Pertama sekali aku ingin memohon maaf sekiranya anda datang melawat ke blog aku ini mengharapkan adanya artikel-artikel baru yang menarik untuk dibaca tetapi yang wujud hanyalah artikel-artikel yang telah lama. Bukan aku ketandusan idea, tetapi kerana sikap aku yang suka membuat pembaharuan menyebabkan template blog aku ini menjadi huru-hara...aku tidak puas hati dengan template lama blog ini dan ingin mencuba sesuatu yang baru pula supaya blog aku ini lebih ringan dan pantas untuk loading.
Template blog ini masih belum sempurna dan aku masih terkial-kial untuk membuat beberapa adjustment terhadap CSS..so, aku harap anda janganlah ketawakan aku jika terdapat paparan yang pelik-pelik serta broken links yang bukan-bukan.
Untuk memenuhi kehendak pembaca setia blog ini, aku postkan juga coretanku di sini sekadar memastikan anda semua tidak boring untuk datang melawat lagi.
Kali ini aku bukan hanya ingin bercerita tentang kesedapan buah atau jus manggis tetapi tentang khasiat dan kebaikan yang wujud jika kita menikmati buah atau jus manggis tersebut. Kebiasaannya kita hanya suka menikmati isi buah manggis yang putih melepak, manis dan lazat tersebut terutamanya setelah makan buah durian. Pernahkah anda makan kulit buah manggis tersebut?
Sebenarnya khasiat buah manggis banyak terdapat pada kulitnya. Menurut kajian saintis tidak kira di luar negara ataupun dalam negara (seperti kajian pihak FRIM), kulit buah manggis mengandungi "XANTHONE" yang tinggi.
Apakah "XANTHONE"?
Kajian mengenai XANTHONE telah bermula sejak tahun 70an dan hingga kini telah ditemui lebih dari 40 jenis XANTHONE, di antaranya adalah alpha-mangosteen dan gamma-mangosteen yang dipercaya memiliki kemampuan mencegah berbagai jenis penyakit. Penelitian lain menunjukkan bahawa gamma-mangosteen XANTHONE mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti-inflamasi lain yang dijual di pasaran. Menurut kajian, XANTHONE dapat menghindarkan berbagai penyakit yang disebabkan peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak).
XANTHONE juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kemampuan antioksidanya bahkan melebihi Vitamin C dan E yang selama ini terkenal sebagai antioksida yang paling efektif. Kandungan alpha-mangosteen dan gamma-mangosteen pada buah manggis juga bersifat anti-bakteria. Alpha-mangosteen juga diketahui mempunyai kesan yang sama baiknya dengan antibiotik yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.
Kelebihan memakan buah manggis
Manggis merupakan buah yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan kerana memiliki antioksida yang menangkap radikal bebas dan mencegah kerosakan sel. Tidak cuma isi buah manggis yang kaya vitamin C-66, tetapi kulit manggis juga mempunyai pelbagai khasiat iaitu antikanser, antioksida, mujarab mengatasi koronari jantung dan sebagainya. Terdapat juga kajian untuk mengesahkan bahawa khasiat buah manggis mungkin boleh mencegah HIV.
Ekstrak kulit manggis bersifat anti-proliferation untuk menghalang pertumbuhan sel kanser. Selain itu ekstrak itu juga bersifat apotosis atau penghancur sel kanser. XANTHONE yang diekstark dari kulit manggis mampu merawat beberapa jenis penyakit kanser seperti kanser hati, pencernaan, paru-paru dan sebagainya. Malah, kajian juga telah membuktikan bahawa XANTHONE dari kulit manggis juga mampu mengatasi penyakit tuberkulosis (TBC), asma, leukimia dan anti-inflamasi.
Pengambilan XANTHONE yang diekstrak dari buah manggis secara rutin dapat membantu untuk rawatan awet muda kerana antioksidanya berfungsi menjaga serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak dan menjadikannya lebih baik. Secara tradisionalnya buah manggis juga digunakan untuk mengubati penyakit buasir dan luka.
Produk-produk berasaskan buah manggis
Setakat yang aku tahu, kini terdapat 3 buah syarikat atau organisasi (di Malaysia) yang mengedarkan atau menjual produk berasaskan ekstrak buah manggis iaitu Xango, Vemma dan Shamelin Bina. Produk siapakah yang lebih baik terpulang kepada pengguna. Biasalah, bila terdapat persaingan untuk satu produk yang serupa, masing-masing akan menyatakan produk merekalah yang lebih baik. Aku memilih Jus Manggis edaran syarikat MLM yang terkenal iaitu Shamelin Bina kerana aku dapati kebanyakan testimoni-testimoni yang aku baca dan lihat di Youtube memaparkan hasil dan keajaiban produk keluaran Shamelin Bina.
Sebelum ini aku tidak ambil pusing tentang produk ekstrak manggis ini, tetapi setelah melihat kesannya terhadap diri aku, anak-anak aku, isteri aku dan teman-teman rapat aku sendiri, khasiat XANTHONE memang menakjubkan:
- Resdung dan lelah aku hampir pulih walaupun hanya minum jus manggis Shamelin ini lebih kurang seminggu. Sekarang ini aku sudah boleh berjogging. In fact, semalam aku berjogging serta berjalan melebihi 5 km. Sesuatu yang dahulunya amat sukar aku lakukan. Yang menariknya, aku tidak pula merasa terlalu penat atau ketidak-cukupan nafas.
- Tekanan darah tinggi aku menurun tetapi tidaklah secara mendadak. Sebelum ini aku bergantung kepada ubat doktor untuk mengawal tekanan darah aku. Masalahnya, mungkin kerana ubat yang diberikan tidak sesuai atau serasi dengan tubuh badan aku, seringkali tekanan darah aku merudum (turun mendadak) dan membuatkan aku sering kali pitam atau melayang. Jika tidak mengambil ubat langsung tengkuk aku pula tegang dan sakit.
- Berat badan aku juga menurun. Jika sebelum ini di antara 75 ke 80 kg, sekarang berat badan aku hanya 68 kg. Target aku ialah ingin menurunkan berat badan aku ke 65 kg sebelum hari jadi aku pada 29 hb Mac nanti. Jus manggis Shamelin ini bukanlah ubat untuk menurunkan berat badan tetapi di dalam jus ini juga terdapat ekstrak "Puri Roselle" yang memang terkenal dengan sifatnya yang memberikan rasa kenyang kepada pemakannya. Secara langsung membantu aku mengurangkan jumlah makan yang aku ambil. Tetapi yang lebih membantu aku sebenarnya ialah "exercise" yang aku lakukan.
- Dua orang anak-anakku telah mengalami demam panas dan selsema (biasalah musim hujan) dan mereka sembuh dengan agak pantas setelah aku berikan mereka minum sesudu jus manggis Shamelin ini setiap seorang.
Sebenarnya banyak testimoni-testimoni berkenaan kebaikan jus manggis Shamelin ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut lagi, anda boleh sahaja lawati blog berikut http://shamelin290.blogspot.com. Antara keajaiban yang paling ketara ialah keberkesanan jus manggis Shamelin ini membantu menyembuhkan pesakit "Kencing Manis" yang kronik. Anda boleh melihat paparan video testimoni di blog tersebut. Aku tidak mahu paparkannya di sini kerana ianya agak extreme bagi sesetengah orang.
Kandungan utama Jus Manggis Shamelin
Aku paparkan di sini kandungan utama yang terdapat di dalam jus manggis edaran Shamelin Bina:
Manggis (Garcinia Mangostana)
Buah manggis merupakan antara buah yang dikatakan terbaik sekali di kalangan buah tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai XANTHONE – kumpulan molekul yang agak unik. XANTHONE dikenali sebagai aptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.
Ekstrak Biji Anggur(Vitis Vinifera)
Ekstrak biji anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak biji anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C.
Ekstrak Acai
Buah Acai merupakan sejenis beri yang berasal daripada Brazil. Buah ini mempunyai kebaikan 10 kali ganda antioksida daripada buah anggur dan 2 kali ganda daripada blueberri. Buah ini juga mengandungi antocyanin, Omega 6, kalsium, asid amino, mineral serta Vitamin B1, B2, B3, C dan E. Buah Acai mengandungi antioksida dan serat yang tinggi yang boleh membantu menentang penuaan awal, menyokong kesihatan jantung serta membantu mereka yang menghadapi masalah penghadaman.
Ekstrak Delima (Punica granatum)
Delima merupakan tanaman yang popular di kalangan masyarakat Cina. Di antara khasiatnya ialah mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit-birit. Ekstrak delima mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, phenol, vitamin C dan asid folic. Sebiji delima mampu menyumbangkan 40% vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa.
Jus Epal (Malus domestica)
Sebuah ungkapan mengatakan sebiji epal sehari mengelak dari penyakit (an apple a day keep the doctor away). Ini kerana epal merupakan sumber serat yang mudah dilarut. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah sekali gus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut, membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan serta membantu mengekalkan berat badan.
Puri Rossele (Hibiscus sabdariffa)
Roselle (hibiscus sabdariffa) adalah dari spesis hibiscus. Buah rosel yang berwarna merah mengandungi pektin, serta kaya dengan Vitamin C, A dan E serta zat mineral. Herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda.
Jika anda membaca coretan aku ini, anda mungkin berpendapat aku sebenarnya sedang membuat promosi untuk jus manggis Shamelin. Memang pun, sebab aku telah menjadi pengedar yang sah untuk menjual produk ini...hehehe.
Bagi aku, apa salahnya untuk kita berkongsi maklumat yang mungkin berfaedah.
Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jus manggis Shamelin ini sila lawati blog http://shamelin290.blogspot.com kerana banyak maklumat-maklumat yang dipaparkan di blog tersebut. Kepada yang ingin menjalankan perniagaan menjual jus manggis Shamelin ini bolehlah menghubungi aku kerana "Marketing Plan" dan "Business Strategy" memang menakjubkan seperti keajaiban Jus Manggis Shamelin itu sendiri. Percayalah!
Sekian.
selamat maju jaya buat abang long...kazen sentiasa menyokong improvement kalangan sahabat2 selagi etika penulisan itu terpelihara...jom baca mengenai bahlol
Tahniah Abang Long....semoga usaha Abang Long berjaya....Marilah kita sama-sama menuju ke arah masyarakat Malaysia yang sihat.
Marilah penulis blog semua mengambil jus manggis yang terbukti berkesan sebagai makanan tambahan yang baik!