang meghadapi kesukaran ketika melakukan tugasan yang diberikan.

Bukan semata-mata untuk menunjukkan rasa simpati tetapi yang lebih penting ialah agar kerja yang dilakukan mengikut ketetapan yang dikehendaki dan meminimakan kesalahan.

Janganlah pula suka mendengar hanya kepada kata-kata berunsur hasutan, hasad dengki dan kutukan dari sesetengah pekerja yang bersifat seperti lalang, suka membodek (mengipas), mementingkan diri sendiri dan lebih gemar menjatuhkan orang lain untuk mencapai matlamat diri.


Sekian.
Readmore...
Friday, January 14, 2011

The beauty of Positive Thinking

5 comments
 
Salam.

Post kali ini merupakan salinan dari satu e-mail yang aku telah terima lama dahulu. Bukan bertujuan menciplak idea orang lain tetapi sekadar ingin mengingatkan diri serta berkongsi dengan anda yang mungkin belum pernah membacanya.

E-mail ini adalah berkenaan "Positive Thinking".



Kandungan e-mail ini adalah di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun aku boleh sahaja menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia, aku rasa elok juga dibiarkan di dalam bahasa asalnya kerana ia lebih sampai ke hati (itu yang aku rasa). Maaflah jika ada di kalangan anda yang mungkin kurang arif di dalam Bahasa Inggeris.

Silalah baca dan kita sama-sama renungkan.

******************************

Jerry is the manager of a restaurant. He is always in a good mood. When someone would ask him how he was doing, he would always reply,
"If I were any better, I would be twins!".

Many of the waiters at his restaurant quit their jobs when he changed jobs, so they could follow him around from restaurant to restaurant
Why?
Because Jerry was a natural motivator. If an employee was having a bad day, Jerry was always there, telling the employee how to look on the positive side of the situation.

Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Jerry and asked him:
        "I don't get it! No one can be a positive person all of the time. How do you do it?"

Jerry replied,
"Each morning I wake up and say to myself, I have two choices today. I can choose to be in a good mood or I can choose to be in a bad mood.
 I always choose to be in a good mood.
Each time something bad happens, I can choose to be victim or I can choose to learn from it.
 I always choose to learn from it.
Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life.
I always choose the positive side of life."

"But it's not always that easy,“ I protested.

"Yes it is" Jerry said.
"Life is all about choices.
When you cut away all the junk every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people will affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood.
It's your choice how you live your life."

Several years later
I heard that Jerry accidentally did something you are never supposed to do in the restaurant business.
… He left the back door of his restaurant open
And then ???
In the morning, he was robbed by three armed men.
They Wanted $ *# $$$...
While Jerry trying to open the safe box, his hand, shaking from nervousness, slipped off the combination.
The robbers panicked and shot him.
Luckily, Jerry was found quickly and rushed to the hospital.
After 18 hours of surgery and weeks of intensive care,
Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body.…
I saw Jerry about six months after the accident.
When I asked him how he was,he replied,
"If I were any better, I'd be twins. 
Want to see my scars?"

I declined to see his wounds, but did ask him what had gone through his mind as the robbery took place.

"The first thing that went through my mind was that I should have locked the back door." Jerry replied. "Then, after they shot me, as I lay on the floor, I remembered that I had two choices: I could choose to live or could choose to die.
I chose to live."

"Weren't you scared” I asked?

Jerry continued,
"The paramedics were great. They kept telling me I was going to be fine. But when they wheeled me into the Emergency Room and I saw the expression on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. In their eyes, I read 'He's a dead man'. I knew I needed to take action."

"What did you do?" I asked.

"Well, there was a big nurse shouting questions at me" said Jerry. "She asked if I was allergic to anything.
'Yes,' I replied.
The doctors and nurses stopped working as they waited for my reply.
I took a deep breath and yelled,
Bullets!

Over their laughter, I told them,
 I am choosing to live.
Please operate on me as if I am alive, not dead.

Jerry lived thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learned from him that
Every day you have the choice to either enjoy your life or to hate it.
The only thing that is truly yours -- that no one can control or take from you is your Attitude.
 So if you can take care of that, everything else in life becomes much easier.


****************************

Cerita di atas benar-benar memberi kesan di sanubari aku. Anda bagaimana?


Sekian.
Readmore...
Thursday, January 13, 2011

Catur di dalam kehidupan

1 comments
 
Salam.

Ada faedah ke bermain catur? Soalan ini aku terima dari pembaca yang membaca post aku terdahulu bertajuk "How to improve your life" di mana aku ada menambah sedikit maklumat dengan membandingkan cara memperbaiki taraf kehidupan dengan permainan catur.

Untuk menjawab soalan tersebut aku paparkan di post ini maklumat yang dipinta.

Catur adalah sejenis permainan tanpa mengira umur pemainnya.
Anda boleh mula belajar bermain catur dari mana jua peringkat umur. Tidak seperti permainan sukan yang lainnya, tiada istilah pencen (berhenti bermain) untuk bermain catur. Umur juga bukanlah satu kriteria untuk memilih lawan anda. Orang muda boleh berlawan dengan orang yang lebih tua, malah, orang tua sekalipun boleh bermain melawan kanak-kanak. Cuma, kebiasaannya, kalau yang tua kalah kepada kanak-kanak, alamat malulah yang tua tu...hehehe.

Catur juga adalah permainan mengasah minda.
Teori permainan catur memang "complicated" dan pemainnya perlu untuk menghafal bukan sahaja cara setiap buah-buah catur berfungsi (bergerak) malahan juga variasi-variasi permainan dari pembukaan sehinggalah ke akhir permainan.

Di bawah ini aku senaraikan beberapa kebaikan permainan catur yang mungkin boleh membantu di dalam kehidupan untuk tatapan anda dan renungan kita bersama.

Catur membantu perkembangan minda dan mempertajamkan "logical thinking" otak anda

Permainan catur memerlukan anda untuk memahami cara-cara atau strategi mengalahkan lawan, memastikan pertahanan dan keselamatan Raja sentiasa kukuh dan terkawal, tidak melakukan kesilapan besar atau kesilapan bodoh yang membuatkan anda kalah. Jika anda melakukan kesilapan sekalipun, anda akan cuba untuk melakukan pembetulan secepat mungkin agar anda boleh terus bertahan atau memenangi perlawanan tersebut. Setiap kali anda melakukan kesilapan besar dan anda kalah, anda sebenarnya melalui proses pembelajaran dan sudah tentu anda akan mengingati kesilapan anda itu agar tidak melakukan kesilapan yang sama ketika melakukan permainan semula.

Apakah kaitannya dengan kehidupan? Manusia diberikan otak dan minda untuk berfikir secara logik tentang sesuatu perkara. Kita perlu mengetahui asas-asas penting melakukan sesuatu, cuba mengelakkan dari melakukan kesilapan dan berazam mencapai apa jua matlamat dalam hidup. Walaubagaimanapun, setiap dari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Yang penting adalah memaafkan diri sendiri, melakukan pembetulan dan memperbaiki kelemahan diri agar dapat meneruskan kehidupan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Permainan catur mengajar kita memahami bahawa belajar adalah satu proses yang tidak akan ada penghujungnya.


Catur berupaya membentuk daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Terdapat banyak variasi dan kombinasi di dalam permainan catur. Tidak pernah berlakunya "duplikasi" di dalam mana-mana permainan catur yang di mainkan oleh orang dan lawan yang sama. Catur membentuk minda untuk mengkaji dan mencipta sesuatu.
Ketika aku ditanya oleh staff aku samada aku ini seorang pemain catur "Positioning" atau "Tactical", aku hanya mampu menjawab mungkin kedua-duanya sekali mengikut kesesuaian permainan catur yang aku lalui. Contohnya, jika aku bermain menggunakan bukaan "Ruy Lopez", aku mungkin ingin bermain secara "Tactical" dan jika aku mengguna bukaan "Reti" aku mungkin bermain cara "Positioning". Tetapi, tidak juga kerana kebiasaannya mode permainan akan berubah ketika di pertengahan permainan di mana minda kita akan cuba melakukan tindakan mengikut pengiraan sendiri atau pengalaman dari permainan sebelum ini. Kadang-kadang bukaan permainan juga diubah (lain dari apa yang terdapat di dalam buku-buku catur) atau dipanggil "Orthodox". Semuanya adalah bergantung kepada kreativiti dan imaginasi pemain. Menang atau kalah pula adalah perkara kedua.
Aku pernah memenangi satu permainan di dalam tournament di UiTM Shah Alam lama dahulu dengan cara "Orthodox" kerana lawan aku "fumble" atau terkejut dan pening melihat bukaan permainan aku. Dia tidak pernah jumpa bukaan tersebut di dalam buku...hehehe.

Kehidupan juga amat kompleks dan terpulang kepada imaginasi dan kreativiti kita untuk membentuk kehidupan kita sendiri.

Catur mengajar kita untuk membuat keputusan sendiri dan tanpa mengikut telunjuk sesiapa.

Apakah perasaan anda ketika bermain catur, ada pula kawan di sebelah anda yang menyuruh anda jalan itu dan ini dan memarahi anda jika anda melakukan movement yang salah? Silap-silap mahu terbalik meja dibuatnya..hehehe.



Di dalam kehidupan juga begitu. Andalah yang berhak menentukan hala-tuju hidup anda.


Catur membentuk minda kita untuk membuat andaian, merancang masa depan serta membuat penilaian samada wujudnya bahaya yang bakal menjelma.
Kebiasaannya, pemain catur perlu menghafal 5 ke 10 "Steps" yang terawal ketika membuka permainan dan merancang sendiri apa movement yang seterusnya. Untuk itu, pemain perlu membuat andaian sekurang-kurangnya 3 langkah ke hadapan movement yang mungkin membuahkan hasil yang diidamkan.Untuk permainan catur yang baik, anda perlu memikirkan dan membuat andaian 5 pergerakan masa hadapan termasuklah pergerakan yang bakal lawan akan lakukan (total 10 pergerakan ke hadapan).

Di dalam kehidupan, kita perlu merancang, melakukan tindakan dan pada masa yang sama membuat andaian apakah natijah hasil dari perkara yang dilakukan.


Catur mengajar kita bersabar, mengikut peraturan yang ditetapkan dan pada masa yang sama mencari dan menggunakan peluang yang ada untuk mencapai matlamat.
kegopohan melakukan movements tanpa mengira tindakan itu betul atau salah boleh mengakibatkan anda kalah di dalam permainan. Bersabar dan berfikir dengan mendalam sebelum anda membuat keputusan sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik.
Peraturan-peraturan yang sedia ada di dalam permainan catur perlu dipatuhi terutamanya ketika bermain di dalam tournament, contohnya "Touched Move". Bagaimanakah reaksi lawan anda jika anda menarik balik move yang anda telah buat? Jika di dalam tournament, sudah tentu lawan akan mengadu kepada arbiter (pengadil) dan anda tidak dibenarkan berbuat demikian atau mungkin kena "disqualified".

Mencari, mengkaji setiap peluang yang wujud serta melakukan tindakan sepatutnya bagi memanafaatkan peluang tersebut juga perlu di dalam setiap permainan catur bukan sahaja bergantung kepada strategi dan perancangan anda semata-mata



Aku rasa itu sahajalah yang ingin aku kongsikan tentang kebaikan dan sumbangan permainan catur di dalam kehidupan kita. Sebenarnya banyak lagi dan anda boleh carinya di laman-laman web yang berkenaan.

Kepada rakan-rakan baikku Ian, Kamal, Harly dan Mahadzir, bila lagi kita nak berentap? Lama dah tunggu ni...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Tuesday, January 11, 2011

How to improve your life

1 comments
 
Salam.

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah caranya untuk memperbaiki taraf kehidupan anda? Mungkin ada yang berfikir, memiliki kekayaan atau wang yang banyak merupakan syarat untuk kehidupan yang lebih baik. Well..aku juga pernah terfikir begitu. Kehidupan di Lembah Klang ini, jika kekurangan wang akan membuatkan kita merasa seperti hidup merempat. Walaupun wang bukanlah segala-galanya tetapi hampir kesemua perkara atau benda di sini memerlukan wang. Benarkah wang yang banyak akan menjamin kebahagiaan kita?

Semuanya kelihatan terlalu subjektif. Yang nyata, kedua-duanya perlukan keseimbangan dan saling berkait di antara satu sama lain.

Aku paparkan di sini beberapa points yang diutarakan oleh seorang professor Randy Pausch sebelum kematian beliau akibat barah pankreas melalui bukunya yang bertajuk "The Last Lecture". Marilah kita bersama-sama menilainya. Mungkin ada point-point yang berguna dan boleh diguna-pakai.
 
 


Personaliti


  1. Jangan bandingkan kehidupan peribadi anda dengan kehidupan orang lain. Anda semestinya tidak tahu bagaimanakah perjalanan kehidupan mereka itu.
  2. Jangan bazirkan tenaga anda dengan berfikiran negatif ke atas sesuatu yang anda tidak mampu untuk mengawalnya. Sebaliknya, berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku.
  3. Jangan berbuat sesuatu dengan berlebih-lebihan tetapi berbuatlah sesuatu mengikut kemampuan dan had-had yang tertentu.
  4. Jangan terlalu serius terhadap diri dan kehidupan anda.
  5. Jangan biarkan tenaga anda dihabiskan dengan hal-hal remeh-temeh dan gosip.
  6. Bermimpilah lebih banyak ketika anda sedang berjaga.
  7. Cemburu dan iri-hati hanya membazirkan masa anda. Anda sebenarnya telahpun memiliki apa yang anda perlukan.
  8. Lupakanlah isu-isu yang telah lalu. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesalahan-kesalahannya yang telah lalu. Ianya hanya akan merosakkan kebahagiaan anda berdua ketika ini.
  9. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk membenci seseorang, jadi, jangan ada sikap membenci.
  10. Fikirkan kebaikan masa lampau agar kebaikan berterusan di masa sekarang.
  11. Tiada sesiapa yang dapat mengurus kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.
  12. Fikirlah bahawa kehidupan ini seperti sekolah di mana anda sedang belajar di dalamnya. Semua masalah adalah sebahagian dari kurikulum pembelajaran. Ianya datang dan akan lenyap, tetapi manafaat yang anda pelajari darinya akan kekal sehingga akhir hayat anda.
  13. Senyum dan ketawalah selalu.
  14. Anda tidak perlu untuk sentiasa menang di dalam setiap perbalahan. Belajarlah menerima kekalahan.

Komuniti


  1. Hubungi keluarga anda selalu.
  2. Berikan satu kebaikan kepada orang lain setiap hari.
  3. Maafkan semua orang untuk apa jua kesalahan.
  4. Adakan masa untuk bersama-sama orang yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
  5. Cuba buatkan sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.
  6. Apa yang orang lain fikirkan tentang anda bukanlah urusan anda.
  7. Kerja anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit, tetapi keluarga dan rakan-rakanlah yang akan mengambil berat tentang kesihatan anda. Jadi, berhubunglah selalu.

Kehidupan


  1. Utamakan Tuhan di dalam apa jua perkara yang anda fikir, katakan dan buat.
  2. Tuhan penyembuh segalanya.
  3. Buatlah perkara-perkara yang betul.
  4. Walaubagaimana baik atau buruknya sesuatu perkara itu, ianya tetap akan berubah.
  5. Walau apapun yang anda fikir atau rasa, bangunlah, serlah dan tonjolkan diri anda.
  6. Yang terbaik masih belum lagi muncul dan pasti akan menjelma.
  7. Buangkan perkara-perkara yang tidak berguna dan tidak bermanafaat.
  8. Bila anda bangun pagi dan mendapati diri anda masih hidup, bersyukurlah kepada Tuhan.
  9. Jika anda kenal Tuhan, anda akan sentiasa ceria dan gembira. jadi, ceria dan bergembiralah.

Point-point di atas hanyalah pandangan peribadi professor Randy Pausch yang kemudiannya dibukukan dan menjadi hit. Walaubagaimanapun, aku berpendapat ada banyak juga point-pont yang aku sendiri perlu mempraktikkannya.

Sebagai tambahan, untuk memperbaiki taraf kehidupan seseorang itu adalah subjektif dan terpulang dengan cara penerimaan setiap individu. Bagi aku, perkara asas dan yang paling utama ialah ILMU. Belajarlah dengan orang yang pandai. Seperti permainan CATUR. Jika kita ingin menjadi pencatur yang baik, bermainlah dengan lawan yang lebih pandai.


Katakan anda adalah pemain catur yang handal dan seringkali menang, tetapi sampai suatu ketika lawan anda yang selalu anda kalahkan berjaya mengalahkan anda. Adakah kerana anda semakin bodoh? Semestinya tidak. Lawan anda itu sebenarnya telah meningkat kepandaiannya. Manakala kepandaian anda pula tidak berkembang.


Sekian.
Readmore...
Sunday, January 9, 2011

Unlock iPhone 3G/3GS

1 comments
 
Salam,

Anda pengguna iPhone 3G/3GS? Pernahkah anda mengalami masalah bilamana iPhone anda itu tidak boleh digunakan kerana tanpa sedar anda telah menaik-taraf softwarenya? Jika pernah, kita sebenarnya senasib. Akibat tidak memahami cara-cara softwarenya berfungsi, aku telah menaik-taraf software iPhone aku itu semasa melakukan "Sync" dengan iTunes.



Berapakah pula kos yang anda perlu tanggung untuk memulihkan kembali iPhone anda itu? Beratus?...ish..ish..ish.

Aku pula tidak mengeluarkan belanja sesenpun untuk itu tetapi terpaksa menunggu seminggu untuk membuat pembetulan. Ini kerana pada ketika itu, software yang diperlukan untuk membuat "unlock" masih belum lengkap programnya.

Semuanya berpunca akibat dari perasaan ingin tahu yang meluap-luap tanpa  mengkaji kesan dan akibatnya terlebih dahulu. Aku telah melakukan kesilapan dengan melakukan upgrade menggunakan iTunes, dan menyebabkan software iPhone aku di "upgrade" ke version 4.1 dan "base band software" telah bertukar ke 05.14.02 (sila lihat gambar di bawah).


Akibatnya, iPhone aku hanya boleh digunakan untuk bermain game (selepas di "jailbreak")..adoi ai.. Setelah seminggu menunggu Redsn0w versi terbaru dilancarkan, akhirnya aku berjaya juga "unlock" iPhone aku itu.

Sebagai satu cara untuk aku menyimpan maklumat berguna ini dan membantu rakan-rakan yang masih terkial-kial mencari jalan penyelesaian terhadap iPhone mereka yang telah di "lock", aku paparkan di sini langkah-langkah dan software yang diperlukan untuk "unlock" kembali Iphone yang bermasalah tersebut. Mungkin maklumat ini berguna atau mengelakkan anda dari terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan tersebut.

Perlu diingat bahawa, tutorial ini hanya berguna kepada mereka yang menghadapi masalah iPhone yang di "lock" dan kepada anda yang memiliki iPhone 3G/3GS yang sememangnya telah di "unlock", jangan sesekali mencuba atau menggunanya.

Perkara paling asas sebelum anda boleh membuat iPhone 3G/3GS anda di "unlock" adalah untuk melakukan "jailbreak" kepada software iPhone tersebut. Mungkin ada di kalangan pengguna yang keliru apa bezanya "jailbreak" dengan "unlock". "Jailbreak" bermaksud "tweak" ke atas software iPhone agar berupaya untuk menerima update atau dilakukan pengubahsuaian tanpa halangan oleh software iPhone tersebut termasuklah untuk download program-program "third party" (bukan dari apple). "Unlock" pula bermaksud memberi kebenaran kepada iPhone anda untuk menggunakan apa jua jenis mobile operator (Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain lagi).

Kita bermula dengan "Jailbreak" terlebih dahulu dengan menggunakan "Redsn0w". Ini penting kerana software ini bukan sahaja berupaya untuk melakukan "jailbreak" tetapi juga akan mengubah base-band software iPhone anda ke version 6.15.00 (base-band yang diguna-pakai oleh Ipad).


Langkah 1

Download IOS version 4.2.1 (IPSW file) samada menggunakan iTunes 10.1 atau download melalui laman web yang berkaitan. (Contohnya di SINI). Save file IOS tersebut di folder yang berkaitan serta mudah untuk anda mencarinya nanti.


Langkah 2

Download Redsn0w version 0.9.6b5 di SINI (untuk pengguna Windows). Mungkin juga pada ketika ini versi terbaru Redsn0w telah wujud tetapi versi 0.9.6b5 ini merupakan yang paling asas untuk melakukan "unlock" iPhone anda.


Langkah 3

Upgrade software iPhone anda ke version 4.2.1 menggunakan file IPSW yang anda telah download tadi.


Langkah 4

Activate/launch program Redsn0w 0.9.6b5. Click butang "browse" dan cari file IPSW yang anda telah download di Langkah 1 di atas.



Langkah 5

Selepas Redsn0w berjaya mencari dan "tweak" file IPSW tadi, pilihan berikut akan dipaparkan.



Pastikan anda pilih (tick) Install Cydia dan Install iPad baseband atau ikut sahaja pilihan yang dipaparkan di atas.

Kenapa perlu memilih baseband iPad?

Ini maklumat yang disampaikan oleh Blog iPhone Dev Team:
It turns out that the very first iPad firmware 3.2.2 has baseband version 06.15.00 still vulnerable to AT+XAPP.  The iPad baseband is built for the exact same baseband chip as the iPhone3G/3GS — they’re fully compatible!

Langkah 6

Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan usb dan pastikan ianya dipadamkan (off). Pastikan aturan ini dipatuhi sebelum anda click "next".




Langkah 7

Membuat iPhone anda ke mode DFU dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Tekan butang "power" selama 3 saat.

  • Tanpa melepaskan butang "power", tekan butang "Home" selama 5 saat.

  • Tanpa melepaskan butang "Home", lepaskan butang "Power" dan teruskan menekan butang "Home" selama 13 saat.

Jangan khuatir samada masa yang anda ambil untuk mengubah mode tersebut terlebih atau terkurang kerana program Redsn0w itu akan membantu anda. Sekiranya, anda tersilap, program tersebut akan memaklumkan kepada anda dan meminta anda melakukan semula aturan di atas.

Setelah berjaya, Redsn0w akan melakukan transfer files ke iPhone anda. Selebihnya, akan dilakukan oleh iPhone anda sendiri. Tunggu dan lihat sahaja sehingga segalanya selesai.

Sekarang, iPhone 3G/3GS anda telahpun di "Jailbreak" dan program yang penting untuk melakukan "unlock" telah di install ke iPhone anda..iaitu CYDIA.

Untuk pengesahan, pergi ke settings iPhone anda dan pilih "General" dan lepas tu "About" dan sahkan bahawa "Modem Firmware" ialah 06.15.00



Langkah 8

Aku cadangkan anda pergi ke tempat yang menyediakan "Wi-Fi", kerana anda perlu memuat-turun program "Ultrasn0w version 1.2" menggunakan Cydia.

Dengan menggunakan iPhone anda yang telah di "jailbreak", click untuk launch Cydia.

Langkah 9

Click butang "Manage" yang terletak di bahagian bawah screen program Cydia tersebut dan pilih menu "Sources".


Langkah 10

Tekan butang "Edit" diikuti dengan menekan butang "Add". Anda akan diminta untuk memasukkan URL khas untuk memuat-turun "Ultrasn0w". Sila masukkan URL berikut http://repo666.ultrasn0w.com dan tekan butang "Add Source". Pastikan bahawa ejaan ultras0w adalah betul, bukan "o" tetapi "0" iattu nombor "kosong".

Setelah itu, tekan butang "Return to Cydia" dan pilih butang "Done".


Langkah 11

Kembali semula ke Menu "Sources" dan pilih "repo666.ultrasn0w.com". Pilih "Ultrasn0w" dan istall aplikasi tersebut.



Langkah 12

Pilih atau tekan butang "Reboot Device" untuk reset iPhone anda.




Nah! Sekarang anda telah berjaya untuk "unlock" iPhone 3G/3GS anda.

Tahniah!

Oleh kerana anda melakukannya di sebuah kedai kopitiam, aku cadangkan anda hadiahkan diri anda dengan secawan kopi putih yang "kaw" punya...hahaha.


Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com