Salam...
Semasa aku di dalam proses untuk menyiapkan kertas kerja tentang Change Management, aku sering kali mencari idea-idea di internet dan sudah tentulah aku banyak meminta bantuan dari Enjin Carian Mr. Google.
Sekian.
Readmore...
Apa khabar rakan-rakan blogger semua? Sihat? Aku sihat wal-afiat, alhamdulillah. Malah, aku rasa lebih sihat dari dahulu (semasa badanku agak berisi). In fact, semasa aku mencoret entry ini, aku baru sahaja selesai melakukan senaman rutinku iaitu berjogging dan brisk walking. To tell you the truth, sekarang ini aku hanya mampu berbuat demikian 3 kali dalam seminggu kerana kesiibukanku. Tetapi, tidak mengapa kerana ada lagi cara-cara lain untuk aku bersenam (bukan sekadar berjogging sahaja).
Semasa aku di dalam proses untuk menyiapkan kertas kerja tentang Change Management, aku sering kali mencari idea-idea di internet dan sudah tentulah aku banyak meminta bantuan dari Enjin Carian Mr. Google.
Entah kenapa, tiba-tiba aku terfikir untuk melihat apakah agaknya hasil yang aku akan perolehi jika aku masukkan title blog aku "Abang Long Online" di Enjin Carian tersebut. Hasilnya, memang berlambak informasi tentang kata kunci Abang Long yang dipaparkan. Bukan sahaja tentang informasi yang berkaitan dengan blog aku ini, tetapi banyak juga memaparkan tentang Abang Long yang menjadi trademark PEKIDA.
Jika dilihat dari jumlah result, memang jenuh jari aku untuk click dan menerjah kesemua pages yang dipaparkan.
Dan...tetiba, mata aku terpana kepada beberapa result hasil dari Enjin Carian Google tersebut. Website-website lucah yang bertemakan Abang Long? Adoi ai...
Patutlah sebelum ini, ramai rakan-rakan aku semacam memperli aku dengan menggelar blog aku ini sebagai Abang Longlai...ish, ish, ish...
Bukan sahaja ada website yang sekadar memaparkan cerita-cerita berstatus 18SX menggunakan gantinama Abang Long, bahkan juga wujud beberapa website yang terang-terangan memaparkan gambar-gambar, video-video yang tidak senonoh dan terlampau.
Terdapat juga website Enjin Carian lain yang lebih khusus memaparkan akan keyword Abang Long yang menjurus terus ke website-website porno khasnya yang dikatakan beroperasi di Indonesia. Jika dilihat dari penggunaan bahasanya sememangnya dari negara Jiran kita itu tetapi aku tidaklah pula membuka website tersebut. Risau juga kiranya aku membuka website tersebut, berlumba-lumba virus dan worm komputer memasuki sistem operasi lappy aku ini. Lagi pula, sekiranya aku dilihat oleh kakitanganku ketika membuka website tersebut, sah-sah aku dilabel gila seks atau kaki betina...ish, ish, ish.
Malas untuk memeningkan kepala memikirkan hal-hal sedemikian, aku sambung kembali kerja-kerja penulisan aku.
Aku cuma berharap, blog aku ini tidak pula digam akibat salah faham. Dan..aku juga berharap, para pelawat yang datang menjenguk blog aku ini bukanlah pelawat yang mengharapkan sesuatu yang berunsurkan porno. Aku, walaubagaimanapun, berdoa jika mereka singgah, mereka mendapat sedikit manafaat setelah membaca entry-entry aku.
Sekian.






Subscribe to email feed