Showing posts with label Blogging Tips. Show all posts
Showing posts with label Blogging Tips. Show all posts
Monday, August 13, 2012

Exchange Banner's Page had been deleted

2 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan Hari Raya pula bakal tiba. Di dalam kita bersabar menahan lapar dan dahaga serta mengelak melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa, kita masih lagi ingin bertungkus-lumus menyiapkan diri dan keluarga untuk menyambut ketibaan Syawal.

Yang mampu, sibuk membeli pakaian baru, menukar perabot lama, menggantikan perhiasan-perhiasan rumah yang baru...yang kurang mampu sekadar memperelok yang mana kurang di pandangan mata, mencuci yang lama agar nampak baru...


Masing-masing sibuk membersihkan persekitaran kawasan rumah. Kalau sebelumnya malas untuk berbuat demikian, kali ini berkobar-kobar melakukannya semata-mata ingin menyambut Hari Raya...

Begitu juga dengan aku...

Aku sekarang ini bertungkus-lumus membuat sesi pembersihan..

Bukan membersihkan halaman rumah tetapi membersihkan laman blog aku ni...Semacam ada virus yang telah menyinggah dan bermastautin di sini.. itu kata rakan-rakan yang datang melawat...ada malware!

Aku dah jenuh mengguna anti-virus dan virus cleaner tetapi tidak berjumpa virus yang dikatakan tersebut..

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, aku terpaksa membuang pautan-pautan laman-laman web yang terdapat di sini termasuklah link-link yang aku telah paparkan di page Exchange Banner.

Aku ingin meminta maaf kepada rakan-rakan sekalian khasnya yang telah bermurah hati melakukan Link Exchange atau Banner Exchange dengan aku sebelum ini kerana terpaksa membuang page berkenaan buat sementara. Setelah aku berjaya mengenal pasti malware yang melakukan onar di blog aku ini, aku berjanji akan meletakkan semula link-link atau banner-banner kalian di tempatnya.

Aku harap, tindakan aku ini betul.

Kepada rakan-rakan semua, jika menerima mesej terdapat malware di blog ni, sila jangan segan silu beritahu aku yer?...




Sekian.
Readmore...
Thursday, December 8, 2011

Blog aku hilang???

9 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kerana lama bebenor tak update blog aku ni. Kesibukan menguruskan hal-hal pejabat ditambah pula dengan tugasan penulisan, aku hampir tiada idea untuk mencoret apa-apa di blog ni.

Baru sebentar tadi aku buka untuk sesaja melihat kalau-kalau ada mesej-mesej penting yang disampaikan rakan-rakan.

Mata aku buntang...darah aku berderau...aku terkezzzzut...aku panik...aku sedih!!


Blog aku dah kena removed!

Google bagi mesej "suspicious activities".


Panik juga. Then aku contact Google.

Terpaksa minta verification code untuk reinstate Google account aku.

Kenapa jadi macam tu?

Ada beberapa andaian...

Mungkin ada orang yang tahu password Google aku dan masuk ke akaun dari tempat lain.

Mungkin ada orang cuba masuk atau hack akaun Google aku dan beberapa kali mengguna password yang salah.

Mungkin terlalu banyak backlinks yang cuba dihantar oleh SPLOG ke blog aku ini.

Mungkin sebab lama tak update...dan inilah caranya Google bagi warning kat aku supaya update selalu...

Entahlah...

Nasib baik masih boleh reinstate...

Kalau tak, terpaksalah buka akaun baru dan buat blog baru...mungkin namanya kena tukar...
...Abang Long Offline... atau
...Abang Long Takde Line...

Ish3...




Sekian.
Readmore...
Sunday, October 30, 2011

Blog aku, blog tak matang?

8 comments
 
Salam...

Benarkah blog aku, blog orang tak matang? Blog yang kebudak-budakan? Blog yang hanya sesuai dilawati atau dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?


Matang sangatkah orang yang melabelkan blog orang lain khasnya blog aku ini sebagai suatu blog yang tidak matang?

Kenapa? cer citer...cer citer...

Aku just received an e-mail dari seseorang yang pernah melawat atau terlawat (secara tidak sengaja) blog aku ini dan itulah statement yang dia hantar melalui e-mail tersebut. Blog Abanglongonline hanya layak dibaca oleh budak-budak atau pelawat-pelawat yang tidak matang kerana memaparkan aksi-aksi kucing di setiap entry!

Aku telahpun menjawab e-mail tersebut dengan satu ayat yang simple... "Terima kasih di atas kesudian anda untuk datang menjenguk blog saya yang tidak matang ini walaupun anda adalah seorang yang matang!"...huhu.

Aku sekadar menjangkakan bahawa dia hanya singgah sebentar di blog aku ini dan melihat gambar-gambar di halaman utama. Sudah tentulah gambar-gambar kucing dengan berbagai aksi dan reaksi yang dipaparkan. Aku juga pasti bahawa dia tidak pernah membaca entry-entry aku secara keseluruhannya.

Persoalannya...adakah memaparkan hanya aksi-aksi dan reaksi kucing membuatkan blog aku ini menjadi suatu blog yang tidak matang dan hanya sesuai dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?

Tidak mengapalah...aku terima seadanya.




Sekian.
Readmore...
Thursday, October 27, 2011

Cara-cara kempiskan perut yang berkesan?

1 comments
 
Salam...

Anda gemuk? Perut anda buncit atau boroi? Dah banyak kali berusaha tetapi masih gagal untuk mengempiskan perut anda?


Aku ingin share 2 cara yang mungkin sesuai dan berkesan untuk mengempiskan perut anda yang buncit atau boroi tersebut.

Pertamanya, jagalah pemakanan anda. Memang agak subjektif tetapi aku suggest anda cuba untuk berpuasa nasi selama sebulan. Makan makanan yang bukan berasaskan beras seperti nasi dan mee hun. Cuba untuk skip lunch tetapi anda mestilah mengambil breakfast. Jika berpuasa, hendaklah bersahur.

Keduanya dan yang paling penting, ketahuilah senaman untuk mengempiskan perut yang sesuai dan bersenamlah dengan cara yang betul serta berterusan (istiqamah). Melakukan sit-ups sebenarnya tidak begitu membantu dalam mengempiskan perut. Sit-ups hanya menegangkan otot-otot di bahagian paha.

Apakah senaman yang sesuai?

Meh..kita share..

Senaman Pertama
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian atas perut (abdomen) anda:


1. Mulakan dengan berbaring di mana belakang anda rata ke lantai.

2. Bengkokkan kaki untuk menaikkan lutut anda. Pastikan tapak kaki, punggung dan belakang anda rata di atas lantai. Kedudukan kaki anda hendaklah sentiasa begini untuk memastikan belakang anda mendapat sokongan semasa bersenam.

3. Letakkan kedua-dua tangan anda melintang di antara satu sama lain dan menyentuh bahagian dada anda. Sesetengah orang suka meletakkan tangan di bawah tengkuk tetapi sebenarnya salah dan mungkin menyebabkan kesakitan tengkuk. Ada juga kemungkinan, sekiranya anda penat, anda akan menarik tengkuk anda untuk menghabiskan senaman tersebut dan bukannya memberi tekanan terhadap perut (abdomen).

4. Dengan perlahan-lahan, naikkan kepala dan bahagian atas badan anda sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian perut dan pastikan bahagian belakang badan anda sentiasa rata di atas lantai. Semasa mengangkat badan, tarik nafas dalam-dalam.

5. Turunkan kepala dan bahagian atas badan anda seperti keadaan asal. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hembuskan nafas yang anda tarik tadi.

6. Ulangi proses di atas dalam 30 kali. Selepas itu berehat lebih kurang 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Senaman Kedua
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian bawah perut (abdomen) anda:


1. Berbaring rata di atas lantai.

2. Naikkan kaki anda dan pastikan lurus serta silangkan di bahagian tumit atau betis.

3. Pastikan tangan anda diletakkan rata ke lantai.

4. Perlahan-lahan, angkat punggung anda lebih kurang 2 inci dari lantai. Pastikan kaki anda tegak dan tidak bergerak.

5. Tahan kedudukan anda tersebut hingga anda merasakan tekanan di bahagian bawah perut (2 - 3 saat). Pastikan kepala dan bahu anda sentiasa rata di atas lantai. Tarik dan tahan nafas anda di waktu ini.

6. Perlahan-lahan, turunkan punggung anda dan hembuskan nafas (juga dengan perlahan-lahan).

7. Ulangi proses di atas hingga 30 kali. Berehat dalam 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Aku syorkan anda buat setakat 30 kali senaman pertama dan 30 kali untuk senaman kedua dalam sehari. Tak payah lebih-lebih kecuali anda memang tahan. Jika tidak anda mungkin menyiksa diri dan akhirnya senaman tersebut menjadi bebanan lalu anda akan bosan dan berhenti bersenam.

Kalau anda ada masa...lakukan brisk walking.


Harap info di atas bermanafaat dan kita sama-sama memiliki perut yang kempis.




Sekian.


Readmore...

The FACEBLOG?

2 comments
 
Salam...

Anda ada Facebook? Anda ada blog? Agaknya yang mana satukah yang lebih banyak memakan masa anda? Yang mana satu pula yang paling anda suka layari?

Well, aku pun ada kedua-duanya sekali. Dahulu...lebih banyak masa aku terbuang untuk Facebook.


Sekarang...banyak masa untuk berblog pula dan Facebook aku gunakan lebih kepada untuk "ping" entry-entry aku jer...

Errr...ada gak sket chatting.

Errr...sket tengok-tengok profile orang, gambar-gambar orang dan bermacam-macam gambar lagi..

Errr...gambar kucing pun banyaaaaaak...hehehe...




Bercerita tentang "ping" ni, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan "ping" dan yang baru aku temui ialah...FACEBLOG.


Kiranya...FACEBLOG tu berasal dari perkataan-perkataan "Facebook" + "Blog" la tuh..

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang  FACEBLOG, just klik jer banner kat atas tu. Banyak gak tutorial berguna yang boleh kita pelajari di SITU.

Orait!!...Itu jer iklan aku untuk hari ni...huhu.




Sekian.
Readmore...
Friday, October 14, 2011

Berapakah nilai blog anda?

14 comments
 
Salam...

Berapakah nilai blog anda? Nilai blog aku ini dianggarkan hanya sebanyak RM7,636.93 jika mengikut bizinformation.com.my dan berharga USD 3,920.23 jika menurut pengiraan blogcalculator.com.

Kalau mengikut apek yang selalu aku jumpa minum kat kedai mamak sebelah pejabat aku ini, dia sanggup bayar RM 50,000 untuk membeli blog aku ini...dan dia juga sering menambah (berkata) sememangnya dia takkan beli sebab tak ada duit sebanyak tu...kata-kata apek tu membuatkan seolah-olah berekor-ekor kucing keluar dari minda aku dan blog aku juga untuk menerkam dia...hahaha.


Pada pendapat aku, a blog is only worth what someone is willing to pay you for it atau dalam kata lain kalau ada tiba-tiba seseorang ingin menawarkan untuk membeli blog kita dengan harga RM 1 juta maka, itulah harganya dan kalau dia hanya membayar RM 2, anggap sahaja baki sebanyak RM 999,998 tersebut sebagai hutang yang kita perlu halalkan...hehe.

Dan...jika ada orang berkata, "blog engkau tu langsung tak ada harga. Kalau bagi free pun aku tak mahu"..janganlah pula kita marah atau mengamuk tak tentu pasal. Mungkin sekadar bertanya, "engkau ada blog tak", dan jika jawapannya "tak ada", pandai-pandailah anda membebel..huhu.

Opppsss...tak baik membebel tau...!

Apesal aku melalut tentang nilai blog nih?

Actually, aku bukanlah nak bercerita sangat tentang nilai sesebuah blog tetapi sebab selalu sangat melihat paparan yang menunjukkan nilai sebegitu di blog rakan-rakan blogger, membuatkan aku kepingin juga untuk mengetahui nilai blog aku ini...hehe...dan hasilnya memang membanggakan juga. Jika RM7,636.93 itu diberikan kepada aku, boleh la aku membawa kesemua kucing-kucing aku termasuk yang ada di dalam blog ini untuk pergi berkaraoke...hehe.


Well, semua tu just anggaran atau andaian sahaja. Jika ada orang beli blog aku ini, terpaksalah aku membuat blog lain dan bermula semula dari awal...penat juga tu! Ye lah, banyak gambar-gambar kucing yang ada di blog ni aku kena cari semula...ish3.

Apa-apapun, niat aku berblogging bukanlah untuk dijual atau ingin mencari duit dengannya. Aku sekadar mencari medium yang lebih sesuai dan mudah untuk aku mencurahkan idea, berkongsi maklumat, berkongsi pengalaman, memberi sedikit tunjuk ajar setakat yang aku tahu termasuklah menyisipkan sedikit cili padi...hehe..dan yang paling penting lagi...memaparkan gambar-gambar aksi kucing yang menarik tuh...hahaha.

Anda pula bagaimana? Puas hati ke dengan nilai blog anda tu? Adakah anda memang sedang menikmati kemewahan yang melimpah ruah hasil pendapatan daripadanya? Ada niat nak jual ke? Atau, anda juga seperti aku yang memiliki blog dengan nilai yang tak seberapa (bagi sesetengah orang kaya) tetapi berbangga kerana ada blog?




Sekian.
Readmore...
Monday, September 5, 2011

Iklan Tanpa Kebenaran?

5 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua? Sihat? Aku agak kurang sihat sedikit mungkin kerana terlalu banyak makan daging merah (daging lembu dan kobau balau). Mungkin juga kerana cuaca yang agak sedikit panas ketika ini membuatkan aku pening kepala.


Sudahlah aku pening akibat banyak makan dan cuaca yang sedikit panas, sekarang ini aku ditambahkan pening pula apabila melihat iklan-iklan yang tidak diundang menyelinap di paparan blog aku ini...adoi ai!!

Iklan tidak diundang?

A ah...ni ha dia...


Aku tak perasan bila iklan ni start popping up kat blog aku ini. Yang aku perasan, aku tak pernah beri kelulusan untuk syarikat/website terbabit meletakkan sebarang widget ke dalam blog aku ini.

Habis tu, kalau aku tak pernah beri kebenaran, siapa pula yang membenarkannya?

Macamana website tersebut berupaya untuk meletakkan iklan ke dalam blog aku?

Seperkara lagi, bukan setakat iklan sahaja, tetapi terdapat juga beberapa perkataan-perkataan yang dihighlightkan jika pembaca berminat ingin tahu makna perkataan-perkataan tersebut..


Website tersebut ada perjanjian dengan Blogger ke?

Adakah aku melakukan kesilapan dengan subscribed dengan website tersebut secara tidak sengaja?

Aku ingatkan cuma aku seorang, rupanya ramai lagi yang menerima nasib yang sama seperti aku.


Entahlah...apa perlu aku buat ni?

Pening..pening...




Sekian.
Readmore...
Friday, August 26, 2011

Trafik Di Hari Raya

9 comments
 
Salam...

Sudah bersedia untuk pulang ke kampung? Atau, mungkin juga telahpun berada di kampung? Instead of pulang ke kampung, datang ke bandar untuk beraya? Tak ada kampung? Opps! Minta maaf. Aku berharap anda semua selamat sampai ke destinasi yang anda tujui dan selamat kembali ke tempat anda bermula. Harap kita sama-sama berhati-hati ketika memandu di jalan-raya. Harap kita dapat menahan sabar dan beretika ketika memandu.


Bagaimanakah keadaan trafik? Jammed? Banyak kenderaan?

Yang aku pasti, semasa Hari Raya nanti, jalan-jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ini meriah. Meriah? Ya, meriah dengan anjing-anjing yang berkeliaran dan ber"breakdance" di tengah jalan kerana kurangnya kenderaan yang lalu-lalang...hehe.

Speaking of trafik yang lengang, begitu jugalah yang sering berlaku terhadap trafik blog aku ini. Sewaktu Hari Raya tahun lepas, trafik atau visitor blog aku merudum jatuh sehingga mencecah 90% dan adakalanya cuma tinggal 2% jumlah pelawat yang menyinggah. 2% tu mungkin juga pageviews dan visit daripada aku sendiri..hehe. Puncanya mungkin sebab tiada entry menarik yang aku publish serta tiada blogwalking yang aku lakukan. Ataupun, mungkin juga rakan-rakan blogger semua dan khasnya para follower blog aku ini tiada yang online kerana masing-masing sibuk beraya.

So, apa yang perlu aku buat untuk memastikan blog aku ini sentiasa ada trafik?

Mungkinkah perlu untuk aku menulis entry di dalam English supaya visitors dari negara luar (yang faham English) akan datang menyinggah? Ye la..they all tu mungkin tidak menyambut Hari Raya dan ramai juga yang online ketika kita masing-masing beraya dan off-line.


Apesal pulak aku concern sangat tentang trafik ni?

Entahlah..aku tak ada target pun untuk dicapai khasnya yang berkaitan dengan trafik yang tinggi.

So, biarlah kut. Kalau ada trafik, bolehlah aku tambah senyuman aku semasa beraya nanti..hehe.

Bagaimana pula blog orang lain?

Ada juga yang aku lihat sentiasa mempunyai trafik yang tinggi walaupun pada masa tu blog aku senyap sunyi.

Apa yang mereka buat?

Ada sesiapa yang sudi share?




Sekian.
Readmore...
Saturday, August 13, 2011

Blog Normal Diklasifikasi Sebagai Spam Blog

8 comments
 
Salam...

Anda pernah mengalami masalah di mana blog anda diklasifikasi sebagai Spam Blog dan dipadamkan dari server? Aku pernah, dan bukan sahaja blog aku yang kena delete, e-mail aku serta Google id aku juga dipadamkan dari database Google. Peristiwa yang membuatkan aku bersedih kerana bukan sahaja blog aku kena delete, item-item penting dalam e-mail aku juga tidak boleh aku retrieve semula.


Puncanya, kerana aku telah cuba untuk mempromosikan blog aku itu di sebuah website berbentuk forum. Pastinya, ahli-ahli forum tersebut merupakan anti-spammers yang begitu membenci spammer dan bertindak membuat laporan ke Google.


Aku terpanggil untuk mencoret entry ini setelah ditegur oleh blogger Terbelog di blog beliau http://terbelog.com/. Sebelum itu aku ada meninggalkan komen berserta link ke satu entry di blog aku ini. Mungkin kerana beliau risau blog beliau akan diban oleh Google sepertimana yang berlaku ke atas blog tutorial maribinablog (milik Nescafeais), maka, komen aku itu tidak dipaparkan (atau telah di delete) dan mesej disampaikan melalui ShoutMix aku.

Tidak mengapa. Aku tidak marah sebab komen aku kena delete. Malah aku berterima kasih kepada bro Terblog kerana sudi bagi link untuk aku membaca entry beliau tentang pengklasifikasian spam blog sesetengah blog oleh google akibat kononnya kerana link-link di dalam komen. Anda boleh baca entry beliau itu di SINI.

Aku bukanlah seorang yang expert di dalam hal-hal berblogging dan tidak pula mengaku atau akan mengaku sebagai otai. Aku juga tiada niat untuk mengajar sesiapa tentang hal-hal website dan berblogging. Cuma, aku memerlukan sesuatu yang lebih concrete apabila membicarakan tentang penghukuman termasuklah hukuman ke atas blog yang dianggap atau diklasifikasikan sebagai spam. Oleh itu, aku ada membuat sedikit kajian termasuklah menghubungi pihak (admin) Google bertanyakan hal ini.



Apakah rasional sesebuah blog diklasifikasikan sebagai spam blog atau ringkasnya Splog? Apakah sebenarnya spam blog atau Splog?

Splog adalah sebuah website atau blog yang digunakan oleh pemiliknya untuk mempromosikan laman web affiliate yang dia subscribe, sebuah website atau blog yang digunakan untuk meninggikan ranking di search engine sesebuah website atau blog lain yang dikaitkan dengannya ataupun juga sebuah website atau blog yang hanya bertujuan untuk memaparkan atau menjual pautan-pautan tertentu (links).

Kebiasaannya Splog tidak mempunyai manusia untuk menjaganya secara teratur dan tetap tetapi diuruskan oleh autobot (automatik atau robotik) menggunakan perisian tertentu. Dalam kata lain, Splog itu adalah sebuah dummy blog yang ditugaskan untuk menjadi transit atau perantara bagi sesebuah blog lain.

Oleh kerana pengurusan Splog dilakukan oleh autobot dan entry-entry di dalamnya juga dijana oleh perisian tertentu, sudah tentulah isikandungan entry-entry tersebut seperti mengarut dan ditulis (dijana) dengan bahasa Inggeris yang lintang pukang kerana ianya tidak penting kecuali pautan-pautan (links) yang dipaparkan.

Entry-entry di dalam Splog kemudiannya di"ping"kan ke search engine atau website-website tertentu secara "mass" atau dipanggil Spam Pings ringkasnya "Spings". Penggunaan perisian juga membolehkan Splog menghasilkan entry-entry yang banyak hingga mencecah ratusan entry dalam sehari. Dengan entry yang banyak berserta pautan-pautan yang terdapat di dalamnya dan status website atau blog yang "do follow", Search Engine dipaksa untuk crawl menjelajah ke setiap entry termasuklah pautan-pautan yang dipaparkan. Ini, sudah tentulah akan meninggikan ranking blog tersebut di search engine. Dengan ranking yang tinggi, Splog kebiasaannya akan terlepas dari diban dan dianggap seperti sebuah website atau blog normal yang popular walhal ianya hanyalah dummy.

Menyedari akan hal ini, Google telah melancarkan gerakan pembasmian Splog yang kebanyakannya menggunakan platform mereka kerana ianya masih percuma.

Di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh Google untuk mengenalpasti sesebuah Splog ialah:
  1. Membuat pemantauan jumlah entry-entry yang terlalu banyak dan tidak logik dilakukan oleh manusia dari sesebuah blog.
  2. Merekodkan dan menilai jumlah ping yang dilakukan oleh sesebuah blog.
  3. Melakukan lawatan secara manual ke atas blog yang mempunyai pautan-pautan dengan website atau blog lain yang terlalu banyak.
  4. Melakukan penyiasatan setelah menerima aduan daripada blogger dan pengguna-pengguna website berdasarkan platform Google atau pengguna-pengguna yang berdaftar dengan Google.

Jika, pada pandangan Google, elemen-elemen spam wujud pada sesebuah website atau blog berlandaskan platformnya, maka website atau blog tersebut akan diban dan seterusnya dipadam dari sistem Google kerana diklasifikasikan sebagai Splog.

Item ke-4 merupakan sesuatu yang lebih subjektif kerana ada kemungkinan pihak Admin Google menerima laporan yang tidak tepat dari ahli-ahlinya tentang sesebuah blog yang dilaporkan sebagai Splog, lalu, melakukan ban terhadap blog tersebut tanpa membuat penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh. Apabila tuan punya blog yang diban meminta penjelasan, Google akan hanya memberikan penjelasan yang sememangnya terlalu standard dan tidak akan melayan sebarang rayuan. Lebih mengharukan bila laporan itu dibuat hanya sekadar ingin bergurau ataupun mungkin juga kerana berdengki.


Berikut adalah nasihat 1 sen aku:

  • Janganlah sesekali membuat laporan palsu ke pihak Admin Google tentang sesebuah blog dan mengatakan ianya adalah sebuah Splog.
  • Jika suka join website-website berbentuk forum khasnya forum luar negara, jangan sesekali mempromosikan blog anda atau e-mail anda malah blog orang lain di situ kerana dikhuatiri anda atau blog anda atau blog orang lain itu akan dianggap sebagai spammer dan blog anda atau blog orang lain yang anda promosikan adalah Splog.
  • Cuba elakkan untuk publish entry dengan jumlah yang terlalu banyak dalam sehari dan memaparkan pautan-pautan khas yang mengarah kepada satu website atau blog lain.
  • Apabila ingin sharing entry di dalam sesebuah blog, pastikan untuk meminta izin terlebih dahulu dengan owner blog tersebut supaya dia boleh memantau jumlah sharing yang mungkin wujud bagi entry tersebut. Jika sharing yang terlalu banyak, ada kemungkinan Google membuat andaian entry tersebut atau blog tersebut adalah spam.

Itu sahaja yang dapat aku coretkan di sini. Aku harap entry ini ada manafaatnya. Jika ada kekhilafan atau kekurangannya, aku minta maaf. Aku faham dan mengaku bahawa aku juga masih tercari-cari maklumat tambahan yang lebih lengkap.



Sekian.
Readmore...
Sunday, June 19, 2011

Blogger is sick, mee too

3 comments
 
Salam...

Aku tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Dah beberapa kali terkena. Jumlah pelawat blog aku merosot mendadak kurang dari 25% dari jumlah biasa. Ramai yang ingin follow tetapi tidak dapat dan akhirnya tidak singgah-singgah lagi...conversian makin teruk tak sampai 2%...adoi ai..sedih..sedih.


Kenapalah Blogger asyik down jer nih?

Terfikir juga untuk memiliki kembali domain dan hosting sendiri seperti dahulu tapi risau juga takut kena hack lagi. Penat bersusah payah untuk generate visitors tapi akhirnya kena bermula dari awal menggunakan platform Blogger.

Yang paling tak bestnya ialah limit broadband aku cepat bebenor exceed coz firefox perlu di reset beberapa kali untuk mendapatkan page blogger yang penuh ketika cuba berblogwalking. Kalau tak blogwalking melawat rakan-rakan blogger dan para follower, rasa macam tak adil pula...

Apa-apapun, kena juga bersabar coz aku tidak mahu bermula semula dari awal dan membuang masa.

Maafkan aku rakan-rakan semua kerana terlalu payah untuuk melawat blog kalian buat masa ini. InsyaAllah, aku akan melawat blog kalian juga nanti...


Sekian.
Readmore...
Friday, June 17, 2011

Tukar Template Lagi?

2 comments
 
Salam...

Theme atau template blog aku ini bertukar lagi? Ya, sebab banyak sangat benda-benda yang aku kurang puas hati terhadap theme yang lama itu. Mungkin ada sesetengah rakan blogger yang beranggapan bahawa aku hanya membuang masa dan tenaga terutamanya untuk memasukkan kembali widget-widget yang penting dan termasuuklah juga membuat adjustment terhadap CSS atau HTML Code template baru. Penatlah juga, tetapi itu pilihan aku...hehe.


Template baru ini dipanggil Horcrux yang aku perolehi di website http://www.dhetemplate.com.

Bukan setakat perlu reinstall kesemua widget-widget yang aku fikirkan penting, bahkan juga aku buatkan certain condition widget mana yang perlu dipaparkan di homepage atau page tertentu. Contohnya, widget "Artikel Menarik" akan hanya wujud di homepage manakala widget "Friends' Links" aku telah arahkan ke page "Exchange Banner" (tidak kelihatan di page lain termasuklah homepage).

Di samping itu, aku juga buat sedikit adjustment terhadap html code untuk mengurangkan pergantungan kepada http requests.

Template baru ini masih belum siap sepenuhnya kerana aku bercadang untuk meletakkan header yang baru yang aku rekacipta sendiri.

Aku harap anda OK dengan wajah baru blog aku ini.

Kepada anda yang merasa mual melihat paparan layout baru ini bolehlah memberikan komen constructive di ruangan komen di bawah.

Aku benar-benar mengharapkan dan menghargai komen dari anda.

Terima kasih.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, June 15, 2011

Abang Long Online Blog Lucah?

17 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan blogger semua? Sihat? Aku sihat wal-afiat, alhamdulillah. Malah, aku rasa lebih sihat dari dahulu (semasa badanku agak berisi). In fact, semasa aku mencoret entry ini, aku baru sahaja selesai melakukan senaman rutinku iaitu berjogging dan brisk walking. To tell you the truth, sekarang ini aku hanya mampu berbuat demikian 3 kali dalam seminggu kerana kesiibukanku. Tetapi, tidak mengapa kerana ada lagi cara-cara lain untuk aku bersenam (bukan sekadar berjogging sahaja).


Semasa aku di dalam proses untuk menyiapkan kertas kerja tentang Change Management, aku sering kali mencari idea-idea di internet dan sudah tentulah aku banyak meminta bantuan dari Enjin Carian Mr. Google.

Entah kenapa, tiba-tiba aku terfikir untuk melihat apakah agaknya hasil yang aku akan perolehi jika aku masukkan title blog aku "Abang Long Online" di Enjin Carian tersebut. Hasilnya, memang berlambak informasi tentang kata kunci Abang Long yang dipaparkan. Bukan sahaja tentang informasi yang berkaitan dengan blog aku ini, tetapi banyak juga memaparkan tentang Abang Long yang menjadi trademark PEKIDA.

Jika dilihat dari jumlah result, memang jenuh jari aku untuk click dan menerjah kesemua pages yang dipaparkan.


Dan...tetiba, mata aku terpana kepada beberapa result hasil dari Enjin Carian Google tersebut. Website-website lucah yang bertemakan Abang Long? Adoi ai...

Patutlah sebelum ini, ramai rakan-rakan aku semacam memperli aku dengan menggelar blog aku ini sebagai Abang Longlai...ish, ish, ish...

Bukan sahaja ada website yang sekadar memaparkan cerita-cerita berstatus 18SX menggunakan gantinama Abang Long, bahkan juga wujud beberapa website yang terang-terangan memaparkan gambar-gambar, video-video yang tidak senonoh dan terlampau.

Terdapat juga  website Enjin Carian lain yang lebih khusus memaparkan akan keyword Abang Long yang menjurus terus ke website-website porno khasnya yang dikatakan beroperasi di Indonesia. Jika dilihat dari penggunaan bahasanya sememangnya dari negara Jiran kita itu tetapi aku tidaklah pula membuka website tersebut. Risau juga kiranya aku membuka website tersebut, berlumba-lumba virus dan worm komputer memasuki sistem operasi lappy aku ini. Lagi pula, sekiranya aku dilihat oleh kakitanganku ketika membuka website tersebut, sah-sah aku dilabel gila seks atau kaki betina...ish, ish, ish.

Malas untuk memeningkan kepala memikirkan hal-hal sedemikian, aku sambung kembali kerja-kerja penulisan aku.

Aku cuma berharap, blog aku ini tidak pula digam akibat salah faham. Dan..aku juga berharap, para pelawat yang datang menjenguk blog aku ini bukanlah pelawat yang mengharapkan sesuatu yang berunsurkan porno. Aku, walaubagaimanapun, berdoa jika mereka singgah, mereka mendapat sedikit manafaat setelah membaca entry-entry aku.



Sekian.
Readmore...
Thursday, June 9, 2011

Blog Kucing?

3 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua? Sihat? Aku sihat wal-afiat physically and mentally. Entry ringkas ini sekadar ingin menjawab soalan-soalan yang bertalu-talu dari pelawat yang sudi datang menyinggah ke blog aku yang tidak seberapa ini.

Ramai yang bertanya soalan-soalan atau mengeluarkan statement sebegini:

Yang positif

Abang Long suka kucing ke?
Banyaknya kucing kat blog ni...
Datang sini nak tengok kucing yang comel-comel...

Yang agak negatif

Ingatkan blog ni cerita pasal kucing
Tidak ada gambar lain ke selain kucing?
Saya tak suka kucing, so, saya tak suka blog ni...

why u hate me huh?

Actually, banyak lagi...malu aku nak tulis..hehe

Well, the reasons are that

Kucing pun pandai berlakon (posing) juga
Kucing tidak pandai marah bila gambarnya diambil
Kucing tiada aurat untuk ditutupi

Yang lebih eloknya ialah mungkin tiada penghantar e-mail yang mengata Abang Long Gila Seks...hehe

Apa-apa pun, cuma nak berpesan kepada pelawat-pelawat yang aku hargai dan hormati sekalian, please

DON'T JUDGE A BLOG BY ITS KUCING...


hehehe...



sekiannnnmmmeowww...

Dikarang oleh kucing Abang Long
Readmore...
Sunday, May 29, 2011

Blog Aku Serabai!

0 comments
 
Salam...

Malam tadi, aku memang tension sungguh sebab blog aku jadi lintang pukang dan serabai akibat kegagalan satu Javascript untuk berfungsi dengan baik ataupun mungkin juga javascript tersebut langsung tidak berfungsi. Ada juga kemungkinan, owner telah membuat beberapa adjustment dan javascript yang lama tidak berfungsi jika dipasang tanpa mengambil kira adjustment yang dia telah dibuat.

Aku terpaksa bertungkus-lumus hingga awal pagi (tidak tidur hingga ke subuh sebenarnya) untuk membuat beberapa adjustment terhadap blog aku ini. Keletihan yang melanda membuatkan aku boleh sahaja tertidur di mana-manapun.


Sebelum ini aku pernah juga mencoret tentang risiko yang terpaksa aku ambil jika bergantung harap kepada javascript yang disimpan di website luar jika website tersebut down, javascript diubah dan IDnya bertukar ataupun juga jika si owner mengalami bandwith exceeding limit di SINI.

Sepatutnya aku ikut sahaja naluri dan perasaan curiga aku itu dan sudah tentu aku dapat mengelakkan blog aku dari jadi kucar-kacir.


Apa boleh buat, aku terpaksa menerima jua keadaan yang melanda. Aku telah membuat beberapa perubahan besar termasuklah meletakkan kesemua banner rakan-rakan blogger ke satu page yang dinamakan EXCHANGE BANNER. Manakala, html code untuk ARTIKEL MENARIK, aku telah ubah dan hanya menggunakan simple marquee html code. Agak kureng dari segi persembahan marqueenya tetapi aku tidak kisah kerana yang penting blog aku nampak normal.

Aku tidak tahu sampai bila javascript tersebut akan pulih semula dan aku tidak mahu mengambil risiko dengan menggunakan javascript yang sebegitu buat masa ini.

Blog aku ini masih lagi di dalam proses pengubahsuaian. Header dan beberapa widget terpaksa aku adjust termasuklah menggodam CSS. Oleh itu, aku ingin mohon maaf sekiranya anda rasa terganggu jika datang melawat blog aku ini dan mendapati ianya sedikit kelam kabut dari segi layoutnya.



Sekian.
Readmore...
Saturday, May 28, 2011

Auto Scrolling Text

3 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja selesai berjogging pagi tadi apabila jiranku memanggil untuk mengopi di rumah beliau. Sambil pekena kopi kaw cap kapal api, mata aku tertumpu kepada salah seekor kucing beliau yang sedang khusyuk memandang TV. Sekali sekala kucing tersebut menguis-nguis tangannya untuk memegang skrin TV. Rupa-rupanya, cerita (entah movie apa, aku pun tidak tahu) baru sahaja selesai dan TV sedang memaparkan credit untuk para pelakon, pengarah, crew, penaja dan lain-lain lagi.

Pergerakan ke atas perkataan-perkataan dan nama-nama di skrin TV itu membuatkan si kucing agak teruja dan cuba mencapainya...hehe.


Melihatkan perkataan-perkataan yang bergerak ke atas (scrolling) itu, aku teringat akan permintaan Hasny di blog beliau Natural Beauty agar aku membuat tutorial tentang Friend' Links yang terdapat di blog aku ini.

Sebenarnya, banyak website atau blog yang telah memaparkan tutorial bagaimana untuk membuat Scrolling Text. Apa yang dipaparkan mungkin hanya sekadar basic dan terpulang kepada kita untuk membuat sedikit adjustments mengikut citarasa dan kreativiti kita sendiri.

Untuk tidak menghampakan Hasny aku paparkan juga di sini html code yang aku telah adjust dan jadikan widget Friends' Links mengikut citarasa aku.

<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="100%" height="180">

<a href="http://www.videoconferencenet.com"><span style="color: #088A4B; font-size: 16px;"><b>Best Video Conference</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://puteraduyong.com/blog/"><span style="color: #0080FF; font-size: 14px;"><b>Bicara Hati Si Putera Duyong</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://hotnews.web.id"><span style="color: #FF0000; font-size: 17px;"><b>Blogshop Paper</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://www.bluedianthus.com"><span style="color: #0000FF; font-size: 16px;"><b>Bluedianthus Dot Com</b></span></a><br/><br/>

<a http://tiqaramlan.blogspot.com"><span style="color: #243B0B; font-size: 16px;"><b>Love, Like, Live</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://www.helponvoip.com"><span style="color: #FF8000; font-size: 17px;"><b>Internet Telephony Voip</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://ipadcasereviewer.com"><span style="color: #FF0080; font-size: 16px;"><b>Ipad Case Review</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://pakarhowto.com"><span style="color: #000000; font-size: 13px;"><b>Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik dan How To</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://www.onlypodcasting.com/podcasting-articles/free-podcast-software.php"><span style="color: #3B0B39; font-size: 16px;"><b>Podcast Software</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://www.funwithpodcasting.com"><span style="color: #8000FF; font-size: 17px;"><b>Podcasting</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://gilanggumilar.com/" mce_href="http://gilanggumilar.com/"><b><blink>GILANG GUMILAR</blink></b></a><br/><br/>

<a href="http://pencintapancing.blogspot.com/" target="_blank"><span style="color: #5E610B; font-size: 16px;"><b>Pencinta Pancing</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://puakajoran.blogspot.com/" target="_blank"><span style="color: #FF8000; font-size: 16px;"><b>Puaka Joran</b></span></a><br/><br/>

<a href="http://surihati.com/" target="_blank"><span style="color: #610B0B; font-size: 16px;"><b>Natural Beauty</b></span></a><br/><br/>

</marquee></div>


Beginilah contoh hasilnya.


Best Video Conference

Bicara Hati Si Putera Duyong

Blogshop Paper

Bluedianthus Dot Com

Love, Like, Live

Internet Telephony Voip

Ipad Case Review

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik dan How To

Podcast Software

Podcasting

Video Conference Systems

GILANG GUMILAR

Pencinta Pancing

Zona Indonesia

Puaka Joran

Natural Beauty


Anda copy sahaja code di atas dan paste di html widget. Tukarkan code berwarna biru dan masukkan link yang anda inginkan. Buatlah adjustment untuk border, warna background dan sebagainya mengikut citarasa dan kreativiti anda termasuklah code yang berwarna merah.

Entry ini aku tujukan khas kepada Hasny yang memintanya dan kepada anda yang mungkin ingin tahu juga akan caranya. Jika anda telahpun tahu, anggap sahaja entry ini sebagai refresher.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, May 25, 2011

My Blog Is Too Heavy?

5 comments
 
Salam...

Pagi tadi selepas berjogging aku menimbang berat badan aku sekali lagi dan jarum penunjuk berat menunjukkan ke angka 62kg. Adakah itu berat badanku yang ideal? Sudah lama juga berat badan aku berada di angka tersebut.

Aku bersyukur kerana dapat juga menurunkan dan maintain berat badan aku di angka tersebut. Banyak manafaatnya berbadan kurus sebegini berbanding dahulu (85kg) dan sering merasa tidak cukup nafas serta malas untuk bergerak. Banyak aktiviti aku sekadar berlengkar di atas katil atau di hadapan TV...ish, ish, ish.


Sekurang-kurangnya aku rasa lebih sihat dan tidak sering dilanda masalah kesakitan kaki sepertimana dahulu. Dahulu aku sering pergi ke kedai urut kaki refleksologi, tetapi, sekarang ini aku sudah lama tidak berbuat demikian kerana tiada lagi masalah yang sama.

Di dalam kesibukan aku menjaga berat badanku, aku terlupa satu perkara penting yang juga berkaitan dengan berat sehinggalah aku menerima teguran dari rakan-rakan blogger melalui e-mail. Berat blog aku kini semakin membusut! Ayoooo!!.. Ramai rakan-rakan yang complain bahawa blog aku mengambil masa yang lama untuk loading!!

Betul ke?

Untuk kepastian, aku telah menggunakan alat penimbang berat blog (online) WebSiteOptimization.com dan website tersebut telah mengesahkan bahawa blog aku sememangnya berat...adoi ai! Untuk keterangan lanjut tentang alat penimbang blog ini, anda boleh juga membaca entry aku yang dahulu bertajuk "Speed Up Your Blog Part 2".

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang lelemak di badan blog aku itu tetapi yang aku lebih fokus untuk membuat adjustment ialah links yang aku letakkan di widget Friends' Banners aku itu.


Kalau tidak silap aku, terdapat 62 image banner yang telah aku letakkan di situ. Sememangnya terlalu banyak dan sudah tentu memberi kesan ke atas masa page loading. No wonder ramai blogger yang membuat page atau website khas untuk meletakkan banner rakan-rakan mereka.

Kenapa pula aku tidak berbuat demikian?

Aku suka tengok banner kawan-kawan bergerak (scrolling) di bahagian atas blog aku ini. Nampak cantik. Sayang pula untuk disumbatkan ke tempat lain. Walaubagaimanapun, banner tu cuma appear di Home page sahaja dan tidak akan kelihatan di page lain ataupun di post page.

So, apa yang aku telah buat?

Aku telah download hampir kesemua banner-banner tersebut dan kemudiannya upload ke dalam blog aku sebagai test entry. Then, aku copy link baru yang di berikan untuk menggantikan link asal. Kelebihannya ialah blog aku tidak akan bergantung kepada server atau host tempat lain untuk loading (berbanding sebelumnya). Dengan sedikit adjustments seperti image size dan html code, aku paparkan kembali banner-banner tersebut di tempat widget asalnya.

Memang banyak perubahan dari segi masa untuk page loading. Lebih cepat berbanding sebelumnya.

Aku masih lagi ingin membuat adjustment cuma mungkin bukan sekarang.

Pada masa yang sama, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang telah aku ambil banner blognya jika sekiranya saiz banner anda yang aku paparkan di sini tidak menepati saiz asalnya. Aku cuma membuat anggaran sahaja.

Aku juga ingin memohon maaf kiranya terdapat banner-banner anda yang telah hilang (tidak dipaparkan di sini) walaupun sebelum ini ia wujud. Mungkin semasa aku upload banner-banner tersebut ada yang tertinggal. Maklumlah, semuanya aku buat secara manual.

Jika sudi, inform aku supaya aku boleh membuat adjustment yang perlu atau meletakkan banner itu kembali.



Sekian.
Readmore...
Monday, May 23, 2011

Auto Scrolling Image Banners

3 comments
 
Salam...

Aku sudah semakin pulih dari demam panas. Belum kebah sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya aku tidaklah hanya berbaring di katil. Aku sudah boleh melakukan kerja-kerja rutin seperti biasa walaupun terpaksa meneruskan pengambilan ubat antibiotik.

Untuk post kali ini, aku akan memaparkan teknik untuk membuat Auto Scrolling Image sepertimana yang terdapat di blog aku ini (Friends' Banners dan Artikel Menarik).


Aku bukanlah seorang yang pakar, cuma sekadar ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu yang dihasilkan oleh orang lain. Mungkin ada di antara anda yang masih belum tahu lagi walaupun terdapat banyak blog-blog tutorial yang telah memaparkan maklumat yang sama.

Maklumat ini juga sebagai memenuhi permintaan beberapa orang rakan blogger yang inginkannya termasuklah bro Pembawa Wacana dari http://wacanaku2009.blogspot.com/

create your own banner at mybannermaker.com!


Di bawah ini aku paparkan html kodnya untuk anda copy...

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery9/crawler.js">
/*
Text and/or Image Crawler Script ©2009 John Davenport Scheuer
as first seen in http://www.dynamicdrive.com/forums/ username: jscheuer1
This Notice Must Remain for Legal Use
*/
</script>

<script type="text/javascript">
marqueeInit({
uniqueid: 'image-marquee',
style: {
'padding': '2px',
'width': '100%',
'height': 'auto'
},
inc: 9, //speed - pixel increment for each iteration of this marquee's movement
mouse: 'cursor driven', //mouseover behavior ('pause' 'cursor driven' or false)

moveatleast: 2,
neutral: 150,
savedirection: false
});
</script>

<div class="marquee" id="image-marquee">

Letakkan link image atau link banner di sini

</div>


Anda boleh meletakkannya di bahagian sidebar sebagai widget atau jika ingin meletakkannya di atas post, anda perlu membuat sedikit adjustment untuk keterampilannya.

Untuk mempercepat atau memperlahankan pergerakan scrolling anda perlu ubah angka 2 (warna merah). Manakala image atau banner (link image dan href link berkaitan) di letakkan menggantikan text berwarna biru.

Orait! Aku harap anda faham..hehe.

Kepada anda yang telahpun tahu, anggap sahaja entry ini sebagai refresher post.



Sekian.

P/s:  Jangan letak di dalam post otherwise ia akan memanjang ke bawah! 
P/s 2: Kalau banner yg ada (br/) atau (center) kena buang (br/) dan (center) tu yer
Readmore...
Monday, May 16, 2011

Adab follow memfollow?

15 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja pulang ke rumah. Biasalah, esok kan cuti, so, baliklah awal sedikit dan enjoy cuti panjang-panjang...hehehe. Oppss! maaf, jangan follow cara aku. Aku telahpun meminta kebenaran dan mendapatnya. jika anda juga ingin pulang awal, mintalah kebenaran terlebih dahulu dan pastikan juga alasan anda itu kukuh-sekukuhnya. Jika tidak, ada pula yang akan berkata-kata "Dia tu balik awal nak menyambut Wesak ke?"...hehe.

Setibanya aku di hadapan rumah, seperti biasa seekor kucing siam berwarna kuning kemerahan datang dan bermanja-manja dengan aku.



Aku tidak tahu siapakah tuannya, tetapi, kucing tersebut terlalu manja dengan aku dan suka menggesel-geselkan badannya ke kaki aku. Adakalanya, berdiri (dengan 2 kaki) untuk mencium tangan aku pula. Ke mana aku pergi dia pasti akan follow. Kadang-kadang aku terpaksa pula berlari untuk menjauhkan diri darinya. Bukan apa, aku tidak mahu dilabel pencuri kucing kalau aku bawa dia masuk ke rumahku itu.

Maaf, aku melalut sedikit, tetapi entry ini ada juga tempiasnya dengan cerita pasal kucing di atas. iaitu Follow.

Aku selalu lihat dan baca di blog-blog ungkapan ini "You follow, I follow", "Follow me, Follow You", "Awak Follow, Saya Pasti Akan Follow Awak Balik", "I've followed you, follow me back" dan berbagai-bagai ungkapan lain lagi.



Bukan aku tidak suka, malah aku seronok melihatnya. Cuma, aku masih lagi belum berjumpa ungkapan sebegini:

"Awak follow saya, lepas tu saya akan follow awak pula. Bila masing-masing dah ada ramai follower, suka hati awaklah kalau masih lagi nak follow saya. Lagipun, saya hanya sekadar follow dan melawat blog awak sekali ini sahaja semata-mata untuk click butang follow awak tu."

Atau...

"Saya terpaksa follow awak sebab awak dah follow saya."

Ataupun begini...

"Saya follow awak ni ikhlas tau. Tapi tolong jangan paksa saya selalu pergi ke blog awak untuk membaca entry-entry awak tu yer?"

Ataupun yang lebih daring begini...

"Aku follow engkau just nak masuk contest jer. Lagipun tak berbaloi untuk follow blog engkau tu. Lainlah kalau blog Ben Ashaari ke...blog Yuyu Zulaikha ke..."

Kenapa aku melalut sampai ke situ?

Secara jujurnya, aku tidak akan tahu sebab-sebab kenapa rakan-rakan blogger follow blog aku ini. Apa yang aku mampu katakan ialah "terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk follow blog ini."

Walaubagaimanapun, aku juga terfikir samada bayangan ungkapan-ungkapan yang tidak pernah aku lihat di atas itu wujud di minda follower aku. Puncanya kerana sudah beberapa kali jumlah follower aku berkurangan (lebih dari 10 orang  follower).

Sebenarnya aku tidak kisah.

Itu hak masing-masing...


Tetapi, betul ke ada blogger yang berfikiran begitu?...

cer cakap..cer cakap...




Sekian.
Readmore...
Saturday, May 14, 2011

Oh Blogger!

4 comments
 
Salam...

Anda semua mungkin telah tahu, beberapa hari ini Blogger telah mengalami masalah teknikal dan akibatnya semua aktiviti berlandaskan platform Blogger juga bermasalah. Impak ke atas para blogger memang agak besar kerana pengguna Blogger yang agak ramai.

Menurut Blogger, masalah tersebut akan selesai dalam jangka-masa singkat. Ramai yang tidak sabar-sabar termasuklah aku. Hampir sejam sekali aku membuka website Blogger untuk mengetahui statusnya yang terkini...penat!!


 Asyik-asyik aku dipaparkan message ini:



Yang lebih mengharukan aku ialah apabila membaca message ini...


We are very sorry that users are unable to publish to Blogger right now. We have rolled back the maintenance release from last night and as a result, posts and comments from all users made after 7:37 am PDT on May 11, 2011 have been removed. Again, we apologize that this happened and our engineers are working hard to return Blogger to normal and restore your posts and comments. We will post a report once this work is complete.


-The Blogger Team


Ada 2 entry yang telah aku post selepas tarikh tersebut dan kedua-duanya telah hilang. Nasib baik, draft entry tersebut masih ada di dalam Dashboard, tetapi, aku perlu membuat editing dan re-publish.

Memang menyusahkan tetapi apa boleh buat, itulah risikonya jika inginkan platform website yang percuma.

So, hari ini, aku terpaksa melakukan editing dan cuba untuk re-publish kesemua entry yang telah hilang...

Apa-apapun, yang paling penting Blogger masih belum hilang...



Sekian.
Readmore...
Saturday, May 7, 2011

Why Blogwalking?

3 comments
 
Salam...

Petang semalam sewaktu aku sibuk mengerah kudrat berjogging, fikiran aku menerawang jauh berfikir tentang blog aku ini. So, hari ini aku berniat untuk membuat satu entry yang paaaaaaaanjaaaaaaaang untuk tatapan anda semua. Bukan untuk membuatkan anda boring tetapi oleh kerana hujung minggu ini banyak aktiviti-aktivi yang aku perlu lakukan, aku mungkin tiada masa untuk membuat entry. Jadi, anda bolehlah melawat blog aku beberapa kali untuk menghabiskan membaca entry aku ini...huhu.

Apa yang bermain di benak fikiranku?

Pertamanya, aku masih terfikir apakah matlamat sebenar aku untuk berblogging?


Kenapa pula perkara ini bermain semula di kepala aku sedangkan aku sepatutnya telah mempunyai matlamat untuk disasarkan semasa pertama kali aku mendaftar dengan blogger setahun yang lalu?

Puncanya...sudahlah aku penat berjogging, aku pun penat ber"blogwalking" juga.. uwaaaaaaa ...isk, isk, isk..

Kenapa blogwalking?

Kenapa tidak blogsurfing atau blogsearching?

Semacam mengarut pula soalan aku di atas itu yer? Secara direct translation mudah sahaja. Kalau kita pergi melayari blog-blog orang lain tanpa tujuan yang khusus, kita boleh label sebagai blogsurfing. Jika kita surf atau melayari blog-blog orang lain dengan tujuan mencari sesuatu yang khusus, kita boleh kata blogsearching.

Kenapa bukan blogjogging?

Jika kita melayari blog-blog orang lain dengan pantas, sekali imbas atau sekadar menunggu blog tersebut page loading dan kemudiannya pergi pula ke blog yang lain dengan kadar segera, bolehlah kita anggap sebagai blogjogging. Ada juga yang berblogjogging bukan sekadar dengan kepantasan berjogging tetapi seolah-olah sedang melakukan larian 100 meter. Singgah di blog orang lain, belum habis loading, terus pergi ke blog yang lainnya.

Blogwalking?

Seperti orang berjalan, kita lawati blog orang lain seperti melawat rumah ke rumah dengan kadar yang lebih perlahan. Bila kadarnya perlahan, sempat juga untuk kita melihat persekitaran rumah tersebut (blog layout), melihat perabot-perabotnya (entry-entry) dan berkenalan dengan tuan rumahnya sekali (blog owner).


Maaflah jika aku memberikan definisi mengarut di atas. Bukan apa, ada di antaranya yang berkaitan dengan punca-punca kita berblogwalking. Terus terang aku ingin katakan bahawa adakalanya aku sendiri melakukannya.

Blogsurfing, blogsearching atau blogjogging sama sahaja acuannya dengan blogwalking cuma tujuannya dibeza-bezakan.

Aku pernah blogsurfing iaitu membuka 5 ke 6 blog pada masa yang sama, menunggu beberapa saat hingga selesai page loading dan kemudiannya menutup blog-blog tersebut untuk membuka 5 ke 6 blog yang lainnya pula. Konsepnya, sama sahaja dengan sistem PPV (Pay per View) atau PTC (Pay to Click) cuma yang ini tanpa bayaran apa-apa. Ada software khas untuk ini dan ada juga specific windows command yang membolehkan kita melakukannya walaupun tanpa software khas tersebut. Tujuan utama blogsurfing adalah untuk meninggalkan jejak secara automatik bilamana blog-blog tersebut mempunyai widget-widget yang memaparkan Traffic Sources seperti e-Referrer, Feedjit dan lain-lainnya. Malah Blogger in Draft juga ada menunjukkan data tersebut di Dashboard Stats.

Well, sebelum aku keterlaluan mengarut, aku coretkan di sini tujuan utama aku berblogwalking:

  • Mencari idea-idea untuk memperbetul, memperbaiki dan mempercantikkan blog sendiri

Setiap kali aku blogwalking, aku akan teliti setiap blog yang aku lawati untuk melihat paparan-paparan layout yang menarik di blog-blog tersebut. Tidak kiralah samada Header, Sidebar, Main wrapper, widget-widget yang ada, susun atur blog dan juga penggunaan warna.  Aku ini jenis manusia yang tidak mudah berpuas hati dengan keterampilan blog sendiri, sebab itu aku suka melihat dan mengguna-pakai idea orang lain dan disesuaikan dengan kreativiti sendiri. Aku rasa setakat ini aku telah mengubah theme atau template blog aku ini sebanyak 5 kali dan mungkin yang ke 6 akan menyusul tidak lama lagi.


Untuk kelima-lima template tersebut aku sekalipun tidak pernah membuat Header sendiri..huhu. uwekkk.. Sekarang ini tengah membuat beberapa experiment dengan Photoshop untuk menghasilkan Header sendiri.

Sebelum ini ada aku buat dengan meletakkan gambar aku tetapi orang rumah pula menegur dengan berkata, "Tu, nak menggatal la tu, letak gambar hensem kat blog supaya ramai awek terpikat!!"..uhuk! uhuk!

  • Mencari idea-idea untuk entry-entry serta melihat selera penulisan blogger lain

Aku telah ada seberkas idea-idea penulisan khasnya berkenaan pekerjaanku. Walaubagaimanapun, kebiasaannya entry-entry sebegitu tidak menarik minat untuk pelawat-pelawat datang dan membacanya kecuali pelawat-pelawat yang memang mencari artikel-artikel sebegitu.

Dengan membuat lawatan sambil belajar ke blog orang lain, aku akan sedikit sebnyak mengetahui entry-entry bagaimanakah yang bakal menjadi magnet dan dibaca keseluruhannya oleh para pelawat. Otherwise, pelawat-pelawat hanya singgah dan membaca main title sahaja..ish, ish, ish.

  • Berkenalan dengan blogger lain dan bertukar-tukar pendapat

Setiap orang mempunyai idea-idea dan kreativiti masing-masing. Ada yang sama dan banyak pula yang berbeza. Dengan berkenalan, bertukar-tukar pendapat serta pandangan dapatlah memperkayakan ilmu berblogging walaupun ada juga segelintir yang tidak berapa suka untuk share tetapi majoritinya memang suka menunjuk ajar khasnya blogger-blogger otai, walaupun telah famous tetapi masih humble.

  • Mencari maklumat-maklumat untuk mahasabah diri dan mempertingkatkan ilmu

Aku sering kali melakukan perkara ini. Ada sesetengah maklumat yang memang aku cari-cari ada di sesetengah blog. Bukan setakat maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pekerjaanku sahaja, bahkan juga yang berkaitan dengan kehidupan. Yang sering aku cari pula adalah maklumat-maklumat untuk memperelok blog aku yang jadi kucar-kacir kerana kebodoh-beranianku mengubahsuai CSSnya...hehehe.

  • Meninggalkan jejak untuk mendapatkan backlinks

Inilah yang paling utama...hohoho..

Blogwalking untuk beriklan dan mempromosikan blog sendiri. Kadang-kadang menggunakan sistem "ping" agak kurang berjaya berbanding berblogwalking. Lebih-lebih lagi jika kebanyakan blog owner hanya suka melawat blog pelawat-pelawat yang datang menyinggah sebagai tanda terima kasih kerana sudi singgah.

Kepada yang berduit, mungkin juga akan membeli hits dari beberapa website yang menjual servis tersebut.


Cuma aku agak kurang gemar akan cara itu kerana kebiasaannya, pelawat-pelawat yang dipaksa-rela melawat blog aku menggunakan kaedah itu tidak akan datang lagi selepas habis tempoh sistem, sedangkan aku inginkan pelawat-pelawat yang datang secara berulang-ulang-ulang-ulang-ulang (berapa banyak ulang daaaa...hehehe).

Berkesankah Blogwalking?

Sememangnya berkesan!

Jika awal-awal masa aku mula berblogging dahulu, jumlah pelawat aku hanya beberapa belas sahaja dan pageviews tidak pernah melebih angka 30, selepas aku rajin berblogwalking sambil meninggalkan jejak melalui shoutbox dan ruangan komen, jumlah pelawat blog aku sehari melebihi angka 100 dan average pageviews lebih kurang 250. Memang terlalu sedikit dan langsung tidak patut dibanggakan jika dibandingkan dengan para blogger otai dan yang dah famous tu, tetapi yang penting ada peningkatan.

Di awal pembabitan aku di dalam dunia blogging aku sering disuapkan atau disuruh menulis artikel-artikel menarik untuk menggamit pelawat datang ke blog aku, tetapi aku rasa itu tidak benar sama sekali. Yang paling berkesan adalah promosi. Seperti menjual barangan, walaupun barangan yang dihasilkan berkualiti, canggih dan mungkin terbaik di antara yang terbaik, jika tiada promosi, aku rasa barangan tersebut mungkin akan menjadi tukun sahaja. Jika tidakpun akan hanya dibeli dan diguna oleh si penciptanya sendiri...huhu.


Bila menyebut tentang promosi, mestilah ada taktik, teknik dan tatacara yang perlu diikuti bukannya dengan secara hentam kromo. Contohnya, anda pergi melawat ke blog orang lain, membaca artikel mereka dan menghentam bukan secukup rasa tetapi sesuka rasa hati. Mungkin dari segi backlinks dan respons yang bakal diterima agak baik tetapi betulkah cara begitu?. Silap-silap si blog owner akan create satu page di Facebook untuk memboikot anda dan bersama-sama fan page beramai-ramai mengutuk, menghentam dan menyumpah seranah anda...adusss!!.

Satu lagi kelebihan blogwalking ialah, anda boleh berkenal-kenalan dan meminta blog owner untuk meletakkan banner anda di blognya tetapi jika anda yang tidak pernah datang, tiba-tiba sahaja singgah dan request, mungkin juga owner tersebut mengambil masa yang lama untuk bersetuju.

Salah satu cara paling berkesan untuk mendapatkan direct one way backlinks ialah dengan mengadakan Cabutan Bertuah, Give Away (GA), pertandingan, Segmen-segmen dan berbagai-bagai acara lainnya. Bayangkan jika anda tidak pernah blogwalking dan membuat promosi tentang blog anda, siapalah agaknya yang akan sudi menyertai segmen-segmen yang anda ingin buat itu? Silap-silap anda sendiri sahaja yang join..huhu.


"Habis tu, kalau blogwalking itu penting untuk promosi blog engkau, kenapa pula engkau merasa penat?"

Siapa kata tidak akan rasa penat?

Sehari aku blogwalking sekurang-kurangnya ke 50 blog. Bayangkan berapa kali aku perlu klik dan menaip alamat blog-blog tersebut. Lepas tu kena taip pula komen-komen membina dan tinggalkan jejak di shoutbox mereka. Mana-mana blog yang aku belum follow, aku akan follow.

"Helloooooo brader.. Lu punya blog bukannya famous macam blog-blog otai. They all tu tak payah blogwalking pun masih ramai pelawat. Sedar la sikit siapa diri Lu tuh!"...

Ok, OK...Aku blogwalking sekarang dan seterusnya...hehehe



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com