Wednesday, February 23, 2011

Lagi-lagi jus manggis!

10 comments
 
Salam.

Lagi-lagi jus manggis! "Engkau tak boring ke bro?" Soalan yang aku terima dari seorang rakan (level Pengurus) di Maybank yang aku kunjungi semalam. Dan jawapan aku..."selagi engkau tak boring mendengar, aku akan bercerita tentang kebaikan dan khasiat jus manggis ini kepada engkau".

Sebenarnya, tujuan utama aku datang ke Menara Maybank adalah untuk mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun up-line aku dan sambil-sambil ingin bertemu rakan aku yang mengalami masalah sakit buah pinggang yang agak kritikal. Bukan apa, dia telah pun menggunakan (meminum) jus manggis yang aku jual hampir 2 minggu. Ingin juga tahu apakah perkembangan kesihatan dia sekarang ini. Tanpa diundang rakan "jauh" ku ini pula muncul. Bukanlah aku membenci dia cuma agak "kureng" dengan cara-cara dia berbicara. Kadang-kadang terlampau "sarcastic" dan menyakitkan hati serta kadang-kala kata-kata beliau berbau kesombongan yang melampau.


Macamana aku tak "panas" kalau kata-kata ini dihamburkan kepada aku "Takkanlah seorang Senior Manager sanggup menjatuhkan martabat diri dengan menjual jus manggis?"...adoi ai!..ikutkan hati, mahu juga aku lempang mamat ni.

Walaubagaimanapun, aku masih bersabar kerana aku akan pastikan dia akan menjadi customer aku...hahaha.

Untuk itu, aku lemparkan..ye..aku "lemparkan" kepada dia senaskah majalah "SUKSES" Edisi Khas yang dikeluarkan oleh Shamelin Bina. Di kulit muka majalah tersebut terpampang gambar seorang bekas ahli koperat yang telah berkecimpung di dalam penjualan Mangostyn Juice Shamelin. Beliau i.e. Ismail Abu Hassan telah mengumpul pendapatan hasil jualan dan bonus-bonus dari perniagaan jus manggis ini melebihi angka RM2 juta hanya dalam tempoh 16 bulan! Sekarang ini, pendapatan bulanan beliau melebihi angka RM180 ribu sebulan!

Aku katakan kepada mamat tersebut, "Ismail ni dahulu adalah seorang General Manager di syarikat Panasonic. Kalaulah aku seorang Senior Manager, merendahkan martabat aku semata-mata kerana menjual jus manggis, dia tu lagi la..bekas seorang General Manager. Sanggup berhenti kerja dengan gaji pokok RM14,500 sebulan serta berbagai-bagai "perks" diterima oleh seorang General Manager kerana dapat melihat peluang menambah pendapatan dengan cara yang lebih baik. 

Kalau engkau tak percaya, aku boleh berikan nombor handphone dia, dan engkau sendiri boleh bercakap dengan dia secara terus!"

Terkedu mamat tu. Mungkin kerana teruja dengan cerita tentang jutawan jus manggis ataupun mungkin juga terperanjat kerana terkena majalah yang aku lemparkan tersebut...hehehe. Well, aku tidak pernah berbuat demikian sebelum ini tetapi kali ini aku agak "pissed off" dengan cara mamat tu berkata-kata.

Kemudian, dengan agak perlahan dia bertanya "banyak ke khasiat jus manggis ni?".

Soalan itu membuatkan aku menjadi "cool" dan terus sahaja memberi mamat tu "fliers" dan buku penerangan tentang khasiat dan kebaikan jus manggis Shamelin tersebut.

"Aku tahu, engkau tu ada penyakit athma dan darah tinggi. Aku nak engkau cuba dahulu sebotol. Lagipun, harganya bukanlah terlalu mahal berbanding jenama-jenama jus manggis lain yang ada di pasaran." Dan kata-kata terakhir aku ini menjadi penutup jualan aku (close deal).."Engkau tu dah level manager, takkan sebanyak itu engkau tidak ada?".

Aku berjaya menjual kepadanya sebotol jus manggis Shamelin. Sebotol sahaja? Sebenarnya, aku tidak kisah kerana sebotol jus itu mengandungi 250ml kandungan jus dan dia perlu minum sekurang-kurangnya 30ml sehari. Oleh itu, aku jangkakan dia akan datang atau mencari aku dalam seminggu. Bukan apa, kebiasannya, pelanggan aku yang minum jus manggis Shamelin ini akan berpuas hati dengan kesan "antioksida" yang tinggi dan berupaya membantu memulihkan penyakit seperti athma yang dihidapi oleh mamat tersebut.


In fact, seminggu sebelum itu, aku telah bertemu rakan lama aku yang juga mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Dia terpaksa bergantung kepada ubat doktor untuk memastikan tekanan darahnya sentiasa berada di paras normal. Menurut beliau, akibat dari terlalu bergantung kepada ubat darah tinggi yang diberikan doktor hampir 8 tahun, dia mengalami satu masalah sampingan iaitu alat "kelelakiannya" agak "kureng"! Dia bertanya samada jus manggis itu berupaya untuk memulihkan kembali "barang" paling berharga pada dirinya itu.

Aku agak was-was pada mulanya kerana tiada testimoni atau hasil-hasil kajian yang menunjukkan bahawa jus manggis ini boleh memulihkan lelaki yang "mati pucuk". Cuma, menurut kajian, jus manggis Shamelin ini berupaya membantu, memperbaiki dan melindungi kesakitan otak dan urat saraf iaitu unsur-unsur yang boleh mempengaruhi "kelelakian" seseorang itu.

Aku telah menjual 2 botol jus manggis Shamelin kepadanya untuk dicuba.

Semalam, aku berjumpa kembali dengan rakanku itu dan beliau tidak sudah-sudah mengucapkan terima kasih kepada aku sambil memberikan senyuman yang penuh makna...hmmmmm.


Sekian.

10 Responses so far.

  1. jus mangga durian ada jual tak? hohoho

  2. abang long jus manggis nie berapa RM sebotol?? nanti komen kat blog saya ye? huhu

    Thanks

  3. Salam Miss Shark...ada..ada..jap lagi saya petik mangga depan rumah tu dan beli durian kat pasar malam. Pastu blend sumer termasuk kulit2 sekali...nak??? hehehe

  4. Salam Cik Kamoo...kalau member murah jer..in fact, skrg ni saya jual harga member jer coz nak kawan-kawan sumer sihat

  5. Ala abg long nie...org suruh bg jawapan pasal harga dgn tinggalkan jawapan tu kat komen saya....

    Ni abg long pi komen pasal lain plak..huhu...papepun thanks...

    Harga member tu bape?? nti email lah saya : annaudir@gmail.com


    Thanks yaa

  6. Salam Cik Kamoo...Abg Long dah hantar email pasal harga jus tu..murah jer berbanding beberapa jenama lain seperti Vemma dan Xango.

  7. bayumaya says:

    salam Abg Longm, tolong email harga jus tu sheinsm@yahoo.com.my. kemudian nak beli secara pos, boleh tak?

  8. Salam Sheinsm...
    OK..Abg Long dah e-mail.
    Boleh beli dan hantar cara post. Kalau beli 6 botol sekali lagi jimat dan TANPA kos penghantaran. Kalau nak berniaga (jadi ajen penjual) Abg Long boleh terangkan cara2 dan marketing plan..memang mudah, menarik dan sure boleh buat duit.

  9. Blog Abang Long memang unik lain dari yang lain. Kucing menjadi pilihan...kenape yeee. Teruskan kreatif dan berkarya.... Harap dapat berkongsi dan buat fikiran dari Abang Long... Thanks

  10. Salam Akhbar Aman...thanx sudi komen. Sebenarnya, Abg Long tak ada niat pun nak buat lain dari yang lain. Abg Long just menulis anything I like to write...hehe.

    Bab gambar kucing tu bermula dengan minat kat kucing tetapi bila tengok balik sebenarnya aksi-aksi kucing banyak yang sesuai menjadi paparan menyokong penulisan.

    Apa yg dicoretkan di sini kebanyakannya adalah idea dan pandangan Abg Long sahaja. Jika dapat manafaat darinya syukur alhamdulillah.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com